Pages

May 16, 2017

Jom Shopping Dengan Shopee!

Assalamualaikum...


Korang pernah dengar pasal Shoppee?? alaa dia macam Lazada jugak....website untuk SHOPPING! yanamib dan shopping memang berpisah tiada...laki urut dada tengok apps shopping berlambak dalam fon 😝


Yaa aku prefer browse guna apps...boleh hadap 24 jam...sambil nyusu anak pun boleh cuci mata...kehkeh~  ce korang install...hehe~


Asalnya aku install apps Shopee ni sebab nak meniaga...so aku register as 'Seller'...if korang takde benda nak dijual, register je as 'Buyer'....jangan lupa shopping dengan aku tau tau! klik je gambar atas ni 😁


Bestnya apps Shopee ni sebab kita boleh chat directly dengan seller...senang nak update if barang tu ada stok lagi ke, tanya details barang ke (walaupun dah tulis kat description), nak tanya seller bila dia boleh pos barang kita etc...


More, Shopee akan sentiasa update kita if ada apa² promosi, atau update bila customer dah buat pembayaran dan kita kena mula ship/post out item yang dijual tu atau bila ada customer yang cancel order, atau customer yang dah place order tapi tak bayar lagi, pun kita boleh detect tau! eh aku dah experience semua ni, tu aku tau...hahaha~  korang kena alert je dengan notification Shopee insyaAllah tak kena tipu....memang sangat² boleh dipercayai tau apps Shopee ni....untuk Seller dan juga Buyer...haa nanti aku cerita benefit kat Buyer pulak....teruskan membaca kayy~


Contoh customer dah bayar dan aku perlu post item ni....lepas post, klik ship dan update tracking number...


Oke untuk di pihak Buyer atau pembeli, selepas kita buat bayaran dan pihak penjual pun bagitau dah ship out item kita, Shopee akan hantar satu notification mengatakan barang kita akan sampai pada sekian sekian tarikh....SO, bila tiba tarikh yang dijangka, dan korang masih BELUM terima barang korang, korang boleh EXTEND dateline...kalau tak dapat lagi, EXTEND lagi dateline sampai lahhhh korang betul² dah dapat barang yang korang beli...


Faham tak setakat ni?? 🙄


oke sambung lagi....


If korang dah received barang, korang kena inform pada Shopee...kalau korang diam je, lambat laa Shopee nak release duit pada si penjual (Seller) tadi....sebab apa?? sebab duit yang korang bayar tu, Shopee hold dulu....bila item betul² dah sampai pada pembeli baru Shopee akan release duit tu....


Sebab tu aku kata Shopee ni selamat gila untuk membeli dan menjual....if pembeli tak dapat item sehingga sekian lama korang boleh mintak refund je dengan Shopee....dan pihak Shopee takkan release duit korang tu kepada Seller....of course lah ada T&C dia....part barang tak sampai tu aku tak pernah alami lagi....hihi~


Sebagai Seller, aku harap sangat lepas customer dah received order, tolong lah inform pada Shopee, klik je kat icon 'Order Received' dan 'Released Payment'....cepat sikit aku dapat duit aku...nak rolling modal oii! 😜


Yang belum install apps Shopee kat fon tu baik install cepat...nyesal kang tengok orang update shopping murah nak arwah...


Jangan cakap ahkak tak payung!


Website: https://shopee.com.my/
Facebook: ShopeeMY
Instagram: @Shopee_MY





Terima kasih sudi membaca!

12 comments:

  1. Best Shopee ni, selain membeli kita boleh jugak jadi seller kan. Pastu promo raya tu pun best, tak sabar nak shopping raya.

    ReplyDelete
  2. malas la baca kang terjebak ! (padahal dah start membeli dah..hahahaa..)

    ReplyDelete
  3. Banyak syok bershopping kat Shopee kalau ini macam... habis duit dalam akaun...hehehe

    ReplyDelete
  4. Syoknyaa! nak try mnjual laa pulak kat dalam ni. hihi

    ReplyDelete
  5. Tu lah. Kejujuran buyer tu amat penting. Hahahaha

    ReplyDelete
  6. kebanyakan murah2 kat shoppe ni..best2

    ReplyDelete
  7. aku pernah shopping sini tapi dah bayar baru nak update barang takde stock.. dah 3 bulan.. sampai sekarang duit tak refund lagi.. hurrmm..

    ReplyDelete
  8. alahai jgnkan My Town Mall, IKEA Cheras tu pun x pernah jejak..haha kesian

    ReplyDelete
  9. Mcm. Mne shopee nak bagi duit kita klu cust dh terima barang

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)