Pages

Dec 10, 2018

Broncholitis Pulakkk

Assalamualaikum...



Baruuu je awal November hari tu adik baby warded sebab Pneumonia, kali ni datang lagi semput dia. Punca berjangkit selsema dengan kaklong & abang ngah. Sekali pakej sesak nafas dia dapat T__T


Alhamdulillah, pengalaman lepas banyak mengajar kami laki bini. Bila nampak nafas dia makin laju, laju² bawak pergi klinik untuk ambil neb.


Neb pertama pada hari kejadian. Sempat pi wedding kawan aku bagai lepas neb tu. Ingatkan dah oke, nak dekat Maghrib tu jadi balik. Tengok nafas dah laju, dada dah berlekuk, cepat² laki suruh siap bawak pi klinik untuk amek neb lagi.


Lepas neb, elok balik nafas dia. TAPI lepas 2 jam, dia jadiiiiii balik. Allahu. Pergi lah klinik balik untuk mintak referral letter. Nak pergi hospital terus! Makin kerap pulak sesak nafas, tak boleh jadi ni. Mesti kena warded. Kitorang risaukan oxygen level dia tu. Yelahh bila dah sesak nafas macam mana oxygen nak masuk?


Kebetulan malam tu makcik aku datang, boleh la aku tinggal kan kaklong dengan bang ngah kat rumah. Sebab ada geng main² dorang tak heran lah kena tinggal. Kalau takde geng tu mau meraung memasing nak ikut jugak pi klinik. Pastu memekak main kejar² 😒


Kitorang pi klinik Zalfah, Seksyen 4 tambahan. Doktor kata buat neb dulu sementara dia siapkan referral letter. Lagipun kat hospital mesti tunggu lama kang kesian baby susah bernafas. Masa tu jam dah pukul 10.30pm. Setel neb terus pi ER hospital Serdang. Syukurlah urusan dipermudahkan, lepas tunjuk referral letter, staff bawak terus masuk red zone.


Sampai ER doktor bagi lagi neb. Sebab dia dengar ada wheezing lagi dalam nafas baby. Then tunggu MO review (ada la 2 orang MO kot datang review), then tunggu pakar pulak review baru boleh confirm masuk wad ke idak. Doktor bagitau adik baby kena jangkitan BRONCHOLITIS. Allahu aku tau bronchitis je. Ada pulak Broncholitis. Belit lidah nak nyobut!


Lepas confirm masuk wad, kena tunggu pulak staff iring naik wad sebab kena angkut tong gas oxygen sekali. Pukul 4am laki aku sempat balik rumah amek baju bajan semua. Dia sampai balik hospital belummm naik wad lagi. kahh!


Last² pukul 5.20AM baru kitorang masuk wad. Syukur lagi sebab malam tu wad paediatric tak full. Banyak je katil kosong. Walaupun malam tu banyak kes baby semput. huhu~  Mostly yang duk kat ER dengan aku, memang kena warded. Dapat satu wad pulak tu. Yang jadi lambat tu sebab menunggu doktor itu ini datang review.


Masa masuk wad paediatric tu, ya ampunn jakun pulak rasa. CANTIK!! Jauh beza lah dengan wad paed hospital Kajang. Bagai langit dan bumi beza dia! hahaha~


Dah setel letak² barang semua, aku cuci muka sebab tak sempat buang mekap kat rumah tadi. 🙄  Macam biasa malam pertama aku tidur hospital. Esok gilir dengan laki.


Lepas nurse dah briefing pasal wad semua ingat nak landing lahh. Ngantuk gila hoii! Sekali datang pulak MO tanya itu ini untuk masukkan dalam sistem. Senang doktor yang bertugas next shift nak review and diagnose adik baby, especially doktor pakar lah. Tapi soalan² dia tanya semua yang sama masa aku duk ER. Sepanjang duk hospital tah berapa kali aku jawab soalan yang sama. haha~  Udahnya pukul 7am baru aku boleh tidur. #sisredho


Kena on oxygen and neb setiap 2 jam. Fight baby fight!


Team cleaner datang pagi tu ikutkan nak kemas katil, tapi dorang tengok aku lena lagi and dorang tengok time masuk 5.20am, so dorang tak kacau. ffuhh! Dapat la tidur lagi sejam dua. Tapi pukul berapa tah nurse bagi neb, pastu aku tertidur sambil neb kat muka baby. Nurse datang bising dia, "puan 10 minit jee kita bagi neb yee."  Aku dengar pun dengan muka blur blur. hahaha~  Ngantuk hoii! Lepas tu aku bangun la terus. Tiba² perut lapar pulak. LOL~  


Menu breakfast. Siap ada food untuk baby! wow! Tapi bubur tu awat letak salt?? Air milo some more. Hey baby mana boleh makan salt & sugar lagi. Udahnya aku la perabih semua food tu. 😒


Aku duk terbau² gas neb tu sampai nak demam. Ko rasa?


Ouh aku kena share benda ni. Dalam wad paed hospital Serdang ada almari untuk gantung baju okay!! ohemjee sis jakun to the max! kahkah~  KPJ pun takde uols almari gini. 😏


Masa malam pertama tu dorang bagi aku katil panjang tu. Sebab baby cot tak available. Selesa lah aku tidur takyah merengkok². haha~   Esoknya tu baru dia ganti baby cot. Katanya baby dah berpusing² bahaya letak katil biasa, kena guna cot jugak. haa baiklahh!


Tapi selain almari baju tu, setiap katil ada disediakan sofa. Siap boleh recline wakk! Memang selesa lah penjaga/waris nak berehat². Hospital Kajang dulu kerusi plastik jeee. huhu~  Eh sini pun ada kerusi plastik jugak. Tapi cantik sikit lah. hahaha~  Toilet pun ada dalam wad ni. Walaupun share 4 katil, tapi selesa sangat. Fully air conditioned pulak tu. Takde la berlengas. Ouh aku takde pulak request nak bilik single ke apa. Adik baby kena duk wad depan kaunter nurse sebab kena pakai tube oxygen tu.


Ni review hospital ke apeni??


Adik baby elok je ceria, aktif macam biasa. Bukan macam masa kena pneumonia hari tu. Masa tu dia lembik je wakk, dengan demam lagi. Haa kali ni just batuk, selsema and sesak nafas je. Tapi lepas neb nafas dia elok balik. So untuk warded kali ni memang takde cucuk² iv, antibiotik. Just neb sahaja. And oxygen tu lahh. Legaaaa!! Tak sanggup dah tengok baby kena cucuk sana sini. iskk~


Doktors and nurses semua amazed tengok adik baby lasak siap main agah² tiap kali doktor datang. haha! Sebab katil² jiran semua tak bermaya, merengek, nak berdukung je. Sedih tengok. Faham sangat perasaan penat tu macam mana. Tabah lahh mommies! Semoga cepat sembuh anak² kalian T_T


Ni menu lunch. Asam pedas terbaikk!! Ramai pulak respon IGS aku bagitau food kat hospital Serdang memang sedap². Berselera aku makan. kahkah~  Haa kali ni bubur untuk baby dah betul takde salt & sugar. Cuma portion tu banyak sangat lah pulakk. Amboi ada kena penampar ni kang banyak nau komplen 😝  Jus buah sebelah bubur tu pun pure, takde sugar. Tapi tak sempat bagi adik baby. Lepas makan dia mentido.


Pukul 3pm laki datang tukar shift. Dia pulak bermalam kat hospital.


Esoknya tu, hari Isnin, aku pi kerja macam biasa. Zafirah and Zafran pun hantar sekolah macam biasa. Cuma aku kerja half day je lah. Tengah hari aku balik. Tapau mekdi kat highway Sungai Besi tu, pastu terus pi hospital.


Rasanya semua orang tau parking hospital Serdang tu hazab macam mana kan? Dah la ada construction pulak, makin sesak! Time visiting hours lagi lahh hazabedah! Mujur dorang buat parking lain kat MAEPS, then naik shuttle. Haa aku park kat MAEPS je hari tu. Bayar RM3 per entry. Okay lahh daripada kau migrain cari parking depan hospital tu. Tak lama pun tunggu shuttle. Aku baru je parking, shuttle pun sampai. Dorang akan penuhkan ruang baru gerak pi hospital.


Daripada hospital pun sama, laki aku tunggu kat lobi tak lama pun. Dia sampai je lobi ada dah shuttle baru sampai untuk drop and pick up orang. Convenience weh! Mohon korang yang nak berurusan dalam hospital Serdang tu gunakan lah kemudahakan yang dorang dah sediakan. Tak perlu bersesak² parking tepi² jalan tu. Menyusahkan ambulans nak lalu tau! Please jangan selfish! Serius selesa parking kat MAEPS tu. Luas dan tak serabut!


 Sampai wad tengok dah ada uniform? hahaha~  Omey angat uniform hospital! Kalau nak mandi and tukar baju banyak² kali pun boleh! Amek je sendiri kat stor. Selimut pun sama, nak tukar or nak amek selimut extra, haa silakan ke stor dan ambil sendiri 😍


Pagi hari ketiga tu laki cakap doktor pakar dah round and dia suruh cabut tube oxygen and stop neb. Petang² nanti check balik progress macam mana. Kalau oke dah boleh balik. Allahh leganyaa dengar!


 Menu petang hari ke-3. Food baby dia bagi biskut macam Farley's tu. Campur dengan susu. Biskut tu flavor banana. Manis wakk. Tapi aku bagi jugak lah baby makan sikit. huhu~


Dalam pukul 4pm gitu kot, MO datang check peparu baby. Katanya dah oke, tak dengar bunyi kahak dah. So boleh discharge. yahooo!! Laju² call laki. Tapi dia cakap nak tidur duluuu. huk alohh. Takpe lah, lagipun nak tunggu bil and ubat lambat lagi.


Dalam pukul 6pm gitu baru nurse bagi bil and ubat. Kali ni doktor bagi ubat Singulair. Actually ubat tu untuk treat asthma. Tapi baby below 2 years tak boleh diagnose as asthma. Banyak faktor baby batuk berkahak. Cuma dia saja bagi untuk tengok baby respon atau tak dengan ubat tu. Kena habiskan dalam masa sebulan. Then lepas 3 bulan jumpa paed balik untuk follow up. Lambat kan? Biasa seminggu dua lepas discharge dah terus follow up. huhu~


Total lost= RM3 je wakk. Allahu! Gegelak kitorang dengar bil. Tak payah la bawak GL ke hape. Bayar je lah RM3 tu hoii. hahaha~


Lepas discharge, adik baby tak sihat lagi sebenarnya. Still on-off kahak dia tu. Bila teruk sangat kitorang just bawak dia amek neb je. Sampai doktor kat klinik buat surat khas untuk cepat² follow up dengan paed hospital. Lambat sangat nak tunggu 3 bulan katanya. Tengok lah esok lusa kalau aku free boleh la pi hospital balik untuk review sakit adik baby.


Doakan adik baby terus kuat lawan penyakit dia. 😘






Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

  1. Moga adik baby terus sihat ye...amin..comelnya adik baby :-)

    ReplyDelete
  2. kalau batuk berkahak ni sy fobia.. dulu ank sy pun mcm riso sgt..

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)