Pages

Sep 26, 2010

Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Minat Main Kompang

Sekarang aku kat rumah...baru selesai beraya rumah dua orang kawan sekolah aku, cik puan Farah dan encik Hanif....thanks Farah ajak aku datang rumah ko...sedap weii sambal nasi lemak ko...ajar aku nanti eh...untuk kegunaan di masa hadapanku...ngehehehe~  =P

Si Farah ni ada 2 orang anak...tah bila la aku pulak nak ada anak...erk?  @_@       oh tidak tidak, kita bukan nak bercerita pasal anak-anak sekarang ni...aku nak kabo kat korang korang ni, masa kitorang tengah sedap melantak, anak dia yang sulung, Naufal nama diberi, sibuk la keluarkan segala mainan² dia tunjuk kat kitorang....ada keretapi la, kereta mainan yang kecik kecik tu la, ada bowling la...macam² la kan...

Tapi!! ada satu permainan dia yang membuatkan aku agak kagum...macam teruja je aku tengok...iaitu.....KOMPANG!!  eh serius first time lah aku tengok budak umur 2 tahun excited main kompang...hahaha... aku tanya Farah, macam mana dia boleh TERbeli kompang untuk anak dia??  then dia jawab la dengan panjang lebarnya,

"ada sekali tu kitorang pergi Nilai, tiba² Naufal macam tunjuk² kat satu kedai ni...dia suruh beli barang kat kedai tu...masalahnya kedai tu jual pasu-pasu bunga tau! so aku naik pelik la, anak aku ni pehal mintak pergi kedai pasu pulak...so aku tanya la dia, "Naufal nak apa?"  lepas tu dia jawab, "abang nak mainan yang kat kenduri kawen tu..pak pong pak pong..."  dia buat bunyi kompang...aku tak berapa nak faham sangat, so aku tanya la kat mana mainan tu....lepas tu dia tunjuk² kedai pasu-pasu tu lagi..dia kata, "ada kat belakang tu"  tah mana dia nampak tak tahu la...tapi memang ada la kat dalam kedai tu...so kena la beli dah dia nak..."












huhuhuhuhu~  memang ibu mithali lah kau Farah...Naufal memang bahasakan diri dia 'abang', sebab dia anak sulung...comel...tapi makin besar ni makin buas kaoooo...menguji kesabaran sungguh >_<


Ada sekali tu, membe aku tengah sedap makan sup, sekali Naufal baling mainan bola yang macam bola untuk beach volleyball tu, habis tumpah sup panas tu kat baju kawan aku...berterabur la isi-isi sup kat kerusi and lantai...perghhh...terus Naufal kena marah dengan ayah dia...hehehe~  *cute*

Lepas kena marah baru la dia senyap sikit..kalau tak, ada je la benda dia nak buat...biasa lah kan budak baru nak membesar, gitu la perangai nye....eh aku ghase budak laki je yang buas macam tu..kalau girl sopan je perangai...lalalalalala~   \/(^_^)










p/s:: eh aku tak habis beraya lagi ni...jiran depan rumah aku ada buat open house gak...lepas tu aku nak pi Ampang...malam karang raya kat Kajang pulak....weehheehheww~  nak blogwalking pun tak sempat ni...tunggu esok baru dapat blogwalking..sorry guys! selamat beraya!! \(^_^)/


12 comments:

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)