Pages

Oct 25, 2018

Jurang Tembelan dan Rumah Hobbit, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Selesai beraktivitas di Gumuk Pasir, terus kami bergerak ke Jurang Tembelan. Wahh pandai dah speaking Indon πŸ‘


Perjalanan dari Gumuk Pasir ke sini makan masa 40 minit gitu. Jalan kat sini macam jalan nak pi Cameron tu. Hutan kiri kanan. Cuaca masih lagi mendung, kadang gerimis. Tapi just nice sebenarnya. Kalau panas sangat pun tak best jugak. Bila mendung² ni selesa berjalan. Tiak tak basah. lol~


Jurang Tembelan ni takde apa pun. Just spot bergambar macam ni je. Ada banyak lagi spot lain tapi aku tak larat nak posing sebab Zafran tu tantrum apa tah. Penat barangkali. Kena berdukung je. Lenguh sangat pinggang aku. Nak berdiri pun malas. Laki aku and Zafirah je banyak bergambar kat sini. Aku lepak kat gerai² jual snek. Opismet aku bantai megi cup pulak kat situ dengan anak dia. hahaha~


Then, gerak ke Wisata Desa Mangunan. Dalam 5-10 minit je dari Jurang Tembelan. Dekat sangat.


Entrance. Toilet ada disediakan kat area sini. Parking kat sini kena bayar. Tapi dah include dalam pakej supir. Setengah supir charge murah, tapi bila masuk parking berbayar, dia mintak duit kat kita, makan pun suruh kita belanja and ada lah cas² lain. So pepandai lah pilih pakej supir macam mana yang kenan.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia
, pengertian wisata adalah bepergian secara bersama-sama dengan tujuan untuk bersenang-senang, menambah pengetahuan, dan lain-lain. Selain itu juga dapat diartikan sebagai bertamasya atau piknik.  
 Menurut pendapat saya sendiri, pengertian wisata adalah suatu kegiatan perjalanan atau aktifitas yang dapat menenangkan hati dan pikiran serta menyegarkan otak. - Sumber


Belah kanan tu kedai² jual souvenir dan makanan ringan.

Sini pun ada buaian! πŸ˜‚

Kawasan wisata ni besar sangat. Memang hutan semata. Since kitorang datang musim hujan, tanah lembab dan licin. Mujur pakai sport shoes. Anak² pun pakai kasut jugak. Takde la tergelincir, tambah nak naik turun tangga kayu tu. One off officemate aku tergelincir kat area jambatan kayu. Sian dia.

"Mama, jom kita buat² macam tengah berborak" - Zafirah

Tak pasti lah if ada kisah di sebalik rumah² ni.



Habis dah kawasan Seribu Batu. Next Rumah Hobbit. Tak payah pergi jauh sampai New Zealand, negara jiran pun ada Rumah Hobbit uols! Kos murah sikit datang sini. bahaha  Alahh satu kawasan je dengan Seribu Batu tu.


Jambatan ke Rumah Hobbit

Jemput masuk!

Dalam rumah tu takde apa pun. Aku membayangkan bila masuk dalam rumah tu macam masuk showroom. Boleh fefeeling ziarah the real rumah Hobbit. Sekali macam masuk abandoned stor daaa. Kat luar je deko kemain cantik. Cis!

 Estimate time dalam sejam jugak lah untuk spend masa kat Wisata ni. Kawasan ni luas tau. Nak stop stop amek gambar lagi. Dapat pulak partner amatur, nampak gemuk pulak kita dalam gambar, dah kena snap lagi sampai nampak kita kurus. ehhh! πŸ˜


Next stop kitorang pi Wisata apa tah nama dia. Dengan Hutan Pinus. Tunggu next entry eh. Nak sambung edit gambar jap. hihi~ 






Terima kasih sudi membaca!

Oct 24, 2018

Parangritis Beach & Gumuk Pasir, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Hari ke-3 di Jogja.


Setiap hari kitorang bangun seawal 5 pagi. Siap², by 6am turun breakfast. by 7.30am supir datang. Kena bangun awal sebab perjalanan untuk ke setiap attractive location jauh bangat! Lebih sejam perjalanan. Tempat² tu pulak ada opening hours. By 6/7pm dah tutup. So nak cover semua tempat sebelum pukul 7pm kena lah keluar seawal pagi. ✌


Menu breakfast. Boleh kata hari² breakfast nasi. Banyak nak pakai tenaga sepanjang hari, tu kena makan banyak. Makyong some more kannn. kihkih

Hotel sana siap ada menu sambal² oi. BREAKFAST oke! hahaha~  Mujur tak sakit perut sepanjang berjalan² tu πŸ˜

Trip hari ni aku deal dengan few colleagues je. Yang rapat² gitu. kihkih~  So kitorang sewa 2 kereta untuk berjalan. Guna khidmat supir, bukan drive sendiri. Aku tak ingat berapa RP kena bayar kat supir. Maklong lah cerita dah basi. Memori pun ada yang dah basi. lol~




1st stop: Parangritis Beach

Perjalanan dari hotel dalam sejam gitu. Cuaca pagi tu mendung and gerimis.

Payung beli kat Mr. DIY. Sebelum pergi sana memang dah check weather forecast, cuaca hujan setiap hari. Tu yang angkut siap² dari Malaysia.

Ada kereta kuda, kawan aku ajak naik. RM20 kot per trip. Dia akan bawak kita pi satu kawasan air terjun, jauh sikit dari tempat kitorang datang ni. 1 kereta boleh naik 3 orang sahaja! So laki aku tak naik. Dia malas nak sewa sampai dua kereta. Bazir katanya. Sukati lahhh!


Ni lah air terjun nya. Geng² bujang mendaki sampai atas sana nak dapatkan spot bergambar paling lawa. Aku nak hangkut dua ketul ni tak kuasa lah. Tengah membuyong some more. Spot ni pun lawa dah ni. hihi~

Ni je lah view yang kereta kuda tu bawak. hahaha~  Oke laa, point utama nak naik kereta kuda tu. Lama jugak lepak kawasan ni. Takde limit masa pun. Bila² rasa nak balik, kita pi je lah kat kereta kuda tu. Kalau nak mandi manda kat sini pun boleh. Dorang tunggu je. Tapi aku tak terfikir langsung nak bawak baju spare anak² aku. Apa lagi baju mandi. Dorang dah gatal² badan nak masuk air. grrr~  Sorry lah nak. Kita datang ni nak bergambar je. Mandi laut kat Malaysia pun ada.

First time aku tengok view  macam ni. Yang berlekuk tu sungai. Dari bukit belakang tu, terus ke laut. Subhanallah! Jakun gila aku masa ni. kahkah~  Yelaa kampung aku mana ada laut. Bangunan je penuh kiri kanan πŸ˜




2nd stop: Gumuk Pasir

Tak jauh pun dari beach tadi. Dalam 5 minit je kot naik kereta. haha~  Serius dekat sangat!

Tempat ni penuh dengan pasir je. kahkah! Macam padang pasir. Tapi di Indonesia. gichuu

Supir kitorang yang amek gambar ni. Dia angkut DSLR besar gedabak oii. Kalau tau dia boleh amek gambar lelawa gini memang nak suruh dia amek gambar kitorang masa pi Borobudur and Merapi. Memang supir yang sama kitorang amek sebab senang berurusan. Nanti aku share nama kompeni supir ni. Recommended!

Nak terbang ke bulan ke sis?

Main buai. Ada 2 je buaian kat area situ.


Tu aje lah aktiviti yang boleh buat kat sini. bahahaha~ Tak silap aku boleh sewa surf board so boleh la sandboarding. Dia macam surfing atas laut, tapi kau buat atas pasir. Paham? Alahh korang google je. Banyak gambar² contoh. Kot boleh amek idea nak posing macam mana. πŸ˜


Masa kitorang datang, baru lepas hujan. So pasir lembab. Tak boleh nak sandboarding pun. Kalau boleh pun takde nya aku nak naik. Buang tebiat namanya. Sekali lagi aku nak bagitau, aku tengah preggy 5 bulan masa ni. Kot lah korang lupa.πŸ€—


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Oct 22, 2018

Melawat Mount Merapi, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Sambung lagi entry Jogja ye. Doakan aku istiqamah update sampai habis. bahaha~  Entry lain pasal Jogja boleh klik > SINI ~


Masih lagi hari kedua di Jogja. Lepas pi Borobudur, terus driver bawak pi Mt. Merapi pulak. Sebelum tu singgah lunch dulu. Bab makan nanti lah aku buat entry lain. Berjela sangat dah ni. hihi~


ecece berani dah dia naik bas, duduk sendiri²

 Perjalanan dalam sejam gitu. Sampai kat 1 check point, kena sewa jeep. Bas or kereta biasa memang tak boleh naik langsung kawasan Merapi tu. Bukan lah naik sampai ke puncak ke apa. Nak kata kaki gunung pun bukan. Tapi kawasan ni perkampungan yang hancur dilanggar lava gunung Merapi. Tak silap ada je pakej untuk daki Mt. Merapi. Aku tak study pasal pakej tu sebab memang tak plan nak datang sini. Golf club pun ada kaoo area sini. huhu~


Sewa jeep aku tak ingat berapa RP, sebab bukan aku yang bayar. Bos bayar. bahaha! Satu jeep boleh muat 4 orang. Hari tu kitorang sewa 4 jeep kot. Aku tanya orang situ, orang peknen boleh masuk ke? Memang aku tengah preggy 5 bulan masa ni. Katanya bolehh ajaaa, takde hal. Saya bawak slow slow nanti. Hahh yelahh korang tu semua pun bolehhhh aja kan pak.


Gini lah rupa jalan nak masuk ke kawasan Merapi tu. Memang tak expect langsung wehh!! Terpelanting² dalam jeep. Ya tuhann πŸ€•

First stop, kitorang singgah ke "Omahku, Memoriku". It's a muzeum. Asalnya tempat ni merupakan salah satu rumah yang hancur dilanggar lava gunung Merapi yang meletus pada tahun 2010.


Banyak lah barang² yang hancur akibat terkena lava yang bersuhu 600 darjah celcius dipamerkan dalam ni. Aku malas amek gambar sangat. Seram. lol~

Well, bebudak memang tak faham apa pun πŸ™„

Antara staff yang join trip Borobudur - Merapi.

Next, kitorang ke Bunker Kaliadem.


Ada jugak the lost word dalam ni. Macam castle zaman dulu kot. Entah lah. Nak masuk kena bayar lain. Tak berminat pulak nak tengok apa ada dalam tu. kahkah~  Ada la few tempat lagi yang ada entrance fee. Tak silap Stonehenge lalu kawasan ni jugak. Kalau korang banyak masa, boleh la plan singgah semua tempat. Baloi tau. Bukan senang nak sampai. Dengan keadaan jalan berbatu². Sakit pinggang, sakit tengkuk! grr

Memang gila lah jalan nak masuk Mt. Merapi ni weii. Aku dengan peknen nya. Bergegar² baby dalam perut. Eh bukan bergegar, tahap terpelanting dah! "Saya bawak slow dah ni. Biasa lagi laju saya bawak, macam orang lain tu."- driver. Tapi memang slow dia bawak. Sebab aku tengok kawan² aku semua berdesup laju driver dorang bawak. Jeep tu gaya dah macam nak terpelanting sekali sebab langgar batu² gunung Merapi. Boleh bayang tak??

Antara satu stop, ke satu stop makan masa dalam 15 minit perjalanan. Atau mungkin kejap je. Tapi sebab perjalanan yang huru hara bak puting beliung dalam jeep tu yang rasa lama gila perjalanan. adehh


Hujan renyai² masa ni. Aku ada je bawak payung and baju hujan. Memang dah beli awal dari Malaysia lagi. Tapi malas lah nak keluarkan. Bila lagi nak merasa mandi hujan kan. Anak² aku pun ku biar kan aje mandi hujan. Tak demam pun dorang. Lain agaknya air hujan gunung berapi. lolzz!

Nak bergambar kat kawasan ni kena mendaki sikit. Takde lah curam mana pun. Alahh aku yang peknen 5 bulan pun boleh naik. Siap dukung anak lagi😜

Gini lah rupa pemandangan atas ni.


Bunker Kaliadem ni merupakan bilik kebal untuk lari dari lava gunung Merapi. Masalahnya, masa Mt. Merapi meletus tahun 2010, ada 2 orang sukarelawan yang terperangkap dalam bunker ni, lalu mati.

Oke sedikit kisah pasal Bunker Kaliadem. Aku pun ingat² lupa. Mujur ada pakcik google. mihmih~  Korang pun boleh je google, tapi dah alang² tengah baca blog aku ni, baik aku tulis je terus ye dak? πŸ˜


Semasa Mt. Merapi meletus pada tahun 2010, bunker ni tertimbus dan tenggelam ke dalam lava sedalam 1.5-4 meter. 2 orang sukarelawan terperangkap dalam tu. Selama 3 tahun misi mencari bunker yang tertimbun. Pada 14 March 2013 baru dorang berjaya gali bunker yang tertimbus ni. 2 sukarelawan yang terperangkap tu dah tentu lah mati. Umpama duduk dalam oven. Kat luar dah penuh dengan lava bersuhu 600 degrees, dorang duk dalam bunker. Ko ghase? Oke seram nak bayangkan. hurmm~ 


Aku ada amek video jalan masuk dalam bunker tu. Seram ke seram?



Dah puas bergambar, jom balik!


Actually kat sini ada cafe untuk korang makan minum. Ada gerai² jual snacks, air kotak, air tin. Kitorang tak singgah pun. Memang datang amek gambar, pastu balik. Nak kejar masa untuk dinner pulak. Kalau nak solat, surau dan toilet ada disediakan kat tempat bas parking, tempat sewa jeep tu. Tapi macam biasa lah, telekung nan hado. So kalau datang Jogja, sila bawak telekung atau pakai aje lah pakaian patuh syariah. hihi~


Overall, memang puas hati datang Mt. Merapi. Cuma kalau cuaca tak hujan dan kami ada banyak masa, lagi puas lah tengok view Mt. Merapi yang cantik atas tu. Tengok la gambar aku semua malap malap je. Dah memang tengah mendung, hujan renyai² time tu. Actually bulan 12 memang musim hujan. So, takleh nak expect much lah. Tu yang kitorang memang dah siap beli payung and baju hujan dari Malaysia. Tiap kali keluar berjalan memang angkut baju hujan tu.


More, orang preggy aku tak suggest lah korang datang tempat ni. Walaupun aku takde masalah apa, tapi lain badan lain daya tahan wakk. Unless korang konfiden macam aku, then oke laa. haha~  Jangan lupa sediakan juga segala maknek minyak panas, minyak urut. Sebab memang sakit² segala urat saraf kau nanti. Especially pinggang dan tengkuk. Ke aku je sakit gitu? πŸ˜


k bye!





Terima kasih sudi membaca!