Pages

Apr 17, 2011

Birokrasi yang Menyusahkan !!

Alkisah...ada seorang pengemis yang kelaparan bertemu dengan seorang pegawai kerajaan di sebuah bandar kecil.




Pengemis::  Tuan, tolonglah...sudah dua hari saya kelaparan..hulurkanlah sedikit bantuan untuk saya..


Pegawai::  Ya, saya faham masalah kamu...tapi sebagai pegawai saya tidak boleh mengeluarkan wang kerajaan begitu sahaja..kamu perlu mengisi borang terlebih dahulu...


Pengemis::  Tapi, saya hanya memerlukan wang sekadar membeli makanan untuk hari ini...


Pegawai::  Ya, saya faham...tapi kamu perlu mengisi borang juga....


Pengemis::  Baiklah...berilah saya borang itu...


Pegawai::  oh, di sini tiada borang itu! Kamu perlu pergi ke Unit Bantuan...


Pengemis::  Di mana??


Pegawai::  Di tingkat atas...



Pengemis itu pun pergi ke pejabat yang dimaksudkan...Setelah mengisi borang dia pun menyerahkannya...



Pengemis::  Bila saya boleh dapatkan bantuan??


Pegawai::  Kami tidak pasti bila, kerana borang ini perlu diluluskan oleh pegawai atasan...


Pengemis::  oh, lepas tu baru saya dapat bantuan ya??


Pegawai::  Kamu perlu menunggu sehingga kami menghantar pegawai dari bahagian penyelidik untuk menyiasat latar belakang kamu....


Pengemis::  bila pegawai penyelidik akan datang menemui saya??  *bingung...susahnya nak dapatkan makanan untuk hilangkan lapar hari ni..*







Pegawai::  Itu bergantung pada kelulusan pegawai bahagian penyelidikan. Setelah laporan penyelidikan selesai, satu surat pengesahan akan dihantar ke bahagian kewangan dan dari sana satu surat kelulusan akan ditandatangani oleh pihak bendahari yang akan mengeluarkan satu surat yang membolehkan pegawai kewangan mengeluarkan wang tersebut....dan kamu hanya boleh datang ambil wang bantuan setelah dikeluarkan surat panggilan yang bercop rasmi daripada bahagian pentadbiran...


Pengemis::  Apa yang saya boleh buat sekarang??


Pegawai::  Tunggu pegawai penyelidik datang....sekarang mereka berada di daerah lain...mungkin setelah mendapat senarai tugasan baru mereka akan melawat kamu..


Pengemis::  Tapi saya lapar...saya perlukan makanan untuk hari ini...


Pegawai::  Maaf, kami perlu ikut prosedur...kami ingin pastikan tidak ada penyelewengan dalam pengeluaran wang...


Pengemis::  tuan sendiri tak boleh bantu saya ke??


Pegawai::  Maaf, saya pegawai kebajikan...bukan badan kebajikan !!




Nak tahu siapa pegawai bengong tu...klik SINI~  hahahaha~  =P



Moral of the story::


Peraturan dibuat untuk memudahkan sistem...Namun, ini tidak menafikan soal budi bicara dan sikap toleransi...di mana-mana pun sentiasa ada ruang untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit tanpa menggadaikan rasa kemanusiaan yang seharusnya mendasari mana-mana sistem buatan manusia...



Peace! v(^^,)














p/s::  Sesi mengemas rumah baru...*wink wink*  ^_^


13 comments:

  1. betul tu.....pegawai or pegawai......ish2...

    ReplyDelete
  2. aih , ksiannya nk makan pun seksa . huhu

    ReplyDelete
  3. haha si ayol kah
    kadang2 benda ni memang menyusahkan
    orang tuh nak mintak duit untuk makan je kot sampai nak siasat latar belakang bagai. gilo

    ReplyDelete
  4. mak aih...kesiannya..
    ntahlerr..kalau tmpt kerajaan mmg gtu asenye..
    banyak ragamnya..hoho

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/mengapa-wanita-menangis.html

    ReplyDelete
  5. anat tabik spring pegawai tuh. heheheh

    ReplyDelete
  6. wow. kalau macam ini kan, pasti semua peminta sedekah lekas-lekas cari kerja :)

    ReplyDelete
  7. haha. kebuluq lah orang tuhhh. wuhuu

    ReplyDelete
  8. isk terok betul la..kedekut haji bakhil betul..teruknyee kalau ade manusia macam nie kat atas muka bumi nie..

    ReplyDelete
  9. haha ! buang tebiat itu pegawai=)

    btw, i do follow ur blog already,
    then follow saye balik ye, kak..

    tolong serikan blog saye yang kusam musam tuh..
    isk,isk,isk=(

    jom singgah sini, and jadik follower blog dhaif saye..

    http://www.olahasz.blogspot.com

    thanks a lot, akak =)

    ReplyDelete
  10. tuela..kadang2 birokrasi ni mmg xmasuk akal..they should know COMMON SENSE! SIGH

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)