Assalamualaikum...
|
Dan sebenarnya hari nak balik KL baru bergambar depan hotel. ngee~ Jarak dari Don Mueng Internartional Airport (DMK) ke hotel dalam 30 minit. Kat main entrance ni nampak macam hotel bajet je. kahkah~ Connected dengan mall, pintu kanan hotel, pintu lagi satu masuk mall. Gituu~ |
LOBI
Kena naik tingkat 9 baru jumpa lobi. Unik sangat hotel nya pun.
|
Reception, lobby area, cafe and pool area (tapi tak boleh mandi) semua kat Level 9. Main entrance tu ada concierge sahaja! |
|
Acah-acah pool Sebelah cafe je so time breakfast boleh pilih nak duduk dalam or pool area. |
BILIK
Since kami booking beramai², so dapat bilik dekat² and level sama, level 5.
|
Aku request connecting room dengan parents aku. Senang nak pass² baby kat dorang bila aku nak pergi toilet or bersiap or solat. Tapi bilik parents aku katil single x2. Lupa pulak snap gambar bilik dorang. Korang tengok kat web dorang je lah |
|
Fridge ada dalam kabinet tu. |
|
Aiseyy kacau pulak seluar baby situ. haha~ |
|
Sabun, syampu semua wangiiiii! Sabun baby aku bawak sendiri ye. Rasa tak sesuai pulak baby pakai sabun orang dewasa. hihi~ Kalau nak tukar sabun baru hari², kau sorok je lah sabun yang dah pakai tu dalam beg. Sebab kalau banyak lagi dorang takkan tukar baru. Towel je yang dorang tukar hari² |
|
Air mineral and 3 in 1 tu je yang FOC. Air dalam fridge semua cas lain. Hari² kena restok air mineral tu. Baby sorang perabih 2 botol besar tu. kahh! |
|
Kemain canggih tempat simpan remote haa. Puas aku cari hari tu |
|
FYI telekung tuuu AKU PUNYA! haha~ Bagus hotel ni siap letak arah kiblat walaupun tersorok dalam almari. huhu~ Sebelum dapat tau ada arah kiblat tu, ayah aku guna apps kat fon dia. Sekali salah daa. Opposite direction. lol~ Memang tak boleh pakai ke apa apps tu? |
|
apooo! Tapi tak efek kitorang okay lah. Lagipun memang kitorang tak duk hotel. Merayap sampai malam. haha~ |
|
Katil KING, share berdua dengan baby. Puassss tidur!! Sepanjang duk Bangkok baby tak jaga malam langsung! Merasa la aku tidur nyenyak, deep sleep siap mimpi indah². bahaha~ |
|
Happy yee dik dapat jalan². Kemain lepas sihat Pneumonia mama bawak pi holiday. Eh tapi dia memang sihat² je sepanjang duk Bangkok. Batuk or selsema sikit pun takde tau. Tu tak berbaju sebab baru lepas mandi. Tunggu luggage tak sampai² haa. |
CAFE
To my surprise, hotel ni ada sediakan HALAL food. So tak perlu buat special request ke apa. yeyy! Jom tengok apa yang halal selain buah-buahan dan telur. hihi~
|
Ada nasi beriani and roti nan (liat namateyy). Kuah dal and kari pedas oke! Tapi sedapppp! Nak jalan jauh kena makan berat waktu pagi. hihi~ |
|
All cake & pastries dia pun halal. Chef sendiri bagitau halal. Aku tak tanya waitress tau, aku tanya CHEF terus! Maka makan lah dengan yakin. |
|
Breakfast day 1. Pancake dia sedap nak arwah. Lembut gebu ya tuhann tak boleh move on pulak rasa. Bertambah jugak lahh sebab sedap sangat! Half boil egg tu BY REQUEST. Tapi nasib² laa kadang menjadi, kadang tak menjadi dia buat. Heran aku dorang ni memang tak reti buat half boiled egg ke camne? |
Overall aku bagi 9/10 bintang! Memang recommended korang stay sini jika ke Bangkok. Lokasi pun strategik tau, sebab dekat sangat dengan shopping mall, souvenir shops etc. Nak request Grabcar or tuk tuk pun mudah. Cuma Grabcar kat sana tak efficient macam kat sini. Mungkin sebab jem teruk sangat. Entah lah. Aku selalu kena tunggu lama bila booking Grab. Penat oke! Kalau nak naik train, kena jalan sikit hala ke Platinum Mall tu.
Semoga bermanfaat. bye!
Terima kasih sudi membaca!
Cantik dalaman biliknya.. sesuai date dengan en. Hb ni.. wakakaka..
ReplyDeleteBestnya berdua je dgn si babay
ReplyDelete