Syok raya haji tahun ni kan? Sebab cuti panjanggggg. hihi~ Aku macam biasa lah #teamrayaSelangor. Alhamdulillah masa raya haji baru ni aku boleh solat. yeyy! Eksaited nak angkut 2 ketul tu pi masjid. Especially hero kecik tu. Tak pernah lagi bawak dia pi solat jemaah kat masjid.
Pagi tu kejut bebudak bangun awal pagi. Takde awal mana, pukul 7am baru bangun. Solat raya kat rumah aku start pukul 8.15am. Baju bajan semua dah setel iron malam tu so pagi tu takde la rushing bersiap. Bebudak pun senang bangun. Yelahh ajak pi masjid, hari raya, syok laa. Ce cakap kena pi sekolah? huii kemain liat memasing nak bukak mata
Sampai masjid dalam 8.10am gitu kot. Banyak lagi saf kosong masa sampai. Duk belah luar, tapi dapat port bebetul depan kipas. kihkih~ Sebab bawak budak kecik, aku pilih saf paling tepi. Takde la dorang kacau orang solat nanti.
Saf masih banyak kosong. Bila dah nak start solat baru penuh semua saf. Ouh baju raya Zafran tu recycle baju akikah dia 2 tahun lepas! Baju kaklong pulak recycle baju raya tahun lepas. Baju mama pun recycle baju raya 4 tahun lepas kot. haha
Setel solat, balik rumah untuk breakfast. Laparrrrr!
Mak buat nasi impit and kuah kacang. Tapi aku makan cicah dengan sambal hitam beli kat Ciknaa. Kali ke berapa tah aku beli sambal hitam ciknaa. Sedap nak arwah. Highly recommended!
Dalam pukul 11am gitu, aku ajak papa pi rumah kazen aku, Yayie, kat Ampang. Dia baru beli rumah kat situ, dah siap renovate semua. Lagipun memang dia ada buat makan² jemput semua family belah aku and belah wife dia kat rumah baru dia tu. Ayuhh terjah!
Dalam kereta suruh anak² tidur takut amukan kat rumah orang. Tapi mata tu duk terkebil². Eh taknak tidur sudah!
Rumah Yayie area Tesco Ampang nun. Dekat je. Musim raya jalan tak jem, kejap je sampai.
Rumah Yayie lak bebetul belakang shoplot. Kebetulan ada kedai arab jual daging (kot). Hari tu dorang buat sembelihan kambing berjemaah. Dapat la tengok orang sembelih kambing. Agak² dah letih berdiri, masuk rumah untuk berehat, pastu sambung tengok sembelih lagi
Tengok dari tingkap dapur je pun boleh. hahaha~
Lama jugak la lepak rumah Yayie. Sampai la orang habis solat Jumaat. Ingat nak tunggu parents aku sebab masa aku keluar ayah aku mentido. Malas nak tunggu dia tidur tu kitorang gerak dulu pi rumah Yayie.
Dah parents aku lambat sangat sampai, kitorang decide nak balik je. Bebudak pun dah ngantuk. Makpak budak pun dah ngantuk. haha Perut kenyang melantak macam² kat rumah Yayie. Ada laksa Kelantan, lemang periuk kera (mak onga bawak), ada kek, rendang, nasi beriani (jiran Yayie bagi). haa banyak lahh lagi, ada yang aku tak tau nama makanan tu hahahaha~ Dah kenyang, mula la jadi ular sawa, nak terbaring je
Dari dalam kereta on the way nak balik rumah lagi dah lena hero kecik ni. Sampai rumah, letak atas katil pun lena lagi. Penat sangat ler tew. Kaklong je dah sampai rumah terus terjaga, cari ipad Memang hari cuti je aku bagi Zafirah main ipad, tengok Youtube. Dia suka tengok surprise egg tu. Tak tahu la mana dia belajar. Aku pun belajar dari dia
Kat rumah baru aku perasan wassap mak. Dorang singgah Shah Alam dulu, rumah atok. hak alaaa why tak inform awal? Kalau tau boleh join. Dari rumah Yayie terus pi Shah Alam ke. Ni dah sampai rumah, dah landing atas katil, idak laa aku nak keluar balik. Tidur lagi best. haha~
Then, waktu malam papa ajak pi IOI City Mall. Saja jalan² pi Daiso beli barang untuk letak atas busyboard. Papa tengah rajin nak DIY busyboard anak, kita layan kan aje.
"mama, kaklong nak amek gambar kat situ!" Memang dia dah pandai cari tempat posing
Kitorang balik time mall dah tutup. First time balik lambat gitu. Sekali nak bayar parking tiket beratur panjang hazabedah! Kenapa tah boleh terlupa nak guna touch & go malam tu. Stress je beratur pepanjang. haihh~
k tu je kisah hari raya aidiladha aku tahun ni. Tak berapa meriah sangat. krik krik je.
Till next entry, tata!
Terima kasih sudi membaca!
syiok.. dari tingkap pun bole nengok lagi hihihi
ReplyDeleteKOt tingkap pun boleh!! :)
ReplyDelete