Pages

Dec 31, 2014

Penutup Entry 2014

Assalamualaikum...


Takde mood nak buat entry pasal diri sendiri...setiap tahun entry penutup mesti highlight apa yang jadi pada aku sepanjang tahun....rumusan entry² blogging untuk setahun gitu....tapi kali ni aku cuma nak highlight betapa lah tahun ni Allah menduga negara kita Malaysia...lepas satu, satu dugaan yang datang...T__T



8 March 2014....permulaan titik hitam untuk Malaysia...MH370 hilang dari radar...dan sampai sekarang tiada khabar berita di mana lokasi sebenar MH370...PM Najib cuma mentioned flight berakhir di Lautan Hindi...Allahu...betapalah pilu hati rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan sahabat² penumpang dan krew MH370...semoga kalian tabah... :'(



17 Julai 2014...satu lagi flight malaysia airlines hilang dari radar...kali ni bukan hilang sesaja...tapi DITEMBAK!! semua 283 penumpang dan 15 krew meninggal dalam nahas....masyaAllah!!


Korang boleh google je pasal MH370 dan MH17...dah masuk Wikipedia pun....tengok gambar² kat gugel luruh terus jantung...ya Allah ampunkan dosa² kami...tempatkan mangsa² nahas bersama golongan hamba²Mu yang beriman... T__T


Tak cukup takat tu je 'teguran' Allah pada rakyat Malaysia keseluruhannya...



25 Disember 2014....banjir besar melanda seluruh Pantai Timur...makin hari makin teruk banjir...meleret sampai ke Pahang, Terengganu, Perak dan beberapa kawasan lain lagi...tapi kawasan lain tak seteruk Pantai Timur lah...bila air mula surut rasa nak menangis tengok kesan banjir...rumah tinggal tangga je, ada tinggal tapak je...mangsa² tinggal sehelai sepinggang...dengan kelaparan, kesejukan, kesedihan...tapi masih boleh senyum, muka tenang menyapa sukarelawan² yang datang membawa bantuan...Allahu rabbi....kuatnya semangat korang! semoga terus tabah...semoga ada sinar yang lebih indah selepas banjir...amin  :')


Korang boleh tengok gambar² bantuan, kesan² banjir kat page penmerah(dot)com ....dak encem ada join team 1 penmerah Sabtu lepas...3 hari dia duk sana hulur bantuan...Jumaat ni penmerah hantar team 2 pulak untuk bagi more bantuan pada mangsa² banjir...syabas team² penmerah! Allah saja dapat membalas jasa² kalian....semoga dipermudahkan urusan korang membantu mangsa² banjir... :')


Untuk banjir pun ada mangsa yang meninggal...Innalillah dan takziah buat keluarga mangsa  T_T



Ahad, 28 Disember 2014....flight Air Asia QZ8501 pulak hilang dari radar...setakat hari ni, beberapa serpihan kapal terbang dan mayat berapungan ditemui di kawasan Selat Karimata, sekitar 110 mil laut barat daya dari Pangkalan Bun, Kalimantan....innalillah dan takziah buat keluarga mangsa  T__T


Tu belum kira lagi kejadian² kecil macam flight buat pendaratan kecemasan, helikopter bantuan banjir hampir terhempas sampai mengakibatkan kecederaan pada pilot dan krew and many more....


Itu bab kemalangan...macam mana pulak dengan kejadian alam...tanah runtuh, musim jerebu, kemarau sampai kena catu air...ingat tak?? dalam bulan April macam tu...masyaAllah....apa agaknya yang Allah cuba beritahu kita?? T__T


"..bersabarlah dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohon pertolonganNya,mengenai apa yang dikatakan itu.." (12:18)


 Jadi,bertahanlah dengan ujian yang Allah berikan....bersabarlah.... Allah sedang berbicara dengan kita tentang ikhlas,tentang sabar..Allah sedang merindui kita.... Lihatlah ujian Allah itu sebagai satu yang positif....Dengan izinNya juga,ujian itu akan menjadi sesuatu yang positif bagi kita....Jangan pernah rasa lemah dan terbeban dengan ujian-ujian itu....Berbicaralah dengan Allah tentang apa yang kita rasa,tentang kesedihan,tentang kesakitan hati kita....Bicara dengan Allah,sebab Allah yang berikan itu semua, dan kerana itu Dia lebih tahu tentang itu....Dan ubatnya hanya ada pada Allah. Bergantunglah pada Allah dan yakinlah dengan Allah dengan sebenar-benar keyakinan....pasti kita akan boleh terus tersenyum dan redha dengan ujian yang diberikan.... Kembalilah segera kepada Allah..Dan sentiasalah ingat, yang Allah itu sentiasa ada di sisi hambaNya.


La Tahzan....Allah ada...semoga tahun 2015 tahun yang indah buat Malaysia...insyaAllah... :')



Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

  1. Betapa sukar nak ungkap melalui kata-kata..
    Moga mereka kuat dan tabah dalam mengharungi dugaanNYA.
    Permudahkanlah urusan bantuan buat mereka..

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah dan Takziah buat mangsa trajedi. Tahun yang penuh dengan dugaan. Semoga 2015 akan lebih baik, In Sha Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. allahuakhbar besar sngguh dugaan untuk Malaysia....mudah mudahan 2015 lebih baik untuk kita semua

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru yana..semoga tahun 2015 lebih baik dari sebelum2 ni

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)