Allahu dah masuk tahun baru dah pun baru nak cerita kisah PRU14. kahkah~ Baru ada mood nak mengarang pasal PRU ni haa. Lambat pun lambat lah. Nak jugak karang dalam blog. Kenangan oii!
PRU14 ni kira kali kedua lah aku turun mengundi. First time dulu masa PRU13, Zafirah umur setahun. Ada aku ceritakan dalam blog jugak. Pi klik >> PRU13.
Masih lagi tempat mengundi yang sama. Sebab asyik lupa je nak tukar alamat. Mak and tok laki mengundi kat Bangi. Aku dengan ayah kat Serdang. Oke laa ada jugak geng. Takde la kena pi sorang.
Lagi best, time PRU14 aku tengah pantang 14 hari. bahaha! Fikir banyak kali jugak lah nak pi ke taknak, nak pi ke taknak. Laki tak bagi pergi. Tapi parents aku relek je izinkan. Asal aku sihat pergi lahh. Memang berkobar² nak tukar kerajaan kekdahnya. Tu gigih jugak pergi ngundi. haha!
FYI untuk korang yang tak pernah turun ngundi.
Tarikh mengundi jatuh hari Rabu. Awal pagi mak and laki keluar dulu. Bila dorang dah setel, baru aku keluar dengan ayah pulak. Nak bergilir jaga baby. Ayah drop aku betul² depan pagar sekolah, then baru dia pergi cari parking.
Aku masuk je pagar, ada staff SPR tengah tunggu and tegur aku, tanya saluran mana. Aku terus terang je dengan staff tu yang aku tengah dalam pantang 14 hari. Boleh potong line tak?
Dia kata boleh je. Kang bentan bahaya pulak katanya. Muda lagi staff tu tak pasti dah kahwin ke belum. Tapi prihatin sangat aihh. Dia bawak aku terus pergi Saluran 6, aku takyah beratur apa pun. Terus masuk bilik and buang undi. 5 minit je dah setel. SYUKUR!!
Terima kasih awak sebab mudahkan urusan saya.
Ayah aku saluran 2 kot. Panjang beratur. Tapi teratur sangat! Syabas SPR!
Sementara tunggu ayah buang undi, sempat borak dengan sorang makcik ni (gambar kiri). Dia tunggu suami dia. Pastu terjumpa cikgu disiplin masa form 1-5 (gambar kanan). Cikgu ingat aku lagi!! yeyy!
Dalam sejam lebih jugak tunggu ayah setel mengundi. haha! Nasib baik lah ada jugak tempat duduk kat area situ. Takde la penat. Memang rezeki aku, bersalin anak nombor tiga badan aku cergas je. Takde lembik², sakit sana sini. Aku tak makan pun jamu², tapi aku amek supplement and vitamins. Jaga makan pantang jugak. InsyaAllah badan sihat cergas
Gemoknya muka orang pantang!! hahaha~ Lega wehh dah setel mengundi. Lepas dah tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin. ceyy~
Adik aku yang duk London pun tak ketinggalan jugak mengundi. Dorang kena POS sendiri ballot paper balik Malaysia dan buang undi di kaunter undi terpilih. Gila kan?? Dah la ballot paper pun sampai ke tangan dorang LAST MINUTE. Dorang ada masa kurang dari 24 jam untuk hantar balik ballot paper tu ke Malaysia. pehh! Dah macam Amazing Race wehh student sana.
Adik aku dapat je ballot paper, terus roger kawan², group² sana tanya siapa yang fly balik Malaysia, nak mintak tolong bawak balik ballot paper. Dah jumpa orang nak balik Malaysia, berkejar pulak pergi Heathrow Airport!!! Waktu London dengan Malaysia beza 8 jam. Kita awal 8 jam. Flight kawan dia tengah malam (waktu London), dan dijangka sampai KLIA tengah hari (hari PRU14!!). Ngam aku dan ayah habis ngundi, dalam pukul 2pm ayah rush pergi KLIA untuk collect ballot paper dari kawan adik (ada 14 paper semuanya kot).
Aku tak reti sangat nak explain benda ni. Tapi kalau korang tanya mana² Malaysian yang bekerja or study abroad memang macam ni lah kes dan proses membuang undi. Once dah dapat ballot paper, dorang kena send balik ke Malaysia dengan KOS SENDIRI!!
Serious laa memang dah macam amazing race! Dorang kat sana pun sampai tak cukup tidur sebab nak collect ballot paper, kumpul kan and rushing pi Heathrow airport untuk pass ballot paper pada yang nak balik Malaysia. Semangat sayangi Malaysiaku tu kuat sangat wakk! Walaupun kena bersusah payah tapi dorang tetap cari initiatif untuk mengundi.
Sampai KLIA, ayah aku amek ballot paper dorang dan tolong hantar ke MPSJ. Syukur jugak mostly yang mengundi tu lokasi sama je. Macam yang ayah aku cakap dalam wasap, beza tingkat je. Alhamdulillah sangat dipermudahkan urusan kami semua membuang undi. Demi masa depan negara kekdahnyaaaaa. So proud to be Malaysian. Especially menjadi sebahagian dari sejarah yang tercipta.
Makin lama kan ink tu jadi makin pekat hitam gini. Sepanjang sebulan tu orang duk upload pic jari je lahh. hahaha terhibur aku tengok posting memasing. Sikit pun tak annoyed. Benda 4 tahun sekali nak annoyed kenapa? Check hati balik.
Malam keputusan ya tuhann berdebar gila. Aku tungguuu lahh sampai pukul 2pagi pun. Kemain lambat lahh bos SPR nak sign borang 14 tu. Lepastu ada pulak friendlist aku sentap bila aku cakap spr lembab. Bukan aku marah orang yang duk kira undi tu, aku marah bos kau lah sengaja delay² sign borang 14. Duk keluar masuk PC tapi keputusan nan hado.
Tengok online elok je cepat result keluar. Apesal TV lambat? Nak kata undi banyak sangat, on9 ni dapat result dari mana pulak? Ehh nak sentap pun biar la logik. Kau yang tak faham cerita pastu nak sound² aku. Dah selamat aku unfriend pun minah tu. Tak kenal pun dia siapa. Bila masa jadi friend pun tak tau lahh. So sila blah. kahh!
BTW, habis je pru bos spr tu terus letak jawatan. Belum sempat soal siasat pun. Staff pulak sentap lebih² LOL~
Alhamdulillah sejarah baru tercipta. Malaysia baru dicipta. Walaupun banyak benda jugak aku tak setuju dengan kerajaan baru sekarang ni. Eh normal kot pembangkang je rajin buat kerja. Dah jadi gomen memang lembs manjang. kahkah!
K sekian coretan untuk kenangan. Pembaris mohon jangan komen!
Terima kasih sudi membaca!
hihi xpe baru share pun.. pengalaman n kenangan kita =)
ReplyDeletemengundi tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat hehe.. memilih pemimpin.
Love your sharing. Glad that we are part of the history, my friend yg duduk di eropah pun hadapi detik2 cemas tu jugak. Kertas undi tu sampai 2 hari sebelum PRU14, tp alhamdulillah berkat kerjasama MALAYSIAN, bantuan dtg dari kiri dan kanan...Sehati sejiwa kita ni sebenarnye.
ReplyDelete