Pages

Jul 24, 2020

Bercuti Selepas PKP | Cantiknya Pinetree Marina Resort!

Assalamualaikum...


Entry ke-2 tahun 2020!! hahaha~  Ada lagi ke orang baca blog aku? alahaii.


 In case korang lupa macam mana rupa tuan blog ni. Hai korang! πŸ˜


Alkisah weekend hari tu laki ajak bercuti merentas negeri. Orang lain dah merata² merentas negeri pergi bercuti. Kitorang duk ulang alik Bangi-Kajang-KL. Paling jauh masa raya, pergi rumah makcik kat Denai Alam. Maklum lah ketua keluarga bukan jenis suka berjalan jauh (especially kena drive sendiri). Kesian kitorang πŸ™„

Bila dia ajak bercuti jauh sikit memang seronok la masing². Then dia tunjuk hotel yang dia dah booked, makin teruja!! Dah lah harga tak mahal mana. Tapi bilik cantikkk! Korang baca entry aku sampai habis mesti korang pun rasa nak stay sini jugak. hihi~


Ni lah hotel yang dimaksudkan! Dari luar dah nampak mewah. Kat Agoda tak sampai 3 rat pun tauuuu. πŸ˜


Lobby area

Hotel ni bersebelahan dengan Fraser Place. Cantik juga tempatnya. Korang tengok je Agoda pilih mana kenan di hati. Harga lebih kurang je dua² tempat ni.

Check in time: 3pm 
Check out time: 11am

Mana² hotel pun dah diawalkan check out time tu. Dulu dapat check out pukul 12pm, siap boleh extend masa lagi kalau tak busy. Sekarang nan hado ye. Mungkin setengah hotel masih boleh budi bicara. Kitorang pun tak sempat nak lepak hotel lama². Kejar masa untuk ke tempat lain, so check-out sebelum pukul 11am.

Kitorang punya bilik macam apartment tau. Ada 2 bedroom (master & guest room), 2 bathroom, 1 laundry room, living room, dining area, kitchen bagai. Puas hati lahh untuk family medium size macam aku (anak 3 orang. haha~)

Lets tengok rupa bilik yang kitorang dapat.


Living room

Dining area

Master bedroom and guest room. Setiap bilik ada tv (dalam 32 inch gitu), rak tv, study table, katil queen, wardrobe. Lengkap lah!

Setiap bilik ada ni. Bath robe pun ada (2 helai each room!)

Kitchen. Lengkap dengan electric stove and microwave untuk masak/panaskan food. Tapi microwave aku dapat tu rosak. Keras kejung pizza frozen aku lepas panaskan dalam tu. lol~  Fridge pun ada. Tu yang tinggi belah kanan tu. Nampak macam kabinet biasa je kan? Padahal peti ais tu. Atas chiller, bawah frozen. Wishlist lah fridge gitu. Haluu ketua keluarga. Menabung dari sekarang plisss πŸ˜

3 in 1, air mineral, kettle, pinggan, mangkuk, sudu garfu, pisau, even sabun basuh pinggan pun disediakan. Datang bawak makanan je!

Toilet. Dalam master bedroom ada bath tub. Tapi tempat tutup air tu rosak kot, tak boleh nak tadah air. Sian anak² aku. huhu~  Kabinet dalam toilet pun laffff sangat! Kemain besar! Towel ada 2 each toilet. πŸ˜

Laundry room terletak betul² depan kitchen.

Washing machine (WM) 2 in 1 (termasuk dryer) disediakan. Sabun basuh baju pun disediakan!! wohoaa! First time aku basuh baju masa holiday. Biasa campak dalam plastik je baju² basah lepas swimming. TAPIIII WM yang aku dapat tu rosakkk! Dia punya dryer tak boleh pakai. Jenuh setting dari tengah malam, membawak ke pagi duk pusing² tapi baju selai pun tak kering. choi! Penyidai tu canggih woo! Lampu and penyidai dalam laundry room boleh control thru remote je. Ya ampun jakun gila kitorang. hahaha~  Wishlist jugak lah laundry room macam ni. πŸ˜

Pool Level 18, Fraser Place. Sejukkkk berangin!!

Seronok bebudak berendam. Sejuk gigil² pun bahagia jugak. Janji main air. Masuk bilik sambung berendam dalam bath tub pulak. haha!

Breakfast! Actually kalau korang amek pakej yang include breakfast, ada je cafe kat tingkat bawah. NO buffet. Semua kena order nanti dorang bagi menu. Aku punya pakej tak include breakfast. Pastu laki cakap nak order je makan dalam bilik. Harga aku tak pasti, sebab bukan aku yang bayar. hahaha apoo review tapi tak tau harga ni sis? πŸ™ˆ

Anak paling lasak. haha~  Dah mandi dah tu. Memang saja tak pakaikan baju. Biasa lepas makan mesti comot. Tak kuasa aku nak stress pepagi. Spoil mood nanti. Dah nak check out baru pakaikan baju cecantik. Benda boleh releks buat apa nak pening kepala? πŸ˜

Lepas breakfast, terus siap² and check out. Nak masuk waterpark pulak. Tunggu next entry aku cerita waterpark mana kitorang masuk. Walaupun korang macam dah boleh agak. Kasi can laa berteka teki dengan pembaca yang dah lama tak baca entry aku πŸ˜œ

Overall aku bagi 8/10 bintang. Lagi 2 bintang tu sebab WM and microwave aku rosak. Kalau tak memang perfect dah. Anak² paling happy. Dorang happy, automatik mama papa pun happy. Happy pills gitu. Memang highly recommended korang stay sini. Aku pun rasa nak datang lagi bawak mak and adik aku. πŸ˜


Korang tengok jugak video aku kat Youtube ok! Lebih feel gitu. haha~
Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tekan butang LOCENG! ❤




Terima kasih sudi membaca!