Pages

May 24, 2022

Idea Hadiah Hari Guru 2022

Assalamualaikum...


After 2 years takde sambutan raya + hari guru, tahun ni meriah jamuan merata². Anak aku pun dah 2 orang masuk sekolah kebangsaan tahun ni. Zafirah darjah 4, Zafran darjah 1. Zafri still tadika lagi. Tapi tetap ada sambutan hari guru. hihi~


So 3 orang anak, 3 jenis sekolah. Pening jugak fikir nak bagi hadiah apa untuk cikgu. Ramai rekemen pen merah/marker or any pen. Tapi aku pulak tak tau nak bungkus macam mana. Maklum lah tangan tak berseni. lulz~


Then, ternampak igs kawan aku, dia share yang dia bagi hadiah nail clipper. Beli kat Mr. DIY je. Apa lagi, lepas nampak tu zasss terus terjah DIY. Mujur banyak outlet diy nearby rumah aku.


Mula² beli hadiah untuk cikgu² Zafirah, sebab sekolah dia paling awal buat jamuan/sambutan. Ada 11 orang cikgu yang mengajar kelas dia. Aku beli kat DIY De Centrum Mall. Nail clipper jenis ni je ada. RM2.90 seketul. Tapi gift box or paper bag takde choice. Stress haku. Kedai kemain besar, tapi bahagian deko banyak rak kosong. adeyy~


Udahnya, aku pi DIY dalam Evo Mall, Bangi. Haa baru jumpa gift bag macam ni. Jenis ni je lah yang muat nail clipper tu. RM17.50 tak silap, dalam tu ada 20-30 pcs. Lupa dah. Reben tu memang attached sekali dengan bag, mudah kerja. Lepastu aku lekat tags selamat hari guru. Print je dari Pinterest. Macam² design ado. Lupa pulak amek gambar lepas lekat tag kat situ. Korang tengok je lah reels aku. πŸ˜


Ni pulak hadiah untuk cikgu² sekolah Zafran. Ada 10 orang cikgu yang mengajar kelas dia. Aku beli kat DIY dalam Evo Mall. RM2 je seketul. Design pun cecomel.


Bungkus dalam gift box macam ni. RM1.10 seketul box. Nampak tak tags 'Thank you' tu? Macam tu la yang aku lekat kat gift bags Zafirah. Print dari Pinterest je, edit² sikit, boh nama anak, setel.


Ni pulak hadiah untuk teachers tadika (3 orang) dengan ustazah sekolah agama Zafran (sorang). Sejadah muka beli kat Mydin Bandar Teknologi Kajang, RM9.90 sehelai, kain tebal ye. Aku tak amek jenis nipis sebab nampak kualiti tak berapa sangat.


Lipat² sejadah tu jadi ala ala kipas gitu, pastu ikat reben. Pastu lekat tags "Thank you" or "happy teachers Day"' kat reben tu. Pastu masuk paperbag je. Paperbag tu aku recycle apa ada kat rumah. Banyak nau simpan paperbag, bila lagi nak guna? Semua elok memang nampak macam baru lagi. huhu~  Kalau nak beli baru, aku rekemen korang beli kat DIY atau Eco Plus. Harga murah tapi design lelawa.


Ok tu je lah gift yang aku bagi tahun ni. Saja save sini, tahun depan boleh refer balik and fikir idea lain pulak. haha~


Moga semua hadiah² ni bermanfaat buat cikgu². πŸ˜˜


 



Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

  1. kreatif. skrg setiap kali nak bagi hadiah utk sempena apa pun memang kena scroll shoppe...pasti ada..kdg dah beli baru dijadikan hadiah

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)