Pages

Mar 8, 2011

Selamat Hari Wanita!!


Setiap 8 Mac adalah hari Wanita...agak-agak boleh tak apply cuti sempena hari wanita?? bahaha~   Aku tak pernah aware pun pasal hari wanita ni...rupanya dah 100 tahun sambutan hari wanita...pehhh...Tema untuk tahun ini ialah "Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita"  - sumber








Sejarah Hari Wanita



Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan.


Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.(sumber:Perutusan Wanita Sedunia).


Dulu wanita sering ditindas dan menjadi mangsa keganasan. Dengan wujudnya Hari Wanita Sedunia, nasib wanita telah terbela kerana dua perkara telah diketengahkan iaitu untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita.


Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa. Selain itu, untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.


Kini, tujuan sambutan Hari Wanita Sedunia lebih diperkukuhkan. Antaranya untuk mempromosikan langkah mengetatkan undang-undang dalam menangani isu wanita, contohnya isu pelaksanaan undang syariah di mahkamah syariah, isu undang undang yang lebih ketat kepada perogol, pendera dan penganas rumahtangga.


Selain itu, memberikan kefahaman kepada orang awam mengenai agenda wanita untuk perubahan. Pihak berwajib juga perlu untuk memperkemaskan latihan dan kemahiran serta penyelidikan dalam isu-isu wanita selain menghulurkan pertolongan kepada golongan wanita yang tidak bernasib baik agar wanita mendapat kualiti hidup yang lebih baik.


Di samping itu, sambutan ini juga bertujuan untuk menyedarkan wanita betapa perlunya mereka mempunyai kesedaran berpolitik dan memantapkan ekonomi diri.











Salah satu hadith Nabi yang menunjukkan betapa mulianya seseorang wanita::



Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w.  "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia..."



Bersyukur lah kita dilahirkan seorang wanita...tak payah nak ubah² imej jadi lelaki (pengkid)...oppsss~  nak baca kisah pengkid...sila klik SINI~   *rajin lak aku cari entry pengkid ko tiah..hihi~ =P *


Ilmiah tak entry aku hari ni??  peace!   v(^^,)



22 comments:

  1. rasa bertuah Allah jadikan sy sebangai seorang perempuan.. :)

    Selamat Hari Wanita juga tuk Yana..!! :)


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TRILOGI CINTA

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Wanita tuk semua wanita....

    ReplyDelete
  3. utkmu adik yana yg bakal menjadi suri hidup dak encem... he..he..

    http://adzriel.blogspot.com/2011/03/masalah-kecil-pun-nak-bercerai.html

    ReplyDelete
  4. selamat hari wanita kpd semua blogger2 wanita >_<

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..:)
    selamat ari wanita..:)

    ReplyDelete
  6. takpe-takpe.. nanti aku tubuhkan hari pengkid sedunia.. hahaha

    ape-ape2pn.. selamat hari wanita! :)

    p/s: baru malam tadi aku dapat tengok motor budak2 pengkid kena langgar dengan kereta secara sengaja sebab tidak puas hati.. hahaha

    -trafalgar d law-

    ReplyDelete
  7. nice en3!
    sgt berbangga menjadi seorg wanita. ^^

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Wanita Yana..
    Huhuhu..
    Tak lama lagi nanti dah boleh sambut Hari Ibu plak.. Ngee :)

    Entry Terbaru : Surat Kepada 3 Golongan "Wanita"

    ReplyDelete
  9. miss yana MIB : SELAMAT HARI WANITA tu oL ('',) ai laik dis...

    p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
    1.New Entry "CONTEST TERCIPTA UNTUKKU BY MAMA RAYYAN..."
    1.New Entry "Hari Ini Hari Selasa"

    ReplyDelete
  10. kebetulann laa..kite wat entry yang same..hehehehe =))

    slmt hri wanita untuk yana jugakk

    ReplyDelete
  11. Thanks kak,,,^^
    seronoknyer ase sb akk folo kite n thanks gak tuk info td..^^

    ReplyDelete
  12. selamat hari wanita...

    yup!!! entry berilmiah sgt2..hehehe

    ReplyDelete
  13. yeaaa...lupa plak hari ni hari kite2.. ;)
    selamat hari wanita

    ReplyDelete
  14. entry khas untuk anda

    http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/03/puisi-buat-mereka.html

    ReplyDelete
  15. kenape lah xnk jd prmpuan, nk jd lelaki..prmpuan dpt layanan 'ladies first'.untung kan.. :D

    salam singgah. :)

    ReplyDelete
  16. i still puteri maa...sebab lom 35++...hehehehe...happy woman day....

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)