Pages

Mar 8, 2018

SusunAtur: Wall-shelf Tanpa Rosakkan Dinding

Assalamualaikum...


Lama tak buat entry susun atur kan? Sejak makin bertambah ahli keluarga ni tak rajin nak snap snap gambar sebelum selepas menyusun. hihi~  Weekend baru ni macam kena rasuk dengan mambang mengemas, habis satu rumah aku punggah and susun balik elok². Lepas tu perut cramp! kahkah~  Geram sebenarnya, duk opis tak banyak bergerak, tiap kali hari Jumaat kaki mesti bengkak, sakit pinggang semua. Bila weekend balas dendam lah buat kerja macam². Tak sedar diri dah sarat membuyong. Sekali terlebih bergerak! Mujur tak terberanak awal. lol


Udahnya aku MC hari Selasa & Rabu. Since 28 weeks gitu dah mula datang Braxton Hicks. Hari Isnin hari tu lepas balik kerja dia punya cramp teruk sangat. Sampai nak duduk pun tak boleh. Kena baring je. Esoknya terus jumpa doktor mintak MC dua hari. Doc pun faham tengah sarat tak larat nak pi kerja. Tapi duk rumah tetap jugak nak mengemas! arghh! Penyakit weii penyakit! Bukan selalu datang penyakit mengemas ni. Tapi sekali dia datang, tak boleh stop! Allahu.


Kalau korang follow IG @yanamib aku ada update gambar² sebelum selepas kat IG story. Blog lambat sikit lah update. Nak karang² ayat lagi. hihi~


Salah satu tempat yang aku susun ialah dalam toilet.


 Selama ni aku lambakkan je segala maknek sabun mandi, syampu kat atas jamban and sinki. Toilet aku ada wall cabinet. Aku ada buat entry pasal kabinet tu. Klik πŸ‘‰ Kabinet Toiletries


Tapi ruang dalam kabinet terhad. Kalau sabun besar² tak muat letak dalam kabinet. Tu yang jadi lambakan atas jamban and sinki.


So aku beli shelf ni kat ezbuy. RM12 (tak termasuk pos).


 Lepas pasang dan susun. Sedap mata memandang! Shelf ni guna pelekat je untuk gam ke tiles. Setakat ni baru guna beberapa hari, elok je tahan. Sabun² aku tu mostly penuh lagi tau. Ada yang baru bukak so memang berat! Mungkin design dia ada kaki bawah tu untuk bagi lebih kukuh. Eh puas hati lah beli.😍


Untuk sabun kekecik macam pencuci muka semua tu aku beli Snap Up shelf ni. Mr. DIY ada jual. RM19.90 tak silap.


 Nice sangat letak kat corner gitu.πŸ‘   Aku dah pakai shelf ni setahun dah. Ke lebih? Alhamdulillah tahan. Takde pun terjatuh². Dia guna kekdah kedap udara gitu. Takde gam or pelekat apa². Just kedap udara. Eh tak reti lah nak explain. Ce tengok Youtube. Search Snap Up Shelf.


Aku beli shelf jenis gini sebab tak perlu drill, skru bagai sampai rosak berlubang dinding toilet. Kalau korang duk rumah sewa elok sangat guna shelf gini. Nak cabut and basuh bila² pun senang. Nak alih² tempat pun senang jugak!


 Selalu jugak aku basuh snap up shelf ni. Elok je kena air tak tertanggal pun.


 Cuma bila dah terlalu lama melekat kat tiles dia jadi susah gila nak bukak! Dah macam permanent pulak melekat situ. hahaha~  Rasanya boleh kot tanggal. Kena guna kudrat yang banyak lah kotttt πŸ˜


More, snap up shelf tu boleh lekat atas ANY SURFACE! Susah nak percaya kan? Laki aku skeptikal jugak bila aku cakap gitu awal² dulu. Aku tengok dari Youtube lah yang dorang cakap boleh lekat kat any surface. So marilah cuba sendiri betul ke idak iklan dorang tu.


yup terbukti sahih! kahkah~  Dah berbulan lekat kat dinding batu Alhamdulillah elok tahan. Beban yang aku longgok atas tu pun lebih kurang je dengan beban dalam toilet. Tak pernah lagi terjatuh πŸ‘πŸ‘


Pandangan atas *ecehh*


Oke tu je pasal susun atur hari ni. Lain kali cerita susun atur tempat lain pulak, insyaAllah.


Bye!






p/s: Bab nak menten kan susunan paling mencabar. Kalau harap kau sorang mengemas, kau jugak nak menten kan kekemasan rumah memang boleh stress. Kena kerah seluruh ahli dalam rumah untuk sama² menten kan susunan. Kalau tak kang kau patah pinggang sebab penat mengemas pun orang takkan faham!



Terima kasih sudi membaca!

Mar 5, 2018

Personal Shopper London. BUKAN Aku!

Assalamualaikum...


Tahun lepas gigih adik aku and besfren dia jadi personal shopper kat UK sana. Masa tu memang tengah sale gila gila, so dorang saja la amek order dari Malaysia. Surprisingly, sambutan sangat menggalakkan!! Banyak sangat order masuk. Alhamdulillah, rezeki dorang.


1st batch orders dorang post bulan 10 tak silap. So sampai Malaysia bulan 2 hari tu. Masa aku bercuti kat Genting tu barang sampai. Supposed aku lah kena pi amek kat Shah Alam sana. Dah aku takde, parents aku lah kena pi amek. Kenapa Shah Alam? Sebab adik tumpang kontena kawan dia yang balik for good. Dapat murah sikit per box (14kg). Kawan dia tu pulak duk Shah Alam. gitu~


Aku balik je dari Genting terus punggah² kotak. Yelahh aku jugak nak kena pos ke customer. So nak tengok la besar mana nak kena pos tu.


 Ada 4 big box. Each box dalam 14kg gitu. Paling besar air fryer jenama Philips, food processor and doll house. Seriously doll house pun korang beli dari UK? πŸ˜‚  Tak boleh bayangkan macam mana ayah aku angkut kotak² masuk kereta. Ayah dah 57 tahun oii! Mujur lah dia memang taf πŸ’ͺ  tapi kesian lahhh. Mak cakap merah² muka ayah ngangkut kotak² tu semua. adudu


Terselit jugak lah parcel untuk anak² aku. Baju² semuanya. Kebetulan jugak lah banyak baju² dorang yang dah tak muat. Cantik sangat timing tu! Jimat duit aku beli baju baru untuk anak². bahaha~


 Nak sorting barang pun dah pening! Padahal tak sampai 100 parcel pun. Tapi dah rasa banyak sangat! Macam mana lah yang memang buat bisnes fulltime tu kan? huhu~


Aku asingkan sesiap mana parcel yang perlu di-pos, mana yang customer nak datang pick up. Dengan keadaan aku tengah membuyong ni agak slow lah kerja² sorting and packing. Adik dah balut siap² semua parcel dengan kertas minyak. And dia dah label kan siap² nama and alamat owner setiap parcel. Tapi aku still kena masukkan semua parcel² dalam flyers sebelum pos ke customer. Kertas tu bukan tahan. Mudah terkoyak. Kena air pun tak boleh confirm rosak. Kecuali kotak² air fryer and food processor lah. Aku pos gitu je.


Ada jugak customer yang beli sampai 7-8 item. So aku kena re-packing balik, letak dalam kotak lain leklok, pastu bungkus dengan plastik tong sampah. Selotep leklok bagi tak terbukak. Tu kena buat slow². Idak la larat aku nak mengadap benda tu lama². Sakit pinggang. haha~  Mujur adik aku memang dah inform customers awal² ETA barang akan sampai ke tangan dorang bulan MARCH. Tapi ada yang dah dapat before March lagi. haa efficient tak kakak? πŸ˜


 Syukur lah aku dah lama register dengan Easyparcel. Tak perlu lah nak singgah kaunter Poslaju (or mana² kurier), beratur, isi consignment form sampai cramp tangan. lol~  Semua details customer aku taip je. Dah siap terus print then tampal kat flyers. Pastu tunggu je lah abam kurier datang collect parcel² tu semua kat rumah/ofis. Senang kerja wehh! Aku rasa dah lama jugak aku tak pi kaunter Poslaju walaupun dekat je dengan rumah. Kalau pergi pun untuk restok flyers je. Tapi kat Easyparcel pun boleh jugak beli flyers, cuma harga mahal sikit. Macam² saiz ada. Kalau topap banyak, dapat FREE je flyers tu tau.


Contoh flyers dari Easyparcel yang kaler pink tu. aww! Hari tu aku topap RM500 credit, dapat FREE 50 credit + 50 flyers saiz L. Baloi wehh!


More, harga postage lagi murah banding kau pi kaunter Poslaju! Untuk 1 kg item, kau cuma perlu bayar RM6 sahaja! wohoaa! Of course T&C applied. Kau register lah Easyparcel dulu baru kau faham. hihi


Kalau tengok caption dalam gambar tu aku guna kurier Nationwide. Entah kenapa aku kurang puas hati dengan servis Poslaju cawangan Bangi. Dah booking tarikh untuk pick up, tapi dorang tak datang. Ada sekali tu dorang datang, tapi naik motor. Lerr! Parcel aku besar² mana muat sumbat atas motor bang! Kalau Poslaju KL dorang hantar van untuk pick up barang tau! Pastu bila pi ofis inform masalah ni, dorang suruh aku pulak request nak motor ke van. Ohoii dalam Easyparcel mana ada request² jenis kenderaan. Common sense je kot, aku dah mentioned nak pos PARCEL, bukan dokumen (dalam Easyparcel ada options ni je). Dah buat report semua tapi krik krik jugak. Yelahh company besar kan? Apa ada hal hilang sorang customer. Moh la bertukar kurier lain. Aku tengok orang rate service Nationwide pun bagus jugak. Barang sampai cepat.


At first, dorang pun sama jugak tak datang pick up. So aku decide untuk emel ke HQ Nationwide and also Easyparcel. Sebab dorang duk cakap aku punya booking tak masuk dalam sistem dorang. Kot lah Easyparcel yang problem. And respond yang aku dapat sangat positif! Cepat lak tu! Office Nationwide cawangan Teras Jernang sana call aku and bagi terus nombor fon driver yang in charge round area rumah aku. Kan senang gitu. Aku call direct je dengan driver and tanya pukul berapa dia nak datang. Takde la aku duk melanguk menunggu.


 Sebahagian parcel yang selamat di-pick up (dalam red circle tu je. Ada 10 parcel). Thank you Nationwide sebab memudahkan urusan saya! Ouh lagi satu, kalau pos barang besar dan berat, Nationwide punya rate jauh lebih murah banding Poslaju.


Selepas sebulan setelkan pos pos barang (sekali pos dalam 10-11 parcel gitu je tu yang lambat setel), finally rumah ku kembali lapanggggg!


Tu ada lagi few barang yang tinggal. Ada yang pick up (tapi sampai sekarang tak datang² pick up!), ada yang belum habis bayar. Adik cakap 2nd batch nanti sampai bulan depan! Kakak ko ni nak meletop dah oii! Tapi dia pun memang dah informed customers keadaan aku and ETA tu. Tapi tetap lah ada yang tak faham bahasa. Tak habis² wasap adik barang dah pos ke belum. Tu belum lagi yang duk pertikai kenapa adik aku cas upah harga gitu. Eh kau rasa mahal pi lah sendiri London, beli sendiri. hahaha~  Udahnya adik takmo dah jadi PS. Annoyed! Cukup 2 batch katanya. Enough! kahkah~  Meniaga macam ni kena ada minat baru syok. Kalau tak minat tu yang rasa lebih penat banding keseronokan kau melayan karenah customer. gituu~


Macam aku tolong dia pos-pos barang ke customer, aku minat kerja² tu. Jangan tanya la kenapa minat. Aku pun tak tahu. hahaha~  Sampai kan hari tu ada orang pelik sangat bila aku cakap aku tak amek upah apa² pun untuk pos kan barang² adik aku. Dia just bayar duit postage, duit flyers. Semua ada dalam resit. Upah memang takde. Orang tu siap cakap, "Zaman sekarang ni ada ke orang buat kerja ikhlas walaupun adik beradik? mesti nak upah jugak kan?"


Lorr kalau dengan adik pun kau nak berkira mintak² upah sok kau mati dia mintak kau bayar untuk setiap Al-Fatihah yang dia baca amacam? mampu? ngee~  Hari ni aku tolong adik aku, akan datang dia pulak tolong aku. Nak berkira sangat siapa paling banyak tolong pun payah jugak. Hidup dalam gua je lah gitu. huhu~


Harap yang mana belum setel bayar tu tolong lah setel kan cepat sikit. Sakit mata tau tengok parcel² awak tu. Yang nak pick up tu pun cepat lah datang amek. Kang aku jual semua tu baru tau. Duit aku pulang lah balik kat dorang. Siapa suruh lambat sangat kan? Ingat aku tak boleh jual ke barang² tu? Ramai yang nak! eh macam dorang baca blog aku πŸ˜


k tu je nak cerita. Terima kasih korang sudi baca aku bebel sampai habis. kikiki~  Jangan tanya ada lagi tak amek order. Dah tulis kat atas tu adik aku serik dah nak jadi PS. hahaha~  Tengok lah akhir tahun nanti, kot dia rajin nak jadi PS lagi. Musim winter especially Krismas sale menggila wehh! Puas hati shopping! Dah la jimat duit flight pi London. Kau upah orang je tolong beli. Serius murah! Tunggu Krismas nanti ehh. πŸ˜






p/s: Jangan pertikai kenapa seller biasa cas postage lum sum RM10 terus. Nak beli kertas untuk print consignment, ink printer, bil letrik, beli flyers, kotak, bubble wrap, selotep etc. More, bukan semua alamat boleh guna easyparcel. Kalau duk ceruk pedalaman seller kena pi kaunter jugak untuk pos barang kau tu. Minyak kat Malaysia ni mahal tahu?



Terima kasih sudi membaca!

Mar 2, 2018

Musim Umrah 2018

Assalamualaikum...


Ahad, 25 Februari, aku hantar mak ke KLIA. Buat pertama kalinya mak menunaikan ibadat umrah. Dia follow sekali family kakak dia, mak onga. Mak onga dah selalu pi sana. Asal ada duit lebih, masa sesuai, memang dia akan pi buat umrah. Kali ni, mak decide untuk join sekali. Lagipun umur mak dah 58 tahun, takde mahram pun boleh je nak pi. Ayah aku kat Zurich masa ni atas urusan kerja.


Flight pukul 1pm, tapi agensi mintak berkumpul di KLIA pukul 10am. Memudahkan urusan gitu. Jemaah bukan 10 orang. Ramaiiii!


 Senang je kejut bebudak ni awal pagi. Sebab dah bagitau nak pi epot hantar uwo naik eroplen. huhu~  Breakfast brownies lagi kaoo. Kebetulan hari sebelum tu ada orang order mini pack brownies. So ada balance sikit, boleh la makan untuk breakfast. Zafran tu memang peminat setia brownies aku. Sedap kan mama punya brownies😜


 Sampai KLIA terus pi kaunter K. Ramai jemaah lain dah sampai untuk check-in luggage memasing. Tu kazen aku. Ramai lah sedara mara datang menghantar. Dari Shah Alam pun ada.


Sementara tunggu agensi setelkan check-in semua luggage, kitorang lepak Pappa Rich. Minum² je sebab dah breakfast mekdi dalam kereta tadi. haha~  Singgah mekdi drive-thru masa on the way tu.


Sampai lah pukul 11am++ gitu tak silap, dorang kena berkumpul untuk agih²kan passport memasing dan sedikit bacaan doa.


 FYI, mak onga (grey tudung) adalah pesakit buah pinggang and perlu dialisis 3-4 kali seminggu (or more?). Dia dah selalu buat umrah masa dia sihat, dan ini kali kedua dia buat umrah sejak dia on dialisis. Siapa kata orang sakit tak boleh buat umrah? Nak seribu daya gitu. Aku kagum sangat dengan semangat mak onga. Banyak penyakit dia ada, one of it is kidney lah. And dia pernah survive cancer. Kanser darah tak silap. Dah lama sakit tu tak ingat sangat. Strong lady I've ever known!πŸ’ͺ


Mak onga ada bagi tips, kalau orang sakit macam dia nak buat umrah, kena inform the agensi sebab bukan semua agensi nak terima jemaah yang sakit. Masa first time dia buat umrah masa dia on dialisis, dia pi hospital kat sana. FOC je katanya. Tapi mutawwif kena teman sekali pi hospital sebab tu dorang kena aware ada jemaah yang sakit. Kali ni dia bawak sendiri semua machines and medicines untuk dia dialisis di hotel Yaa dia buat dialisis sendiri je. Alatan semua memang dia ada. Kat rumah pun memang dia dah buat sendiri dialisis, tak berulang pi hospital dah. Strong lady kan? πŸ˜˜


 Last photo sebelum semua turun pi kastam. Masa ni dah start sebak. Kalau lah airlines takde rules about pregnant lady memang lama dah aku follow sekali buat umrah. Nak suruh bersalin kat Mekah pun ai okayyyy πŸ˜­


Jalan leklok makkk! wuwu~  Mak aku biasa dah naik flight. Naik sorang pun dia biasa dahh. Domestic ke International, memang dia tau dah la selok belok dalam KLIA tu. Cuma kali ni rasa sebak lain machiam. Mungkin sebab aku tak dapat ikut tu sebak tu πŸ˜­


Tengok pulak gambar² dorang kat Madinah and Mekah. Allahu tak terkata lah seronoknyaaaa kalau aku ikut sekali. T___T


Dorang pi Madinah dulu, hari Khamis kot baru dorang kat Mekah dan buat umrah.


Di Bir Ali, sebelum mulakan umrah. Sehari sebelum tu BP mak onga naik tinggi. Haa jangan tak tahu mesin check BP pun dia angkut sekali tau. haha~  Tapi Alhamdulillah esoknya tu nampak dia dah sihat. Betul lah mak onga cakap, dah sampai sana banyakkan doa. Jangan berhenti berdoa mintak pada Allah untuk mudahkan urusan kita buat umrah. Walaupun orang nampak macam mustahil je tengah sakit boleh buat umrah. Yakin dengan pertolongan Allah. Ouh budak kecik tu anak sedara aku, cucu sulung mak onga! Untung nakk kecik² dah jejak kaki pi tanah suci. Doakan aunty dapat pi sana tahun depan kayyy😘


From left: kakyong (cuzzy), Hafsa (niece), mak, mak onga and Nadia (cuzzy). Ada lagi 2 orang sepupu lelaki takde dalam gambar. Semoga mendapat umrah mabrur semuanya! *I wish I was in the picture with them!* - sambung nangis tepi bucu meja πŸ˜­


Jom lah doa semoga aku dan semua yang baca entry ni dijemput untuk menunaikan ibadat umrah tahun 2019. amin amin ya rab!


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!