Pages

Jan 31, 2010

Terasa Sungguh Bangga Mendapat Gelaran Mem Besar


Pejam celik, pejam celik dah lebih 2 minggu aku bertapa di Sabah. Jika tiada aktiviti memang sangat bosan duk di sini. Jadi semalam kami telah merancang plan baek punyerrr, untuk bersiar2 di Kota Kinabalu...weeeee~

Oleh kerana aku kini berada beribu batu jauhnya dari keluarga dan geng2 bas sekolahku, maka aku terpaksa mencari geng bas sekolah yang lain..Terasa sangat cool bila guna perkataan geng bas sekolah sebagai mendefinasikan rakan2 aku..haks! ;p

Sebelum memulakan kisah, mari kita berkenalan dengan geng2 bas sekolahku yang baru..mereka begitu bertuah kerana dipilih untuk join geng bas sekolah aku ye...huakakaka~

*Sesungguhnya gambar2 yang di'upload' telah mendapat kebenaran daripada tuan badan..Mesti mau minta izin, kang tak pasal2 kena saman..tak pun dorang mintak royalty, share income nuff...aku ni Hajah al-Bakhil, mana mau share2...lalalalala~ \/(^_^)



:: Dari kiri, driver kami, mr. Zam dan co-pilot beliau, mr. Adlin...saya tahu anda akan baca blog saya, maka saya sengaja menokok tambah jawatan2 anda dalam geng bas sekolah yang dicipta oleh saya...silalah benci saya...huahuahuahua~ ::



:: Ini PA saya, mr. An..Sila abaikan gambar jelmaan kat ikan tuh..aku takmo crop sebab nak tunjukkan view yang cantek kat belakang nunnn....huhuhu~ ::



:: Apa pula jawatan aku??ehem2..aku ni bos a.k.a MEM BESAR..Hebat kan aku pilih kawan2 semua dari kaum Adam..leh jadi bodyguard sekali..2 in 1, jimat nak bayo gaji deme...kuang3~ Memang tak menahan statement tuh...huhuhu~ ::



Aktiviti kami, bersiar2 di Sabah Waterfront, makan Burger King (lunch), tengok movie Adnan Sempit (terbaekkk!) dan dinner at Gayang Seafood (terbaekk!). Thanks for the trip yesterday..I enjoyed my day walaupun sangat penat (macam la aku drive kete..huhu). Next time kita hang out lagi ya..Plan to go to Brunei during Chinese New Year..Tapi kami tiada Passport (-_-")




p/s: Semalam dah boleh tido lena di rumah baru..Maybe juga sebab aku terlalu letih... (^_^)






Jan 28, 2010

Inikah yang dinamakan 'Adventure'?


Pertama kali meng'adventure' kan diri masuk ke dalam hutan. Kunun2 nak jadi pekerja kental. Dengan kawan2 semuanya berlainan jantina....terasa sungguh hebat sekali (agak riak dan poyo di situ). Jika perasaan riak dan poyo digabungkan akan terjadi lah 'riyo'. *apakah?*



Bayangkan perjalanan selama 4 jam hanya dengan melalui jalan tanah merah (lihat gambar). Mula2 tak pakai seat belt. Bajet boleh bertahan, tapi disebabkan jisim badanku jauh lebih kecil dan lebih ringan daripada kereta, maka memang terpelanting setiap kali kereta Toyota Hilux milik syarikat aku bekerja berlanggar dengan lubang dan bukit2 (-_-")

Tengok rupa kereta pun dah tahu macam mana 'azab' nya jalan di pedalaman..adeh la~ 1st day, pinggang aku sakit..Tapi kali kedua dan seterusnya badan aku dah lali dengan jalan2 begitu...\/(^_^)




Ada juga site yang memerlukan kami menaiki bot..halangan yang kami hadapi masa tu ialah ada la pulak pokok block laluan..Jadi terpaksa minta tlg orang2 dari kampung terdekat untuk memotong pokok tersebut supaya kami dapat lalu *sigh*




Kami nampak bahagia sekali bukan?? Siap berkenalan dengan orang2 kampung (orang Murut). Memang satu perasaan yang best masa naik bot tuh, tapi kalau dah 4 jam duk dalam bot (pergi dan balik), mau tak sakit bontot aku. Dengan berpanas terik lagi..Kulit muka juga sudah berubah warna kepada tone yang lebih gelap...adeh la T____T


Daripada observation aku, orang2 tempatan di Sabah very-the-friendly, kecuali orang2 di kampung tempat kami sewa bot ni..nak tahu berapa harga bot disewa??rm800 oke!! (return). Lepas melancong ke Brunei dengan duet sebanyak tu (-_-)


Papepon aku anggap pengalaman ni satu pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Kira macam once in a lifetime experience la..Bila lagi nak buat aktiviti gini, time2 bujang je boleh...Thanks a lot to my parents and my friends yang telah doakan saya supaya selamat di sini..Saya akan pulang ke Semenanjung pada pertengahan bulan 3..Nantikan kemunculan saya dan ole2...korang nih kalo takde ole2 memang tak mo windu kat aku kan??huh! (-_-")

Papai~




p/s: Dah lama tak tengok wayang..ada sesiapa duk di Kota Kinabalu atau mana2 tempat peranginan yang menarik di Sabah ni??aku mau melancong!! waaaaaa~




Jan 23, 2010

Siput Tarik



Uols pernah rasa Siput Tarik atau dalam bahasa saintifiknya stombus shell??1st time dengar aku ingat sama macam siput sedut..uols tahu tak siput sedut tu apa??haha..pada yang tak tahu boleh klik di
SINI

Tapi sebenarnya siput sedut dan siput tarik adalah dua jenis makanan yang berbeza..



:: Ini siput tarik setelah dimasak steam..Time ni aunty Zaharah belanja dinner at Point View restaurant di KK, Sabah.... ::




Cara makan adalah seperti di atas, perlu tarik isinya keluar, then cicah dengan sos..rasanya memang sedap..nyum..nyumm..=)


Kalau uols nk rasa boleh lah datang ke Sabah, rasa memang tak sama dengan KL...kat sini fresh gitu..cuma harga je lebih kurang...tapi kalau beli yang mentah dapat la murah..

Selamat menjamu selera sume...lalalalala~ \/(^_^)




p/s: Dah dua hari aku masuk site dalam hutan..pengalaman yang menyeronokkan..Ni baru dikatakan adventure (agak poyo di situ). Jalan pedalaman memang menakutkan, siap lalu tepi2 gaung lagi, dengan jambatan dibuat dari kayu macam nak roboh je..naseb driver mantop..ngee~. Rasa macam nak tulis surat wasiat awal2 je...hohoho~






Jan 20, 2010

Jalan Yang Tiada Duanya


Wallaweyy jarang2 betol aku update blog sekarang ni menyebabkan income dari nuff juga berkurangan..adeh la...Nak wat cane, aku ni kan pekerja buruh. Asek keluar masuk hutan je...haha..tiada kena mengena bah! (tetibe ckp sabah).

Uols pe kabar??windu kat aku??eh..aku windu kt uols sebenarnya..huhuhu~

Oke cuba uols perhatikan gambar di atas tu..apa yang uols faham??Uols rasa kat mana aku amek gambar tu??kalau dapat wat contest ni mesti syok kan..tapi tunggu la dapat elaun lebih sket, wat contest dengan adiah khas di'import' dari Sabah..cewah! Macam tak boleh gempak lagi je ayat tu kannnn...huhuhu~


Oke gambar tuh aku ambil di Kota Keningau, Sabah. Itu adalah sebuah jalan...yang air tu bukan banjir, tapi itu sebenarnya adalah sungai...hah!mesti uols confuse apa kejadahnya lah explanation aku nih...huhuhu...Sila lihat gambar utk gambaran lebih jelas (^_~)






Sekarang dah faham??hahaha...aku pun tak tahu cane JKR boleh approve jalan ni...ish3~ Selalunya kita tengok jika jalan hendak dibuat di atas sungai mestilah ada jambatan kan??tapi bagi kes ni jalan dibuat dalam sungai...??ffuhhh..hebat engineer yang design jalan ni...huhuhu...

Bagi orang tempatan menda ni adalah suatu perkara yang biasa, tapi bagi kita di Semenanjung, jangan kata Semenanjung, kawasan lain pun akan jakun tengok keadaan ni (macam aku lerrr)..Dorang siap basuh kete lagi kat sungai tu, sembelih lembu pun kat situ..senang basuh dengan air sungai...huhu..hebat2!

Oke lah, sekian sahaja laporan dari yanamib live dari Kota Keningau, Sabah..Sekarang nih post aku sume cite pasal Sabah...huhuhuhu~

Selamat bekerja semua! Assalamualaikum...




p/s: Semalam meeting dengan JKR, pas meeting trus moral down sebab kena kutuk gila babeng aaa...dengan ada sorang jurutera kanan, pompuan, bajet cakap mesti nak wat muka mintak pelempang..haish! sabar je la (-_-")








Jan 16, 2010

Kuda Laut sebagai ubat kuat...erk!


Uols pernah makan kuda laut??huhuhuhu..Aku tak pernah cuba lagi dan tak mungkin akan cuba. Aku ingat kuda laut ni macam ikan masin sebab dia kering. Kalau ikut pemahaman remaja kental macam aku ni, mende ni kira macam kuda laut masin namanya...wakakakaka...

Tapi mengikut kata2 jurujual di situ, kuda laut ni digunakan sebagai ubat...kuat..pada yang memang dah kuat takyah la makn...huhuhu~ Kiranya kuda laut ni kena rebus dulu then minum air dia, tak pun kasi goreng je...haha...Sapa2 yang pernah cuba boleh lah berkongsi pengalaman anda...huuu ;p Uols boleh juga lihat info kuda laut di
SINI

Harga pun boleh tahan mahalnya, rm55+. Kalau boleh tawar harga pun rasa tak berbaloi je beli..ish3~ (-_-")






:: Di atas pula ialah gamat..Siap ada yang bulu2 lagi..aku tak tahu la harga brapa tapi digunakan untuk berubat juga...macam2 orang Sabah ni...hehe..memang syok jalan2 tempat orang...banyak mende baru kita boleh belajar \/(^_^) ::





p/s: Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

p/s: Malam ni dinner dgn uncle Zul lg (kwn ayhku). Dah dua mlm dia lanje dinner. Macam tau2 je aku tgh sengkek sekarang...huhuhu..masseyyy uncle!! (*.*)









Jan 15, 2010

Yanamib menakluki Sabah...!!??


Agak poyo tajuk itu..haha..erk..dah 3 hari aku tak update blog...oh NO!! terkubur sudah azam tahun baru nak update blog hari2...adeh la~ (-_-)

Tapi takpe...skali aku update, cite baek punyerrr (sila baca ikut nada nabil cakap).


Seperti yang dinyatakan pada tajuk entry, aku kini berada di Sabah..cuma gantikan perkataan 'menakluki' dengan 'berhijrah'. ermmm still rasa pelik ayat tu..hahaha..abaikan!

Disebabkan aku ni seorang pekerja yang kental gitu, maka aku telah menyahut cabaran bos aku utk bekerja di Sabah ba! Hari ni dah dua hari aku di sini...Aku stay di 1 Borneo, Kota Kinabalu. Tapi next week aku akan ke Keningau. Agak pedalaman ye, dan aku akan terus berada di Sabah selama 2 bulan...Macho kan aku??hohoho..


:: Muka baru bangun tido..kenapa??sebab flight aku semlm pukul 6.50am...??!!memang gilo..dah la nek Air Asia...macam tuuttttt je kannnn..grrrr ::


Oke part ni ialah aku meluahkan rasa tidak puas hati dengan Air Asia. 1st time nek plane tambang murah nih (agak riak di situ). Service macam T*H* oke!! Dah la ramai gilerr org cam ala2 pudu raya gitu walaupun subuh2 buta tu kannn..hish~ Pehtu bag lak kena bayar rm60 for every 1st 15kg...huh??gilo!!


:: 1st time berjauhan agak lama dengan famili..windu bah! sob3~ T_T ::


Sambung mengomen--> seat dalam flight sangat kecik dan tidak selesa, sakit tengkuk time tido...cetttt!

:: Korang tau air mineral ni brape price dia??? rm4 hokay!!tapi time ni aku memang sangat dahaga and lupa nak bawk bekal air sendiri...huuu~ Kalo MAS mesti dapat food free, siap boley bagi selimut lagi kalo nak tido..dah la flight ke KK makan masa sampai 2 jam 30 mnt..hullaaweeyy..menduga iman sungguh! ::


Walaubagaimanapun (kenapa perkataan ni macam pjg sangat??), aku tetap meneruskan hobiku mengambil2 gambar especially gambar sendiri..huakakaka..\(^_^)/


:: Aku datang dengan Kak Ain and Elly. Lihatlah bag2 kami..maklong lerrr kaum hawa..ngee~ Kotak2 tu adalah barang2 untuk projek...bag yang lawa2 tu je weols punyer...lalalala~ ;p ::


Kami stay at 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah..Ada mana2 bloggers or silent readerku yang tinggal di sini??Meh jumpa yanamib secara exclusive...ewah! cam artis je kan aku ni...kuang3~ (^_~)\/

Sekian sahaja laporan dari Sabah menerusi channel blogspot yanamib..Aku nak tido..Sok kena bangun awal tlg kak ain and Elly jaga booth for exhibition...Boring~ (-_-")

Papai~




p/s: Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

p/s: Aku belum jumpa lagi rumah sewa di Kota Keningau..Ada sesapa ada contact kat sana??sharing is caring...(*.*)




Jan 11, 2010

Aku sudah gila contest!!


Masa mula2 berblogging dulu, asal nampak blog yang anjurkan contest mesti aku pandang sebelah mata je. Alasan utama--> M.A.L.A.S. Malas nak pk ayat utk buat entry contest tu. Tapi semenjak dua menjak ni rasa seronok lak join2 contest nih..hehe..

Oke contest kali ni dianjurkan oleh
beliamuda {dot} com. Simple je contestnya. 5 pemenang akan dipilih dan hadiahnya merupakan wang ringgit, rm20. All you have to do is just copy and paste ayat dibawah dan hanya tukar ayat bagi refferal sahaja. Mudah kan??




beliamuda {dot} com sedang mengadakan contest untuk semua yang mempunyai blog dan seorang rakyat Malaysia. Hadiah ditawarkan RM20 dan pemenang akan dipilih secara rambang. Tiga pemenang akan dipilih untuk contest ini.

Selain itu, dua pemenang akan dipilih daripada referral terbanyak kepada contest ni. Referral saya untuk contest ini ialah MAMATISYA

Sila semak lebih lanjut di entri contest menangi RM20.



Jadi, jum ramai2 join!! Tarikh tutup ialah pada 19 Januari 2010 jam 11.59pm..Masih ada masa!! Jangan lupa bahagian referral tu letak nama yanamib oke!! Gud luck to all contestant \(^_^)/







Jan 10, 2010

Layakkah yanamib jadi model??



Ini merupakan contest mencari model..erk! Apakah mimpi aku nak jadi model??hahahaha..Contest ni dah lama dianjurkan. Tarikh tutup contest adalah 13 Jan 10, hari Rabu...??!! erm..sempat lagi nak join..hari ni baru Ahad...huhuhu~

So far yang aku tahu dah ada 113 bloggers yang sudah join contest nih (ramai tu)..kalau layak aku dikira orang yang ke 114...mungkin...haha..berikut adalah sedikit penerangan mengenai Hannah Talent sebagai memenuhi syarat penyertaan....


Hannah Talent
merupakan sebuah agensi permodelan di Malaysia atau lebih dikenali dengan M.S/Freelance.Modelling Co. Hannah Talent ditubuhkan pada tahun 2008 dan konsep modelling yang diketengahkan oleh Hannah Talent adalah wanita bertudung. Mungkin ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa dengan memakai tudung juga, wanita mampu bergaya dan mengikut trend fashion terkini. (teringat sorang student kolej aku yang memang terror ber'fashion' dengan tudung)

Hannah Talent juga tidak mementingkan saiz, ketinggian dan paras rupa (wow!). Bagi mereka, sesiapa sahaja boleh dan layak menjadi model asalkan gambar yang diambil cantik, kemas dan muka memang photogenic lah.. Kira gambar-gambar yang diambil tu boleh laku di pasaran...hehe..nice kan?

Actually bukan wanita bertudung je boleh join contest ni, tapi semua orang pun boleh termasuk lah baby. Oke2 tak mau berbicara panjang lebar. Uols boleh lah pergi ke blog Hannah Talent dan baca sendiri mengenai contest ni. Kalau menang dapat sesi photoshoot free babe!!woowwww!!

Hanya satu gambar je boleh di upload dan sorang hanya boleh submit satu penyertaan. Lebih2 confirm kena rejeck hokay! jadi jangan tamak..haha...Silalah lihat gambarku yang bajet model itu..huahuahua~...Kredit to dak encem tolong snap kan picca ni. Dah dia kata dia terror ambil gambar kan. So jangan bantutkan semangat beliau...huhuhu~




taraaa...!!






Mudah kan nak join??Jangan lupa baca bismillah before publish entry...hohohoho~ Jum ramai2 join contest Hannah Talent ni...weeeeeee~


Saya mengetahui contest ni dari blog Aina da Gojes

Jan 9, 2010

Birthday Celebration


♪♫ Happy Birthday to me...♫♪... ♪♫ happy birthday to me..♫♪.. ♪♫ happy birthday to yanamib...♫♪.. ♪♫Happy birthday to me...oyeahh2!! Secara rasminya tepat jam 12 tengah malam waktu Malaysia pada 8 Jan iaitu semalam, meningkatnya umur aku dari 23 tahun ke 24 tahun..Disebabkan semalam aku digelar birthday girl (agak gedik bunyinya), maka memang tak sempat nak on9, apatah lagi nak update blog...busy celebrate la kununnyeee...huhuhuhuhu~

Thanks a lot to everyone yang involve untuk menjayakan my birthday celebration especially dak encem...oh I loike the surprise cake dear..For 4 years couple belum pernah dia bagi cake time birthday...and this is the 5th year of our relationship...amazing..amazing...huhuhuhu~


Sepatutnya semalam aku mc sebab masalah perempuan..huhu..tapi aku tetap nak celebrate birthday..rugi woooo time birthday saket..adeh~ (-_-)
Since aku pun tak larat nak bergerak sangat, dak encem bawa aku tengok movie, Merantau Warriors and snap2 piccas je...korang mesti boleh agak weols tengok kat mana...huhuhu...of course our favvy place, Alamanda...convinience gitu...\(^_^)/


:: Gambar ni diambil sebab nak masuk contest Hannah Talent tuh..tapi aku tak sempat karang lagi entry untuk contest tu. So later uols tengok lagi la gambar ni..haha..dak encem lak memang hobi dia suka posing...(-_-")




Nice movie. Jalan cerita yang simple tapi sebab cerita ni ketengahkan seni silat, so agak unik di situ..4 out of 5 stars...


At night celebrate dengan kawan2 lain juga. Thanks to Aida, Dayah, all dak encem's siblings and friends yang sudi memeriahkan majlis..ewah..macam la besar-besaran sangat celebrationnya...huahuahua~



Gambar lain dalam camera DSLR milik Ain, jiran dak encem. Tak sempat amek lagi gambar from her..yang ada ni from BB je...jadi la...lalalalalala~


Amazing day yesterday even sakit!! Hari ni dah 9 Jan..Tak sangka cepat sangat masa berlalu...My wish is to be happy always, tercapai semua yang aku impikan and most important aku sayang semua kawan2 aku and hope that our friendship last forever and ever and ever~ until infinity....~




p/s:Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

p/s: Thanks pada yang bagi adiah..love it!!





Jan 7, 2010

1st Malaysia CHOCOLATE Exhibition


Wallaweyy, uols kalau dah ternampak tajuk macam tu tapi tak mau klik dan baca.....memang sah la uols tergolong dalam kategori orang2 yang kurang manis..hahahaha..statement yang tak boleh blah...


Sempena menyambut BIRTHDAY aku esok, 8 JANUARI 2010 yang juga jatuh pada hari mulia iaitu hari Jumaat, maka dengan berbesar hatinya aku nak share satu information yang amat menarik dengan uols2 sume...Aku pun tak paham kenapa perkataan birthday tu kena guna capital letter, di'bold' dan dibesarkan...huhuhu~ paham2 sendiri sudaaaaahhh... ;p


Petang tadi aku dapat email dari colleague aku, Padi
yang berbunyi begini. Aku copy paste je::->


Dear All,

You are invited to visit Malaysia 1st Chocolate Fair 2010. Schedule from the 8 – 10 January 2010 at the Mid Valley Exhibition Centre, the fair is open from 11.00am to 9.00pm daily.

Lots and lots of chocolates to be won! Delicious sampling of both local and imported chocolates.

You will find chocolates from Russia, Switzerland, Australia, Germany, Austria, Iran, Belgium, US and of course, Malaysia.

Activities includes chocolate making demonstrations by renowned French chef, quizzes, chocolate appreciation open to ALL VISITORS.


FOR MORE INFORMATION, VISIT
www.chocolatefair.com.my


ADMISSION IS FREE !!!!!! FEEL FREE TO FORWARD THIS EMAIL......



See You There !!!!

Katherine Kavanagh
Executive Director
BCElogo Logo-avatar
É +603 7804 8986
Ê +603 7803 1948
È+6012 287 6953
katherine@bluedale.com.my
ü www.bluedale.com.my
ü www.chocolatefair.com.my





Jum kita ramai2 serbu booth2 chocolate kat mid valley starting from tomorrow till sunday...uols nak beli lebih kasi adiah kat aku pun buleh...wahahaha..serius tak malu aku nih..ish3~ (-_-)




p/s: Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

P/s: Tak plan lagi nak celebrate birthday kat mana..Dah tua aku rupanya..24 thn??!! T_T



Jan 6, 2010

Kenapa L!Fe 101??

Nak tahu apa di sebalik nama Life 101?? kalau taknak tahu boleh tekan butang pangkah kat tab atas tu...lalalalalala~  ^_^






Nama blog ni adalah sempena nama novel di atas....korang pernah baca buku ni?? tak pernah nampak pun?? erm buku ni pun aku curik dari rumah makcik aku...tak tahu dia beli kat mana...bahahaha  =P


Apa isinya?? buku ni lebih kepada motivasi...cerita pasal kehidupan kita yang TIDAK diajar di sekolah mahupun di menara gading..aku pun tak tahu kenapa mesti ada perkataan 'gading' selepas 'menara'. (-_-")  contoh


Life101 banyak tertulis kata² motivasi atau mutiara kata yang dapat meningkatkan lagi keyakinan diri dan kematangan dalam diri dari segi pemikiran dan tingkah laku  *start dah ayat cerekarama...grrr~*





Contoh mutiara kata yang aku sangat suka...


At college age,
you can tell who is best
at taking tests and going to school,
but you can't tell
who the best people are.
That worries the hell
out of me.



Barnaet C. Keenet



Tengok cover buku pun dah tertarik dengan kata² pujangganya, apatah lagi kalau dah baca isi dalam buku tu..memang banyak sangat info berguna. Membuatkan kita berfikir dahulu sebelum membuat andaian negatif tentang sesuatu perkara.


Selamat membaca !! \(^_^)/







Thanks to mak ongah kasi pinjam buku ni kat aku ;p




p/s: Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

p/s: Hari ni birthday Along (abg dak encem). Sorry tak dapat join celebrate malam ni..Maklong lerrr dalam tahanan pulis...huhuhu~




Jan 4, 2010

Lacre a.k.a Wax Stamp


Oke hari ni kita akan belajar mengenai pengetahuan am ye murid-murid..huhuhu~

Mesti syok kan pada kanak2 yang baru melangkah ke alam persekolahan. Yang meneruskan persekolahan tahun ni mesti seronok jumpa kawan2 balik...yippieee! \(^_^)/

Lesson for today is, "tahukah anda apa itu L.A.C.R.E atau dalam bahasa scientific nya W.A.X. S.T.A.M.P??"
Pada siapa yang dah tahu sila beri tepukan gemuruh pada diri sendiri...yeayyyyy!


Penerangannya::

Lacre berasal daripada perkataan Franc (ayah aku yang ckp..hehe). Cara sebutan Lacre = 'lakri' / 'laker'. Dalam bahasa Inggeris ia disebut, Wax Stamp...faham murid-murid??hihihi~

Kalau uols tengok gambar kat atas tu, stamp kaler merah itulah yang dinamakan lacre atau melayunya lakri...Asal usul mende ni aku memang tak tahu sebab tak jumpa info kat google..Maybe kena rujuk pada buku kat perpustakaan negara kut atau interview professor2 yang hebat dalam bidang sejarah...mungkin....

1st time aku tahu pasal perkataan "lakri" ni sejak di-'expose' dengan tender. Kalau urusan rasmi kerajaan mungkin, setiap sampul mesti lah ber'lakri'. Untuk tender juga begitu, setiap tender yang sah before submit mestilah ber'lakri'.

Tujuannya mungkin sebagai faktor keselamatan atau hak cipta terpelihara. Jika sampul yang tidak ber'lakri', orang takkan tahu sampul itu pernah dibuka atau tidak...atau mungkin sebagai syarat je..errr~


:: Ini cara2 me'lakri'. Kredit to Elly sebab sudi jadi model utk aku snap gbr..hehe ::



:: Dan hasilnya adalah begini. errr agak selekeh..hehu~ 'Pensel lakri' tu boleh didapati di mana2 stationery shop di seluruh Malaysia..harga aku tak pasti sebab tak pernah beli sendiri..haha~ ::



Uols boleh juga lihat video di bawah untuk tahu lebih lanjut cara2 me'lakri' sampul. Aku rasa kalau wat wedding invitation cemni memang gempaq aaaa...phewwiitttt! hahahaha~





p/s: Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

p/s: Azam tahun baru ni kena rajen2 update blog and nuffwalking..lalalalalalala~



Jan 3, 2010

Sebab ramai yang pakai INAI sekarang...


Dalam Buletin Utama malam tadi ada beritahu bahawa rombongan jemaah Haji yang terakhir selamat tiba di tanah air semalam di KLIA. Biasanya kalau sebut pasal orang yang baru balik dari Mekah, mesti dorang akan bagi souvenir air zam-zam atau inai...hehehehe..tol x??

Untuk tahun ni ada 2 orang makcik and pakcik aku yang berjaya tunaikan Haji..Congratz uols..Bukan senang nak tunaikan rukun Islam yang ke-5 ni...Tapi souvenir yang aku dapat bukan lah inai..huhuhu..

Sekarang ni inai boleh didapati anywhere. Tak perlu tunggu orang balik dari Mekah..Aku suka pakai inai yang jenis tube tu je. Senang nak simpan compare to inai daun...

Mak aku juga pernah cerita, ada sorang officemate dia jenis yang suka pakai inai membuatkan kuku tangannya sangan cantek..licin je macam orang baru wat pedicure gitu...Mak aku pun syok gak tepek2 inai kat kuku sekarang...huahuahua~

:: inai tube ::


Si kecik Sofiya juga gedik nak berinai..Suka lak dia tgk kuku aku kaler oren2 gitu..hahaha *cute*.
Naseb inai tube ni cepat merah, abes je aku sapu kat sume jari, trus basuh. Takyah tunggu sampai kering..Budak kecik kalau pakai inai kompem aa selekeh. Kang abes sofa2, baju sume ada inai..hihihi~


:: kredit to Sakinah tlg amekkn gbr walaupun kureng clear..huhu.. ::


:: Taraaa..sudah siap! nice!hehu ::


:: Ni lah dia si Sofiya a.k.a copia..hehe..disebabkan dia anak bongsu haruslah selalu dibuli oleh abang and kakaknya yang berhati kering...ish3~ ::





p/s: Jum2 klik kat sini untuk join--> PayPal WishList macam catcheye juga =)

p/s: Sok 1st day of school mesti jalan jem glesss...adeh la~ Malas btol nak keluar rumah awl sebab nanti sampai opis awal..tak syiokkk!! (-_-)