Pages

Mar 31, 2012

Minta Jasa Baik Kawan-kawan =)

*Sticky post sehingga akhir bulan...entry baru sila scroll ke bawah



Aku ada join "Breastfeed Baby Contest" anjuran E-MumShop...
macam biasa lah contest-contest kat FB ni kena kumpul "LIKE" sebanyak mungkin...huhu~
so nak minta jasa baik kamu kamu semua,
termasuk lah silent reader...
untuk "LIKE" gambar anak saya yang comel lote itu...hehe
just follow je steps kat bawah ni k   =)




Ekceli kalau nak terus langkah step kedua pun boleh jugak  ^___^
Terima kasih kepada yang sudi "LIKE"
hug kamu ketat-ketat!!  \(^___^)/









p/s::  saya dah "LIKE" semua gambar baby yang ada dalam album contest ni...serius!  (^^,)





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 30, 2012

Korban Kambing Aqiqah


Aku baru balik dari tengok korban untuk qiqah Zafirah...kambing dari Australia...penjual tu lah cakap kambing tu dari Australia...aku mana reti tengok kambing tu jenis apa...aku tau makan je...haha~  dak encem takde tadi...tak tahu mana dia hilang...ikutkan aku malas nak gi tengok since dak encem takde..tapi pakcik penjual tu suruh datang jugak...sebab ada akad rupanya...yelah benda ni bukan boleh buat suka-suka, sambil lewa..benda nak bawak akhirat kena buat betul-betul ye dak...? so aku pergi dengan adik aku je lah...mujur adik aku ada tolong temankan...huhu~



eksklusif gambar lepas pantang...selim kan?? selim kan?? muahahahahaha *kembang hidung lapanbelasinci* taknak kalah tau mak dengan anak baju sepesen kaler pinky pinky *wink wink*  =P




Gila banyak tools pakcik ni untuk sembelih kambing...tapi dia guna satu jenis pisau je lah..idak la guna semua senjata-senjata ni...aku je teruja bila dia keluarkan segala senjata-senjata sembelih ni dari beg dia..hoho~


Aku baru tahu nak buat korban untuk aqiqah kena ada akad...lebih kurang gini lah bunyi akad tu...aku tak ingat la apa aku cakap tadi...hehe~

"Saya mewakilkan untuk menyembelih kambing aqiqah untuk Aimy Zafirah binti Siti Liyana kepada Encik Othman kerana Allah Taala..."

untuk akad memang kena 'binti' kan nama mak..bukan nama ayah...sumpah baru tahu! (-_-")




Lokasi penyembelihan::  Serdang Jaya, Taman Seri Serdang...

Aku order kambing ni kat kawan sekolah aku...famili dia ada buat bisnes katering...raya tahun lepas aku pergi open house rumah dia, dorang hidang kambing...sedap kot...tu aku order kat dia je...hihi~




Setelah dilapah...kebetulan ada dua orang yang order kambing, so pakcik tu sembelih 2 ekor je terus..senang kerja...kambing aku yang belah kanan tu...pakcik tu kata kambing aku paling besar...aku tengok macam sama saiz je dua-dua ekor ni...hahaha  =P


Tak sabar nak kenduri esok...makan kambing panggang...favvy kot..nyum nyum~ oke lah...Zafirah dah bising nak susu...kena berhenti menaip sekarang! esok aku story pasal majlis qiqah pulak ye...tata~! (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 28, 2012

Ada 2 Rupanya..huhu~



Masa selongkar-selongkar almari baby tadi,
nak cari baju apa untuk baby pakai hari ni...
rambang mata kot...semua baju comel-comel...haha =P
sekali TERperasan baju gaun merah ni ada 2 helai rupanya...wallaaaa~
aku tak sure siapa yang bagi baju ni...
ramai nau orang bagi hadiah *syukur*
tak ingat orang ni bagi apa, orang tu bagi apa...huhuhu~
tak mungkin la orang yang sama bagi sampai 2 pasang kan *duhhh!*
takkan nak jual baju yang sehelai lagi tu?? kahkahkah~
tak tak...aku takkan jual lah..
recycle bagi hadiah kat orang je..bwahahahaha~  *kidding lahh!*
kecik hati si pemberi hadiah baca entry aku nih...kikiki~
selagi anak aku boleh pakai, aku bagi la anak aku pakai...ish ish ish~


Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang memberi hadiah!
Allah sahaja dapat membalas jasa korang...
terima kasih juga rakan-rakan yang datang menziarah...
aku tak sempat nak update blogger-blogger yang datang visit aku...huhu~
dah jarang sangat nak jenguk blog...
ada masa nanti aku update lagi yeeee...
tata~! (^^,)










p/s::  hari yang ke 44...last day pantang..yaahhooooo~! esok nak pi shopping kat Billion! v(^__^)"





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 23, 2012

Berapa Lama Tempoh Paling Panjang Bagi Darah Nifas?

percubaan memakai jumper dan tights...nampak besar pulak baju tu..hihi~


Hari ni dah masuk hari ke 39 aku berpantang...tapi darah nifas aku masih belum kering...tiba-tiba rasa cuak lepas tu baru terhegeh-hegeh cari info pasal darah nifas *duhhh!*....menurut pembacaan aku melalui carian pakcik gugel, biasanya orang bersalin secara czer memang lama tempoh nifasnya...sebab darah tu keluar sikit-sikit...erm erm...cuma aku nak tahu tempoh maksima tu berapa lama...yelah...macam period tempoh maksima 14 hari...lepas 14 hari dikira darah istihadha (darah penyakit)...kan??  =)


So berikut ialah hasil carian ku di blog "Laman Fiqh Anda"


1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.


2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.



Ustazah adik aku pun ada cakap, tempoh maksima memang 60 hari...kalau lepas 60 hari masih ada darah keluar dari faraj kena segera jumpa doktor...takut ada medical condition...


oke noted! sekarang sudah faham...huhuhu~  adoi lama kot 2 bulan tak boleh solat, tak boleh mengaji...datang bulan yang 10 hari pun dah rasa lamaaaaaaa ni kan pulak 2 bulan...hehh..harap-harap nifas aku takde la sampai 60 hari...amin~  (^^,)



p/s::  boleh baca lebih lanjut pasal darah nifas di blog Laman Fiqh...macam-macam info pasal nifas ada  =)




**********************************************************************************************

IKLAN:



CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! ♥ ♥ ♥






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 21, 2012

Wordless Wednesday #23 | Si Bam Bam Pakai Skirt (^^,)


Percubaan memakai skirt...

geram tengok baju-baju skirt dalam almari...

baru lah nampak ladies giteww...ngehehe  ^___^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 16, 2012

Tazkirah Hari Ini (Part 31)



Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda

"makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang."

(AlBukhori dan Muslim)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 15, 2012

Tension Pulak Nak Online Macam ni =(


Tengok la skrin lappy aku nih...
tu BUKAN screen saver ye...
tapi screen pecah! iskisk~ T__T
skrin yang belah dalam tu yang pecah...
bukan ada retak ke apa...tapi kat dalam tu yang retak...
aaaaa paham tak aku cakap apa?? grrr~


Tak tahu la siapa buat...
samada terpijak atau terjatuh...
tapi firasat aku kuat mengatakan lappy ni kena pijak...adeyy~
mak aku cakap cost nak tukar screen dalam RM500 jugak...
mahal derrr~!
sebab tu tak tukar-tukar sampai sekarang...
yes memang dah lama pun skrin ni jadi macam ni...
sejak 3 minggu lepas...ngehh~  =.=
mak aku cakap daripada bayar rm500 untuk repair skrin,
baik tukar je lappy baru terus! *yeyyy!*
padahal lappy ni belum sampai setahun pun beli..erm erm~


ekceli ni bukan lappy aku pon...
ni ayah aku punya...hihi
tapi dia jarang guna...
aku guna pun untuk main game Castleville kat FB tu haaa...
lappy dak encem tak best nak main game...
sebab lappy saiz kecik lambatttttttttt nak loading  (-__-)
erm memang betul ke charge nak tukar screen sampai RM500??
korang ada tahu mana-mana tempat yang charge murah sikit??
macam kesian pulak mak aku kena beli lappy baru nanti...haihhh~



mood::  sakit mata  @__@






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 14, 2012

Umur Saya Sebulan Hari ni~!!


14 Mac...genap sebulan umur baby Zafirah! Alhamdulillah...
berat terkini 4.3 kilo...pffttt~
semoga semakin bam bam dan semakin sihat anak mama yeee~  =)


Tadi kitorang bawak Zafirah pi Az Zahrah untuk cucuk imunisasi (Hepatitis B dos 1)...
masuk 2 bulan nanti kena cucuk lagi...Hepatitis B dos 2 pulak...
aku tengok buku pink baby tu, setiap bulan kena cucuk...adeyy~
dah la dia tengah sedap tidur tadi...
sekali doktor cucuk...
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
panjang harakat anak aku menjerit tahu??!
sampai tak bernapas! hehhh~
nak gugur jantung aku tengok dia menjerit gitu...
kita yang dah dewasa kena injection pun sakit...ni kan pulak baby...bayangkannnnn~!
doktor cucuk kat area peha...dekat-dekat dengan bontot...
memang sakit la bahagian tu...adeyy~
papanya tak berani tengok...dia duduk jauh-jauh...ceh! (-__-")




Tapi lepas habis cucuk dia terus diam...
tapi muka sedih la...huhu
sumpah comel~!! (^^,)
masuk dalam kereta dia terus tidur tak sedar diri...
sampai je rumah terus besar mata...haihh
seronok pulak dia berjalan...=.=
tunggu habis pantang laaaa mama dengan papa bawak Zafirah jalan-jalan oke??  =)



bye~!  (^__^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 9, 2012

Tazkirah Hari Ini (Part 30)



Ada seorang buta datang menghadap Rasululullah saw dan bertanya 

"Ya Rasulullah, saya tidak punya orang untuk membimbing saya untuk datang ke masjid, apakah saya boleh tidak datang ke masjid?" 

Rasulullah saw membolehkannya. Tetapi setelah orang buta itu hendak pulang Rasulullah saw bertanya 
"Apakah kamu mendengar azan?"


"Ya" jawabnya 


"Kalau begitu datanglah ke masjid untuk solat berjemaah" 

(Muslim)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 7, 2012

Wordless Wednesday #22


Berat terkini...

selepas 3 minggu berpantang...

*wink wink*

v(^_____^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 6, 2012

Bila Baby Sedu #petualama

Eh korang jangan bosan ye aku asyik update pasal anak aku je...haha
yelah dah nama pun berpantang...
duduk rumah 24 jam...
apa lah sangat aku boleh cerita bila duduk rumah je ye dak?  =)


********************************************************************


oke berbalik pada tajuk entry...
pernah dengar tak petua orang tua-tua,
bila baby sedu kita tepek tisu basah kat dahi dia??



MACAM NI~!



macam kelakar je kan...
tapi surprisingly aku pun terpengaruh dengan #petualama nih...hihihi~
nak kata berkesan tu aku tak jamin 100% lah...
sebab kadang-kadang berkesan je cara ni...
means baby sedu tak lama la...
tak tahu la kalau benda ni sekadar psikologi ke hape...
kut ada yang tahu boleh la explain dengan panjang lebar kat aku
macam mana function 'tisu basah' ni sebenarnya   ^__^




tengok anak aku macam seronok je kena tepek tisu basah kat dahi...
rasa sejuk kot kepala...hekhekhek~
err kalau orang besar sedu ada tak yang tepek tisu basah macam ni jugak?? ngaaaa~  v(^___^)"














p/s::  hari ni umur baby Zafirah genap 21 hari (3 minggu)...tiba-tiba aku rasa kulit aku makin cerah...sebab dah lama tak kena matahari...kahkahkah~  =P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 5, 2012

Percubaan Memakan Jamu


Sebelum ni aku ada cerita yang minyak-minyak Afiat ni tak sesuai dengan aku...baca entry >SINI<  Set bersalin Afiat ni bukan terdiri dari minyak-minyak je...ada jugak jamu-jamu...sebelum ni memang tak berani nak makan...then makcik-makcik aku ramai nasihat better makan jamu...jamu ni boleh buat badan kita wangi...lagipun jamu mempercepatkan rahim kecut...ada sorang makcik aku dah bising...baru anak sorang jangan buat tak tahu je penjagaan dalaman...badan nak pakai lama...tak jaga betul-betul kang laki lari kanggg...haaaaa...siapa nak jawab?? ngehehe~


Kalau kita tengok orang dulu-dulu elok je makan jamu...anak-anak semua membesar dengan sihat je...body pun lawa je...haha so apa salahnya aku ikut ye dak??  (^__^)




kecik je biji-biji jamu nih...tapi surface dia kasar...sakit tekak aku menelan  T__T


Since aku pantang pun dah nak masuk 3 minggu *pfftt cepat betul masa berlalu...kejap je dah 3 minggu..hihi*  so aku berani la nak makan...lagipun anak aku dah kompem takde kuning...lagiiiiii lah konfiden nak makan   =)





Kalau ikutkan dos yang disarankan aku kena makan 4 biji pagi, 4 biji tengah hari dan 4 biji malam...tapi aku cuma amek 2 biji je untuk 3 waktu tu...hihi sebab ni kira proses percubaan...so makan sikit-sikit je lah...nak tengok anak aku tahan ke idak...so far aku makan takde pulak anak aku meragam...aku pun takde rasa panas ke hape...so far so good....tapi aku rasa nak terus stay makan 2 biji je lah...serius tak larat nak telan sampai 4 biji...sobsob~  T__T


Selain jamu, aku ada amalkan suppliment...yang tu aku story lain entry...nak promosi sekali...muahaha  *sambil menyelam minum air derr*  (^^,)













p/s::  para ibu kat luar tu kalau ada tips lain yang korang amalkan masa berpantang boleh la share...lain orang lain cara pantang...ikut orang tua masing-masing lah kan...tapi yang mana aku boleh ikut aku akan ikut...yang mana aku rasa berat nak ikut aku cuma ambil sebagai ilmu tambahan sahaja  =)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 3, 2012

Diari Untuk Zafirah~


hadiah dari adik aku...
dia nak habiskan voucher RM200 dia tu...
shopping buku kat MPH, Alamanda...
alang-alang shopping buku, dia beli sekali buku diari untuk baby Zafirah...
comel sangat! tenkiu mak su!  ^___^




memang la aku ada catatkan semua benda pasal baby dalam blog..
tapi buku ni sangat comel~!!
kita boleh tulis setiap benda baru yang jadi kat anak kita dalam tu...
lagipun buku ni colorful...
aku siap tulis guna pen warna warni lagi...haha suka! suka!  (^^,)




siap ada 'family tree' bagai...nice!
boleh juga catit pasal "my first step", "my first bath", "my weight" untuk setiap minggu and bulan, "my height" and banyak lagi...serius sangat sangat menarik buku ni...ai loike!!


eh nak bagi hadiah kat orang pun sesuai aku rasa...
so sesiapa yang bakal jadi mama tu boleh la singgah MPH cari buku ni okeh!
kompem tak menyesal....hihi~
tak sabar nak update pasal baby dalam buku ni...
seronok sangat tengok baby membesar! ^__^






p/s::  BUKAN iklan buku...(^__^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mar 1, 2012

Kacau Baby Tidur..hihi~

Orang tua-tua cakap tak elok tidur time Maghrib..betul??
bila dah ada anak ni aku pun nak la ajar anak aku supaya jangan tidur time Maghrib...
memang lah dia baby lagi...
tapi dari baby la kita kena ajar dia ye dak??
bak kata pepatah, bayi ni umpama kain putih...
ibu bapa lah yang mencorakkan ia untuk jadi insan macam mana...ecewahh
mendalam tau maksud ayat tu   =)


Biasanya time Maghrib memang baby Zafirah akan bangun...
tak kisah la dia nak meragam ke, merengek ke...
janji dia bangun...hihi~
tapi hari ni seronok pulak dia tidur...
puas dah aku dengan mak aku kejutkan dia...



dah main picit-picit pipi dia...~ 



main-main dengan mulut dia...kikiki~ 



angkat pun udah...usap-usap kepala, cium banyak-banyak kali...aku amek gambar ni pun semua guna flash...dengan niat dia akan terjaga bila ada cahaya terang macam tu...tapi dia boleh menggeliat then sambung tidur balik...grrr~  (-_-")


Ada cara lain ke eh nak kejutkan baby tidur?? hihi~
kelakar tengok baby Zafirah tidur...
macam-macam gaya, macam-macam mimik muka dia buat...
ikut gaya papa dia tidur...lalalalalala~   =P
jangan malam karang dia taknak tidur macam semalam udah lerrr...
semalam pukul 5am baru baby Zafirah nak tidur...
meragam pasal apa tah...
letih papa duk mendodoi...huhu~
ni lah dinamakan cabaran menjadi ibu bapa...
pengalaman yang tak boleh dijual beli  (^^,)
korang dulu kecik-kecik kuat meragam tak?? *tiba-tiba*  v(^__^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!