Pages

Dec 4, 2011

Tercapai Juga Hajat Merasa Frozen Yougurt..huhu~


Semua orang kenal kut Tutti Frutti ni apa kan? hihi~
dah lamaaaaaaaa aku teringin nak merasa food kat sini...
bukan la ada apa-apa yang mengenyangkan sangat...
sekadar frozen yougurt dan ice cream pelbagai perisa je...
tapi aku saja nak rasa...
tengok orang lain makan macam sedapppppp je...ngee~
dak encem memang taknak bawa aku makan kat sini...
sebab dia tak minat...
dia dah pesan awal-awal kalau nak makan kat Tutti Frutti pergi sendiri...
tak pun ajak kawan...haha~ =)





So petang tadi balik je dari kenduri kahwin membe aku,
ingat nak singgah kedai depan rumah beli ice cream cornetto...
cuaca panas beb...memang sedap pekena ice cream..
aku call adik aku ingat nak belikan ice cream untuk dia satu...
sekali dia cakap dia ada kat Tutti Frutti dengan kawan dia...
apa lagiiiiiii...aku suruh dia tunggu aku nak join sekali makan kat Tutti Frutti...hahahaha~





macam jakun sikit masa masuk kedai ni...
nasib lah adik aku ada...dia la yang tolong ajar macam mana nak amek yougurt...
self service kut..mana la aku reti...hoho~  =P
ada banyak perisa ice cream...
tapi tadi aku amek frozen yougurt (kaler putih) and ice cream perisa coklat...
adik aku cakap perisa red velvet sedap..
tapi tadi dah habis pulak...adeh~
then toping boleh pilih ikut suka kita...
buah-buahan ke, cereals ke, coklat m&m ke, macam-macam la...
kat sini harga dikira ikut berat cup kita tu ye...
so masa amek tu jangan lah ikut nafsu sangat...hihi~





ni total yang aku bayar untuk yougurt dan ice cream yang aku amek...
berat 0.270kg je...
memang mahal harganya...
tapi sekali sekala nak merasa apa salahnya ye dak? =)





aku lebih suka frozen yougurt...
bagi aku yougurt je yang sesuai untuk dicampur dengan buah-buahan...
aku tak suka ice cream coklat dia...
macam pahit-pahit...
bila campur dengan buah lagi pelik rasa dia...
kalau nak makan ice cream coklat tak boleh campur dengan benda lain...
ni kalau ikut tekak aku lahhh...
setengah orang tak suka makan yougurt tu...
rasa dia macam masam-masam sikit...
adik aku cakap frozen yougurt sebenarnya baik untuk kesihatan...hihi~
so next time aku nak datang sini lagi...
nak cuba perasa lain pulak...
selagi tak cuba semua flavour mana boleh stop datang tempat ni betul tak??? 
errr ada sesiapa nak teman?? ecece~  v(^__^)"













p/s::  6 days to go...sangat rindu dengan dak encem..baby dalam perut je jadi peneman =(





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

18 comments:

  1. nak jugakkkk!! tak pernah makan tutti frutti ni. bile akak buat review teringin sgt nak makan. sadis kan xpernah makan. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Wah..cedapnyer...Depan umah kiter pun ade tuttu frutti ne tau..Tapi tak pernah jejakkan kaki kat sane...huhu, kecian kan...

    ReplyDelete
  3. boleh tahan gak harganya... tak boleh makan selalu ni!

    ReplyDelete
  4. pernah makan tutti frutti, itupun skali dua saja. it tastes good, just like ice-cream! klo tabur choco chips lagi mantabbb. hehe.

    ReplyDelete
  5. sedapnyee.

    akak, sy tag.
    jom la join. best tau hadiah dia. :))

    http://ct92nad.blogspot.com/2011/12/contest-blog-paling-ohseemm-by-fatimah.html

    ReplyDelete
  6. harga dia mmg mahal lar kann..
    tp berbaloi gak sbb sdap. hehe
    pffttt..trase ngidam nk mkn jgak! :P

    ReplyDelete
  7. Pernah jumpa satu kiosk di penang yg jual frozen yogurt murah giler but lupa la jenama apa.rasa plk, not bad.bila compare dgn tutti frutty yg sgt mahal, rs baik mkn frozen yogurt tu je.huhu

    ReplyDelete
  8. addin dah lama mengidam nak makan, tapi kan kat kuching ni takda tutti frutti. huhu :/

    ReplyDelete
  9. amboihhh, sedapnyaa. tak elok mkn byk2.. heheh, kena bg sikit kat sini.

    ReplyDelete
  10. sedapnya tutti frutti.makan kat sek 8 bangi kan,huhu.pernah pergi sekali

    ReplyDelete
  11. akk pun baru pestaim mkn benda alah ni, punya jakon lepas tu mengidam bkn main hahahaha

    ReplyDelete
  12. haaa..memang dari minggu lepas menuntut tutti fruti ni ngan encik hubby tapi tak dapat lagi.sebabnya satu malam tu mimpi nak beli tutti fruti tapi sampai ke sudah tak dapat makan. bangun je tido, terus cakap ngan hubby, "abang..nak tutti fruti." Insya-Allah minggu ni tercapai hasrat.eh..panjang plak komen saya. macam menulis post dalam blog sendiri pulak.sori ye.hehehe..

    ReplyDelete
  13. aku pon suka yg yogurt je. sedap masam2

    ReplyDelete
  14. uish...semangkuk tu sampai 14 hinggit..huhu

    ReplyDelete
  15. wah baby dah rasa tuti frutti. sy tak rasa lagi ehehe

    ReplyDelete
  16. sedappnya..

    tetiba mengidam jugak neh...hehehhe

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)