Pages

Aug 31, 2015

Lawatan Blogger Ke Zoo Negara

Assalamualaikum...


Weekend lepas kami berpeluang ikuti lawatan Kelab Blogger Ben Ashaari ke zoo negara...kitorang sampai zoo dalam pukul 9am gitu....bekpes mekdi je on the way pi zoo...makan dalam kereta...nak cepat kekdahnya...kang tertinggal train rugi woo....hekhek


Seramai 50 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari join lawatan ni...tu belum campur pasangan dan anak-anak...meriah giler! cuba cari aku kat mana?? :p 


Sebab ramai sangat, so pihak zoo divide kitorang into 2 groups...senang nak control gitu...hihi


Dalam pukul 9.30am gitu kot baru pihak zoo bawak kitorang masuk dan bermula lah sesi lawatan paling best!


memula kitorang dibawa masuk taman rama-rama....awal-awal tu zafirah macam takut²....dia ingat rama-rama tu nak gigit dia...lepas dah explain rama-rama tu baikkk, cantikkkk, pastu aku nyanyi lagu rama-rama   "♪♫ dari ulat jadi kepompong, ia hidup dalam kelongsong....♫♪"


kemonnn...semua orang tau kot lagu tu kan?? HIT masa zaman kekecik dulu...hahaha  dah dengar aku nyanyi lagu tu baru dia paham rama-rama tu apa...huhu


then round² kawasan zoo tengok haiwan²...kali ni Zafirah more teruja tengok haiwan² dalam zoo...tak macam masa pi zoo Melaka 2 tahun lepas...banyak takut dari seronok...mungkin jugak sebab dia kecik lagi time tu, dia tak faham keseronokan melihat haiwan²...giteww~  hihi~


then dapat tengok show...tak silap show ni setiap hari ada...pukul 11am kot... kagum giler tengok macam mana dorang train haiwan-haiwan tu jadi bijak pandai mendengar arahan...pheww~


kami yang khusyuk menonton...hahaha   Zafirah beria bersorak jerit², tepuk tangan...suara dia kot paling kuat bersorak   :p


family blogger...aww!


bergambar pulak dengan bear panda...aloo sian anak Moon terselit belakang tuuu..aunty tak perasan lah awak...sowie...huhu 



 merasa jugak naik tramp ni round setengah zoo...ye SETENGAH zoo je dia jalan...nampak tak betapa luasnya kawasan zoo ni??? pffttt


next stop muzium lebah...time ni after lunch...muzium lebah ni bebetul sebelah restoren...kat sini kita boleh mintak sample madu fresh daripada sarang...rasa dia masam-masam manis...memang pure gilerrr... :)




next tengok monyet pulak


:p 


Acara yang ditunggu-tunggu...!! muzium PANDA!!! wohoa! RM20 ye per sesssion..setiap session dorang peruntukan 20 minit sahaja...fair la kan...ramai kot orang nak masuk tengok panda...aku suggest kalau korang nak tengok panda better datang pukul 2.30-2.45pm gitu...sebab tu feeding time dia...kalau time lain takut panda tidur....rugi je bayar tapi tak dapat tengok panda...paham?  :) 


"baikkkk cikguu!!!"   :p


FYI


tu diaaaaa encik panda yang ensemmm!! encik Fu Wa...bini eh namo Feng Yi...alolo monyok pulak...sunyi ehh binik takde?? bahaha~   bini dia kat sepital dengan anak yang baru lahir...kena kuarantin atau orang melayu panggil 'berpantang'....kehkeh cute je panda! rasa nak peluk-peluk... ^_^


Kebetulan hari tu birthday Fu Wa....staff-staff busy siapkan besday kek bagai...kelass panda ado besday kek okeh! pfftt!  ouh jangan risau, sambutan birthday panda tidak memakan kos berjuta² ringgit pun...simple and fun to watch....hihi~


seronok tengok panda makan kek besday...hahaha  nampak tak betapa simple nya kek besday dia???  :p


gitu je pun hiasan untuk birthday party Fu Wa...kek birthday lak guna ais batu yang diwarnakan oren gitu...rakus betul Fu Wa makan....nasib baik comel  :p


ouh bila masuk dalam muzium panda kita kena DIAM! tak boleh buat bising...henpon kena silent! and tak boleh guna FLASH! dikhuatiri menakutkan the Giant Panda...nama je giant panda...tapi jiwa dia gebu....kuikui  dalam muzium ni pulak ada ekon...sejuk, nyaman je....maybe untuk sama kan suhu kat habitat asal panda which is China... :)


dari pagi berzikir nak tengok panda...bila dah dapat tengok, terus tewas tak dapat tahan mata dah...mimpi panda yang cute² ye nakk! :p


wajah kepuasan dapat tengok panda...hehe


Antara ahli KBBA yang sempat selfie bersama...eh ramai oke nak selfie dengan 50 orang! pfftt! :p


kami pun puas hati dapat tengok Giant Panda! celebrate birthday sama²....aww!


Thank you buat semua penaja yang menjayakan Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Zoo Negara!! Zoo Negara Malaysia, Cosmoderm dan Food Panda ....


Lain kali invite lagi ehh!  v(^_^)"


Korang apa tunggu lagi?? jom lah terjah Zoo Negara jugak!! kompem tak menyesal! boleh beli tiket thru online je...visit http://www.zoonegaramalaysia.my/


Enjoice! (^_^)






Terima kasih sudi membaca!

Aug 24, 2015

Restoren Halal di Trafalgar Square

Assalamualaikum...


Masa melepak² kat Trafalgar Square perut aku memang berkeroncong...lapar baq hang! cuaca sejuk memang perut jadi cepat lapar...tambah lak jadi makyong...dak encem stress je tengok binik asyik lapar....tiap jam mintak nak makan...rupanya dia lupa iols tengah membunting...ceh!


Aku mintak tolong adik aku google restoren mana yang halal area Trafalgar Square...yang dekat dengan National Gallery...malas nak menapak jauh²...haha~  dalam 10 minit kot dia google and dia cakap Pizza Express Halal...siap bagi alamat...so kitorang cari polis, guard or sesiapa yang nampak macam locals untuk ask for direction....dah lapar sangat ni, tak mau sesat²....kang tak pasal jadi gaduh laki bini...bahahaha~


Mujur memang ada polis or perhaps polis bantuan gitu yang jaga kawasan Trafalgar Square...tanya dorang je direction nak ke Pizza Express The Strands...


Untuk rujukan korang...tak jauh pun jalan kaki...serius tak jauh...anggaran 4 minit tu dah betul dah tu... :)


Address: 450 Strand, Charing Cross, London WC2R 0RG, United Kingdom 
Phone:+44 20 7930 8205
Opening Hours: Mon 11:30 AM - 11:00 PM
Tues 11:30 AM - 11:00 PM
Wed 11:30 AM - 11:30 PM
Thurs 11:30 AM - 11:30 PM
Fri 11:30 AM - 11:30 PM
Sat 11:30 AM - 11:30 PM
Sun 11:30 AM - 11:00 PM
*Opening hours may vary during bank holidays. In order to avoid disappointment we recommend contacting the restaurant directly.*


dah sampai...lega rasanya dah jumpa restoren...lega sesangat!! haha~


Masuk je dalam kedai dak encem suruh tanya staff pulak kompem ke halal?? kalau pizza kat Malaysia kitorang yakin je masuk...ni kat negara orang, kena la double triple confirm kan....kan?? ngee~  staff tu kata halal...so oke la konfiden la masuk dalam...baca bismillah jugak la masa melangkah masuk tu...ngeh²  :p


Ekceli kan bukan susah la nak cari restoren halal kat London...memang boleh google je...biasanya info daripada google memang tepat! orang sana jujur...kalau halal memang dorang akan cakap halal, kalau tak halal dorang terus terang je bagitau....sebab kalau dorang tipu, orang akan buat report, kejap je pengusaha restoren akan dikenakan tindakan! no diskriminasi! ai loike! :)


Lama jugak kitorang menunggu staff amek order...padahal bukan ramai orang pun masa ni...bila dah dapat menu blur pulak tak tahu nak order apa!! arghh!! -.-'   aku pun konfiden je lah order yang aku rasa macam sedap...aku order pepperoni kot...tetibe staff tu tanya, 

"are you muslims??"

"yes"

"ic so u cannot order pepperoni or any meat toppings coz they're not halal...you can only order chicken..."

"ouh??"

"yes u see only our chicken is halal...others are not halal...i'm also muslim that's why i'm telling you this...it's just i don't wear hijab like you.."

"oh ic...thanks for the info...by the way why you didn't wear hijab? did your boss won't allowed you or what?"

"oh no no no...my boss don't mind me wearing hijab...i just don't feel like wearing hijab right now..."



gitu lah lebih kurang perbualan aku dengan staff tu...pasal hijab tu...apa nak diherankan sangat kan? kat Malaysia pun ramai je muslims yang tak berhijab...kuikui~


Makanya kitorang pun order lah pizza yang toppings nya chicken...staff tu jugak yang recommend pizza mana yang best...crust macam mana...kitorang memang blur lah kan...dah kata first time makan kat sini....


our pizza! sedap baq hang! crust dia rangup gila! berebut² makan tiga beranak...pastu macam tak cukup pulak...nak tambah order rasa bazir...sebab harga lepas convert ke RM boleh tahan mencekik!! hohoho~  makanya anggap je lah pizza ni buat alas perut sementara jumpa restoren arab yang jual heavy meals ikut selera orang asia yang kuat melantak! >_<


oke mesti ada antara korang yang still was-was dengan kehalal-an Pizza Express...haha  so bawah ni aku attach some articles mengenai status halal Pizza Express k...  :)



berita penuh klik SINI~


Some of rakyat sana anti halal food...dorang ingat bila makanan halal ni ada letak something like holy water ke jampi apa² so sesiapa yang makan halal food walaupun dia bukan muslim nanti hati dia terbalik nak masuk Islam...gitu la lebih kurang yang aku faham kenapa dorang anti halal food...hahahaha bengong kan?


Aku info jugak kat adik aku yang Pizza Express kat Trafalgar Square bukan 100% halal...yang halal cuma ayam je...then adik aku double check kat google, dia kata rupanya ada certain outlet je yang memang ada sijil halal...iskk  pizza tu dah selamat jadi najis pun dikk! haha~  takpe lahh...kitorang yakin pizza yang kitorang makan tu halal...no doubt and no question about it!! lagipun tengah emergency, lapar sangat! ingat ye, kalau was-was memang jatuh haram hukumnya...so better jangan was was...kebulur kang! :p


Nota tambahan: certain outlet Pizza Express ada sijil halal...tapi SEMUA OUTLET Pizza Express served halal chicken! yaaa CHICKEN sahaja yang confirm halal untuk semua outlet Pizza Express...faham??  :)


kat London internet lajuuuuu....so anywhere, anytime korang boleh google je "Halal Pizza Express London"...akan keluar directory macam gambar ni, siap direction and full address on which outlet of Pizza Express yang ada sijil Halal...outlet² yang ada sijil halal ni dorang akan pamerkan sijil tu kat pintu masuk restoren...either di kaunter or mana² dinding yang mudah customer nampak...macam aku cakap sebelum ni, orang sana jujur...tiada diskriminasi...nak lebih selamat, tanya je staff...  :)


k tu je nak cerita...selamat menjamu selera! (^^,)


************************************************************************************


IKLAN


Free gift terbaru: MAKE UP BAG!!
limited stok!
wassap segera untuk pembelian! 
harga kasih sayang untuk korang  :)


SKINBAR...RM39 sahajaaaaaa  (tak termasuk postage)




Terima kasih sudi membaca!

Aug 21, 2015

Cosmoderm Teman Setia Kami Sekeluarga!

Assalamualaikum...


Kali ke-2 jejakkan kaki ke negara sejuk dan kering such as London buatkan kami lebih bersedia terutamanya dalam pemilihan produk kecantikan yang sesuai digunakan di negara² sejuk dan kering....kitorang takmo beli yang mahal²...yelahh perbelanjaan kat UK nanti bukan guna daun oii...kena pakai duit jugakkkk...so mana yang boleh jimat tu kita jimattttttt.... :)


Syukur kami diperkenalkan dengan jenama COSMODERM! bukan takat harga produk yang mampu milik, berbaloi lagi...pengasas syarikat pun orang melayu kita tau...aku suka tengok orang melayu yang berjaya...suka nak support...tambah² produk dia memang berkualiti....lagiiiiii ler aku akan support 100%! ^_^


3 daripada produk Cosmoderm yang jadi teman setia kami sepanjang 2 minggu di London...dari kiri, Vitamin E facial cleanser (mak aku pun pakai cleanser ni...sedap gila bau), krim muka Cosmoderm and lotion badan...puas hati wooo!! now ada lagi balance² krim and lotion kat rumah tu...tu aku cakap berbaloi gila beli produk Cosmoderm...dah la murah, tahan lama pulak tu...me ♥! :)


Masa kitorang pi London hari tu musim Spring...almost Summer...tapi kalau musim Summer sekali pun cuaca sana memang sentiasa kering! kalau tak pakai krim apa² kat muka and badan dalam masa tak sampai seminggu kulit ko mesti mengelupas punya....takat sunburn tu aku tak heran sangat...kulit orang Asia memang senang sunburn pun...tapi tang kulit kering mengelupas tu yang tak tahan...gatal² tau...pastu lama² kalau tak dirawat dia jadi pedih...percayalah! aku dah sampai sana 2 kali....so kena percaya apa aku cakap! bahahaha~  :p


rutin harian di London, sebelum keluar rumah aku akan make sure semua orang tepek krim muka Cosmoderm! memang kena paksa, kalau tak semua malas² nak sapu krim pastu kulit muka mengelupas macam apa tah...hahaha~   


Zafirah pun tak terkecuali okeh!


Teringat 3 tahun lepas datang sini, masa tu umur Zafirah baru 8 bulan...aku tak prepare apa² krim muka pun untuk dia...harapkan lotion badan je...masa tu stay sana dalam 5 hari je...belum masuk hari ke-5 dah mengelupas muka anak dara aku tu...lahaii sian tau! so kali ni memang aku akan pastikan sebelum keluar rumah semua wajib tepek krim kat muka dan badan...! hehe~


anak blogger...rindu pulak dengan rumah adik bila tengok gambar ni  T__T


lotion badan and krim muka ni sentiasa aku bawak pi mana²...sentiasa ada dalam beg...yelah lepas solat mesti dah hilang krim² kat muka tu kan...so bila ada stok dalam beg senang lerr nak tepek krim banyak² kali...giteww~  :)


tak pun agak² kulit tu macam kering je sebab dah lama sangat berjalan, tepek je lagi krim kat muka...aku rasa time duk London kemain banyak aku lumur krim kat muka...nak kasi moist punya pasal...hahaha  eh cuaca sana kering gila kot...dalam masa seharian berjalan kat luar, boleh tengok beza tangan ko ada rupa tangan gadis 20an atau mak dara 60an...muahaha! >_<



Body lotion pun gitu...tiap kali lepas basuh tangan ke, lepas wudhu ke, terus lumur balik lotion kat tangan jangan kasi kering...bila kulit dah start kering, tu jadi mengelupas...bila dah mengelupas dia jadi gatal²...tak selesa tau nanti...asyik nak menggaru je...percayalah, aku dah alaminya! >_<


Thank you Cosmoderm kerana menjaga kulit kami sepanjang di London... (♥_♥)


If korang berminat untuk beli produk Cosmoderm, meh klik laju² website dia www.cosmoderm.com.my
atau
boleh LIKE fanpage Cosmoderm


Happy shopping and happy holiday!! ^_^





Terima kasih sudi membaca!

Aug 20, 2015

Spotting Bleeding Pada 29 Minggu??

Assalamualaikum...




Petang semalam, err dalam pukul 3pm camtu masa pi toilet ku perasan kat pantyliner ada cecair coklat²....macam awal² or hujung² period tu....penuh gak pantyliner...cuak gila oii! adakah ini dinamakan bleeding????!!! T__T


Keluar toilet terus wassap dak encem and kazen aku...mujur ada kazen doktor bahagian O&G...takyah susah² tanya kat facebook...ehh! :p


nampak tak tahap kerisauan di situ??? aku kat opis masa ni...memang blur habis! dah tahu kena pi sepital tapi macam blur...so aku nekad untuk berwassap² dengan kazen aku dulu, mintak pendapat semua, tenangkan hati, tarik napas panjang²...mata aku dah mula berair masa ni...tapi tak nangis la sebab malu kat opismet kang dia ingat aku ni hati tisu pulak...lolol  :p


Dalam 10-15 minit gitu rasa dah kuat semangat sikit aku inform senior kat opis nak balik sebab ada bleeding...ye semangat aku macam down giler semalam...menggeletar gak tangan kaki tengok bleeding gitu...first time oii! mujur jugak opis aku ni fleksibel...tak terkongkong sangat untuk setelkan urusan peribadi...opis dak encem pun gitu...  :)


Time driving balik rumah, mulut baca doa banyak² semoga dipermudahkan perjalanan aku...ingat nak baca zikir nabi Yunus...tak ingat pulak!! cuak sangat agaknya sampai lupa nak baca apa...iskk~  mata pulak asyik berair je...sambil driving cakap² dengan baby untuk bertahan....anak mama kuat! pastu nak nangis pulak masa borak² dengan baby...adoii lembut sungguh jiwa makyong ni.... T__T


Aku balik rumah dulu sebab nak gerak pi sepital sekali dengan dak encem...kitorang pi HUKM...sebab kali ni dah plan nak bersalin kat sana...ramai review O&G kat hukm bagus! hehe~


Aku terus pi emergency O&G...dah bleeding kira kes emergency lah kan...? aku bagitau nurse ada bleeding...nurse tanya, "dah berapa bulan??"

"baru 29 minggu.."

terus muka dia berubah... "tak cukup bulan lagi niii...."

"haaa saya tau tu...tu yang datang sini terussss..."

"oke puan duduk dulu, kena tanya doktor macam mana..."


Dalam 5 minit doktor sampai...eh comelnya doktor...hahaha tapi serius dokor tu comel je...huhu~  cuma apa yang dia cakap tu buat aku lagi susah hati... T__T


"maaf ye puan, kami tak boleh terima kes puan ni....sebab if puan kena bersalin or warded, kami dah takde katil...incubator pun dah full...ventilator kami pun tak cukup untuk tambah lagi patients...maaf sangat...tapi saya kena terus terang dengan puan ni..."

"habis tu macam mana?? check dulu tak boleh?? saya nak tahu kenapa bleeding..."

"boleh check...tapi if in case puan kena admit, kami kena tolak puan ke sepital lain...sepital lain pulak akan buat check up lagi sekali....jadi saya suggest daripada puan kena hadap check up sampai 2 kali, better puan pi je sepital lain..."

"oke sepital mana yang terima kes macam ni??"

"saya suggest HKL or hospital Ampang..."

"Serdang or Putrajaya tak boleh ke??"

"err kami tak suggest lah...puan duk Bangi kan?? tapi saya memang tak suggest pi Serdang, Kajang or Putrajaya...sebab dorang pun banyak tolak patients ke kami...HKL and Ampang the best setakat ni...and the nearest dengan HUKM..."

"private sepital tak terima ke??"

"erm kita tak suggest jugak...sebab kalau kes² premature biasanya dorang pun akan tolak kes ke gomen...banyak kali pulak kena tolak² sepital nanti..."



*lebih kurang gitu lah dialog aku and doktor tu...tulis yang penting² je...ikutkan panjang lagi explanation doktor tu...huhu~*


Maka bertolak lah kami ke HKL dengan hati yang susah...adoii kena warded pulak ke?? sepanjang perjalanan memasing diam je...haha  dalam hati aku pulun la doa jangan la kena warded...jangan la bersalin awal (premature)....satu hape pun tak prepare lagi oiii!!  T__T


Sampai sepital besalin HKL, inform nurse semua pasal masalah aku....ayat nurse pun boleh tahan menyentapkan...

"kat sini pun wad penuh ye...if kena warded awak kena duduk atas kerusi dulu sementara tunggu ada bilik kosong..."


*gulp! duk atas kerusi?? baiklah....ai pasghahhh!*  T_T


Masa aku sampai patients tak ramai...dah almost 6pm time tu...staff² pun oke je layan leklok...lama jugak menunggu untuk check up sebab dorang nak bukak file...first time menerima rawatan kat HKL kekdahnya....macam² soklan dorang tanya....aku cuba jawab dengan tenang dan konfiden! huhu  :p


Antara soklan yang doktor tanya:
ada jatuh??
last bersama suami??
ada sakit apa², demam ke??
bila last scan??
baby bergerak oke??
anak pertama dulu lahir cukup bulan ke??
etc


Semua jawapan aku bagi positif je...kiranya dari lahiriah memang tak jumpa punca² bleeding...check air kencing pun oke...means takde kencing kotor...time scan pun doktor cakap plasenta duk atas, dalam rahim takde bleeding or luka apa², jantung baby normal...eh senang cerita SEMUA normal!! macam tiap² kali check up jugak...normal semata...


So last test, dorang check serviks untuk tengok if ada erosion (luka) kat pangkal rahim...


And wallaa!!!


memang ada erosion pun! T__T   tapi pintu rahim tertutup means takde tanda² nak beranak...Alhamdulillah....lega nyaaaaaa lahaiii! tak tahu nak cakap macam mana rasa lega tu...huhu


and doktor amek jugak sample darah tu untuk test for infection...tapi 5 hari baru keluar result...kuikui~


yang penting TAK PAYAH WARDED!! syukurrrr Alhamdulillah...doc just suruh pantau je kat rumah if bleeding makin banyak, pi je mana² sepital terdekat...biasa bila dah tau punca bleeding kalau nak admit ke sepital swasta pun takde hal...sebab admission ni untuk pemantauan sahaja...bukan nak bersalin premature pun...kalau bersalin premature yang swasta susah nak terima...gitu lah explanation doktor kat HKL semalam...ffuhh!


Mujur jugak dak encem staff gomen, so tak payah bayar...ikutkan kena bawak GL, kad/sijil nikah bagai masa bukak file tu...tapi dah nama pun emergency, kitorang datang sepital selai sepinggang je kot...nasib staff tak cerewet nak jugak dokumen² tu...mekasehhh bagi kerjasama yang baik...  :)


Dah balik tu aku inform kazen aku pasal punca bleeding...




paling penting TAKDE pantang makan!! yeyy! :p


Alhamdulillah urusan aku sepanjang kat hospital, baik HUKM and HKL dua² mudah...staff² layan elok², explain details supaya takde salah faham...Tenkiu to all my family members yang mendoakan kesihatan mommy and baby...ingatkan 1st trimester je yang kena extra careful sebab janin fragile...rupanya bila kandungan cecah 24-36 weeks pun kena extra careful jugak...sebab tu tempoh² bermasalah....doktor lah yang cakap kat aku ni...bukan fakta aku buat sendiri okeh! huhu~


"There's always a first time for everything"


tapi pengalaman yang ni memang menyeramkan seumur hidup aku!! dak encem pun muka ketat je driving semalam...time balik tu baru dia oke...maybe dia pun lega kot bukan big issue...just kena hati² je...and jangan aktif sangat...tah apa benda yang aku aktif pun tak tau laa...huhu~


k tu je nak cerita...korang yang tengah preggy tu pun jaga diri bebaik ye...semoga Allah beri kesihatan pada kita sepanjang tempoh mengandung dan selepasnya...amin  :)






Terima kasih sudi membaca!