Pages

May 31, 2011

Aktiviti Aku Pagi ni~

~gambar sekadar hiasan...tiada kena-mengena dengan entry...noktah!~




8.20am::

Sebelum beli breakfast, singgah CIMB bank dulu...nak aktifkan cimb click..sebelum ni akaun suspended daaa...tapi bagus la service cimb tak menyusahkan...call je hotline, dorang akan setting balik akaun cimb click...pergi atm machine untuk setting e-pin number je...so sekarang cimb click aku dah boleh guna!! senang nak beli tiket Air Asia time offer nanti...hahahaha~   *motiffffff sangat!*  v(^^,)



9.05am::

Breakfast mihun goreng + telur mata + air milo kotak...delicious ai tell yu!! ^_^



9.45am::

*lama jugak aku makan kan*   buka web Air Asia, beli tiket flight ke Sibu, Sarawak...saya bukan pergi holiday hokay...ini adalah urusan kerja...grrr~   aku fly dari 12 June - 13 June *sehari je pon!* tinggal lah dak encem sorang-sorang kat key ell...kehkehkeh  papai cayang! "sayangkan somi tinggal-tinggalkan"...ngaaa boleh guna ke peribahasa gitu sekarang?? hohohoho~  =P



Sekarang::

aku takde kerja dah nak buat...hahahaha...lepas update entry ni, terus blogwalking je...haishh mengantuk la pulakkk! =___=




Apa aktiviti korang pagi ni??  ^_^





**************************************************************************

Jawatan kosong di FAMA >>  klik SINI



May 30, 2011

Gaya Lelaki Cam-Whore

Semalam aku pergi Putrajaya dengan dak encem...saja la nak tengok apa yang menarik dan apa yang TERjual kat sana...huhu~  jalan² dari pukul 5pm sampai maghrib...seronok sebab dapat snap-snap gambar...dak encem jadi model, aku jadi camerawoman...terasa sangat macho lah bila aku pegang dslr tuh...kahkahkah~   =P





Masa kitorang sampai ada menatang ni..apa tah nama benda ni...siapa tahu?? macam seronok je kalau dapat naik *bajet berani lah kann~  puihhh~*






ai teruja tengok baju rambu-rambu itu...hahahaha~  err agak² abang ni senyum tak masa orang duk amek² gambar dia?? kehkehkeh~  =P






ninja!! *oke tipu*...aku tak ingat ni gerak khas mana...haha...banyak rupanya team-team askar ni...bukan sekadar baju hijau tu je...pfftttt~   






kadang² aku tengok diorang ni nampak garang pulak...huhu dah nama pun askar kan...takkan nak suruh jadi cheerleader...?? pengsannn! (-_-")






oh aku yang suruh dak encem bergambar dengan awek-awek Digi ni yeh..bukan dia yang gatal, tapi aku yang gatal nak snap gambar dia...hahahaha~  *noktah!*






Sesi menurunkan tandatangan...well kitorang kan glemer...artis trang tang tangg *haktuihhh*  oke dorang nak kumpul sejuta tandatangan sebenarnya  ^_^






Hospital mudah alih ATM...bukan mesin duit atm tapi Angkatan Tentera Malaysia...ngerti??! dari gambar ni kita boleh tahu, dak encem BUKAN seorang doktor...sekian!  =.=






bersama geng-geng hantu mak Limah...hebat woo teknik mekap dorang ni...dah la time maghrib...nasib takde yang histeria ke hape  (-_-")






lagi posing dengan abang tentera~






posing dengan salah satu kereta kebal...bila sebut salah satu, maksudnya ada banyakkkk kereta kebal yang dipamerkan di sini...tak larat nak posing kat semua kereta...>_<






patung semata...oke dah Maghrib...masa untuk pulang dan solat!




Dalam banyak² gambar, memang ada 2 je yang ada muka aku...hahaha...aku yang suruh dak encem jadi model dan berposing dengan gediknya...dak encem ada suruh aku posing, tapi aku taknak...macam seronok pula main² dengan kamera...


Ni lah masanya aku nak belajar ambil gambar yang cantik TANPA edit walaupun hakikatnya gambar² yang aku ambil biasa² je...T__T   aku tengah belajar lagi pasal lighting...tu ada gambar yang gelap, ada yang oke, yang terlebih cerah..tsk...takpe takpe...usaha tangga kejayaan...chaiyok! \(^_^)/













p/s::  nak berbuka apa eh malam ni??  @_@


Salma Kaya RM100,000 Dari Aku!! pfftttt~


yey! yey! Salma menang! walaupun aku TAK undi beliau...dan walaupun juri awam agak gila semalam...ada ke patut diorang bagi 16 markah je kat Salma?? ish ish ish! tapi takpe...bak kata peminat-peminat bola, "juara kalah dulu.."  aa betul kan ayat tu?? HAHAHAHA~   erm macam mana la agaknya perasaan menang RM100,000 kan?? pheww~




Aku rasa Pejal dah curang dengan Shiha...tak jadi nak buat bini kot sebab dah kalah...KALAHHHH!!!!! kahkahkah~   v(^__^)




Ada ke orang tak puas hati Salma menang?? taknak geng dengan korang! hohoho~  =P





May 29, 2011

Majlis Kahwin Suhaida & Azman


Semalam aku attend wedding Su...





Su ni anak polis...so kenduri dia pun buat kat dalam markas polis...err betul eh orang sebut markas?? hihi..unik sungguh dewan serbaguna kat sini...tapi best...fresh air gitu  =)






 Sampai-sampai je haruslah lapar kan..lagipun masa kitorang sampai Su tengah busy posing-posing dengan famili...so kitorang pun makan lah dulu...sedap weii ayam berempah dia...hahahaha~  Su tak amek katering rasanya...aku kagum tengok rukun tetangga kat markas polis ni...hubungan antara jiran nampak sangat rapat...love it!






Su pandai deco-deco...banyak deco yang best-best kat dewan ni...aku pun tak reti nak deco macam ni...haha...kitorang duduk kat meja 'blogger'....tapi tak tahu la blogger mana lagi yang Su ajak....aku tak kenal sesiapa pun masa sampai situ  =(






"Signature board"...masa kitorang sampai papan ni dah penuh dengan sign orang...tapi dak encem dapat la menyelit letak sign kat sini...huhu~






Mantap hokay kek beliau!! kek coklat...sedap! *eh aku ada makan ke kek ni??* hahaha~






Pelamin yang simple...tapi cantik...ada 4 kerusi sebab Su sanding sekali dengan adik dia...muka Su dengan muka adik dia sejibik wooo...macam fotostat jek...hohoho~





Pengantin hampir basi *aku ler tu* bersama pengantin baru *wink wink*



Selamat pengantin baru Su!! semoga berbahagia dan semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke syurga! ^_^









p/s::  nak pergi Putrajaya la...macam best je nak habiskan duit kat sana...hikhik  =P

May 28, 2011

Resipi Ayam Gelora

yeehaaaa!! berjaya juga aku siapkan ayam gelora ku malam tadi..muahahahaha~  muchas gracias to my beloved beloved BFF, cik Mell yang bakal jadi Puan Mell 4 June depan..pffttt~  ramai betul kawan-kawan aku nak tukar title jadi puan nih...jeles ler tew tengok aku bahagia jadik puan...kehkehkeh~  =P


oke cik kak, cik abang, puan-puan dan tuan-tuan sekalian...sila salin resipi yang bakal saya kongsikan bersama anda hari ni...hahaha~  bukan senang nak tengok puan Yanamib share resipi hokay!! v(^__^)


Bahan-bahan::

1.  Ayam  (ikut berapa banyak korang nak masak)
2.  1 biji bawang besar
3.  1 biji bawang putih
4.  Sos tiram  (secukup rasa)
5.  Cili padi (ikut suka nak banyak mana)
6.  Minyak masak  (harus ke bagitahu?)
7.  Kuali  dan senduk  (kahkahkah~)



Cara-cara membuatnya::



1)

Basuh ayam yang hendak dimasak sebersih-bersihnya...gaulkan dengan kunyit dan garam...kemudian gorengkan ayam sehingga SEPARUH masak... then alihkan ke dalam pinggan bersih~




2)

Tumbuk atau blend bawang putih, bawang besar dan cili padi...nak blend/tumbuk sekali pun boleh...nak blend asing-asing pun boleh...aku tumbuk je sebab malas nak basuh bekas blender...hahaha  mak aku beli blender yang jenis kaca tu, berat wooo...letih muscle-muscle ai nak basuh...huhu *alasan cettt!~*





3.
 
Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga garing~   then, masukkan ayam yang dah digoreng tadi...biarkan sehingga bahan-bahan tadi meresap ke dalam ayam...lepas tu baru lah dimasukkan garam, sos tiram secukup rasa...letakkan sedikit air...kalau nak berkuah letak la air banyak sikit...ikut selera masing-masing ye...^_^






4.

TARRAAAAA!!! DAH SIAP!! hahaha macam ni lah ghope ayam gelora tuuu...hikss~   adik aku kata sedap! yeayy!  dak encem macam kurang minat...dia prefer ayam goreng  =___=





5.

Aku hidangkan sekali dengan telur dadar...ikut korang lah nak deco makanan macam mana...sesungguhnya aku memang tak reti nak menghias makanan...tu nampak selekeh je...tapi rasa sedap...muahahaha!



Apa lagi?? boleh lah masak untuk lunch resipi ni!! hehe...SELAMAT MENCUBA!!!  ^_^













P/S::  Jap lagi nak pergi wedding Su...then kemas-kemas lagi rumah baru...jumpa uols nanti ye...papai! ^_^


May 27, 2011

Menu Hari Ini~

*Breakfast~



Hari ni masuk opis lambat sebab kena pergi Danau Kota...kena hantar surat...dah macam minah dispatch gayanya...hahaha~ 





Disebabkan pagi tadi hujan, cuaca pun sejuk ala-ala winter sonata, perut pun cepat jadi lapar...heran la kenapa setiap kali musim sejuk perut senang rasa lapar?  *ecece padahal 24 jam asyik lapar je*   so aku and Diana singgah la Old Town Kopitiam untuk breakfast...apesal tah tekak aku tiba² mengidam roti bakar...sedap la pulak kan...hohoho~  (^^,)





Aku amek set breakfast...so dalam set tu ada roti bakar (2 pcs) + telur separuh masak (2 biji) + air (hot/cold)...breakfast yang sihat untuk orang yang mahu tambah berat badan macam aku...telur kan banyak protein...RM4.90 je pun...murah ai tell yu! yet mengenyangkan...nyummm~  ^_^




ini BUKAN kopi...tapi black Tea~



******************************************************************



*Lunch~

On the way nak balik opis Diana ajak beli McDonald for lunch...sebab sampai opis pun dah pukul 11.30am...malas nak turun naik kat opis tu...tingkat 3 beb! tinggiiiiii!!  =.=





So aku beli Mc Chicken large set..ai tak amek air coke ye...air tu aku tukar dengan ice lemon tea....gigih aku snap gambar...takmo amek dari gugel sebab nak letak watermark...hihi...susah payah CB buat watermark untuk ai tau!~  ^_^




Sejuk-sejuk pun gigih lagi nak makan eskrim..haha...apesal tah mengidam eskrim hari ni...pagi tadi mengidam roti bakar and half-boiled egg, tengah hari mengidam eskrim pula...errrr  O_o'




yeahh! bila dah beli set Mc Value large set + eskrim sunday, dapat la sebijik gelas Coca-cola...hahahahaha~ kat rumah aku dah ada 2 bijik! satu kaler biru, satu kaler hijau...time aku beli ni dapat kaler purple...oke lew tew   v(^___^)

*update::
ramai kata yang baru ni kaler lime...entah lerr..ikut mata aku macam kaler pepel...hahaha~  =P




oh by the way, semalam aku tak masak pun "ayam bergelora"....aku yang sibuk bergelora...kahkahkah~   err apa menu korang hari ni??  ^_^


Tazkirah Hari Ini (Part 10)




Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati,
yang merosakkan jiwa seseorang,
kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan.
Oleh sebab itu meninggalkan dosa beerti 
menghidupkan jiwa dan
memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.



May 26, 2011

Tempat² Terindah di Dunia~

Ini mungkin adalah tempat-tempat terindah dan paling "spektakuler" di dunia yang sangat jarang dilihat... Dari keindahan Antartika, kota-kota diatas awan, pantai-pantai tersembunyi yang "spektakuler" dan tempat-tempat lainnya, yang bahkan lebih mengagumkan.




1) Di suatu tempat di Puncak Dunia



Gambar diatas, adalah puncak Himalaya Tibet . Ini adalah titik tertinggi di seluruh Planet Bumi. Dengan foto dan cahaya seperti ini Himalaya kelihatan seperti sebuah tempat di planet lain.




2) Cahaya Misteri di Utara


< Sinar Aurora Borealis yang "spektakuler" di langit Alaska (hujung utara Amerika, dekat Kutub Utara). Aurora sebenarnya adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat taburan partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosphere bumi. Warnanya yang paling umum ada dua, hijau dan merah dan dapat dilihat pada waktu malam.




3) Benteng Chittogarh, India








4) Desa warna-warni




Cinque Terre , Riviera , adalah salah satu tujuan wisata paling populer di Italia. Kota yang terkenal keindahannya ini dibangun selama ratusan tahun dan keunikannya tetap terjaga.. Makanan laut disini juga sangat istimewa, tentu karena letaknya yang di pinggir laut Mediterania (Bahagian dari UNESCO World Heritage Site).




5) College the Valleyfield



Sebuah universiti pendidikan di Quebec , Kanada, dengan pemandangan kampus yang tidak ada duanya di dunia.




6) Sebuah Kota di Atas Awan



Inilah Machu Picchu, kota dari peradaban Inca yang hilang. Letaknya di Lembah Urumba, Peru , di puncak gunung, 2430 meter diatas permukaan laut. Tempat ini dibangun pada puncak kejayaan peradaban mereka, tahun 1460-an.




7) Massif De La Chartreuse



Formasi bebatuan yang super unik di pegunungan di timur Perancis.





8) Rekreasi di Hujung Dunia



Berdayung santai di laut Arktik yang sejernih kristal (tapi dingiiinn). Arktik adalah wilayah di Kutub Utara bumi (dari Bahasa Yunani yang berarti Beruang).




9) Sebuah Kota di Dalam Gunung



Lihatlah kedahsyatan pintu gerbang raksasa ini. Petra, adalah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Yordania. Tempat ini awalnya dibangun 100 tahun sebelum masehi oleh bangsa Nabatean. Petra dulu sempat berkembang menjadi pusat perdagangan yang makmur di zaman Romawi karena letaknya yang strategis di Arabia. Didalamnya juga terdapat aliran sungai bawah tanah yang airnya berlimpah.




10) Gunung Tungurahua, Ecuador








11) Teluk Navagio, Zakynthos, Yunani








12) International Space Station, ISS



Para astronaut sedang berada dalam misi STS116 di Stesen Ruang Angkasa Internasional, ISS, 3600 km diatas Selandia Baru. Pemandangannya, very-the-spektakuler.





Selamat datang kembali peradaban............................................




* Sumber::  emel~









p/s::  my BFF baru bagi resipi 'ayam gelora' for dinner malam ni...kena cari mood untuk memasak baru boleh jadi 'ayam gelora'...kalau takde mood aku je lah yang bergelora kat atas katil..hahaha~  =P