Pages

Oct 7, 2019

Cameron Trip 2019

Assalamualaikum...


Entry throwback lagii. Untuk rujukan di masa hadapan. Senang nak tau bila kali terakhir aku sampai Cameron. kahh!


So lepas attend wedding makcik aku kat Perak, kitorang terus gerak pergi Cameron. Kitorang booking homestay kat Crown Imperial Court, Brinchang. Aku pernah buat entry pasal homestay ni (refer entry πŸ‘‰ Cameron Highland Trip 2016). Memang recommended. Kebetulan memang datang ramai² tu kitorang booking lagi homestay ni. Plan asal booking 2 unit (owner lain²) sebab ada banyak family. Tapi last minute 2 family tak dapat join sebab masalah kesihatan. Lepas kenduri dorang terus balik KL. Last minute jugak cancel homestay. Patutnya kena burn lah deposit kan? Or at least kena bayar half harga sewa. Tapi kebetulan ada orang lain booking last minute so owner pulangkan semua duit deposit. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki owner πŸ˜˜


Zafran umur 1 tahun 6 bulan, Zafri 1 tahun 1 bulan. Abang dulu behave sangat. Elok je duk diam bila nak snap gambar. Adik baby? Meligannn je kerja πŸ˜’


See! Mana maunya dia duk diam walaupun seminit!! Aku kena snap gambar laju² tau. hehh!

Lepas check in, aku ajak cousins aku jalan² kat strawberry farm. Dah agak lewat masa ni. Musim hujan masa kitorang datang ni so kena tunggu hujan berhenti baru boleh keluar.


Alahh kemetot nya Zafran dulu. Duk dalam carrier nampak topi je. bahaha~  Sekarang pun kemetot jugak walaupun umur nak masuk 4 tahun akhir bulan 10 nanti. Tapi akal panjanggggggggggggggg. Adik baby dah dekat sama saiz dengan dia. lol~


My sepupu² kpop πŸ˜


Time tengah baik. Kalau tengah gaduh tu habis puting beliung tempat tu nanti. haha~


Menu wajibbbb kalau datang strawberry farm. nyumss!


Waktu malam kitorang pergi pasar (night market). Bukan depan Crown Imperial tu dah. Sekarang dah tukar lokasi, jalan hala ke Tanah Rata. Aku tak ingat nama tempat dia. haha~  Malam tu hujan renyai², gigih jugak pergi pasar sebab nak shopping makanan. Family aku memang baka kuat makan agaknya. Semua gigih pergi pasar demi makanan. kahkah~  Sejuk² sedap melantak. Makan ramai² pulak lagi lahh asyikkk! 


Ni suhu waktu pagi. Sejuk wehh! Sebab musim hujan. Berkabus lagi.


Kabus teballll. Tak payah pergi negara lain, Cameron pun boleh dapat view macam ni πŸ˜


Kitorang tunggu sampai hujan reda, terus check out and singgah makan scones kat kat Kg. Sedia. Datang Cameron kalau tak singgah Kg. Sedia macam tak lengkap tau.😁


 Ahh tengok gambar je pun dah kecur air liur. Rindu Cameron!



 Beloved!


 Anak² aku pun banyak makan nasi lemak. Scones dorang tak berminat pulak ye. Hurm bagus juga, mama boleh makan banyak sikit. kahh!


 Gambar throwback lagi. 2014 umur 3 tahun (aku tengah pregnant Zafran kot masa ni) vs 2019 umur 7 tahun. Allah kejap nya besar anak mama ni πŸ˜


Tiap kali datang mesti bergambar kat sini. Malas pulak nak selongkar album lama cari gambar throwback. Yang atas² tu pun makan masa sepanjang pagi ye nak menggodek google photo/blog. hahaha~


Next, kitorang singgah restoren Abang kot nama dia. Nak beli nasi lemak strawberry. Memang tak reti kenyang ye? lol~  Sekali sampai, letrik takde, so tak boleh makan kat situ. Dia bagi tapau je. Tapi limited lah. Dorang habiskan apa yang sempat masak sebelum tu je. By the time sampai turn aku tinggal 2 pack. Ingat nak amek dua² (aku satu, mak aku satu). Sekali ada abang sebelah tu cakap wife dia ngidam. So laki aku cakap takpe lah, kita amek satu je, lagi satu bagi la wife abang tu. Sian pulak. ngee~


Next, singgah Bharat Tea. Sekarang dah kena charge ye nak turun tengok ladang teh tu. Ni mesti banyak kes vandalism so banyak kos maintenance. Hurm. RM2 kot per head. Tak ingat dah. Tapi takde la mahal. Kids free rasanya. Gigih ye turun, dah la baru lepas hujan, jalan licin. Gambar kenangan tu penting. Lagi mahal dari entrance fee tu. hihi~


Parents aku tunggu dalam kereta. Dorang malas nak turun.


Ayuhh posing!


 Pegang tangan mama sampai syurga ok! πŸ˜˜


Tangan apak menggigil tu duk lambung Zafran. Banyak kali snap jugak tu. Tapi demi gambar macam ni, gigih ye πŸ’ͺ


 Bila tengok muka anak², memang aku tak percaya aku boleh mengandung kan and beranakkan dorang. Belum cerita bab parenting lagi. pfft! Nikmat tuhan. Syukur Alhamdulillah πŸ’•


Kena beratur nak amek gambar kat sini. Lepastu main suruh je sapa² tolong snap kan gambar. haha~  Nasib lah budak tu pandai amek gambar. Lelawa gambar kitorang dia amek. Tq dik! πŸ˜


Oke tu je kisah Cameron 2019. Tunggu tahun depan pulak kot baru datang lagi. Laki aku bukan rajin nak drive jalan kona kona tu. haha~  Ini pun sebab dah alang² balik kampung, tu singgah.


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Oct 2, 2019

Homestay Murah dan Selesa di Parit, Perak

Assalamualaikum...


Entry throwback ye gais. hihi~


Awal May hari tu, aku attend weeding makcik aku di Parit, Perak. Kenduri nya hari Sabtu, tapi mak aku ajak gerak hari Jumaat. Sebab lepas kenduri aku ajak family aku naik Cameron pulak. Alang² dah dekat tuu apa salahnya singgahhh πŸ˜


 Aku cakap kat mak nak gerak awal pagi. Baru lah baloi amek cuti Jumaat tu. Zafirah pun ponteng! Nak pergi wedding nenek kan. ehhh! πŸ˜  Tapi dalam pukul 10.30am jugak baru gerak. Not easy lah menyiapkan 3 tentera kecik. huhu~


Plan asal nya nak bermalam kat rumah kawan mak aku. Dia ada buat homestay area Bota. Aku membayangkan rumah kayu yang cantik macam kat Melaka tu. hekhek~  Sekali bila sampai rumah tu......herm..... Mungkin expectation tinggi sangat. πŸ€”


Bila jumpa orang yang menjaga rumah pun sama² uzur (abang pada kawan mak), tak berani lah nak komplen banyak. Aku rasa tuan rumah boleh baca fikiran kitorang. Dia suruh kitorang masuk dalam rumah untuk tengok keadaan dan pastikan tak salah buat keputusan. Allah, serba salah jugak sebenarnya. Aku cuba jugak positifkan diri, cuba untuk terima bermalam kat situ.


Tapi ayah aku taknak. Awal² dia dah tarik muka. kahh! Laki pun remind, adik baby tu fragile. Tak boleh kena habuk² ni. So kitorang guna alasan baby je lah untuk cancel duk situ. Memang kebetulan sampai je Parit baby batuk². Aku rasa dia sensitif bila jalan jauh. Padahal masa kat rumah elok je sihat. Sampai sekarang tak berani bawak baby drive jauh². Nak pergi negeri lain sila naik flight! gituuu~


So kitorang decide untuk cari homestay lain. Rumah tu OK. Besar dan luas. Laman pun luas memang seronok bebudak main kejar². Tapi agak berhabuk (lantai, katil, perabot etc). Sedikit uzur lah bagi aku. Tuan rumah cakap biasanya bebudak muda yang duk situ. Logik lahh. Murah kot dia bagi sewa, RM150 je semalam! Kalau duk 10 orang baru berapa ringgit satu kepala?


Last minute bertukar plan, panik jugak lah nak mencari tempat bermalam. Then mak aku suggest bermalam kat Lanai Casuarina Cempaka Sari. Dekat dah dengan rumah pengantin. Walaupun hotel tu NOT recommended jugak lah sebab berhabuk and takde family room. huhu~  Tapi, no choice kan?


Sekali fully booked daaa. hahaha~


Aku tak ingat kitorang google ke waze je nearby homestay. Then laki aku call nombor yang keluar, Alhamdulillah jumpa yang available.


Dekat je dengan Lanai Casuarina tadi.


Kalau korang dari KL, nampak je tower clock tu masuk simpang kiri (anak panah). Homestay tu betul² depan klinik kesihatan Parit. Rumah kedai tau! Mak aku dah mengeluh. Biar betul nak duduk rumah kedai?? hahaha~  Ayah aku pun sama skeptikal. Tapi muka dia cool lagi. Penat driving kot malas nak layan. hahaha~


Owner homestay ni cina. Banyak unit homestay dia. Kiranya kat shop lot tu ada banyak unit dia punya. Ada 2 bilik, ada jenis SOHO, ada 3 bilik. Pilih je lah mana yang sesuai dengan family korang. Bagus dia layan kitorang. Siap ajak masuk dalam tengok keadaan rumah dulu. Beria dia ajak tengok dulu. Kalau taknak takpe takde hal. So laki aku pun ikut laa tengok keadaan rumah.


Guess what??


LUAR SETINGGAN, DALAM KONDO! Boleh bayang??


Sempat aku amek video.


Living hall. Ada sofa bed juga so anak² aku tidur situ. Meja makan dengan 2 kerusi, penyangkut baju, TV ada kat area ni.

Room 1. Almari solek, katil Queen, iron ada dalam ni.

Bilik 2. Almari solek, katil Queen.

Setiap bilik ada penyangkut baju yang lekat kat dinding jenis cangkuk tu. Cukup la untuk gantung tudung, seluar etc. Kemudahan lain: water heater, iron & ironing board, air cond, TV (siap astro). Sejadah pun disediakan. Mungkin sebab ramai melayu Islam yang datang sini. MRSM dekat pulak tu, kadang parents datang nak hantar, amek anak dorang akan bermalam kat homestay ni. Owner cakap musim perayaan biasanya FULL HOUSE! Pehh hebat! Kebersihan aku bagi 10/10!!


Puas hati sangat sebab jumpa homestay yang elok and selesa untuk bermalam. Padahal esoknya tu awal pagi nak check-out sebab makcik aku nikah pagi. Walaupun dekat, parents aku malas nak ulang alik. Dah jumpa sedara mara takkan lepak kejap je kan? Dari kenduri terus gerak pergi Cameron je. Senang.


So kalau korang datang Parit and tak tahu nak stay mana, boleh try booked homestay ni ok! Tak silap aku yang 2 bilik tu RM150 gitu. Yang penting takde habuk!! haha~


Adress:
Parit Neoh Homestay
No. 13 Jalan Pejabat Pos, 
Parit, Perak





Terima kasih sudi membaca!