Pages

Jan 20, 2016

Baju Menyusu Muslimah dari Milkwithlove

Assalamualaikum...


Sekarang ni kecoh kan pasal isu nursing in public (NIP), just sebab ada sorang ibu muda ni pi amek gambar menyusukan anak dalam kereta pastu pi upload kat social media...pheww


Aku tak kata laa aku sokong tindakan ibu muda tu...tapi aku oke je if nak nursing in public (NIP). Kita tak boleh terus pukul rata ibu² yang memilih untuk NIP ni bangsa tak tahu malu, tak reti jaga adab etc...selagi si ibu menutup aurat, takde masalah pun untuk dia NIP...


Aku juga aware sekarang ni dah semakin banyak shopping mall kat Malaysia ni termasuk lah airport ada menyediakan kemudahan nursing room...TAPI, kemudahan tu belum cukup untuk menampung jumlah ibu² menyusu yang datang ke mall² berkenaan...contoh la eh, IKEA...tak kisah la cawangan Cheras ke Damansara...nursing room IKEA memang cantikkkk! bersih! tapi dalam IKEA tu ada 2 bilik je tak silap untuk menyusu dan menukar² lampin anak...2 in 1 gitu...pengalaman aku baru ni pi IKEA Cheras, masa nak lunch baby menangis² nak susu...aku pi nursing room tapi ada orang lain tengah menyusukan anak dia...kerusi yang disediakan dalam bilik tu ada 1 je...takkan aku nak menyusukan anak aku sambil berdiri?? penat oii...


Udahnya aku duduk je kat meja restoren tu and sarung nursing cover...mujur bawak nursing cover...


Tapi...haa banyak betul 'tapi' aku ni...hahaha   nursing cover panas...kalau dalam tempat ber-air cond oke la..selesa anak tu menyusu walaupun sarung nursing cover...eh anak aku kat tempat berhawa dingin pun dia boleh berpeluh² bawah nursing cover tu...huhu   habis macam mana pulak kat tempat yang agak panas macam klinik, zoo, taman tema etc?? ye memang boleh pergi ke surau atau nursing room...argument di sini bila kita tak sempat nak cari surau atau bilik menyusu...jadi mohon jangan rumitkan lagi hujah² kita...haha  ^_^


dan jawapan aku ialah kita perlukan baju yang sesuai supaya memudahkan kita untuk menyusukan anak di mana² sahaja dengan selesa sambil menjaga aurat kita sebagai wanita muslimah...paham?? ^_^


Aku tertarik dengan satu onlineshop ni...Milkwithlove namanya...kat sini ada pelbagai jenis baju² penyusuan yang terdiri daripada blouse, cardigan sehinggalah jubah...semua ado! ohsem!





1

contoh Nursing Cardigan ni...tak payah susah² angkut nursing cover...cardigan ni sendiri boleh bertukar jadi nursing cover...oh myy! I want one please!! (♥_♥)


pink
ni pula salah satu blouse atau dress menyusu dari Milkwithlove...macam multipurpose blouse tau...boleh pakai untuk santai² atau ke tempat kerja...aku pi opis pun selalu pakai blouse gini je...sopan dan selesa  :)



3 1
ni pulak contoh Jubah Nursing dari Milkwithlove...untuk pregnant pun muat...jimat tau macam ni... ^_^
Bawah ni pulak antara testmoni pelanggan² Milkwithlove:




Nice kan?? so jangan ingat bila dah jadi mak² ni especially kena menyusukan anak pulak, tak boleh nak bergaya tau...koleksi² di Milkwithlove semua stylo²...kena la dengan tagline dorang "Stylish Nursing Wear Expert"...wohoaa! (♥_♥)
If korang pun berminat dengan koleksi baju² menyusu dari Milkwithlove boleh klik link bawah ni:

Web: www.milkwithlove.com.my
Fb: www.facebook.com/milkwithlove
Ig: milkwithlove_nursingwear


HAPPY SHOPPING! ^_^



Terima kasih sudi membaca! 

5 comments:

  1. cantik2 baju nye omg!
    harga pun boleh tahan hehehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya baju tu. akk pun nip je baby yana. Ank yg 4 tu akk kurang ilmu dan sgt segan nk nip akhirnya akk bg je susu fm sbb kat doha org mcm nk telan klu kita nip. Tp arab islam pki shawl nmpk jambul x pe lak. Tu bkn aurat ke?selalu sgt tgk yg berpurdah tu masuk tandas duduk kat sink nyusu kan baby. Sian sgt:( skrg x tau lah gaya hidup doha camne sbb dh 4 thn tinggalkan sana maybe dah lebih terbuka nip tanpa nampak aurat kot. Sbb tu sblm abis pantang akk dah merengek nak nursing cover. Nyusu dlm kereta pun pki skrg ni sbb tgn baby jenis suka selak baju mak dia.

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)