Pages

Jul 20, 2017

Raya Day #3, Balik Kampung!

Assalamualaikum...


Hari raya ketiga, masih lagi cuti...eh aku cuti seminggu kot sebab sekolah anak² cuti seminggu. hehe~  mak ajak balik kampung dia kat Parit, Perak. Lama gila tak balik kampung. Biasa kalau balik pun sebab visit pakcik mak or kawan² mak yang masih stay kat sana. Rumah arwah uwo pun adik beradik mak semua sepakat wakafkan ke Jabatan Agama Islam Parit. Sebelum ni buat sewa tapi susah nak handle especially tang maintenance.


Maka wakafkan je lah senang takyah serabut kepala. InsyaAllah pahala pun dapat. Tapi sampai sekarang pihak jabatan tak buat apa² lagi dengan tanah tu. Dah few years settle dengan pejabat tanah, siap dah transfer file dari pejabat tanah ke pihak jabatan agama tapi dorang boleh cakap file hilang pulak! ciskek betul. Dia ingat main² ke apa wakaf² tanah ni?


oke taknak cerita pasal wakaf² sebab tak involve sangat. Pakcik aku yang uruskan semua. Harap dapat selesai segera.


Zafran dan rambut serabainya πŸ˜


So pagi tu memasing bangun awal. Sebab tak plan nak tidur sana. Balik hari je. Dak encem lah malas tidur sana. Dia rajin nak drive biarkan. Kalau ikut aku tidur sana syok sikit. Boleh jalan raya rumah kawan² blogger area Ipoh sana. hurm takde rezeki.


Tapi kitorang bersiap takde la awal sangat. Pukul 11am jugak keluar rumah. bahaha~


Suka pulak aku selfie guna beauty apps ni. Sekali sekala fefeeling kulit gebu gebas ala ala artis korea


Perjalanan dalam 3 jam ++ gitu. Sepanjang dalam kereta aku mengadap kerepek berantu ni je. haha~  Makan kerepek tak gemok kan? πŸ€”  Alhamdulillah perjalanan lancar. Ada lah jem sikit start dari Slim River tu sebab jalan tu 2 lane sampai lah Gopeng.


3 jam kemudian, sampai lah Parit. ya Allah rindunyaaaaa arwah uwo! Aku kalau jumpa arwah uwo je hati aku jadi tenang sangat. Tak tahu lah kenapa tapi tenang setenang² nya. Rindu sangat zaman kekanak bila balik kampung mesti aku akan follow uwo solat subuh kat masjid. Eh aku dulu rajin ikut arwah uwo solat subuh kat masjid tau. Kalau seminggu aku duk kampung maka seminggu lah aku akan solat subuh kat masjid dengan arwah uwo. Sekarang? krik krik


Al-Fatihah untuk uwo. Terima kasih didik yana jadi wanita solehah πŸ˜­


Rumah pertama yang kitorang pi bila sampai Parit, rumah makcik Awi, kawan sekolah mak onga.


Makcik Awi hidang mee goreng basah, nasi impit + kuah kacang and pelbagai kuih raya. Kuah kacang makcik Awi terbaik woahh! bertambah² kitorang makan.


Orang bandar jakun masuk rumah kampung. lol


Signature rumah² Perak, tangga kat luar rumah. Normal ni kalau balik kampung bergambar kat tangga ramai² camni πŸ˜


Lagi aksi jakun masuk kampung. Dengan makcik pakcik semua layan posing πŸ˜‚


Next, kitorang pi rumah tokcik, pakcik mak. On the way tu lalu depan rumah uwo, menangis aku dalam hati terkenang memori balik kampung dedulu kala. Memori kejar angsa, memori tolong uwo bela ayam, memori mencari jodoh *ehhhh πŸ™Š


Tokcik yang pakai tudung kuning duk kanan sekali.


Geng apak² and yang bujang laki lepak luar je. Kat dalam geng perempuan menjemah. πŸ˜


geng babies busy main lego


Beloved cuzzies! πŸ˜˜


Geng toddler main bola and buaian luar rumah. Cousin yang bebujang tolong jaga anak² main. Mak dorang join makcik² menjemah. kahkah


Depan rumah tokcik tu dulu kebun (now dah jadi hutan sebab lama terbiar). Tokcik rajin gila berkebun, macam² dia tanam. Dedulu kitorang kalau pi rumah tokcik wajib ikut masuk kebun. Siap naik sampan round tasik. Sekarang tak reti dah nak kayuh sampan. huhu


Lepak rumah tokcik sampai pukul 6pm gitu kot. 


Sebelum balik singgah solat kat masjid Parit.


On the way pi masjid singgah dulu posing dengan jam besar Parit. Masa ni banyak kereta tau kat simpang jam ni. Jalan jem siap ada polis jaga trafik lagi. Tapi tebalkan muka demi nak bergambar dengan jam. kahkah~  eh rugi la malu. Sepanjang hidup aku memang TAK PERNAH lagi bergambar dengan jam macam ni. Biasa amek gambar dari jauh je. Sejak² aktif blogging and aktif social media memang selamba je posing depan orang ramai. hahahaha~  eh janji aurat terjaga. Bukan buat dosa pun.


Atok aku merupakan salah seorang donor untuk pembinaan jam besar ni. Donor nombor 9.
Al-fatihah atok πŸ˜˜


Gambar ni cantik, nampak eksklusif kata adik aku. Tapi slack dak Zafran tu tak berbaju pulakk. Dah kepanasan sangat ku cabut je lah baju dia. Sampai masjid ku mandikan dedua beradik ni. Selesa sikit dorang nak mentido dalam kereta.


On the way balik KL jem sepanjang jalan! adehh~  Pastu merajuk dengan dak encem sebab montot dah cramp. Orang suruh tidur sana taknak. Kitorang memang bawak je baju spare in case letih sangat walk-in je lah hotel Lanai Casuarina kat Parit nun. Dekat je dengan masjid hotel tu. Tapi dah dia gigih jugak nak balik. hurm oke lah balik je lah.


Kitorang singgah dinner A&W kat hentian Jejantas Sungai Buloh. Ayam goreng spicy A&W sedap. Pedas berdesing macam ayam mekdi tu. Tak caya try laaa. πŸ˜


Pukul 10pm kot baru sampai Bangi. Ke dah tengah malam baru sampai. Tak ingat pulak.Semua tidur mati malam tu. Letih sangat kekdahnya.


k tu je kisah raya ke-3. Till next entry. tata!





Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

  1. meriah nya raya ..hihi
    salam ziarah

    ReplyDelete
  2. meriah sungguh ni raya kesana kemariiii ;)

    ReplyDelete
  3. amboi syok tengok raya sakan noh. selamat hari raya aidilfitri. lagi beberapa hari ja syawal nak meninggalkan kita.

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)