Pages

Sep 30, 2010

GUA TAHU ITU SIAPA




Contest anjuran Hamzah Ian....juga tag yang diberi oleh cik citah!!  tak sangka hang pun baca blog mamat ni...huhuhuhu~

eh serius ke tu gambar ko Hamzah?? memang (nampak) inesen...lalalalala~   oh mungkin baju melayu tu membuatkan dia nampak begitu ayu sekali....erk?  >_<

oke oke macam terlebih sudah komen pasal gambar...contest ni bukan suruh komen gambar oke, tapi untuk meneka siapakah gerangan jejaka/gadis bertuah misteri yang berada di sebelah encik Hamzah yang sedang senyum dengan penuh keayuan itu...miahahaha~  *jangan mara eeaa*  eh hari raya ni mana boleh marah²...kan kann kanNNnn....oh saya akan adakan sesi bermaafan di akhir entry nanti  *wink*  \/(^_^)


Tekaan saya ialah, orang misteri yang berada di sebelah Hamzah merupakan seorang lelaki....err err...mengikut firasat saya lah, setelah berjumpa tokkadi bomoh selama lapanharilapanmalam  (nampak sangat aku serius nak menang kan...hihihi~) dan setelah bermimpi selama ♪ tiga malam ♪tanpa bintang ♪♫ dan diriku dihimpit penyesalan ♪ Arah tuju kian fana ♪  Kerna hilangnya manira ♪ Bagaikan siang diselubung gerhana................................♫

ops ops stop right there yanamib!! eh minat lah dengan lagu tu...lalalalala~   sila jawab soalan itu sekarang sebelum entry ini di-reject oleh encik penganjur..!!  >_<


Fine!!  jawapan saya bagi orang misteri yang berada di sebelah Hamzah ialah sepupu beliau....sepupu beliau sedang menjamah kuih raya sambil meluahkan masalahnya mengenai kekasihnya yang secara tak sengaja tertelan tulang kambing dan menyebabkan kekasihnya terpaksa beraya di hospital akibat luka di tekak...oh tak teruk pun lukanya...hari raya kedua dah boleh keluar...ngehehehe~  sebab tu la Hamzah senyum ala ala cover...nak ketawa macam kesian pulak...kang tak pasal-pasal kena pelempanggggg percuma...cuma mampu tersenyum dengan niat mententeramkan jiwa sepupunya yang sedang susah hati...  ^_^


perghhhhh panjang lebar penjelasan aku...kalau aku jadi Hamzah memang muntah la baca...hihihihi~  =P



Macam biasalah contest² sekarang ni ada main tag tag...huhu~  maka dengan berbesar hati dan dengan bangganya aku akan tag 3 orang rakan blog yang menginginkan hadiah yang lumayan dari Hamzah Ian... 1st prize dia bagi cash rm30 + domain beb!!  aku takde domain laghik...miahahaha~  kalau yang dah ada domain tu dia akan ganti dengan cash jugak lah....sila klik gambarajah atau mana² nama beliau yang banyak kali ditaip dalam entry ni untuk info lebih lanjut mengenai syarat² contest dan hadiah² yang bakal dimenangi...^_^

Dipersilakan~


1)  Along-yang-suka-bertapa

2)  mizz sue

3)  mr feckry


*1st time aku tag korang kan...so sila jawab tag dengan perasaan terharu oke!  =P *










oh seperti yang dijanjikan, saya ingin menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada kata² saya yang menyinggung jiwa saudara penganjur..tee hee~  *sangat berharap dapat menang*  \/(^_^)


Sep 29, 2010

You Will Never Win Over Islam!!

Ternampak video ni kat facebook...search kat youtube, amek coding....share pulak kat blog...hehe~
sila saksikan....dan bersyukurlah kerana kita memang dilahirkan seorang Islam....suka sangat bila baca caption pasal video ni...tak kisahla video ni betul ke idak...tapi aku akan berbangga kalau rakyat Malaysia mampu jadikan ini sebagai contoh...

Bukan apa...selalunya bila pergi shopping mall, bila waktu solat, suraunya kecil je...itu pun ada yang tak penuh..macam lengang je..padahal kat luar bukan main ramai orang bershopping....dah ada kemudahan tempat sembahyang pun kita masih lalai...?? erm -___-'

Tengok dalam video ni, dorang sanggup penuhkan mana² ruang yang kosong, janji dapat solat berjemaah!

renung-renungkanlah  =)














This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...

Come to learn how strong Muslims are on their faith.. How much they love Islam.. How much they're sincere in following Islam.. How much they're dedicate in serving Islam... Try to think of any religion in the world and you will never find followers of any religion who are as strong in their faith and sincere in their worship as Muslims..

In the video, people are praying in the streets because there is no empty place inside the mosque "Masjid" so they made the prayer on every empty place they could find.. And it's the same situation in every Islamic country around the world..

Think of any way to destroy Muslims or break a faith that strong, but the truth is, you will never win over Islam...




Dari Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda, 
"Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meinggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya"
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya)







p/s:  sekadar peringatan untuk kawan-kawan dan diri sendiri...bukan nak poyo macam aku ni bagus sangat...berfikirlah dengan positif!  =)


Sep 28, 2010

AAAaaaAAaaAAaAaaAAaaaaa...

letiihhhhhhh~

sampai² opis terus dapat arahan,

"pukul 10am pergi site visit kat Grand Saga, Cheras oke..."

"lepas tu pergi Kepong collect cek ye..."

Fine!  

T_____T


Disebabkan tak familiar dengan area² tu, makanya kena la tawaf banyak kali...

tapi takde la teruk sangat tawafnya...

sebab dah study jalan kat Google map dulu...huhu~

nasib ada pacek gugel oke...

nak harapkan GPS??  huh!

macam company nak belikan...hahahaha~

gurau² je ye...sila jangan report pada bos saya..  =P

aku bukan pergi sorang pun!  member aku yang drive..kecoh je lebih...(-_-")

lalalalalalalala~


Sekarang saya ada banyakkkkk kerja...

manager nak tengok progress esok!!




Well, biasalah staff yang jarang-jarang busy,

bila sekali busy kalut bukan mainnnnn...hihihi~

layannnnnnnnnn~



maka dengan ini saya menyusun 20 jari (termasuk jari kaki) untuk memohon maaf pada kamu kamu semua kerana saya tak dapat nak blogwalking sangat pada hari ini...jika berkesempatan saya cuba juga melawat blog kamu dan membaca segala kisah² luahan hati kamu *wink²*


papai~




Sep 27, 2010

Mondayitis~

Monday Blues Comments Codes


Click to Get Code!




Every weekend sepanjang musim perayaan ni, prot aku adalah bahagian badan yang paling sihat sekali...segala makanan yang masuk adalah disponsor sepenuhnya oleh tuan² rumah yang begitu baik hati menjamu makanan² yang ummpphh lazattttttt kaoooo...macam² jenis makanan dan cara masakan ada...burrppp~  Alhamdulillah   ^_^

Aku ni kalau bab makan memang tak pernah menolak lah...aku takkan kecewakan tuan rumah yang dah sediakan macam² jenis juadah untuk ditelan...kalau ada 5 jenis makanan sekalipun, aku akan rasa kelima-lima makanan tu....yummieeeee~  \(^_^)/

Bukan apa weh, nak jaga hati...kesian tuan rumah penat² masak, kena la makan...tak makan kang kecik hati tuan rumah...hehehehe~   *padahal kao memang pelahap!*  >_<

Even aku beraya sampai malam sekali pun, memang aku akan makan semua makanan yang dihidangkan...oke tipu la seMua kan...contoh kalau rumah tu hidang laksa, lontong and nasi himpit, aku cuma akan makan salah satu yang berat lah...setengah orang kalau dah malam² tu jamah kuih² je kan...oh nafsu makan aku memang sangat kuat...lepas makan yang berat, kuih² pun aku telan jugak...nyum nyum....aku ghase kalau tak rasa apa yang tuan rumah masak, esok tu mesti aku menyesal, sampai termimpi² nanti...hahahaha~  *apakah?*



"tak takut gemok ke??"


TAK pun!!! miahahahaha~   badan ai ni dari sekolah memang macam ni je la....sekeping...macam² dah ai cuba buat...makan la banyak mana sekali pun...tak mau dia naik...huhu~  *syukur syukur...metabolisme tinggi kut*  =p



"lepas kahwin mesti naik tu..."

aaAhhHHHhhh  abaikan...!! tah bila la aku nak kawen...sekarang tengah selim melim melantakkkk lah sampai pengsan! kekekekeke~



So kalau ada sesiapa yang buat open house tu boleh la ajak aku...tak rugi pon sebab aku memang suka makan! mana² kenduri atau majlis yang melibatkan MAKAN, aku mesti teruja lah nak datang...bwahahahaha~  =p


Disebabkan itu juga lah, aku jadi menyampah dengan hari Isnin....T__T     prot tengah fully load dengan segala jenis makanan ni sepatutnya dibaringkan je atas tilam yang empuk dikelilingi bantal dan comforter yang lembut...mMmmMMMmm~








p/s:  mukadimah bukan main panjang, padahal motif entry ni kat ayat last tu je...hahahaha~   kesian korang kena baca panjang²....*wink²   \/(^_^)/


Sep 26, 2010

Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Minat Main Kompang

Sekarang aku kat rumah...baru selesai beraya rumah dua orang kawan sekolah aku, cik puan Farah dan encik Hanif....thanks Farah ajak aku datang rumah ko...sedap weii sambal nasi lemak ko...ajar aku nanti eh...untuk kegunaan di masa hadapanku...ngehehehe~  =P

Si Farah ni ada 2 orang anak...tah bila la aku pulak nak ada anak...erk?  @_@       oh tidak tidak, kita bukan nak bercerita pasal anak-anak sekarang ni...aku nak kabo kat korang korang ni, masa kitorang tengah sedap melantak, anak dia yang sulung, Naufal nama diberi, sibuk la keluarkan segala mainan² dia tunjuk kat kitorang....ada keretapi la, kereta mainan yang kecik kecik tu la, ada bowling la...macam² la kan...

Tapi!! ada satu permainan dia yang membuatkan aku agak kagum...macam teruja je aku tengok...iaitu.....KOMPANG!!  eh serius first time lah aku tengok budak umur 2 tahun excited main kompang...hahaha... aku tanya Farah, macam mana dia boleh TERbeli kompang untuk anak dia??  then dia jawab la dengan panjang lebarnya,

"ada sekali tu kitorang pergi Nilai, tiba² Naufal macam tunjuk² kat satu kedai ni...dia suruh beli barang kat kedai tu...masalahnya kedai tu jual pasu-pasu bunga tau! so aku naik pelik la, anak aku ni pehal mintak pergi kedai pasu pulak...so aku tanya la dia, "Naufal nak apa?"  lepas tu dia jawab, "abang nak mainan yang kat kenduri kawen tu..pak pong pak pong..."  dia buat bunyi kompang...aku tak berapa nak faham sangat, so aku tanya la kat mana mainan tu....lepas tu dia tunjuk² kedai pasu-pasu tu lagi..dia kata, "ada kat belakang tu"  tah mana dia nampak tak tahu la...tapi memang ada la kat dalam kedai tu...so kena la beli dah dia nak..."












huhuhuhuhu~  memang ibu mithali lah kau Farah...Naufal memang bahasakan diri dia 'abang', sebab dia anak sulung...comel...tapi makin besar ni makin buas kaoooo...menguji kesabaran sungguh >_<


Ada sekali tu, membe aku tengah sedap makan sup, sekali Naufal baling mainan bola yang macam bola untuk beach volleyball tu, habis tumpah sup panas tu kat baju kawan aku...berterabur la isi-isi sup kat kerusi and lantai...perghhh...terus Naufal kena marah dengan ayah dia...hehehe~  *cute*

Lepas kena marah baru la dia senyap sikit..kalau tak, ada je la benda dia nak buat...biasa lah kan budak baru nak membesar, gitu la perangai nye....eh aku ghase budak laki je yang buas macam tu..kalau girl sopan je perangai...lalalalalala~   \/(^_^)










p/s:: eh aku tak habis beraya lagi ni...jiran depan rumah aku ada buat open house gak...lepas tu aku nak pi Ampang...malam karang raya kat Kajang pulak....weehheehheww~  nak blogwalking pun tak sempat ni...tunggu esok baru dapat blogwalking..sorry guys! selamat beraya!! \(^_^)/


Sep 25, 2010

Breakfast Dengan Mangga

Kat rumah aku macam ada banyak pulak buah mangga..tak tahu mana mak aku cilok..hehe~  Pagi tadi lepas bangun tidur perut rasa tak sedap....LAPARRRR....padahal malam tadi dah melantak nasi minyak + ayam masak merah kat rumah membe aku (-_-")

Lepas habis sesi membersihkan diri, mata terus tertumpu ke buah mangga...hehe~





oh aku makan sebijik je la...jap lagi nak pergi beraya rumah orang prot meragam tak syiok plak kan...

Disebabkan sebiji mangga adalah TIDAK mengenyangkan, makanya aku top-up la dengan hot coklat + tart nenas...hehh rumah aku ni ada berbalang² lagi kuih raya...banyak yang orang bagi....dah buat open house pun still tak habis² lagi kuih raya...err korang nak sikit?? ngee~  =p




 :: serius sedap air ni...mengenyangkannnn...nyumm~ ^_^  ::





 :: ni kazen aku bagi...ni balang yang ke berapa pun tak tahu la..tapi balang ni belum bukak lagi...hehh letih nak habiskan >_<    tapi aku sukaaaaa sangat tart nenas...especially yang jenis mudah rapuh tu..yang bila masuk mulut terus hancur je...sedap!! ^_^  ::




Korang breakfast selalu makan apa?? hehe~  *sibuk je ko nak tau..* lalala~


Aku nak bersiap nak pi open house....ada siapa² nak itot??  mula-mula pergi Saujana Impian, Kajang, then Selayang, then .........................??  oke setakat dua tu je dulu...kalau tiba² ada orang roger, "weh jum pi serang rumah si polan si polan..."   aku serang je laaaaaa....makan punyer pasal babe! pe de hal...miahahaha~



Sep 24, 2010

Bila Letih je Kena Marah Orang...??

Beberapa tahun lepas, masa aku masih belajar di kolej, aku ada berkawan dengan sorang hamba Allah ni, Azroy (bukan nama sebenar)...pada masa tu Azroy sudah bekerja...bukanlah student macam aku ni haaa...budak² tak matang lah kiranya kan...huhuhu~ 

Azroy kerja biasa-biasa je...eh janji dia bekerja, dapat income tetap setiap bulan...aku ni mengharap bantuan FAMA (father & mother) je  -___-'

oke nak dijadikan cerita, setelah beberapa bulan bekerja, sikap Azroy macam berubah...kalau masa mula-mula kenal, bukan main aktif je dia...asal berjumpa je mesti ceria, senyum memang tak lekang lah dari bibir dia...kalau berborak pun macam tak habis² je cerita...kira happening lah...tapi sejak dah bekerja, muka asyik lesu je...macam orang sakit demam denggi pun ada...erk?!

Pada suatu hari, aku cuba luahkan ketidakpuasan aku dengan sikap dingin Azroy...eh bukan tak puas hati, tapi lebih kepada curiosity...huhuhu~  beza oke!


gadis ayu::  kenapa sekarang asyik buat muka ketat je??

Azroy::  muka ketat apa??  *sambil buat muka ketat (-_-")*

gadis ayu::  yelah, bila tanya soalan sikit mesti nak melenting....contoh bila tanya nak pergi makan kat mana, mesti awak balas dengan kasar ,"suka hati yana la, yana yang nak makan!"  lepas tu banyak merengus, mengeluh...kenapa macam tu eh?

Azroy::  sekarang yana memang takkan faham...letih tau tak kerja ni...yana apa tau, tak pernah kerja...ingat senang ke pergi kerja hari²...letih tau tak...letih...!
gadis ayu::  oooo   *redha je la dengan alasan tu*


Setahun selepas itu, aku kena buat praktikal..means aku dapat merasa lah keadaan dan suasana di tempat kerja..."mungkin aku dapat memahami keadaan Azroy...." bisikku di dalam hati...

Setelah 3 bulan praktikal, aku tak rasa pun letih seperti mana Azroy rasakan...tapi Azroy tetap menegakkan pendiriannya,  "alah baru 3 bulan..memang la tak rasa apa²...cuba la kerja dalam setahun ke...rasa sendiri macam mana letihnya..."

aku pun redha lagi dengan jawapan Azroy  -___________-'




Kini, dah bermacam² kerja dan tempat kerja aku pergi...kalau tengok dalam resume ada lah dalam 5 pengalaman kerja (berlainan tempat dan syarikat) yang aku tepek dalam resume aku termasuk waktu aku praktikal dulu....eh itu termasuk lah kerja² part time yang aku buat masa study dulu...hahaha kang ada pulak ingat aku ni superwomen ke hape...hehh no NO NO...>_<

Yang pastinya setiap kerja yang aku dapat semuanya jauh dari rumah dan memerlukan kesabaran yang tinggi...paling dekat aku pernah dapat masa kerja kat Jabatan Perangkaan, Putrajaya dulu...dan yang paling jauh ialah masa aku kena transfer kerja di Sabah selama 2 bulan....!!

Selama itu juga lah aku merasakan, tak perlu kut berubah sikap menjadi dingin dengan alasan 'letih bekerja'....orang lain tak suruh pun kita bekerja, kita sendiri yang nak sangat kerja...nak cari duit kannnn untuk masa depan...so kenapa kena marah orang lain?? sepatutnya Azroy tu pergi la marah bos ke sebab bagi kerja banyak sangat atau marah pc kat opis sebab memedihkan mata, atau marah kerusi sebab menyebabkan sakit tengkuk ke hape....buat apa lepaskan tension atau letih kat aku???????  *wondering*

Tapi aku cuba juga berfikiran positif, mungkin niat dia cuma ingin meluahkan perasaan...ye lah lain orang lain lah cara meluahkan perasaan...mana tau lepas luah kat aku, kurang sikit rasa letih tu....kut...*hopefully*



Ingat Allah adalah jalan yang TERBAIK untuk hilangkan rasa letih dan tension...betul takkkk??? ^_^






ermmmm korang macam mana??apa yang korang buat untuk hilangkan letih bekerja?? aku bantai tidur je kalau dah letih...hohoho~  aci tak?  =P



Macam² Boleh Buat Dengan Komputer

Macam malas nak menaip...jadi layan gambar je oke... sumber adalah dari email...^_^






1)  Ayam goreng...??





2)  Penguin nakal...erk?





3)  sesuai letak kat pc smoker...huhu~







4) kena belajar dari Jackie Chan martial art untuk lawan peluru...ngehehe~







5)  apakah?? @_@






6)  gambar ni macam dah selalu jumpa kat internet kan ^_^







7)  kesimpulannya budak ni memang malas nak belajar...-______-







MONA LISA'S BROTHER....











*HAVE A GREAT DAY*










p/s:  malam ni bermula misi memenuhi jemputan rumah terbuka kawan² dan misi ini akan berlangsung sehingga hari ahad..yeayy!  jimat duit makan aku for the whole weekend...ahak!  \(^_^)/


Sep 23, 2010

Rukun Hidup Vee dan Shidi




Selalunya kita lihat dan dengar, 'artis kahwin dengan artis mesti tak kekal..'   eh orang yang berkata² tu dewa jodoh ke? mana dia tau tak kekal kan?  ish³~

Memang lah hakikatnya kebanyakan artis kat Malaysia ni bila kahwin dengan pasangan artis jodoh mereka tak lama...tapi tak perlu kut buat kesimpulan macam tu...ajal dan jodoh semua tu kan di tangan Allah...bukan di tangan dewadewiyangsukasibukhalorang...tettttttttt~  

Contoh pasangan ideal Vee dan Shidi telah membuktikan sebaliknya....serius weh aku suka gilerrrrrr tengok dorang ni...sangattttttttlah sweet...steady and cool je gaya dorang *me love!! mmuaahh mmuahh~ *
pernah ke korang dengar berita dorang bergaduh? aku tak pernah dengar...*wink²*

alahhhh kalau gaduh² manja tu standard la...bak kata P. Ramlee, 'sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri....'   setengah orang bila tergigit lidah je terus jadi ulser...apa maknanya tu?? kuikuikui~



Praktikal

Menyambung bicara, selama bergelar suami kepada Vanidah, dia bersyukur kerana isterinya itu bijak mengendalikan rumah tangga dengan baik.

Baginya, Vanidah merupakan seorang yang praktikal dan begitu mementingkan kesempurnaan untuk keluarga mereka.

"Bukan itu sahaja, Vee juga tahu batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan ibu apabila menimbangkan tawaran untuk sesuatu projek lakonan.

"Saya percaya kerana dengan pendiriannya itu jugalah ramai yang menghormatinya. Apa yang boleh saya katakan, nama Vanidah Imran itu semakin besar hari ini jika hendak dibandingkan ketika dia mula-mula muncul dulu," kata Shidi yang juga pemuzik kumpulan Dead Mushroom ini penuh bersungguh.

Shidi yang pernah membintangi filem Mimpi Moon ini juga memberitahu resipi kebahagiaan rumah tangganya adalah kerana keseimbangan karakter antara dirinya dengan Vanidah.
Jika Vanidah seorang yang cepat marah dan baran, Shidi pula lebih tenang. Dalam erti kata lain, Shidi dianggap sebagai air yang mampu memadamkan api yang sedang marak.

"Kalau Vee sedang marah, saya biarkan dia tenang dahulu sebelum memulakan perbincangan. Kalau nak tahu, saya bukanlah seorang yang romantik dan tidak pandai hendak memujuk (ketawa)."
"Saya lebih mengambil sikap rasional dan realistik. Dalam rumah tangga pun, Vee yang paling banyak bercakap manakala saya pula menjadi seorang pendengar yang setia dan hanya memberikan pandangan bila diperlukan.

"Begitu juga dengan soal cemburu. Bohonglah kalau saya kata tiada perasaan itu tetapi kami profesional dan cemburu itu harus bertempat. Kami dalam dunia seni dan perlu tahu kedudukan masing-masing serta saling menghormati."


Berita penuh di Utusan Online













p/s::  babe, kita jadikan Vee and Shidi ni idola kita la yeh....ngee~  \(^_^)/


Sep 22, 2010

"Saya Tak Dapat Nak Puaskan Hati Semua Orang"

Biasa dengar atau lihat ayat tu?? yes! selalunya artis atau pemimpin lah yang guna ayat tu...motif??  terpulang pada individu tersebut sama ada untuk cover malu, untuk tutup kekurangan atau dah malas nak layan kata² berbisa yang keluar dari mulut² orang....

Orang² biasa macam kita kita ni pun ada yang gunakan ayat tu....Banyak situasi yang mendorong seseorang mengucapkan kata² mutiara itu...biasanya untuk menapis ayat² condemn atau kritikan orang ramai lah...


kritikan - "jauhnya rumah kau..kenapa tak beli dekat area depan tu je..macam jauh nak pergi kerja.." 

supportive - "oke la ni..kurang² kau ada rumah sendiri..."

kritikan - "tebal sangat lah mekap tu...tak nampak seri sangat pun dalam gambar"

supportive - "comel la gambar kau..nampak natughal...siapa yang buat mekap?"

kritikan - "kenapa beli yang batu kecil??beli la yang besar sikit..."

supportive - "beli besar² buat apa?nak menunjuk? ish³"

kritikan - "eh tak payah guna tudung macam ni..nampak over sangat"

supportive - "baik pakai yang cantik terus, baru nampak beza dengan orang lain"



bla....bla...bla....bla....bla...bla....bla.....



Kalau nak fikir kepuasan hati orang lain, boleh pecah otak aku....baik aku ambil je yang jernih, yang keruh aku buang jauh² kat laut cina selatan nunnnnn~   shuhhh shuhhh shuhhhhhhhhh!

eh aku tak kecil hati pun bila ada yang bertanya soalan² annoying macam tu kat aku...aku layannnnnn je walaupun agak berat hati....mungkin orang tu cuma ingin meluahkan pendapat dia...tak salah pun nak luahkan pendapat...kita kan dalam negara demokrasi...cuma jangan lah cepat sangat melenting kalau pendapat orang tu tak sama dengan kita...*wink  ^_^*

Salah seorang pakcikku pernah berpesan, "lepas ni yana kena belajar BERSABAR....jangan mudah melenting...fikir dulu sebelum bertindak dan berkata²..."

aahhhHHH lebih kurang gitu la maksud ayatnya...hehehe~




Sentiasa berfikiran positif...kadang² kita mungkin tak bersetuju dengan pendapat orang tu...tapi kita tak boleh nak harapkan semua orang berfikir macam kita...kena ambil pendapat majoriti jika mahu buat pilihan yang terbaik!  tak gitu uolssss~   hihihi~




HUAKAKAKAKAKA~  tak menahan kaoooo..konfiden level tinggiiiiiiiii!  =P



Sep 21, 2010

Moral Down~~



Baru lepas kena marah dengan supervisor...sebab aku tak check betul² isi kandungan dalam report yang nak kena submit pada orang atasan...semalam dia bagi tempoh sehari suntuk untuk aku semak isi kandungan report tu...pastikan tiada minor error atau typo dalam penulisan....dengan sangat yakin aku rasa dah lengkap semuanya...

Sekali pagi tadi dia check....KABOMMM!!  hamek kaoooo kena bom terus...padan muka aku!! siapa suruh cuai...banyak rupanya mistake yang aku buat...kesalahan aku tak besar mana pun...'table of content' tak tally dengan isi dalam report, nama projek tak sama, susunan gambarajah dan jadual tak betul etc etc...memang lah kebanyakan ayat dalam report tu copy paste je dari projek² sebelum ni, tapi sepatutnya aku kena check la sebab isinya tak sama maaaa...haish~

Disebabkan kesalahan² kecil tu la kena marah....itu dinamakan STUPID MISTAKE!! bukan susah pun nak edit report...malas nak baca tu la jadinya...lagi sekali padan muka aku!! lain kali buat kerja bersungguh-sungguh ye cik yanamib oiiiiii~ -__-'

Ketaq woo lutut aku kena marah...first time kena marah macam ni kat tempat kerja...walaupun dia tak marah depan orang....sedih wooo....rasa nak nangis...sob sob~    tapi memang salah aku pun...so redha je la...bajet kental...padahalllllllllll~   T__T


"marah tandanya sayang..."   
oke aku yakin dengan mutiara kata itu...mungkin kalau tak dimarah, sampai bila pun aku lembab je buat kerja...-___-




"I won't make the same mistake again... pomish!!"  










Kena lebih bersungguh-sungguh buat kerja lepas ni !!  yeayyy~  \(^_^)/








p/s::  macam kena tengok wayang balik kerja ni...untuk kembalikan mood happy....@_@


Sep 20, 2010

Ciri-ciri Lelaki Idaman YanaMIB

oke sambungan entry yang lepas... Lelaki idaman aku simple je...aku tak cari pun anak menteri, anak dato', anak Tan Sri atau anak Agung/Sultan *sebab dorang pun tak pandang kau..muwakakaka~* 


Apa yang penting, selain kerjasama yang dititikberaktakn oleh Wonderpets ialah AGAMA!! yess...bila asas agama kukuh, sudah tentu sifat² baik yang lain macam penyabar, rendah diri, baik hati etc etc akan ada dalam diri orang tu....kan kan kannnn..? ^_^


Selain itu aku suka lelaki yang pandai bersosial...means ramai kawan lah...bila ramai kawan maksudnya sifat dan perwatakannya amat disenangi oleh ramai orang...korang nak ke berkawan dengan orang yang annoying, kerek, hati kering, tak pandai bergaul dengan orang ???  mesti kita akan pilih orang yang good² je untuk jadi kawan kita kan kan kannnn?? ^_^


Kalau rasa² nak sehidup semati dengan laki tu, aku akan make sure orang tu ada misi dalam hidup..dia mesti merancang apa yang dia nak capai in future...baru la rasa bermakna 'hidup bersama'...ada adventure...ada pahit, ada manis...hehehe~   aku taknak jadi orang yang biasa²..aku nak jadi insan yang luar biasa (pengaruh dak encem ni...wink~)


Yang terakhir....erm erm...kalau boleh la kan...kalau tak boleh takpe lah...aku redha...ngee~   aku nak laki yang ada six pack....macam Jacob..aww aww~  bila jalan sebelah laki macam ni kan, automatik diri sendiri akan rasa macam diva, anggun vasss gitu...wewiittt~  *lempang*


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

:: pesal lah kau muda sangat...budak sekolah lagi...hehh..kalau kau sebaya Johnny Depp ke boleh la aku hantar rombongan minang gi rumah kau... *in your dream yana oii~*  ::




Yang pasti semua ciri-ciri yang aku sebut tadi ada pada dak encemku...woot~ woot~ silalah kembang kan vontot anda sekarang!! =P



Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..
Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..
Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..
Carilah kebaikan itu pada dirinya.... 
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...




I bersyukur diketemukan dengan yu...Alhamdulillah...semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga..amin~












lalalalalala...daku bahagia  ^_^





Sep 19, 2010

Raya Sebulan weiii

Hari ni hari raya yang ke 10...kut...dan disebabkan kita berpuasa sebulan, makanya raya pun haruslah sebulan!! *masalahnya sebulan ke kau puasa??*  hahaha~   eh para wanita ada cuti khas...aku tak mintak pun cuti tu...dia datang sendiri....lalalala~

Jap lagi nak pergi beraya rumah kawan² sekolah...kat area Serdang Jaya tu...ada sesiapa yang tinggal area sana?? nak aku terjah?? kalau ada duit raya kompem aku datang...bwahaha~  hei tahun ni walaupun umur dah cecah 24 tahun, dah bekerja selama setahun, tapi masih dapat duit raya hokayy! *RM5 je pon...kakakaka~*  janji dapat...kau ado?? lalalala~

oke nak pergi bersiap..maklong la gadis pembersih suci murni, suka main air, tempoh bersiap adalah 1 jam!! 


sekian!  



\/(^_^)




Sep 18, 2010

Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki





* Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.


* Suka dimanja
Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka...aku selalu cuba part ni..berkesan!! kuikuikui~  


* Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!

* Sentiasa menghormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.

* Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

* Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!

* Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif

* Bukan materialistik
make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!

* Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

* Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

* Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.











Sumber:: Google...tu je search engine yang mabelesss! *wink*



Semoga kita tergolong dalam ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki masa kini...huhuhu~  err I ada ciri-ciri wanita idaman yu kan dak encem?? ngee~

Apa pula ciri-ciri lelaki idamanku?? update kat next entry...lalalala~  ^_^


Sep 17, 2010

Baru Bawak Kereta Besar Dah Berlagak!!

Mentang-mentang kereta kau jauh lebih besar dari aku kan..ye lah aku bawak Gen-2 je..kau bawak Nissan apa tah...rupa ala ala Toyota Alphard tu...lepas tu bajet kau lelaki kau kena tinggi kan ego sampai Gunung Everest??!! *haktuih*

Hei aku bukan sengaja la nak bawak terkedek² kat tol Sungai Besi tu..kereta Myvi depan aku tu macam terkial² tak sure nak pergi lane mana...kalau aku potong kang tetibe dia langgar kereta aku camne?? kau nak ganti?? *bodoh!*   Lepas tu kau hon beria kunun² marah la kan sebab terkedek² bawak kereta...oke fine! part tu aku boleh la terima lagi sebab kalau aku jadi kau aku pun akan hon...tapi takde la over macam ternampak kereta keluar simpang secara mengejut kan. *oke maybe kau nak test bunyi hon kau kuat mana...*

Lepas dah amek tiket, aku mendahului kau...aku bawak kereta agak laju...highway jalan straight so tekan je la minyak kan...masa tu pun banyak je kereta lain kat highway...jadi niat aku untuk potong mana² yang lambat, lepas tu nak tukar lane tengah....aku tengok mirror, kau saja je kejar aku kan...bajet nak balas dendam kunun...

Bila dah dekat ko men suluh²....bajet aku takut la sebab lampu kereta kau lagi besar dari lampu kereta aku....sekali aku tekan break daaaaa...break yang disengajakan sebab aku tahu kau follow kereta aku rapat²...lepas tu kau bengang kau suluh lagi...hahahaha padan muka kau!!!! tau pun takut aku tekan break kan....kau ingat aku perempuan tak berani nak gaduh dengan kau...huh!! *nak ego jugak..*

Nasib jugak aku tengah letih masa tu, so aku pun tukar la lane tengah...bagi je kau potong kereta aku...walaupun hati aku tak rela nyah!! membara!!! grrrrrr~

Hei nyah! kalau ikutkan baran aku, TAKDE MAKNANYA aku nak tukar lane...aku nak buat emergency break bagi kau sakit jantung tekan break...!! huh! kalau kau langgar kereta aku, kau lah kena bayar ganti rugi!!  Dalam undang² orang belakang yang langgar tu memang kompem salah oke!! tak kisah la siapa punca...memang kau yang akan dipersalahkan!! miahahahaha~

Hei kamu yang bawak kereta besar-yang-bajet-bagus-sangat-tapi-sebenarnya-hampeh, kalau dah tahu kereta kau tu laju sangat, tak suka terkedek², BELI la Smart Tag !! kalau kedekut taik hidung masin, atau kau memang tak mampu nak beli Smart Tag, terpaksa beratur amek tiket, tak payah la nak berlagak sangat main hon-hon jadah, lepas tu nak berdendam macam HELL I tell you!!




sekian...sila jangan contohi aku...

TAMAT!!



p/s:  aku nak publish gambar kereta tu tapi card reader tertinggal kat opis..later aku update...lalala~

p/s: mood:  marah tapi dah reda..hehe~

p/s: sakit² badan akibat mengemas rumah ke tahap berkilat semalam -___-

p/s:  pagi yang sejuk sebab hujan, tapi kenapa aku bangun awal?? aku kan cuti hari ni...-___-

p/s: persiapan akhir menjelang hari bersejarah esok...'Ya Allah permudahkanlah urusan kami...amin'



Sep 16, 2010

Wanita dan PMS



Premenstrual syndrome atau PMS amat glemer di kalangan gadis tak kira la masa kini atau masa dulu...kalau dalam bahasa melayu disebut sindrom pra-haid lah...simptom ni terjadi sebelum wanita itu didatangi haid...contoh seminggu sebelum haid ke...

Wanita yang didatangi PMS akan ada symptom berikut::

1) Perubahan emosi.
Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu marah dan menangis.

2) Perlukan masa untuk bersendirian.
Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.

3) Kembung.
Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.

4) Mengidam!
Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.

5) Tahap konsentrasi yang lemah.
Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.



    oh kepada kaum lelaki, sila lah jangan memarahi adik², kawan² atau makwe kamu sekiranya kamu melihat simptom² di atas pada diri mereka...kami tak berniat untuk menyusahkan orang...tapi itu semua kuasa Allah...kami redha dengan diri kami, dengan dugaan yang Allah beri....kami juga cuba sedaya upaya untuk tidak terlau mengikut emosi ketika dalam kesakitan....

    Bayangkan kami mengalami masalah sebelum haid, apa lagi semasa haid datang pula penyakit senggugut...Allah sahaja yang tahu peritnya rasa sakit kami pada masa tu...orang lelaki hanya tahu melihat...kadang² dimarah lagi sebab kami tak larat nak buat kerja, merajuk tiba²...T__T

    Yang kami minta cuma lah belas kasihan, mahu kamu memahami masalah kami......tak salah kan kamu cuba memahami masalah wanita?

    Apabila berdampingan dengan wanita² yang ada PMS, sila JANGAN buat lawak bodoh atau bertanya soalan² bodoh contoh seperti ketika anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur "Eh kau sibuk ke?" atau kami akan tembak kamu sampai mati! miahahahaha~ *lempang*
     











    Kalau kamu takut dimarahi tak tentu pasal, beli lah alat PMS Detector kat Smart Shop-lah-sangat...mungkin ada di pasaran berdekatan anda...lalalalala~














    Mungkin dengan perubahan gaya hidup sihat dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada terkena sindrom PMS... *kena rajin exercise lepas ni..yeayy! \(^_^)/*




    Sekian info berguna especially bagi kaum lelaki...huhuhu~


    peace!! \/(^_^)







    p/s:  selamat Hari Malaysia sume!! Jum pi beraya lagi...aku belum puas makan lomang dan rendang...ngee~