Pages

Dec 12, 2019

Dinner di Pantai Seaview HALAL Restaurant, Phuket

Assalamualaikum...


Masih lagi hari pertama di Phuket. Entry sebelum ni aku dah cerita hotel mana kami duduk. Lepas check in siap mentido sepanjang petang. Hujan pulak petang tu lagi syiokkk tidur. Zafran je tak tidur. Tengok Cartoon Network πŸ™„


Bangun je tidur, solat asar, siap², pukul 6.30pm gitu gerak pergi dinner. Siapa follow blog aku mesti faham dah kot, tiap kali company trip akan ada 1 malam dinner ramai² dengan semua staff and bos. Bezanya tahun ni, takde aktiviti lucky draw. Postponed ke trip akhir bulan 12.


 Kitorang makan kat sini. Sedap food dia! Tapi jauh gila dari patong Beach. Kena naik motor or Grab or Tuk Tuk. Dalam 15-20 minute jugak lah perjalanan dari hotel. Kitorang naik van ramai². Bos belanja πŸ˜


 Sebab dah booking awal, so sampai² meja dah siap set-up macam ni. Food pun order awal so takde la kena tunggu lama. HR aku order via email je food and reservation semua. Bab payment, kena deposit or not tu aku tak tau. Korang kena tanya sendiri. hihi~


Subhanallah cantikkkk sangat view waktu senja πŸ˜  Zaman aku kekecik dulu pantang tok nenek aku keluar senja². Sekarang siap amek gambar. πŸ€”


 Macam bergambar dengan poster! Cantik sangat tau view kat sini. Tapi bila dah malam, dah gelap tak nampak apa dah luar tu. haha~


 Tengok gambar je pun dah kecur air liur. Teringat kesedapan food kat sini. Serius sedap (kut tekak aku and opismet lain).


 Kiri sekali tu oyster cheese tak silap. Ya auloh sedapppp!!! Tak puas makan satu! Tapi sebab share² dengan orang lain, terpaksa la amek satu je. hahaha~ Lagipun masa menu tu sampai, semua orang dah habis makan. Dah kekenyangan.


 Dessert is a MUST!! Ice cream goreng. Unik sangat ice cream goreng dia. Besar ye seketul tu. Kena makan 3-4 orang.


Ouh kat restoren ni takde pulut mangga. Kecewa lah sikit. Tu lah food yang dicari² bila datang Thailand. Sebab tu kitorang order ice cream goreng je untuk dessert. huhu~


 Bos aku, depan sekali (kanan). Dia memang suka sangat belanja staff makan. Cuba tengok kawasan restoren tu, lengang kan? Macam kitorang buat private event pulak kat situ. hahaha~  Macam aku cakap kat entry sebelum ni, masa ni Phuket lengang. Pergi mana² lengang. Kat restoren ni pun kitorang je tau makan kat situ. Takde orang lain.


On the way balik hotel, bos aku mintak driver berhenti kat Jungceylon Shopping Mall sebab dia nak jumpa kawan dia. Then, kawan aku nampak signange Big C. Hah apa lagiiii. Kitorang pun join turun kat Jungceylon jugeee. Memang dah aim nak memborong dalam Big C tu. hahaha~


Hasil borongan pertama. Mukadimah je dulu. Seaweed tu halal ye. Zafran la sibuk nak seaweed. Memang ada logo halal belakang peket dia tu. Kat sana tak susah pun nak cari food halal sebenarnya.


Balik hotel naik Tuk Tuk sebab banyak sangat shopping. Pengalaman pergi Bangkok tahun lepas, kali ni dah aim awal² apa nak dibeli. Tak larat lah nak angkut plastik berat² jalan kaki. haha~


Sampai hotel, releks² and zass tidur! Lama tak tidur lena sepanjang malam. huhu~  Zafran tu tak habis² ajak balik. Dah rindu baby. Padahal kalau jumpa gaduh je kerja πŸ™„


K till next entry. Terima kasih sudi bacaaa πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Dec 11, 2019

Phuket Trip 2019 | Review DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort

Assalamualaikum...


Dua hari lepas habis Family Day Gojes, aku ikut trip company. Tahun ni bos bawak jalan² pergi Phuket. AGAIN!! πŸ™„


Bukan tak suka, tapi 6 tahun lepas bos dah bawak jalan² Phuket. Boleh baca entry kisah Phuket aku tahun 2013 (klik SINI). Phuket bukan lah tempat yang aku nak pergi ulang². Apa lagi nak bawa family. Baik lah aku spend duit aku bawak dorang holiday tempat lain. Tapi dah bos nak belanja, follow jugak lah. Cuma aku tak bawa family aku. Bawak Zafran je. Sebab last year pergi Bangkok dah bawak Zafri. So tahun ni bawak abang lah pulak. Tengok lah ada rezeki lain tahun depan bawak kaklong pulak jalan dengan mama. Gitu lah mama yang adil dan saksama. 


 Dan disebabkan tak berapa happy pergi Phuket, kitorang lambat² je tukar duit. Itinerary pun tak buat tau! hahaha~  Punya la malas nak berjalan. Island hopping semua tu dah pernah buat dulu. Malas lah pergi lagi sekali. Sama je pun rupa laut and pulau dia. lol~ 


Udahnya, sehari sebelum fly baru terhegeh² tukar duit. Mahal sikit lah currency mungkin sebab cuti Deepavali time ni. BTW, aku baru tau money changer kat level 1, dalam IOI City Mall ni lagi murah banding kat Level G (area Kyochon). Kebetulan aku nak pergi cucuk duit. ATM ada kat level 1. Tengok sebelah ada money changer. Rate pun helokk hah terus tukar thai baht. Aku tukar dalam 3000baht je. Kengkonon takde nak shopping sangat. Yelahh Phuket je pun. hahahaha~


 Duit tukar sikit, tapi luggage bawak sampai 2! Sekali sampai epot laki bagi CC. yahooo! πŸ˜ 


Flight kitorang pukul 9.20am. Gerak dari rumah pukul 6.30am. Tu pun sebab ayah aku lambat. Pagi tu baru dia sedar passport expired less than 6 bulan! Dia duk contact kawan kastam, semua cakap tak boleh lepas. Udahnya dia hantar je aku dengan Zafran sampai epot, lepastu balik rumah. huk alohh πŸ˜‘


 Masa tengah wrap luggage terjumpa ustaz Ebit. Aku ni bukan jenis ramah ye senang bertegur sapa dengan orang. Tapi hari tu mood happy kot, nampak dia tunggu kawan kat tepi tu terus aku tegur, "ehh ustaz Ebit yee?"  Mesti la kena tanya kang buat nya pelanduk dua serupa tak pasal je malu sendiri. hahaha~  Siap tanya nak pergi mana, dengan siapa. Pastu ajak bergambar. Yamboii ramah sangat pulerr πŸ˜


Naik train untuk ke terminal lain. Sebenarnya tak payah naik train pun. Tapi memasing blur pulak pagi tu, konfiden je masuk train ingatkan semua international flight memang kena naik train. Tak biasa masuk KLIA gitu lahh. Biasa naik flight tambang mur mur je kat KLIA2. Seronok la Zafran dapat naik train 2x. LOL~


Dah sampai boarding gate. Tahun ni bos belanja naik MAS. Kitorang amek group booking, harga lagi murah dari AA. Dapat free luggage 30kg and free meals lagi.


yayy excited! First time aku holiday berdua dengan boifren kecik tu πŸ˜


Bye KL


Dalam MAS stewardess takyah susah² buat demo keselamatan, semua guna video ajee. Flight pergi takde tv, so kitorang mentido je lah.


More, naik MAS tak boleh pilih² food dalam flight. Kena redho je dia bagi apa. hahaha~  Oke la makan sandwich sejukkk dengan kacang and air mineral. Zafran tak suka sandwich tu. Dia makan kacang je.


Landing kat airport Phuket pukul 10.50am (waktu msia). Kena naik bus untuk pergi terminal sebab kapal terbang park jauhhhh nau nau.


Sampai airport, dah pick up luggage, amek sim card pulak. Beli siap² kat KLOOK, tinggal pick up je bila sampai airport. Cari kaunter dtac dekat dengan pintu keluar.


On the way pergi hotel. Company memang dah siap arrange airport transfer. Jauhhh ye perjalanan pergi hotel. Sempat mentido dalam van.


Kitorang stay hotel Double Tree by Hilton. Dulu nama hotel ni Banthai Resort, pastu Hilton beli. Gitu lahh yang aku faham pasal hotel ni. Kitorang sampai agak awal, so belum ada bilik yang dah ready. Tapi area lobby ada waiting room, selesa gilaaaa! Nak baring, tidur pun bolehh. Staff bagi refreshment sikit. Wet towel dengan air buah apa tah. Tawar je aku rasa. lol~


Tengah menunggu tu Zafran merengek nak air masak. grrr~  Tanya staff hotel, kat mana ada air mineral. Sekali dia suruh beli kat bar daaa! Apoo hotel memahal tapi takde water filter. Siapa agent Coway, Cuckoo dan seangkatan, pi la bercuti kat situ pastu promote water filter korang kayy! Kat Malaysia ni hotel cikai² pun ada water filter tau. Guests boleh amek air mineral (sejuk, panas) FREE FLOW! Yang letak setiap level pun adoo.


ok fine, sayang anak kan? Beli laa jugakk walaupunnn harga Yahudi.


Sebotol air mineral tu almost RM10 ye. Minum lah nakk, minum. Lepas beli baru aku teringat air mineral dalam luggage. Kau rasa? πŸ˜’  Memang aku bawak siap² dari KL sebab tau anak aku tak gemar sangat air manis² ni. Mesti kena ada air mineral even pergi makan kat kedai pun kena ada bekal air mineral.


Dah nak jam 2pm, bilik kitorang belum ready lagi. Ada separuh staff yang dah dapat kunci, separuh lagi belum (termasuk la aku). So kitorang pergi lunch dulu. Lapaq! Walaupun takde itinerary, aku study jugak lah tempat makan halal area Phuket ni. Yang orang recommended. 6 tahun lepas kitorang banyak pergi kedai Indian. Takleh terima sangat lah menu dorang. So kali ni decide nak cari kedai halal yang PURE Thai masak.


Naik tuk tuk. Malas jalan kaki. haha~


Aku ada baca blog sorang akak ni bagitau restoren ni sedap. So hari first sampai aku aim lunch kat sini dulu lah sebab paling dekat dengan hotel. Restoren halal lain semua jauhhhh² kayy.


Aku order nasi goreng telur je sebab nak share dengan Zafran. Pastu air kelapa fresh. Nyamannn!


Kedai sangat cozy. Tak ramai orang. Eh sepanjang aku duk Phuket memang suasana agak lengang tau. Tak serabut macam aku pi 6 tahun lepas. Mungkin sebab BUKAN cuti sekolah. Atau mungkin musim monsun buatkan pelancong takmo datang sini.


BTW, food kat restoren ni so-so aje. NOT RECOMMENDED! Aku datang sini ber-4 dengan officemate lain. Semua cakap food sini tak best sangat. Tomyam dia tak paduuu!


Habis lunch, kitorang decide nak jalan kaki je balik hotel. Sebab nak menyinggah² Family Mart and 7e. Sejak dah pergi Bangkok tahun lepas, kitorang tau dah nak beli apa kalau datang Thailand. haha~  Ayuhh foodhunt!! πŸ˜


TAK HALAL! Jangan beli ok! Aku saja amek gambar sebab unik. LOL~  Kat sini sebelum beli apa², belek la dulu packaging dia tengok ada cop halal ke tidak. Aku datang sini aim nak borong Arabus je. ngee~


Hotel yang kitorang duduk 6 tahun lepas, Baan Laimai. Best gila wei hotel ni. RECOMMENDED!


Alhamdulillah, bila sampai lobi, staf bagitau bilik dah ready. Bilik kitorang semua jauh². Hotel ni agak besar, ada 2 blok hotel, blok lobi lain. Swimming pool je ada 3. pfft! Tazzabarrr nak lompat katil! Jom tengok rupa bilik aku πŸ˜


Katil King
Sofa pun ada. Jadi tempat lambak barang je sofa tu. kahh!
View dari balkoni
Balkoni luass! Ampaian pun ada disediakan. Banyak kali jugak la lepak balkoni dengan Zafran sambil makan keropok. hihi~

Drinking water dia rasa payau. Macam air suling. haha~ Hari first je aku minum air hotel, hari lain aku beli air mineral kat 7E, lagi sedap!
Fridge. Air dalam fridge semua berbayar ye.
Wardrobe. Iron yilekk. Kena request room service. Apoo hotel mahal tapi takleh provide iron each room

Overall bagi aku hotel ni OK. Tak boleh lawan Baan Laimai lah. Kawasan terlalu besar, jarak dari hotel ke lobi jauh, nak pergi cafe for breakfast pun jauh. Nak pergi kedai, pantai lagi lahh jauhh kena menapak. Tapi toilet merata². hahaha~  Maklum lah bawa anak kecik memang kena alert toilet kat mana. More, plug untuk cas henfon ada seketul je dia bagi. Bukan sebelah katil pulak tu. Nunn jauh kat bar kaunter sana. Kedekut plug heh~


Masa check in ni dah almost 4pm gitu. Penat betul rasa. Malas nak jalan². Lepas salin baju, solat, kitorang decide nak mentido sepanjang petang. Heaven ok! First time aku pergi holiday yang relaks siap boleh tidur petang. Biasanya tak cukup tidur, tak cukup rehat. Trip kali ni memang terlebih rehat. hahaha~


Sambung next entry kayy. bye! πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!