Pages

Nov 5, 2018

Rumah Teres Mampu Milik di Taman Salak Lestari, Sepang daripada Fitrah Properties

Assalamualaikum...


 Weekend lepas aku pergi melawat tapak perumahan baru di Salak Tinggi, Sepang. Aku difahamkan yang kawasan perumahan ni merupakan tanah rizab Melayu (99 tahun). Bila sebut tanah rizab Melayu, bermakna rumah² di sini hanya boleh dibeli oleh orang MELAYU sahaja! Bangsa selain Melayu memang tak boleh beli ye termasuk lah penduduk bumiputera Sabah Sarawak. Aku taknak elaborate lebih pasal tanah rizab Melayu, korang boleh google sendiri untuk info lanjut oke.


Perumahan baru ni diberi nama Taman Salak Lestari. Terletak di dalam kawasan Kampung Baru Labu Lanjut, Sepang. Dekat sangat dengan KLIA. Sepanjang duk kat site tah berapa puluh kali nampak kapal terbang berlepas. Anak² pun ikut sekali masa ni, teruja kemain dorang tengok eroplen siap melompat². haha~   Nilai 3 pun dekat wakkk. Senang shopping karpet and langsir baru untuk rumah baru. ehhh! πŸ˜œ


Sebelum melawat kawasan tapak dan melihat² kawasan rumah yang dah siap, kami diberi taklimat daripada founder Fitrah Properties, Tuan Haji Azmi. Beliau merupakan bekas peguam perumahan dan dah mula berkecimpung dalam bidang developer sejak 5 tahun lepas. Selain Fitrah Properties, ada DUA lagi company developer kepunyaan Tuan Haji Azmi, iaitu, Loyal Greenland dan AAKH Development.


Sedikit maklumat mengenai projek AAKH Development. Terdiri daripada:
- Rumah berkembar 2 tingkat
- Rumah teres superlink 2 tingkat


Contoh rumah² under AAKH Development. Penduduk dah dapat kunci dah pun.

Tuan Haji Azmi memang target kawasan Sepang untuk setiap projek perumahannya,  kerana menurutnya, Sepang merupakan kawasan luar bandar yang paling pesat membangun. Dengan jaringan jalanraya yang teratur serta merupakan center bagi Bandar Baru Salak Tinggi, harga tanah di kawasan Sepang juga dikira berpatutan. Harga terkini 1 ekar dalam RM600k.


Kemudahan:
πŸ‘‰ 4 min ke ERL Station / Kip Mart / Mcdonald 
πŸ‘‰ 10 min ke KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University 
πŸ‘‰ 15 min ke Putrajaya / Cyberjaya / D'PULZE 
πŸ‘‰ 30 min ke Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam 


Siapa yang biasa lalu kawasan Salak Tinggi - Sepang mesti faham betapa pesatnya membangun kawasan ni. Dulu memang rasa terpencil je kawasan Sepang ni. Rasa kesian dengan orang yang beli rumah kat sini sebab susah nak keluar pi kedai malam². hahaha~   Tapi tiap kali aku lalu situ untuk ke KLIA, ada je pembangunan baru naik. Tiba² macam, ehh dah banyak kedai, ehh dah ada Mc Donald, ehh dah ada mall, ehh ada perumahan baru lagi??? Cepat gila membangun oke! Now aku rasa, UNTUNG orang yang beli rumah area Sepang!


Projek terbaru Tuan Azmi yang bertempat di Taman Salak Lestari, Sepang ini merupakan projek beliau yang KELIMA! wow!


Untuk perumahan di Taman Salak Lestari, terdapat dua jenis rumah yang dibina
πŸ‘‰ Double Storey
πŸ‘‰ Single Storey


Oke jom tengok macam mana rupa rumah² yang dibina oleh Fitrah Properties ni.


Rumah double storey, corner lot, saiz 20 x 68/69 kaki.

Porch luas! Boleh muat 2 kereta. Aku suka porch macam ni. Biasa kan porch rumah mesti ada tiang kat tengah² membuatkan ruangan parkir jadi terhad. Pembeli lah kena keluarkan kos sendiri untuk renovate porch bagi muat 2 kereta. Fitrah Properties dah fikir semua tu, dia bagi korang parking yang luas siap²! πŸ‘

Tanah tepi untuk rumah corner lot.

Ruang tamu bersambung dengan dapur. Aku suka design tangga macam ni. Sama macam rumah aku sekarang sebab boleh memaksimumkan penggunaan di ruang tamu. Setengah rumah dua tingkat, design tangga kat tengah² alam, makan ruang tau and nampak ruang tamu tu sempit. Tangga pulak dah siap tiles. Stor bawah tangga pun dorang dah buat siap². Tak perlu keluar modal sendiri untuk tambah dinding buat stor bawah tangga.πŸ‘   Selain stor, ada juga bilik tetamu dan bilik air di tingkat bawah.

Ruang belakang. Ada dalam 3 kaki tanah belakang tu. Paip untuk letak washing machine ada disediakan di kawasan ni.

Ruang atas. Ada 3 bilik dan 2 bilik air, Master Bedroom dan 2 bilik biasa.

Rumah setingkat (corner lot).

Design pagar untuk setiap rumah corner lot adalah sama. Belah depan tu ada tembok batu sikit, lepastu sambung pagar biasa sampai ke belakang.  


Ruang tamu. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumah setingkat TIADA stor.

Aku highly recommended korang beli rumah ni. Especially those yang kerja sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan yang berhampiran and those yang masih belum ada rumah sendiri. Rumah double storey tu berbaki 20 unit je lagi weii! Rumah single storey pulak tinggal 3-4 buah je lagi yang kosong.


Harga hanya dari RM440K (double storey) dan RM355K (single storey). 


Baloi sangat lah beli untuk kediaman sendiri. Kawasan Sepang ni pun tengah pesat membangun. 10 tahun akan datang makin melambung naik harga rumah kat sini. Rugi lah tak grab sekarang!


"Macam mana nak tau saya layak beli rumah harga tu?"


Oke ni aku share sikit ilmu yang aku tau sebelum korang apply loan rumah. Pihak bank akan tengok 4 perkara untuk luluskan loan korang:
1) CCRIS - disiplin bayar hutang ke bank
2) D Chart - Track rekod kemampuan individu
3) CTOS - hutan kedai cth, telco, MyAeon etc
4) DSR - debit saving ratio, kadar kelayakan pinjaman

Formula mudah kiraan loan yang layak diterima:
[(Gaji x 60%)- komitmen (dalam CCRIS)] x 200
Komitmen di sini bermaksud hutang² CCRIS, contoh bayar loan kereta, motor, ptptn etc. Kalau bayar yuran sekolah anak ke, nafkah bini, zakat, insuran gitu BUKAN komitmen. Faham ye?



Info Lanjut:
 Facebook: FITRAH PROPERTIES
Instagram: @_fitrah_properties_
Call: +60 17-823 5254 




Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

  1. Assalamualaikum puan, saya dari NAS Nuri Construction Sdn. Bhd. Berminat memasang iklan. Tolong hubungi Fairul di 0193487372 untuk details. Kalau boleh secepat yang mungkin ya.

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)