Pages

Feb 16, 2017

Lunch @Tony Roma's, Nu Sentral

Assalamualaikum...


Awal tahun hari tu bos dari Singapore datang....tetibe je dia ajak satu opis lunch kat luar...sempena New Year katanya...bukan nak inform awal...dia dah sampai KLIA baru inform nak belanja lunch satu opis...adehh


Makanya geliga lah otak memasing fikir kat mana nak 'kikis' duit bos...kahh! Aku suggest lunch kat Nu Sentral...sebab situ ada banyak restoren, dekat dengan opis and KL Sentral...bos aku naik train je dari KLIA pi KL Sentral...so dari KL Sentral dia naik teksi ke jalan kaki gitu pi Nu Sentral...sempoi je kan bos? dia memang tak kisah nak naik train...dah biasa kot naik train kat Singapore...huhu~


Ingat kan nak ajak bos makan kat Dolly Dim Sum....sekali bos dah pilih sesiap restoren untuk lunch...


Tony Roma's, 5th Floor, Nu Sentral...kitorang okay je...aku pun tak pernah try lagi food kat Tony Roma's...


Jom cekidaut apa yang kitorang order....


Beef Platter


Lamb


tak ingat nama πŸ˜


Salad


Steak...rib eye tak silap...medium well...highly recommended!


Spaghetti...highly recommended!


Lobster platter...ada jugak salmon...sedap hoiii!!! highly recommended!


Dessert...pilih 3 je antara 5!! sebab perut dah sendat gilaaaa...pfft! tapi semua sedap²! berebut² makan...kitorang masa tu ada laa dalam 6 orang termasuk bos...2 orang staff tak join...sorang cuti, sorang lagi ada meeting...so kongsi² dessert ni 6 orang...senyum je bos tengok staff makan rebut²...kahkah!


Ada sikit je leftovers, macam ayam...sebab muak...haha~  so kasi tapau...yang lain semua LICIN! Alhamdulillah....


Total damage around RM600+...Tony Roma's bagi 6 free kalender 2017...sebab banyak sangat kot kitorang order hari tu....haha~  but seriously kalender je??? bagi la voucher ke, kupon ke...😏


Anyhow, thank you for the treats bos! semoga kompeni kita makin success...ewahhh! πŸ˜





Terima kasih sudi membaca!

Feb 14, 2017

Dr. Beau Dari Teja Herbs Merawat Kulit Bermasalah

Assalamualaikum...


Fakta menyatakan, semakin berusia kulit kita, semakin ia memerlukan rawatan rapi....kalau tak rawat apa jadi?? ofkos lah berkedut seribu...umur belum cecah 4 series tapi rupa dah macam nenek²...tambah dah jadi mak² dengan eyebag lagi besar dari panda, dengan tak cukup tidurnya...eh tak cukup tidur pun boleh buatkan kulit muka kita bertambah kertu tau...hishh seram oke!


Jadi, untuk menjaga kulit supaya sentiasa muda remaja sampai orang susah nak percaya yang kau sebenarnya dah jadi mak orang dengan umur yang dah lanjut....hahaha~  aku akan cuba apa sahaja asalkan kulit aku lagi cantik dari anak dara...gitewww! jenis pompuan cepat jeles bila suami pandang orang lain lagi cantik gitu lahh kan....usaha sehabis boleh nak nampak terbaik depan suami...ecece


 Pernah dengar Dr. Beau?? keluaran Teja Herbs...sejenis serum yang boleh merawat kulit...


Rupa macam pil kelapa dara...tapi sebenarnya korang kena sapu kat muka tau...BUKAN makan! hahaha~  jangan tersilap pulak! naya je perut tu nanti...huhu~  bau dia wangiiiiiiiiiiiii macam bau bunga....bukak botol je dah semerbak bau wangi oil tu...


Penggunaan serum seawal umur 25 tahun boleh mengekalkan keremajaan, keanjalan dan kelembapan kulit....tapi untuk yang dah 3 series, even 4 series sekalipun, masih belum terlambat tau nak guna serum Dr. Beau...ramuan serum yang tinggi konsentrasi meresap terus ke dalam epidermis kulit bagi membantu memberi nutrisi pada kulit....wow!


Kandungan Dr. Beau: 
πŸ’• Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit. 
πŸ’• Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit. 
πŸ’•Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering. 
πŸ’•Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka. 
πŸ’•Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari. 
πŸ’• Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral. 
πŸ’• Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


Sentiasa percaya bahawa bahan semulajadi lebih selamat dan berkesan dalam tempoh masa yang lama....pilih DR. Beau, anda telah membuat pilihan yang bijak dan diyakini selamat. 
- 0% merkuri. 
- 100% bahan semulajadi 


Kelebihan VITAMIN DrBEAU: 
 Perlindungan daripada sinar UV 
 Tona kulit menjadi lebih sekata 
 Menggantikan tisu yang rosak dan daki lama 
 Mencerahkan kulit secara semulajadi 
 Membantu masalah kulit sensitif seperti eczema 
 Mengatasi masalah jerawat 
 Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
 Kulit lebih glowing dan berseri 
 Memudarkan parut 
 Manggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat 
 Mengatasi masalah whitehead dan blackhead 
 Membantu mengurangkan eyebag 
Mengawal masalah kulit berminyak dan kulit kering 
Mengatasi masalah jeragat 
melambatkan proses penuaan


Fungsi dan kesan: 
 Tidak berminyak 
 Tidak bercapuk ketika berpeluh 
 Membantu make-up tahan lama 
 Kulit nampak glowing dan cerah 
 Mampu menghilangkan parut-parut jerawat, jeragat dan sebarang cela 
 Mudah dicuci dan mesra solat 
 Melindungi kulit dari sinaran UV 
 Sesuai untuk semua jenis muka.



Cara² penggunaan:

 memula koyakkan hujung tiub...guna kuku je...tak susah pun..haha


then, tuang oil atas tapak tangan...pastu boleh terus ratakan ke seluruh muka....segar sangat rasa dia lepas tepek oil Dr Beau...dah la bau wangi...paling best serum Dr. Beau ni TIDAK MELEKIT ye...


Sesuai dipakai waktu pagi dan malam (sebelum tidur)....aku pakai sebelum keluar rumah...lepas sapu serum Dr Beau terus tepek mekap...saja nak try....elok pulak terletak mekap aku...muka pun tak nampak oily padahal baru lepas sapu oil! maybe oil tu dah selamat serap dalam epidermis muka aku....wohoaa!


More info atau nak buat pembelian, boleh visit link bawah ni:
Instagram: @tejaherbshq
Facebook: Teja Herbs


atau terus hubungi 016 963 3443





Terima kasih sudi membaca!

Feb 7, 2017

Shopping Basikal di Ezbuy

Assalamualaikum...


Pernah shopping kat Ezbuy?? haa sekali dah terjebak, susah nak stop! sedar² duit dalam bank dah surut...kahh! πŸ˜


Ada kenalan blogger jugak la yang kenalkan aku dengan website ni....sebab masa tu duk sibuk mencari kedai yang jual basikal kekanak dengan harga terlajak murah....first time nak beli beskal untuk anak...mana reti nak bajet harga...ingatkan boleh dapat below RM100 untuk jenis sporty gitu...sekali nan hado!! even warehouse sale pun harga almost RM200...pfft!


eh aku tengok jugak la kualiti....memang ada beskal below RM100...tapi material semua plastik, takde bakul, takde seat belakang (kalau ada pun material plastik), tayar mati...aku nak beskal material besi, ada bakul and seat belakang (pun material besi), tayar hidup (means tayar ada bunga), saiz 16 inci...gituhh


So lepas usha ezbuy jumpa jugak lahh basikal idaman kalbu...walaupun anak aku tak reti nak bezakan basikal berkualiti dengan tak, tapi takpelah, biar aku rasa puas membeli untuk dia....hihi


 Ni lahh basikal pilihan! tak sampai RM150 pun! siap ada loceng...wohoaa! laju² rembat! sebab tak tahan sangat godaan...kahkah~   saja pilih kaler putih sebab nampak suci...ehh! πŸ˜


Sebulan kemudian, baru sampai parcel...haa kenapa sebulan??


Sebab barang² dalam Ezbuy ni di import dari overseas...mostly China lah...pepandai la ko baca description dia...postage cuma RM8.80 je wakkkk!!! memang terlajak lajak murahhhh!! pastu COD area Serdang...kalau taknak COD, nak pos sampai ke rumah pun boleh...kena tambah lagi la harga postage untuk pos ke rumah pulak...yang RM8.80 tu shipping naik kapal...haa paham tak paham??


 Lepas COD terus bukak kotak, terus install kat opis jugak...hahaha~   tenkiuu papa! πŸ˜˜


taraa dah siap pasang! sama sebijik macam dalam gambar!! i'm a happy customer!! yeyy!


Jom sepraiskan dak kaklong tuuuuu


ecece sepraisss!!! memang suka laa dia dapat basikal baru....dah lamaaaa dia mintak nak basikal baru....kitorang ni pulak jenis suka survey dulu....bukan main beli je...tu yang kena tunggu lama baru dapat basikal baru...tapi oke laa...kebetulan jugak dia dapat anugerah cemerlang kat tadika, so cantik dah timing dapat basikal tu...ngee~


Now dah almost 3 bulan basikal ni...setakat ni oke je, tahan panas, tahan hujan (tempias sikit²)...eh puas hati lahh...ada lagi item yang aku beli kat Ezbuy...nanti dah sampai aku share...insyaAllah~


Selamat terjebak!! πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!