Pertama kali tengok perbarisan dengan anak², 3 tahun lepas, sambutan yang ke-59 tahun. Masa tu buat kat dataran Merdeka, KL. Zafran baby lagi masa tu. Sejak dari tu rasa seronok and berkobar² tau nak tengok perbarisan lagi dan lagi. Tapi sambutan yang ke-60 tak pergi kot. Laki aku malas. kahkah
Tahun lepas, sambutan yang ke-61, buat kat Putrajaya. Laki aku yang ajak pi. Kena rasuk roh patriotik kot? bahahaha~ Takde pulak update entry heh! Takpe lah cerita kat sini je. Keluar rumah pukul 7am, sampai Putrajaya dalam 7.30am gitu. Parking tak se-susah dataran KL. Yelahh building office je kat sini, park mana² pun takpe. Tak risau block laluan orang ke, kereta orang ke. Bawak kereta Axia hah lagi senang nyelit celah² tiang. hahaha~
Tapi, nak balik tu ya ampun jem melekattt. Ada la 30 minit melanguk dalam kereta sebab tak boleh gerak pergi mana². Kiri kanan, depan, belakang semua lah jem! Dah la memasing lapar sebab tak jumpa pulak orang menjual² makanan. Sian anak² aku. Adik baby tinggal rumah mak aku jaga sebab baru 4 bulan umur dia takmo la bawak dia tempat sesak² gitu.
Then, aku nampak Dorsett hotel. Terus cakap kat laki, "next year kita duk Dorsett je lah. Senang jalan kaki je pergi dataran. Takyah fikir nak cari parking, nak bersesak² balik. Releks sikit."
And you know what?
Laki aku ingattttt pesanan aku! wahahaha~ Ai is amazed! Sebulan sebelum merdeka dia dah siap booking Dorsett Hotel, Putrajaya. Booked lambat² kang penuh oi.
Hari kejadian. Ikutkan laki suruh half day sebab nak check-in awal. Aku malas la nak bazirkan cuti aku, so aku balik kerja awal dalam pukul 3pm gitu. Kalau balik awal takpeee, bos tak marah, tak tolak cuti.
Lepas Jumaat laki pergi check in dulu, then dia balik rumah tunggu aku balik kerja. Tak paham aku kenapa nak check-in awal sangat. Rupanya dia nak request bilik high level. View lawa kalau bilik tinggi katanya. huk alohh~ Aku follow ajee walaupun takde beza pun aku rasa bilik memana pun.
Anak² aku paling happy. Bebudak kalau cakap nak tidur hotel memang happy sokmo. Tambah hotel tu ada swimming pool. Dia punya happy tu, kau suruh dia buat kerja apa pun dia akan buat tanpa bantahan! hahahaha~
Seperti yang dijangka, memang FULL HOUSE! Masa aku sampai ramai la orang kat lobi.
Katil King. Aku bawa toto jugak. Mana muat sumbat 5 beranak 1 katil tu. huhu~ Bantal extra memang dorang bagi dalam almari. So bawa toto je cukup. |
Tak sempat snap gambar dah sepah dulu dorang ni. hehh |
Ruang masuk dan bar minuman. Fridge ada dalam kabinet tu. |
Toilet. Shower dia bukan jenit melekat kat dinding so selesa la bebudak nak mandi, especially baby. |
Toiletries disediakan. Tapi aku tak pernah la pi hotel tak bawak toiletries sendiri. Mana nak tau kan hotel tu sediakan berus gigi ke idak. Rasanya takde pulak tulis dalam Agoda ke, Booking.com ke. kan? |
Pool area. Petang tu ramai betul orang. Dah kata hotel full house kan. Memang meriah. Panas lit lit pulak tak kuasa aku duk lama² atas tu. Dah la tengah sinus pulak masa ni. Sakit kepala aku baik baring kat bilik lagi syok. |
Lepak kejap je sekadar nak tengok macam mana rupa pool tu. Plan asal aku nak join jugak berendam, sekali lupa bawak seluar mandi daa. Tu yang malas lepak lama. Laki yang jaga bebudak mandi. Aku dengan baby lepak bilik je. |
Lepas Maghrib, kitorang keluar dinner kat Ayer 8. Tu Lan Careno, bff laki aku *tiberrr*. Memang berjanji pun dengan dia nak duk Dorsett untuk tengok perbarisan. So dinner pun sama² lah.
Antara menu yang kitorang order. Aku tak larat sangat nak makan malam tu sebab sinus tu lahh! grr~ Dah makan antihistamine pun gatal lagi hidung aku. Stress betul. Laki aku beria makan siap bertambah nasi. |
Lepas makan, beli jiwa anak² kat Bubbles and Beans, level bawah Ayer 8 tu. |
Sementara anak² main, kami lepak membawang duluuu |
Pukul 11pm gitu kot baru balik hotel. Allahu, macam mana lah nak bangun awal. Plannya, subuh² tu nak kena keluar dah sebab biasanya pukul 6.30am memang dah ramai orang area dataran.
Pukul 7.15am baru turun. hahaha~ Tu pun dramaaa nak kejutkan dorang bangun and mandi. Beli roti and air kat 7-11 bawah hotel, baru pergi dataran. Memang ramaiiiii orang! pheww~
Nasib la ada Lan, dorang turun awal so dapat la chop tempat depan sekali. Dekat jugak la dengan area pentas. Tapi dekat dengan speaker ya aulohh bingitttt telinga. Situ je yang available katanya. Tempat lain semua penuh dah. Belasah je lah janji dapat tengok perbarisan. huhu~
Baby yang sentiasa gelisah sebab speaker kuat gilerrsss! Berdentung² jantung punya kuat. hahaha~ Aku sempat jamah roti gitu² je. Busy tenteram kan baby.
Ihsan kamera tok laki. Aku busy lah dukung baby meligan tak dan pegang fon pun. |
Yang ditunggu-tungguuuu. Eh tahun lepas takde tau kontinjen dorang ni. Serius takde! But this year dah ada balik. Yayy! |
Bagi aku, suasana sambutan kat Putrajaya JAUH lebih selesa banding di KL sana. KL tu kiri kanan mall, jalan sempit, sesak! Dataran Putrajaya ni luas. Korang boleh banding kan lah gambar dalam entry ni dengan entry aku 3 tahun lepas (sambutan yang ke-59 tahun). Memang beza tau. Part sejarah, sentimental value, KL tu toksah cerita lahh. Aku kekecik dulu mana wujud lagi Putrajaya tu. haha~ Aku just share realiti nya pada zaman sekarang.
Dalam pukul 9am lebih gitu aku decide untuk balik hotel. Baby dah tak selesa sangat, meragammmm! Eiii syukur gilaaa duk Dorsett! This year terpaksa jugak lah bawa adik baby sebab tidur hotel kan. Mak aku pun taknak punya kalau aku tinggal kan baby dengan dia. Lasak ok! Kang dia main turun naik tangga macam mana mak aku nak kejar? huhu~
Lepas bagi susu, dia sambungggg meligan. Actually memang dia nak tidur, sekali hujung² perbarisan ada air show pulakkk. Sukhoi kot lalu, bergegarrrr hotel. Terus segar mata dia
Dah dia taknak tidur, aku kemas² la barang, mandikan dia, tukar baju semua sementara tunggu apak and yang lain balik. Pukul 10am habis dah perbarisan. Kejap je pun. Nak chop tempat tu yang kena datang awal. hihi~
Zafirah sempat berendam swimming pool sebelum check out. Biasanya bila duk hotel kitorang akan request untuk late check-out. Alahh tak lama pun. Biasa dorang bagi 30 minit extra je. Tapi sebab weekend, full house pulak tu, hotel tak bagi late check-out. Kena sharp pukul 12pm juga keluar. Nak dekat pukul 12pm siap call bagi reminder kena check-out awal. hahaha~ Yelahh faham, cleaner nak kemas bilik, pukul 3pm orang lain pulak masuk. Kang tak sempat kemas, guests seterusnya mesti bising.
Siap bertukar baju memasing! Nak pergi birthday party pulak kat Klang. Gigih! hahaha~
Puas hati la stay sini. Staff pun ramah tamah, senyum je greats tetamu. InsyaAllah next year kalau sambutan kat Putrajaya lagi kitorang akan stay sini lagi. Kalau korang nak follow jejak aku, booking at least sebulan awal oke! Lambat² gigit jari je lahh. haha~
Tapi kalau sambutan kat KL, aku nak booked hotel area dataran KL lah pulak. Gigih yee.
Check-out vlog aku pasal hari kemerdekaan kat Youtube https://bit.ly/2mz6dYH
BTW, sehari sebelum merdeka tu aku kena sinus. Tak sangka pulak kuat bunyi sok sek sok sek dalam video. Itu pun aku dah cuba kurangkan sebanyak mungkin bunyi sok sek sok sek tu. Bukan sengaja kayy! Pastu bukan lama pun ada bunyi tu. Tengok sampai habis lah baru komen
Thank you sudi baca. Till next entry
Terima kasih sudi membaca!
wow bestnya
ReplyDelete