Pages

Sep 15, 2018

Harga Tiket Farm in the City 2018

Assalamualaikum...


Hari tu aku dah up entry Farm in the City (FITC).  Apa ada dalam tu, aktiviti apa boleh buat dalam tu. Sekarang harga tiket dah naik wooo! Aku kena gak buat entry ni sebab kesian readers yang baca entry lama tu. Kang ada pulak cakap aku nipu. Padahal tu entry lama. Tak sangka jugak la harga tiket dah naik. hurmm


Ni harga tiket TERKINI ye. Tak tahu lah akan datang dia naik harga lagi ke tak.


Normal Entrance Rates: 
Adult: RM55
Children/Senior Citizen: RM45

MYKAD Discount: 
Adult: RM37
Children/Senior Citizen: RM30
Note: All rates effective 1/Feb/2018
* Child ticket is below 11 years old *
* Child below 90cm in height is FOC. *
* Senior Citizen (above 60 years old, entitled child price) *


Family Package (MyKad Promotion) – RM125 nett: 
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals


Animal Feedings:
RM2 per feeding (guna token)


Pony Ride:
RM7


Alamat:
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia



Customer Service:
+603-89412099

Operating Hours:
WEEKDAYS: 10:00am-6:00pm
WEEKENDS: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.


Social Media:
FB: Farm In The City 城の农场
IG: @farminthecitymalaysia
Website: Farm in the City





Terima kasih sudi membaca!

Sep 14, 2018

Breakfast di Verandah | Cyberview Resort & Spa

Assalamualaikum...


Ada lagi entry Cyberview. haha! Kan aku cakap tempat ni best. Susah nak move on.


Entry lepas tak cerita lagi pasal F&B kat resort ni. Dalam banyak² hotel yang aku pernah pi, aku paling suka F&B kat sini. Banyakkkkkk pilihan dan sangat sedap! Serius sedap! Bukan macam tipikal hotel punya makanan asal ada rasa je. Kat sini memang semua CUKUP rasa. Puas la kau melantak pepagi tu, bawak ke petang dia punya kenyang 😂


Ouh FYI aku BAYAR sendiri ye untuk bermalam kat sini. Kang ada pulak membawang aku puji lebih² sebab dapat bilik free. No no. I bayarrrr oke. 😏


 Verandah tu nama restoren dalam resort ni. Setiap bilik akan dapat free breakfast for 2 person (depends upon korang punya booking). Kids below 6 years kot FOC. Lebih dari tu kena bayar. Rate aku tak ingat berapa RM. Boleh refer website dorang lah kot.

Since aku stay resort ni 3 hari 2 malam, dapat la aku merasa breakfast kat sini 2 kali. Itu pun tak dapat nak jamah semua menu yang dorang sediakan!! Punya banyak! pfft~  Atau mungkin sebab aku ada anak² kecik especially baby. Terbatas lah pergerakan aku nak ulang alik buffet amek makanan. Padan la berat makin turun. ehhh!


Untuk 1st breakfast, ni je lah menu yang sempat aku jamah 👇


Ikan salmon dengan daging tu sedap namateyyy!! nyesal amek sikit hari tu. Sebab hari kedua menu ikan tu dah takde. sobsob~

Mashed potato and scrambled egg. Alahh menu biasa je ni. Kat rumah boleh buat. Tapi lain rasa dia bila kau makan kat hotel. kahh!

Nasi lemak with ayam masak merah. Ya Allah sedapp! air teh o panas.

Haa tu je aku jamah. Sikit kan?? Tapi laki aku tetap kata aku makan banyak. 🙄  Dia cukup dengki tengok aku melantak. Mungkin sebab aku tak gemok² macam dia. kahkah~  nasib lahhh!


For 2nd breakfast (hari ke-3), tak sempat langsung snap gambar. Sebab kejar masa untuk aktiviti family day geng gojes. Mujur lah ada jugak kawan yang rajin snap gambar. Ni antara menu yang kawan aku sempat snap. Thanks Kerul bagi pinjam gambar 😘


Tak sempat rasaaaa! Menjejeh air lior tengok orang lain makan. huwaaa!

Omelette dia pun sedappp. Penuh isi. Cheese pun kemain banyak dia tabur dalam tu. Walaupun ramai orang beratur, tenang je staff tu masak panas² situ. 👍👍

Orang suruh makan, dia main! Kaklong yang ngajar! 😒  Nasib baik la budak ni bawah umur lagi so makan free. haihh!


Sebelum ni pun aku pernah buka puasa kat Verandah ni. 2 kali jugak aku berbuka kat sini. Tahun 2017 sekali, tahun ni pun ada jugak pi. Tapi tahun ni food review lah. kahh! Menu buka puasa pun banyakkk. Rambang mata nak pilih. Memang puas hati sangat. Menu seafood banyak. Gemok² seafood dia. haha~  Baloi lah dengan harga. Tu aku cakap F&B kat sini antara yang terbaik aku pernah rasa.


Memang nak kena repeat lagi datang sini. Next time boleh ajak mak ayah aku pulak ke. Tapi dorang mesti takmo sebab dekat sangat dengan rumah. 🙄  Takpe, boleh pujuk 😏


k habis dah entry pasal Cyberview. Rasanya lahh. hahaha~


Semoga bermanfaat.




Terima kasih sudi membaca!

Sep 13, 2018

Bercuti di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum...


 Orang Cyber, Putra dan yang berdekatan mesti familiar dengan resort ni kan? Tapi, pernah tak stay sini??


Weekend baru ni aku menginap kat resort ni selama 3 hari 2 malam. Follow asben teambuilding dan family day geng gojes. Tu nanti lah aku cerita kat entry lain. Entry kali ni nak cerita betapa BEST nyaaaa resort nii! Kalau belum pernah datang tu boleh la try menginap kat sini semalam dua. CONFIRM tak menyesal! Anak² aku sampai taknak balik tau hari tu. Aku pun belum move on lagi dengan facilities yang disediakan kat resort ni. haha


Lobby area. Dah nama pun Resort & SPA, masuk kawasan lobi je dah bau spa. Nyamannn


Resort ni ada 3 jenis bilik:-
1) Superior Chalet
2) Deluxe Chalet
3) Executive Deluxe Chalet


Harga daripada RM315 - RM430 per night (thru booking.com). Superior tu paling murah, Exec Deluxe tu paling mahal.


Ni map hotel, memudahkan korang pilih bilik mana yang korang kenan. Belah kanan tu bilik² Deluxe (dekat dengan swimming pool), belah kiri bilik² Superior (jauh dari pool tapi dekat dengan spa). 


Oke jom cekidaut apa beza ketiga-tiga bilik tu 😍👇




Superior Chalet

1 katil King, 1 katil Single

Toilet. Toiletries disediakan. Korang datang bawak baju je. haha 

Balcony besar namateyyy! Tapi ada bilik yang takde balcony, ada bilik balcony kecik je dalam 3 kaki gitu je lebar. So nasib² lah korang dapat bilik jenis macam mana. Atau boleh request kat reception korang nak bilik mana. Kalau ada kosong memang dorang bagi je request.





Deluxe Chalet

2 katil Queen.

Kalau anak lebih dari 3 pun boleh sumbat lagi dalam bilik Deluxe ni. Bukak je lah sofa bed tu. Saiz sofa bed sama dengan saiz katil Queen. wohoaa!

Kitchenette.

Bilik Deluxe SEMUA ada balcony. Beza: ada yang boleh direct turun ke swimming pool, ada yang tak.

Dalam toilet 😝

Toiletries disediakan. Korang datang bawak baju je. haha 




Executive Deluxe Chalet

1 katil King + Sofa bed

Susunan beza sikit

Dalam toilet ada bath tub. Tapi tak secantik bath tub bilik Superior lahh. Bath tub old school. kahh!

Exec Deluxe pun ada kitchenette tapi takde pulak kawan aku snap gambar. Sama je kot rupa dengan bilik Deluxe. Aku hari tu dapat merasa duk bilik Superior dengan Deluxe je.




Swimming Pool

Kalau dah nama hotel 5 star takkannnn lahh takde swimming pool ye dakk? Besarrrrr sangat pool kat sini. Masa aku pi tu long weekend. FULL HOUSE! Tapi kawasan pool tak sesak langsung! Anak² aku still boleh mandi dengan aman. Aku pun tenang je melepak tepi² pool tu tengok anak² aku mandi.


Dari lobi dah boleh nampak view ni. Kawasan ni paling anak² aku suka. Sebab lantai dia landai ala ala pantai gitu. Kedalaman paras lutut orang dewasa je kot. hahaha

Geng mak mak membawang. Ehh! tak tak kami pantau anak lah! Sementara tunggu apak apak balik teambuilding 🙄  Aku tak masuk pun swimming pool, paling hebat pun celup kaki je. Baby tengah tak sihat malas lah nak berendam² sgt.

Kawasan pool ni dekat sangat dengan bilik Deluxe.




Sembunyi Spa

Mintak halal aku tepek gambar korang sini ye. haha~  Sembunyi Spa berdekatan dengan Tennis court, gym dan kids playground. Kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN masuk dalam spa!

SETIAP guests yang menginap di sini layak menggunakan segala kemudahan dalam kawasan Spa (kecuali treatment). Untuk masuk spa, SUGGESTED bawak towel sendiri! Sebab dalam tu tak disediakan towel. Kang dah basah² dalam tu takde towel nak lap.


Facilities apa yang ada dalam Sembunyi Spa? 👇


Ada swimming pool lagiiii dalam kawasan spa. Guests boleh guna FOC je ye pool dalam ni.

Jakuzi! wohoaa!! Sebelah jakuzi ada kolam air sejuk/ais. Sejuk gila air dia. Tingkap tu orang luar tak boleh nampak dalam tau, so terjaga lah aurat. Tapi kawan² aku masuk sini lengkap pakai baju swimming + tudung sekali. hahaha

Kot lepas berendam haus, boleh la amek je air tepi tu

Sauna




Kemudahan Lain

Kolam ikan tu dekat dengan Spa and laluan masuk. Boleh memancing. RM10 kot kalau nak sewa joran and umpan. Request je kat lobi. Tak pun bawak je joran and umpan sendiri. Ikan yang dah ditangkap tu tak pasti pulak boleh bawak balik ke idak. Korang tanya lah nanti 😁

Indoor kids playground. Betul² depan Sembunyi Spa. Sementara korang berendam dalam jakuzi, anak² boleh tinggal kat sini. Tapi jangan la tinggal gitu je. Kena jugak ada adult supervision ye. Resort ni tak sediakan babysitter 😏

Sebelah kids playground ada Gym. Untuk masuk gym korang kena touch kad bilik. Tennis court pun area sini jugak.


More, ada service buggy. Kawasan resort ni luas! Dari bilik nak ke kawasan spa ni memang jauh kalau nak jalan kaki. So dari bilik korang dail je receptionist and request for buggy. Dari kawasan spa nak balik bilik pulak korang boleh call buggy dari spa atau kids playground. Ada phone disediakan kat situ. Mudah kan?


Hurm apa lagi eh yang aku belum review? Breakfast kot kan. Tu entry lain la eh. Dah panjang berjelaaaa. kahkah~


Service tip top resort ni. Memang HIGHLY RECOMMENDED! Aku pun rasa nak repeat datang sini lagi. Jom menabung! 😝





Terima kasih sudi membaca!