Kehamilan adalah salah satu pengalaman unik yang hanya difahami oleh kaum hawa. Ketika ini, hubungan erat terjalin antara anak dan ibu. Pada ketika ini jugalah ibu-ibu inginkan persekitaran yang terbaik untuk kehamilan dan jauh dari kesulitan yang berkaitan dengan kesihatan. Hanya yang terbaik dalam segala-galanya dalam menyambut kelahiran anak tercinta, itulah hasrat semua ibu di dunia ini.
Namun demikian, tempoh kehamilan juga datang dengan situasi yang kurang menyenangkan kepada ibu-ibu. Antaranya pengalaman yang tidak dielakkan ole para ibu ialah pedih ulu hati dan senak. Maka, adalah penting bagi ibu-ibu untuk mengetahui mengapa pengalaman tersebut berlaku dan bagaimanakah untuk menghadapinya.
Salah satu punca mengapa wanita hamil lebih kerap mengalami pedih ulu hati dan senak ialah perubahan hormon dalam badan ketika kehamilan. Hormon Progesterone yang mengendurkan otot-otot badan ketika kehamilan menyenangkan asid perut mudah mengalir ke ruang esofogus kerana keberkesanan otot injap perut juga dipengaruhi oleh Progesterone. Selain itu, janin yang membesar dalam kandungan ibu setiap hari menyebabkan asid perut mudah mengalir ke esofogus kerana tumbesaran janin memerlukan lebih banyak ruang setiap hari dan mendekatkan asid perut kepada rongga esofogus. Dalam ini, jikalau ibu-ibu tidak menjaga pemakanan dan aktiviti-aktiviti harian mereka ketika kehamilan, pengalaman pedih ulu hati dan senak mungkin bertambah serius.
Pengalaman-pengalaman yang kurang menyenangkan ini ada penyelesaiannya.
Ini adalah infografik yang disediakan oleh Gaviscon untuk wanita-wanita hamil, dengan harapan dapat membantu mengurangkan pengalaman yang kurang menyenangkan di antara wanita-wanita hamil.
Aku harap dengan info ni dapat membantu korang yang sedang hamil or merancang untuk hamil menangani masalah pedih ulu hati dan senak....aku dulu pun ada masalah gini masa peknenkan Zafirah...hopefully untuk next anak takde sangat masalah tu....err next anak?? bila tu?? kahkah~
kbai~! ^_^
This post is prepared by Gaviscon.
Terima kasih sudi membaca!
salam jumaat
ReplyDeletesalam jumaat... informasi sgt berguna utk ibu2 yg sedang hamil & yg plan nak hamil. Tkasih
ReplyDeletePerkongsian terbaik yana...Umi Qi pun akan update isu yg sama soon :D
ReplyDeletetak penah merasa waktu mengandung alhamdulillah
ReplyDeletebagus jugak infografik dari gaviscon nie
ReplyDeleteBetul2 masa kita mengandung masa early pregnancies memang selalu jugak rasa pedih ulu hati ni
ReplyDelete