31 january lepas aku berkesempatan mengikuti acara ini yang bertempat di Dataran Letak Kereta Kip Mart Senawang Seremban selama 3 hari dua malam...yep iols bercuti kat Senawang sepanjang minggu lepas...
Senawang Food Festival di anjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia , KIP MART , Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan....
Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa...
pandai anak mama baca doa...walaupun mata tu ke lain...err mata mama pun....ngeee~ (^^,)"
Acara ini dirasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.... terima kasih MYMEDIA atas jemputan sempena sambutan Tahun Baru Cina! ^_^
Penari² dari Kementerian Kesenian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Senawang Food Festival ni terdiri daripada pameran jualan, minuman kesihatan, barangan kraftangan dan banyak lagi...pameran jualan ini di buka oleh peniaga-peniaga tempatan khususnya dari Persatuan Peniaga Makanan Halal...karnival yang di anjurkan oleh MY MEDIA MANAGEMENT ini sebenarnya bertujuan mengenalkan dan mempromosi jenama IKS dan HALAL FOOD kepada umum.... *thumbs up!*
Macam² acara diadakan sepanjang karnival ni berlangsung....ada acara karaoke, melukis, persembahan lion dance etc :)
pertandingan melukis untuk kanak² (tak ingat range umur)...sok Zafirah dah besar rajin² masuk pertandingan ehh...ngeee~
food hunt! macam² jenis makanan dijual! nyummeahh! ^_^
bebudak sawan tengok lion dance....
Zafirah takut...peluk mama kuat²! hahaha~
Untuk acara penutup, pihak MYMEDIA telah menjemput beberapa otai rock kapak tanah air....terdiri daripada Joey BPR, Afee Utopia, Duan Olan dan Nizam Laksamana....
Selain itu ada juga pertandingan akhir karaoke dan program amal bersama anak yatim dari PEYAKIN...
Dorang ni aku rasa baya² ayah aku je...tapi suara tak lari...sama je macam dalam radio...especially part dia tarik suara tinggi² mak oiiii....mak aku menjerit pun tak sampai pitch tahap tu....pheww~
Paling sempoi bila bebudak pun hafal lagu² rock klasik!! omgeeee!! err Zafirah pun macam layan je rock...ligat kemain dia malam tu....huhu~ dasat! (^_^)"
(-_-")
bloggers with otai² rock dan few members of My Media -sumber-
Terima kasih kak Hartina Arsid, Pengurus Operasi dan Jualan My Media dan Event Management sudi invite aku and family and bloggers lain untuk memeriahkan lagi festival ini....kepada pihak² lain yang terlibat, syabas atas usaha anda dalam menjayakan festival ini *hugs!*
Terima kasih sudi membaca!
Kenal BJ...dulu dia peg beli dan sukan...:)
ReplyDeletehappy moment
ReplyDeleterock kapak yang best tu !
ReplyDeletemesti kenyang perut kan..
ReplyDeleteWahh..bestnya sis..byknya mknn..murah rezki sis..
ReplyDeletewahhh beruntung siap dpt pi event utk buat review standard media dah ko ni kan
ReplyDeleteHurmmm.....timing tak kena sebab kebetulan cuti panjang raya cina kan....usaha yang baik cuma diorang perlu lebih agresif supaya hebahan lebih meluas
ReplyDelete