Pages

Dec 31, 2017

2017, Tahun Penuh Pengkhianatan!

Assalamualaikum...


Dah lama tak buat entry meroyan. Ingatkan bila dah jauhkan diri dari pengkhianat², tenteram lah hidup aku. Aku silap!! Pihak sana bukan main kecam aku kaw kaw. Siap libatkan pulak adik beradik ipar duai bagai.  Eh family kau yang khianat aku, bila aku marah, aku pulak yang salah??


Ye aku ada jugak meroyan update status FB. Tapi ayat aku semua BERKIAS! Hanya yang terlibat je akan faham. Adik aku pun tak tahu cerita bhai! Status² tu pun bukan bersifat kekal. Lepas dah rasa lega aku delete balik. Tapi dorang bukan main menjaja cerita aku kat orang lain. Screen shot status aku masuk dalam group.


Dah alang² ramai yang tahu (daripada dulu hanya 'kita-kita' je yang tahu), tapi sebabkan komen si kakak yang membuka pekung, haa marilah aku enlighten semua orang. Ni yang korang nak kan?? 


Punca
Nurul Ashieda binti Abdullah


Daripada punca yang jadi, aku mula jauhkan diri dari SEMUA orang yang terlibat! Kau jangan sembang lebih kata aku yang overreacted! Kau tak rasa apa yang aku rasa!


Mula² aku cuba kuatkan diri untuk HIPOKRIT! yaa hipokrit macam kerabat sana selalu buat. Aku just inform gitu² je yang aku dikhianat teruk. Tau apa respon aku dapat??


"takde apa lah....yana oke"


TAKDE APA kau cakap???

FU**!


Then aku realize, kalau aku teruskan dengan sikap hipokrit, aku yang kemurungan, mungkin akan sampai tahap depresi. Sebab kerabat pengkhianat sikit pun tak pandang serius dengan luahan aku. Kesian anak² aku. Dari situ aku mula 'buang' semua yang ada kena mengena dengan si pengkhianat, SEMUA darah daging dia! Aku tak benci semua, aku KECEWA. Kau tau tak kecewa tu level dia lagi tinggi dari marah?? 


Then, bila aku dah mula bertenang, datang masalah lain pulak. 



Dari punca ni jugak lah mak bebudak ni emo dan meroyan! Padahal dia tahu KENAPA aku buat macam tu! Siap up status mengeji aku. Ayat takde kiasan langsung! Macam mana aku tau?? Adik aku cerita. Tapi kau ada nampak adik aku serang komen kat FB kau?? Status keji kau tu pun adik aku tak screenshot tunjuk kat aku. Sikit pun dia tak cerita apa yang kau royan kak! Takde siapa tahu pun tu anak kau. Rata² yang baca blog aku semua positif minded. Kalau ada yang tahu pun cuma akan tertanya², "kenapa gambar blur?", TAKKAN lebih dari tu. Aku tak pernah ada masalah pun dengan kau anak beranak. Kau je otak negatif suka mengata belakang.


Aku tak kisah kau nak ngadu kak. Betul tak kisah. Aku pun malas nak campur emosi kau yang tah pape tu. Tapi kakak kau serang FB aku dah kenapa? Bukak pekung di dada sendiri?? Dia sibuk jadi hero tapi tak tahu hujung pangkal cerita. Tak malu ke? Kau perempuan kak, kau ada suami ada anak², kau sepatutnya lebih faham apa yang aku rasa sekarang ni. Bukannya kau tolong tambah minyak dalam api yang panas! Takkan nak tunggu aku doa kena kat batang hidung kau sendiri baru kau nak ada akal?? Anak² kau tiga perempuan kak. Mohon fikir panjang sikit! Laki kau sakit pun kau dah menggelupur satu badan. Aku rasa kalau kau kat tempat aku mau kau bunuh diri kak! Percayalah! Kau ingat 'sedara' kau khianat aku biasa² je ke?? Aku tak selemah kau! Sebab tu aku boleh mantain happy sampai sekarang. Aku boleh move-on dengan anak² aku TANPA perlu aku menjaja cerita buruk keturunan kau kak. Tapi kau dah melampau!


Nak screen shot entry ni kecam berjemaah dalam group pun silakan! Aku malas dah nak jaga hati orang. Aku dah penat menangis. Anak² aku pun nampak aku sedih. Korang cakap senang laaa, 'jangan babitkan family'. Kau tak rasa apa aku rasa!! Better shut up and stay out!


Lumrah manusia, memang takkan faham perasaan orang lain selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Aku pun tak harapkan korang faham keadaan aku. Tapi cukup lah JANGAN ganggu hidup aku! Jangan sibuk pertikai kenapa aku bertindak begitu, begini. Aku pun tak kacau hidup korang! Aku jauhkan diri ada lah. Tak hingin pun nak amek tahu hal hidup orang² zalim macam korang!


Aku nak explain lebih² pun no point. KAU TAKKAN FAHAM!


My blog my right! Kau tak suka apa yang aku tulis tu masalah kau! Pi buat blog sendiri!



Apa² pun, aku maaf kan kau kak dengan kakak kau yang cuba nak jadi hero tu. Betul, aku maafkan. Kau nak teruskan emo sukahati lah kak. Aku dah penat fikir.


Move on itu melangkah maju, bukan melupakan!

Hanya mereka yang TERLIBAT sahaja akan faham entry ni mengenai apa...MELAINKAN adik beradik tu pi bukak aib sesama sendiri...


Mulut tempayan pun aku tak boleh tutup, apa lagi mulut manusia.




-END-





p/s: Takde kaitan dengan family aku. Mana ada family khianat sesama ahlinya kan??Semoga tahun 2018 lebih indah, lebih tenang, lebih damai. Amin

p/s²: Aku takde dan TAK PERNAH ada anak buah. Anak sedara je ada setakat ni. Adik aku belum kahwin lagi. Tak payah la buat spekulasi sangat!



Terima kasih sudi membaca!

Dec 22, 2017

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum...


Rehat jap cerita Yogja eh. Nak selit entry terkini dulu. kikiki~  Lagipun banyak lagi gambar belum transfer/edit. Nanti² lah aku update😁


Alkisah Sabtu lepas, laki takdop, outstation seminggu. Daripada hari Rabu lagi dia dah fly. Bila weekend aku dah plan nak hangkut anak² aku berjalan. Aku tak suka mereput dalam rumah tambah time laki takde lagi aku boring duk rumah. Kang aku stress sebab semua benda aku kena buat sorang. Baik lah aku keluar amek fresh air, boleh bonding time dengan anak². *ecece padahal memang jenis tak reti duk diam*😝


Aku takde spesifik plan pun sebenarnya nak bawak anak aku ke mana. Kebetulan Sabtu pagi tu anak² aku bangun awallllll! Sebelum 7.30 dah cerah mata memasing! πŸ™„  Bila dorang bangun, aku pun kena la bangun sekali! Bising kot. Memang takde can mama nak sambung membungkang. haha~  Aku terus suruh Zafirah mandi sebab malam sebelum tu aku ada lumur shampu kutu kat kepala dia. Memang dah pesan, bangun pagi kena terus mandi basuh kepala. Bila anak² dah siap mandi, aku tengok jam baru pukul 8am lebih. Eh awal lagi.


Prepare breakfast (roti + nutella), sambil otak ligat fikir mana nak bawak dorang pepagi tu. Ingat nak bawak pi Tasik Cempaka je, dekat sikit. Tapi pukul 10am confirm dah panas terik. Situ tak banyak pokok, playground pun confirm panas. Tak best ah main tetengah panas. Pening! Tetibe teringat Taman Botani. Situ redup, banyak pokok, ada tasik, boleh sewa basikal. Zasss! Terus siap² and pi Taman Botani.


 Sampai sana almost 10am gitu. Lama sangat berfikir kat rumah gamaknya. kahkah~


 FYI. Aku sewa basikal yang ada baby carrier and yang ada 4 tayar untuk Zafirah. Saja bagi dia explore naik basikal dalam taman. Selama ni kayuh basikal dalam laman rumah je. Aku sewa untuk sejam. Cukup lah tu.


 Tempat collect basikal. Pilih lah basikal mana yang korang kenan.


 Zafran tu awal² je pakai belt tu, pastu dia rimas. Zafirah pun mula² takut² nak kayuh basikal tu especially kat jalan yang berbukit. Eh takde la tinggi mana bukitnya. Tapi bila basikal tu laju dia seram! Awal² dah ada adegan nangis² πŸ˜’  Actually break kat basikal dia tu ketat sangat. Susah dia nak tekan tu dia menggelebah je bila turun bukit. herm~


 Tapi mula² je lah takut. Biasa lah kan bebudak. Aku ajar je lah dia macam mana nak control basikal tu time turun bukit and explain kenapa dia tak perlu takut, but instead dia patut rasa seronok bila turun bukit! Eh jalan dalam taman tu lengang je oke! Tak ramai orang, best lah bawak basikal lelaju!


So lama² dia jadi oke mengayuh dengan confident nya. Syabas kaklong!πŸ‘


 Kitorang stop banyak tempat untuk rehat, minum air and saja enjoy the scenery. Zafran tu bukan mengayuh pun! Duduk je seat belakang tu. Sekali sekala kena bagi dia melasak, bagi keluar peluh. Kang balik rumah senang terus tido. bahaha~


 Kasi can laa mama nak posing background tasik.😝


 Kaklong memang senang ajak bergambar. Zafran tu herm kena didik lagi. lol~


 Photos taken by kaklong Zafirah! yeyy! #anakblogger πŸ˜œ


Selepas sejam, kitorang pulangkan balik basikal kat tempat tadi, then aku beli air kat vending machine. Ada je bawak botol air, tapi saja laa nak air sejuk jugakk. kihkih~


Rehat jap sambil habiskan air. Beli se-tin je sebab duit tak cukup. lol~  Beg duit semua aku tinggal dalam kereta. Tak plan pun nak beli air kat vending machine, tapi dah penat kaw kaw tergoda jugak lah kanπŸ˜‚  Se-tin tu banyak jugak sebenarnya, share² minum 3 beranak, sambil borak². Heaven!


Dah puas rehat, aku ajak dorang lunch kat Alamanda. Dah dekat dengan Taman Botani kan. Zafirah request nak makan kat Chicken Rice Shop. Aku memang ikut je apa tekak dia nak makan sebab dia picky eater. Kat situ dia boleh habis sepinggan nasi. Kau bawak tempat lain walaupun jual nasi ayam jugak, 10 suap je dia makanπŸ™„


Aku beli kids meal 1 and set untuk aku 1. Aku share dengan Zafran. Hero tu sekarang dah tak minat makan macam dulu. Dah mula makan main². Tak sampai setengah pinggan pun dia makan. erm oke laa janji ada jugak la nasi masuk dalam perut tu. Dia banyak makan jeli je. Zafirah tu pun makan nasi dengan sup je. Ayam sikit pun tak usik πŸ˜’   Ayam aku pun ada yang tak habis, so mintak tapau, tambah nasi kosong 1. Kot malam kang tak tau nak makan apa, ulang balik makan nasi ayam je lah. Senang. hihi~


Habis makan bawak dorang main kat area Playland sebelah Parkson tu. Eh sekarang dorang dah lambak kereta² mainan yang kena masuk coin tu depan Playland. Aku ada la try masukkan coin kat satu kereta ni, dia keluar lagu je kaoo! Tapi tak bergerak apa pun! Choii bazir RM2 aku tau!😀


Dalam pukul 3pm kot aku ajak gak dorang balik. Tu pun kena paksa oke, aku cakap nak balik solat. Kalau boleh dorang nak berkampung depan Playland tu πŸ˜‘


Sampai rumah mandi manda, pastu memasing tidoooo! Termasuk lah aku. huahua~


Next time memang nak bawak lagi dorang datang sini. Walaupun matahari dah tegak atas kepala tapi tak rasa panas. Sebab banyak pokok² sepanjang jalan especially tepi tasik tu. Berangin lagi. Tapi next time nak bawak basikal sendiri. Boleh main lama² and Zafirah pun dah biasa dengan basikal dia senang dia nak control especially break. hehe~


K tu je nak cerita. Korang suka dak pi Taman Botani? Korang biasa bawak anak² riadah kat mana?😁




Terima kasih sudi membaca!

Dec 20, 2017

Wisata Pule Payung, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Sorry ye lambat update. Idea nak menaip tak keluar pulak πŸ˜‚


Oke sambungan hari yang kitorang sampai Yogja, memang terus pi berjalan. Style company trip aku ni free and easy. Buat hal masing², kecuali company dinner baru gather ramai². Jangan tanya lah kenapa macam tu. Aku pun tak tahu. haha~


Rasanya 2 bulan sebelum trip aku dah prepare itinerary. First time lah aku prepare itinerary tu pun mintak sample dari the famous Malaysian travel blogger. Eh siapa lagi kalau bukan pejal predley πŸ˜œ  thanks pejal!


Banyak kali jugak bertukar² sebab nak adapt dengan company dinner and kena pilih bebetul lokasi yang sesuai bawak bebudak. Kalau korang baca mana² blog yang bercerita pasal Yogja rasanya takde lagi yang hangkut kids. Mungkin aku jadi blogger pertama lah update trip to Yogja with kids. wohoaa!😁


Dalam plan asal, lepas dah setel check-in hotel, kitorang nak ke Kalibiru. Tapi supir bawak kitorang pi Pule Payung. Kawasan baru katanya, belum launching lagi. Spot bergambar pun lebih kurang macam Kalibiru jugak katanya. Jalan masuk pun senang boleh bawak jeep, kalau Kalibiru dia kena stop kat jalan masuk and kau kena menapak naik bukit yang agak curam sejauh 300 meter gitu. Dengan 2 orang tentera ni lagi. pfft! Takpe lah. Kita pi tempat yang senang nak angkut bebudak je. hihi~


Perjalanan dari hotel ke jalan masuk wisata dalam sejam gitu.


Sampai satu kawasan, kau kena sewa jeep. Ada supir yang masuk je dengan kereta dorang tu. Tapi supir yang kitorang hired hari tu takut nak bawak masuk kereta dia. Jalan berbukit² and agak curam, risau kereta rosak kot. Sewa jeep dalam idr400.000 πŸ™„


Ayah bayar! kahkah~  Zafirah paling eksaited. Pengalaman pertama dia naik jeep masuk hutan! yeahh! Zafran? herm penakut pulak teruna tu πŸ˜‘



Jauh jugak lah perjalanan nak sampai ke puncak Pule Payung tu. Dalam 15 minit jugak naik jeep. pheww~


 Kaunter tiket. Masa kitorang sampai dah petang, pukul 4pm gitu kot. Pukul 6pm tempat ni dah tutup. Ke 5.30pm? Tak ingat dah. haha~   6pm tu dah nak Maghrib tau kat sini. Dah la kawasan hutan. Seram sejuk mak naik jeep redah hutan Maghrib² tu πŸ˜‚


Luas gilaaaa kawasan ni rupanya. Tapi kitorang tak study pun tempat² lain tu. Memang aim spot untuk bergambar je. Kalau datang bujang/backpacking oke kot nak jelajah semua tempat.


Entrance fee tak ingat berapa idr hahaha~  eh murah je tak sampai RM10 kot sorang. Pastu kena menapak sikit untuk pergi ke spot spot bergambar. Jalan nak pi setiap spot agak berbukit (curam), ada kena naik tangga. Mengah oke! Nak bergambar ke setiap spot pulak kena bayar! Dalam RM3 sorang. Kids 2 tahun je free, 4 tahun ke atas dah kena cas. Gambar pun kena bayar, singgit sekeping (softcopy). Boleh je nak guna kamera sendiri and mintak tolong pekerja situ amekkan, tapi tak banyak shots and kualiti gambar gitu² je.


Eh bayar je lah. Anggap lah duit tu untuk dorang maintenance tempat tu bagi cantik, bersih. Gambar² dorang amek pun cantik². Baloi lah harga singgit tuπŸ‘


Nah aku tunjuk gambar² yang diambil oleh official photographer.


Zafirah gayat! Belum apa² dah meraung gayat. Rosak gambar. Ingat senang ke nak sampai sini?πŸ˜‘   Mujur Zafran tak faham lagi erti gayat. Kau suruh dia meniti tepi² tebing tu pun dia relek je. haha~


Segala posing yang kitorang buat ni photographer yang ajar kan tau. Korang ingat aku reti sangat berposing ala ala model instagram gini?😝


Bawah ni pulak gambar dari camera Sony mak aku. Ce compare.


Baloi kan bayar photographer? πŸ˜œ


Ni pulak kat 2nd spot. Lepas bayar baru dorang bagi kau naik atas. Spot ni kena pakai harness sebab sangat tinggi dan platform yang agak kecik. Aku naik bertiga dengan laki and ayah aku. Mak aku takmo naik. So dia jaga anak² aku kat bawah. kiki~


You jump, I jump!😝


Cun sangat buat profile picture!😍


Ayah memang suka selfie😝


Last spot kitorang pi kat tempat basikal. Macam kau naik basikal atas awan lah gituu. Tapi aku tak naik. Tak sanggup pulak rasa. So ayah and laki je naik. haha~


Ini bukan fake. Ini REAL! Tak caya pi tengok IG Ujang9897 ada dia letak video naik menatang ni. Gayat oke gayatttt.


Kat kawasan basikal ni jugak ada sediakan toilet and surau. Rasanya telekung tak disediakan. Mostly surau yang aku jumpa memang tak sediakan telekung. Bawak je lah sesiap atau pakai je pakaian patuh syariah senang solat di mana². hihi~


3 spot je lah yang kitorang pi. Rasanya ada dalam 4-5 spot je kot untuk bergambar. haha~  3 spot ni je yang paling best! Lelain tu macam biasa² je. kiki~


Dah puas bergambar, jom balik! Dalam 2 jam spend masa kat sini. oke la puas hati. Aku tukar duk seat depan pulak. Sakit pinggang oii duk belakang tu. Dah la jalan berbatu², bergegar². Tak larat ahh!


On the way turun bawah mintak jeep berhenti jap kat jalan masuk Kalibiru. Ye satu kawasan je Kalibiru dengan Pule Payung. Cuma Pule Payung tu naik jauh ke atas lagi. Nampak jalan bukit curam tu? Katanya jeep tak boleh naik so dorang akan berhenti luar tu je (tempat aku amek gambar tu). Menapak lah kau panjat bukit sejauh 300 meter. Mekaseh lah sebab tak bawak kitorang pi Kalibiru. hahaha~


On the way balik hotel kitorang singgah dinner kat mana tah. Tak payah la tahu sebab food kureng enak. Sampai hotel dalam pukul 9pm gitu kot. Mandi manda, solat and terus rebahhh! Anak² pun sama pengsan semuanya. haha~


Till next entry, tata!





p/s: Kalibiru bermaksud Sungai Biru. Kali = Sungai.



Terima kasih sudi membaca!