Masih lagi hari pertama di Phuket. Entry sebelum ni aku dah cerita hotel mana kami duduk. Lepas check in siap mentido sepanjang petang. Hujan pulak petang tu lagi syiokkk tidur. Zafran je tak tidur. Tengok Cartoon Network
Bangun je tidur, solat asar, siap², pukul 6.30pm gitu gerak pergi dinner. Siapa follow blog aku mesti faham dah kot, tiap kali company trip akan ada 1 malam dinner ramai² dengan semua staff and bos. Bezanya tahun ni, takde aktiviti lucky draw. Postponed ke trip akhir bulan 12.
Kitorang makan kat sini. Sedap food dia! Tapi jauh gila dari patong Beach. Kena naik motor or Grab or Tuk Tuk. Dalam 15-20 minute jugak lah perjalanan dari hotel. Kitorang naik van ramai². Bos belanja
Sebab dah booking awal, so sampai² meja dah siap set-up macam ni. Food pun order awal so takde la kena tunggu lama. HR aku order via email je food and reservation semua. Bab payment, kena deposit or not tu aku tak tau. Korang kena tanya sendiri. hihi~
Subhanallah cantikkkk sangat view waktu senja Zaman aku kekecik dulu pantang tok nenek aku keluar senja². Sekarang siap amek gambar.
Macam bergambar dengan poster! Cantik sangat tau view kat sini. Tapi bila dah malam, dah gelap tak nampak apa dah luar tu. haha~
Tengok gambar je pun dah kecur air liur. Teringat kesedapan food kat sini. Serius sedap (kut tekak aku and opismet lain).
Kiri sekali tu oyster cheese tak silap. Ya auloh sedapppp!!! Tak puas makan satu! Tapi sebab share² dengan orang lain, terpaksa la amek satu je. hahaha~ Lagipun masa menu tu sampai, semua orang dah habis makan. Dah kekenyangan.
Dessert is a MUST!! Ice cream goreng. Unik sangat ice cream goreng dia. Besar ye seketul tu. Kena makan 3-4 orang.
Ouh kat restoren ni takde pulut mangga. Kecewa lah sikit. Tu lah food yang dicari² bila datang Thailand. Sebab tu kitorang order ice cream goreng je untuk dessert. huhu~
Bos aku, depan sekali (kanan). Dia memang suka sangat belanja staff makan. Cuba tengok kawasan restoren tu, lengang kan? Macam kitorang buat private event pulak kat situ. hahaha~ Macam aku cakap kat entry sebelum ni, masa ni Phuket lengang. Pergi mana² lengang. Kat restoren ni pun kitorang je tau makan kat situ. Takde orang lain.
On the way balik hotel, bos aku mintak driver berhenti kat Jungceylon Shopping Mall sebab dia nak jumpa kawan dia. Then, kawan aku nampak signange Big C. Hah apa lagiiii. Kitorang pun join turun kat Jungceylon jugeee. Memang dah aim nak memborong dalam Big C tu. hahaha~
Hasil borongan pertama. Mukadimah je dulu. Seaweed tu halal ye. Zafran la sibuk nak seaweed. Memang ada logo halal belakang peket dia tu. Kat sana tak susah pun nak cari food halal sebenarnya.
Balik hotel naik Tuk Tuk sebab banyak sangat shopping. Pengalaman pergi Bangkok tahun lepas, kali ni dah aim awal² apa nak dibeli. Tak larat lah nak angkut plastik berat² jalan kaki. haha~
Sampai hotel, releks² and zass tidur! Lama tak tidur lena sepanjang malam. huhu~ Zafran tu tak habis² ajak balik. Dah rindu baby. Padahal kalau jumpa gaduh je kerja
K till next entry. Terima kasih sudi bacaaa
Terima kasih sudi membaca!
bestnya
ReplyDeleteni trip berdua la ye tanpa ujang dan zafirah? btw lama betul x ke phuket. ada jugak plan tahun ni tp x de rezeki hahaha
ReplyDeletewaalaikumussalam. alhamdulillah. pasti akan jadi kenangan yg takkan dapat dilupakan ^_^
ReplyDeletebestnya.. cantiknya gambar background senja tu hehe
ReplyDeletehttps://thejagungspirasi.blogspot.com/
@mawardi: aah dtg berdua je sbb beli tix last mnt mahal sgt jd nya..tu mls bwk yg lain..huhu
ReplyDelete