Pages

Jul 23, 2019

Melihat Air Show @LIMA 2019

Assalamualaikum...


Hari ke-3 di Langkawi, ada insiden sikit. Batuk adik baby makin melarat pulak. Sampai muntah² lepas minum susu. Kitorang memang tak lena lah tidur malam. Pagi tu papa bawak bebudak breakfast, aku sambung tidur dengan baby. lol~


Dorang habis breakfast terus siap², plan hari ni nak tengok air show. Laki tau port mana yang ok. Tak yah pergi airport pun. Tengok tepi jalan je, tapi view elok lahh.


Singgah KK dulu untuk amek neb. Besar uii KK dia. Tapi macam biasa lah service slow walaupun tak ramai orang. huhu~  Doktor tak ramai gitu lahh. Kitorang pergi ni weekdays tau bukan weekend. Hari Khamis. Tapi musim cuti sekolah, ramai cuti agaknya. Sejam jugak tunggu. Dalam Youtube aku tulis weekend. hahaha~  Silap derr. πŸ˜


Doktor cakap lungs dia ok, clear. Tak perlu neb pun. Tapi kitorang insist bagi neb Saline, untuk selsema dia sekali. Sian tengok hidung tersumbat, susah bernafas.


Setel jumpa doktor, laju² gerak pergi tengok air show. Jalan jem merata². Mujur lah laki familiar jalan area Langkawi tu sebab dulu company dia rajin bukak booth aerospace tiap kali LIMA. Aku follow ajee janji anak² aku dapat tengok air show.


Jumpa port betul² tepi airport. Kitorang tanya orang sana, tu jumpa port ni. Tak tau lah nak explain macam mana datang sini. Kan aku cakap, aku follow aje. hahaha~  Aku dengan baby tengok dari dalam kereta je. Panas uii kat luar. Sian baby dah la tak sihat. Lagipun dia bukan faham air show ni. Dia tak tengok pun. Sibuk agah kaklong & abang je. lol~


Panas berdenting don't care! Janji dapat tengok air show. Anak² teruja gila oii! Baloi lah bawak dorang datang. Tu yang gigih nak pergi lagi LIMA 2021 πŸ˜


Dalam 30 minit je kot tengok. Lepastu lapar, ayuhh lunch!


Kitorang pergi gerai biasa lah. Favorite sangat kedai ni sebab lauk dia banyak and sedap! Sambal tu pedas yang padu! Macam masakan kampung. Eh sedap lah kut tekak aku. Harga pun berpatutan walaupun musim LIMA. πŸ‘


Ni haa kedai dia. Takde nama kot. Dari airport, jalan menghala ke Beras Terbakar.


Kedai roti sebelah dia pun aku suka pergi. Roti² dia fresh, gebu, lembut. Dah simpan lama pun still lembut lagi. Suka betul borong roti dia. Terbaik! Then sebelah kedai roti tu ada gerai jual coconut shake. Laki aku suka sangat beli coconut shake situ. Memang sedap cuma tekak aku takleh terima sangat air coconut shake yang dijual kat mana² sekali pun. hahaha~


Lepas lunch, balik hotel, rehat dulu. Sebenarnya bagi adik baby rehat. Dia tak sihat kan. Memang dia boleh tidur dalam kereta je tapi papa nak dia rehat properly. Elehh sebenarnya papa pun nak tidur jugak πŸ˜


Lepas Asar, baby pun dah bangun, kitorang bawak bebudak jalan² Dataran Lang. Dah banyak kali pergi pun rasa tak lengkap datang Langkawi kalau tak singgah Dataran Lang. haha~


Ramai orang as usual. Airplane tu beli kat situ, RM15 kot orang tu jual. Papa terpaksa pejam mata beli sebab bebudak bising nak jugakkk nak jugakkk. eiii~  Baby pun seronokkkk amek angin laut. Nampak dia makin sihat. Alhamdulillah.


Tapau satay kat EE Burger, Pekan Rabu. Sedap satay dia. Higly recommended!!


Aktiviti malam, mandi swimming pool. Pool sini tutup pukul 11pm ok! grrr~ Aku ingat nak berendam jugak sekali kat cafe ada orang lepak² eh segan rasanya πŸ™ˆ  Celup² kaki je dah laa. haha~  Adik baby mentido dah time ni, papa jaga dalam bilik. Aku bawak kaklong & bang ngah berendam sampai kecut.


Macam biasa lah, nak tengok video² air show boleh usha Youtube channel aku. Search YANAMIB atau klik je link ni πŸ‘‰  https://www.youtube.com/channel/UCDSnf1PRnD8H370N2Oa6hIw?view_as=subscriber


Jangan lupa SUBSCRIBE!! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Jul 8, 2019

Maritime Show @ LIMA 2019

Assalamualaikum...


Hari ke-2 di Langkawi, kitorang decide untuk tengok show Maritime Malaysia. Lokasi berdekatan dengan Resort World Hotel. Waze je hotel tu terus sampai tempat exhibition.


Aku tak ingat laki bawak breakfast mana pagi tu. haha~ Lepas breakfast terus gerak pi Resort World. Memang kena gerak awal pagi sebab show time pukul 11am tak silap. Korang boleh check jadual LIMA kat website dorang je. Check out hotel sesiap sebab nak check-in hotel lain pulak. πŸ˜


Bila nak dekat sampai tempat exhibition, ada polis trafik tahan tak bagi masuk park dekat dengan tempat exhibition. Means dia suruh kau menapak jalan kaki sejauh err aku tak ingat berapa kilometer, tapi jauh oke! Dengan panas berdenting nya. Yelah dekat dengan laut kan. Bertambah² panas membahang. Kitorang bawak anak kecik kot. Puas mintak budi bicara dia tetap suruh jalan kaki. Hello ada baby ok! BABY! πŸ˜’


Last² laki aku cakap, saya nak masuk jugak! Polis tu kata nanti dia kena marah dengan bos. Fine, suruh bos tu cari saya, amek siap² nombor plate kereta saya ni sebab saya memang nak park yang dekat dengan exhibition. Jauh gila nak jalan, saya bawak anak bukan datang sorang! Haa gitu sekali konfiden laki aku. Polis tu terpaksa bagi lepas jugak lah. Dah degil kan?


Sampai je kat area Exhibition, ada lagi polis trafik jaga, TAPI elok je dia bagi kitorang jalan siap tunjuk nak park mana. Ada je parking kosong tapi kena mencari sikit laa. Tak kisah la kan janji tak jauh.


Mula² kitorang tengok exhibition dulu. Masa ni baru pukul 10am kot. Lama lagi nak tunggu show mula.


Kat sini LENGANG!! Aku bajet penuh sesak macam semut. Tapi lengang and sangat selesa berjalan. Nak bergambar pun takyah rebut², siap boleh borak² dengan staff yang jaga booth. haha! Bab panas tu toksah cakap laa, memang kitorang bawak payung, topi sesiap kayy. Air mineral pun bawak siap. Kat sini harga air harga israel ✌ 


Souvenir dari booth JBPM. Nak mintak lebih pun dorang bagi. Sebab crowd memang tak ramai masa ni. huhu~

Dah puas bergambar kat exhibition (which is kejap je pun sebab panas berdonting tak larat nak jalan lama²), ayuhh ke Resort World! Tengok show pulerr.


Jalan kaki je dalam 5-10 minit gitu dari tempat exhibition tadi. View lawaaa tepi laut kan dapat pulak background boat² PASKAL, kena la stop amek² gambar. Gigih ye dukung baby + pegang payung, tangan nak jugak masuk dalam poket πŸ˜


Sampai awal, chop tempat depan terus. yay!


Dalam sejam kot show maritime ni. Banyak video aku amek. Semua dah selamat compile and upload kat Youtube channel aku. Pi la tengok πŸ‘‰ https://youtu.be/OLzcSlUhRfs


Team PASKAL.

Habis tengok show, dapat boat riding FOC! Seronok kemain lahh bebudak ni. Memang dorang nak sangat naik bot. Rezeki dapat naik free. Tu pun kebetulan kitorang duk bergambar area bot lepas tu salah sorang askar ni bagitau boleh naik bot free je. Dalam 30-45 minit jugak bot tu bawak round laut. Tengok youtube channel aku yee semua dah upload situ πŸ€—


Actually, kalau jalan ke depan lagi boleh experience masuk kapal KD. Besar gila kapal tu. Tapi jauhhh nak menapak. Adik baby dah merengek tak selesa. Nak susu pun ye. Boleh pulak aku tertinggal botol susu dia dalam kereta πŸ˜‘  Nak patah balik jauh. So balik je lah terus.


Check-in Riverra Inn Resort pulak. Dalam pekan Kuah. Laki aku memang akan cari hotel dalam Kuah tiap kali datang Langkawi.

Hotel ada sediakan junk food gini. Terbeli lah megi. Apesal tah rasa sedap betul makan megi bila duk hotel πŸ™„

Our room! Macam biasa lah kitorang akan amek FAMILY ROOM. Tentera ramai wakk πŸ˜œ

Kali ni bilik include breakfast untuk 4 orang. Kitorang stay hotel ni 2 malam.

Lepas check in, rehat² jap. Petang tu bawak bebudak mandi swimming pool. Kebetulan ada pasar malam nearby. So kitorang dinner food pasar malam je.


Kalau nak tengok full video apa kitorang buat untuk 2nd day ni, tengok Youtube channel aku ok! Jangan lupa SUBSCRIBE!


Click  πŸ‘‰ https://www.youtube.com/channel/UCDSnf1PRnD8H370N2Oa6hIw




Terima kasih sudi membaca!

Jul 2, 2019

Langkawi Trip 2019 - Day 1

Assalamualaikum...


Entry throwback ye korang. Banyak sangat entry tertunggak sebenarnya. haha~  Update pelan pelan lah ye. Kenangan untuk anak cucu kekdahnya πŸ˜


 Alkisah akhir bulan Mac hari tu kitorang anak beranak bercuti ke Langkawi. Beli tiket dari bulan 11 tahun lepas uols. Memang murah. Masa beli tiket ni mana la nak tau adik baby tu akan masuk wad tetiap bulan. Lepas tu tak plan pun nak unpaid leave sampai 3 bulan. Kebetulan lah semua-semua tu jadi. Dah berjanji dengan kaklong & bang ngah nak bawak dorang naik eroplen, pergi Langkawi, kena la tunaikan ye dak? Dorang bantai tanya "bila nak pergi Langkawi" HARI² since tahun lepas! argh!πŸ˜‘


 Ni la harga tiket kitorang. 4 beranak + 1 infant, include luggage, meals tak sampai RM1k pun. Murah ke idak?? Kitorang pergi ni time LIMA. Memang motif utama nak tengok LIMA pun. kikiki~  Nanti LIMA 2021 kitorang nak pergi lagi. Sesak² don't care! Janji hati puas! haha~


 Bawak 2 luggage je. Ni pun laki bising kenapa bawak banyak sangat? πŸ™„


 Flight petang, so releks² je lah bersiap. Adik baby tu boleh pulak mendemam sehari sebelum flight. Hari nak bertolak tu demam dah ok, tapi batuk selsema pulerr. Adehh. Kitorang angkut lah segala maknek ubat²an, inhaler (WAJIB), study siap² kat mana kk and sepital area Langkawi. hahaha~


Actually banyak kali jugak bertukar flight schedule tu. Ada la dalam 3 kali kot. Gigih aku online chat dengan AA untuk dapatkan schedule yang ok. Dorang bagi options, nak follow schedule yang bertukar tu atau kita nak tukar time/date lain (FOC) atau nak cancel flight (refund duit). Of course la aku just nak tukar time je. Last² tu lah time shcedule yang sesuai and available dorang bagi aku. Ikutkan masa awal² beli dulu, schedule yang aku dapat ni harga tiket dia mahal tau. Almost RM1k jugak untuk tiket sahaja. Rezeki aku lerr siapa suruh AA tukar² flight schedule. hihi~


Siapa biasa beli tiket time LIMA mesti faham situasi ni. Korang kena alert dengan email and mesej² kat fon sebab akan selalu bertukar flight schedule.


 On the way pi boarding gate. Sebab ada baby and kekanak riang, so boleh naik buggy. Lagipun takde orang lain masa ni. yayy!


 Seat dalam flight pun Alhamdulillah elok tersusun semuanya. Tak perlu tukar² seat lain pun. Tukar seat pun kena cas rm9 kot. Dah jimat kat situ. hihi~  Masa pergi ni aku duk satu row dengan Zafirah, papa duk dengan Zafran.


 Zafirah palingggg happy sepanjang trip ni. Takde buat hal sangat. Ajak posing pun onzz je! Good girl! πŸ˜ 


 Asalnya laki aku tak bagi beli food katanya nanti sampai sana baru makan. Tapi aku tau lahh perut aku and anak² macam mana. Memang takde nya nak makan kat airport. Memasing kebulur dalam flight. Dengan apak sekali kebulur. πŸ™„


Memang lah perjalanan 45 minit jee. Eh kalau tengah lapar perjalanan 30 minit pun rasa lama tau? haha~  Lepastu epot jem lagi. Kau rasa? Yelahh LIMA kan, banyak pulak flight keluar masuk epot Langkawi tu. Udahnya sejam setengah jugak kitorang duk atas flight. Orang kereta sewa pun duk tunggu lama dah. Adey~


 Bebudak semua baru bangun tidur time ni. Posing tetap onzz ye nakk πŸ˜


Setel amek luggage, amek kereta sewa, terus pergi hotel. Tapi singgah makan kat gerai apa tah. Daripada airport hala ke Beras Terbakar. 


Allahu makan lagi. hahahha! Eh lapar ok! By the time sampai gerai tu dah pukul 4pm++. Lauk pun banyak habis dah. Tapi tetap nak makan nasi jugak. lolz~  Tu adegan air milo tumpah. Baru minum 2-3 teguk dah tumpah. Kena order baru πŸ˜‘


Lepas makan terus check in hotel. Untuk malam pertama ni kitorang stay Panorama Langkawi Country Resort. Jauh dari pekan Kuah, dekat dengan makan Mahsuri tak silap. Sebenarnya banyak hotel yang dah fully booked. Yelah LIMA kan? Harga yahudi pun ye jugak musim² LIMA tu πŸ˜


 Alhamdulillah dapat bilik sebijik macam dalam gambar. 2 katil queen, ruang solat pun luas. Aku memang amek family room je sekarang. Maklum lah tentera ramai. Takkan nak amek bilik untuk 2 orang pulak kan. huhu~


Lepas solat, bebudak nak mandi swimming pool. Pool dia pun kemain besar. Puas la berendam. Aku perati je lah dari tepi. Baby kan tak berapa nak sihat. Aku memang tak pernah lagi bawak baby masuk pool. Tak berani amek risiko.


Dorang berendam sampai almost Maghrib. Tu pun merengek kena suruh naik πŸ˜’


Setel Maghrib kitorang keluar makan. Dinner pulak. Aku nak makan western je malam tu. Takde selera pulak nak makan berat (baca: nasi). Puas cari kedai western tak jumpa. Orang Langkawi tak minat western food eh? hihi~


Lepas duk tanya² orang, ramai lah suggest gerai EE Burger kat Pekan Rabu. Dekat dengan De Baron Resort! Dulu jalan² bawak Zafirah sorang je. Now angkut adik² sekali. Meriahhh! πŸ˜


Aku order lamb grill. Apa ke mimpi makan kambing memalam tah. haha~  Laki aku order chicken chop, untuk anak² cheesy fries and fries biasa. Tu je kot?


Lepas makan balik hotel, tidur! Penat ok. Well, jalan bawak anak mana ada tak penat unless kau bawak maid. πŸ˜


Ouh btw, aku dah upload video untuk hari pertama ni kat Youtube. Klik πŸ‘‰ https://youtu.be/RHXl3dJOaZQ


Jangan lupa SUBSCRIBE!! πŸ˜˜






Terima kasih sudi membaca!