Pernah dengar nama tempat FAR FAR AWAY??
Ni bukan cerita dongeng yang kena masuk alam lain tu. Tak, tak. Tempat ni memang betul² wujud, dan nama dia ialah FAR FAR AWAY. Tak jauh pun. Hulu langat ajeeee!
Tak percaya? Takpe. Teruskan membaca
Kitorang gerak dari Bangi dalam pukul 12pm. Delivery brownies dulu kat Sg. Tangkas (sempatttt!). Perjalanan dalam 1 jam jugak lah. Aku follow je waze suruh lalu mana. Memang tak familiar langsung jalan ke Hulu Langat tu. huhu~ Banyak betul kereta, dah la jalan kampung, memang slow je lah bawak.
Dah sampai simpang masuk ke Jalan Far Far Away. Simpang dia kecik and naik bukit sikit. Jangan risau, SEMUA JENIS KERETA BOLEH LALU! Cousin aku bawak beetle pun relek je lalu situ. hihi~ Kalau korang nampak signboard macam dalam gambar tu maksudnya betul dah jalan tu. Percaya lah cakap Waze.
Tuan tanah dah buat jalan elok untuk kereta lalu. Takde la berbatu sangat or tanah merah semata. Dalam 600m jugak kena lalu jalan ni. NO lampu jalan! So tak payah berangan nak keluar lepak kedai minum kopi malam². Duduk je lah dalam rumah diam²! hahaha~ Tapi malam tu ayah aku gigih keluar attend kenduri kawan dia kat Subang. Pukul 11pm baru balik. Dia keluar sorang kayy. huhu~
Ni lahh homestay dia. Besarrrrrrrr!! Cantikkkk!! Dream house kebanyakan orang. haha~
Let's house tour!!
From main entrance |
From main entrance |
Balkoni area |
Dapur |
Reading area. Ulat buku confirm suka lepak sini |
BBQ area |
BBQ area |
Pool. Gigih cousin aku bawak pelampung swan besar gedabak. |
Kat rumah ni ada 4 bilik sahaja. Boleh muat up to 12 pax, MAX 20 pax. |
TIADA TV disediakan! Radio, WIFI semua tarakkk! Tapi line telefon ada. Aku pakai RedOne elok je line laju. Data internet pun elok 3G/4G. Tapi family aku yang pakai Celcom katanya line tak berapa kuat. Kena duk balkoni baru elok. Kalau masuk dalam bilik tak dapat dah line internet. haha~
Datang sini, bawak lah board games ke, beyblade ke. Tak pun borak lah dengan sedara mara / kawan-kawan. Mandi pool, bbq, jalan² tengok hutan. Eh banyak aktiviti boleh buat sebenarnya tau. Sekali sekala hidup tak tengok fon, best sebenarnya. Aktiviti aku selain jaga adik baby melasak, makan, makan, makan. lol~
Waktu petang, buat bbq. Cousins lelaki yang buat kerja membakar² ni. |
Kekanak main congkak. Tuan rumah yang sediakan congkak tu. yay! |
Port makan kitorang, area verandah. Best gilaaa! Sambil makan, hirup udara segar (dalam hutan kan?), sambil borak². Eii heaven oke! Heavennnn! |
Kesayangan hamba! |
Geng dapur |
Waktu malam, kitorang habiskan masa dengan berborak, melayan kekanak main and MAKAN lagi dan lagi. kahkah! Cousins lelaki bantai main kad sampai pukul 3am!
Morning dari Far Far Away!! Tempat giling tu tuan rumah sediakan jugak. Ada nasi lemak jugak sebenarnya tuan rumah sediakan untuk 20 pax. Tapi lambat sikit sampai, so amek gambar appetizer je lah dulu. haha~ |
Perkakas dapur, pinggan mangkuk kat sini semua jenis antik². Merasa lah jadi orang have have macam dalam drama tv tu. Mak aku guna semua teko² kat rumah ni untuk bancuh air. Cantik sangat mak cakap. Kenot tahan. hahahaha~
Muka belum mandi Celik mata je makan. Kalau family gathering jangan harap la nak diet. Makcik² aku suka masak. Lepastu jamu anak² buah makan, makan, makan. Love them! |
Lepas breakfast, pergi swimming. Kat sini tak guna air chlorine tau. Owner letak air garam. Tak tanya pulak dia guna garam apa. Kalau korang pergi, korang tanya lah. Pastu update aku tau. hihi~ |
Tu lah owner Far Far Away, Mr Terry. Orang Australia. Tapi wife dia orang Malaysia, Puan Yati. Masa kitorang sampai, wife dia pergi bercuti dengan kawan² ke Padang, Indonesia tak silap. |
Cousin aku booking thru Airbnb. Korang search je Far Far Away Homestay kat airbnb tu. Harga RM1800 per night (weekend).
House rules: TAK BOLEH BAWA TILAM SENDIRI (hygienic purposes).
So kalau datang ramai² lebih daripada 12 orang, inform je pada Mr. Terry or Puan Yati berapa pax yang extra tu, dorang akan sediakan tilam, bantal, selimut semua lah. LENGKAP! Sebab tu aku ada mentioned atas tu, MAX 20 pax boleh masuk rumah ni.
Overall, aku puas hati sangat bermalam kat sini. Perfect place untuk family gathering atau lepak dengan kawan². Punya best tempat ni, sampai mak aku siap booking untuk datang lagi sekali bulan 12 nanti. wohoaa!
Macam biasa lah, aku ada upload video pasal tempat ni kat Youtube.
Cekidaut https://bit.ly/2mjv8PI
Cekidaut https://bit.ly/2mjv8PI
Jangan lupa klik LIKE dan SUBSCRIBE!
Terima kasih sudi membaca!
No comments:
Post a Comment
bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)