Aug 31, 2015

Lawatan Blogger Ke Zoo Negara

Assalamualaikum...


Weekend lepas kami berpeluang ikuti lawatan Kelab Blogger Ben Ashaari ke zoo negara...kitorang sampai zoo dalam pukul 9am gitu....bekpes mekdi je on the way pi zoo...makan dalam kereta...nak cepat kekdahnya...kang tertinggal train rugi woo....hekhek


Seramai 50 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari join lawatan ni...tu belum campur pasangan dan anak-anak...meriah giler! cuba cari aku kat mana?? :p 


Sebab ramai sangat, so pihak zoo divide kitorang into 2 groups...senang nak control gitu...hihi


Dalam pukul 9.30am gitu kot baru pihak zoo bawak kitorang masuk dan bermula lah sesi lawatan paling best!


memula kitorang dibawa masuk taman rama-rama....awal-awal tu zafirah macam takut²....dia ingat rama-rama tu nak gigit dia...lepas dah explain rama-rama tu baikkk, cantikkkk, pastu aku nyanyi lagu rama-rama   "♪♫ dari ulat jadi kepompong, ia hidup dalam kelongsong....♫♪"


kemonnn...semua orang tau kot lagu tu kan?? HIT masa zaman kekecik dulu...hahaha  dah dengar aku nyanyi lagu tu baru dia paham rama-rama tu apa...huhu


then round² kawasan zoo tengok haiwan²...kali ni Zafirah more teruja tengok haiwan² dalam zoo...tak macam masa pi zoo Melaka 2 tahun lepas...banyak takut dari seronok...mungkin jugak sebab dia kecik lagi time tu, dia tak faham keseronokan melihat haiwan²...giteww~  hihi~


then dapat tengok show...tak silap show ni setiap hari ada...pukul 11am kot... kagum giler tengok macam mana dorang train haiwan-haiwan tu jadi bijak pandai mendengar arahan...pheww~


kami yang khusyuk menonton...hahaha   Zafirah beria bersorak jerit², tepuk tangan...suara dia kot paling kuat bersorak   :p


family blogger...aww!


bergambar pulak dengan bear panda...aloo sian anak Moon terselit belakang tuuu..aunty tak perasan lah awak...sowie...huhu 



 merasa jugak naik tramp ni round setengah zoo...ye SETENGAH zoo je dia jalan...nampak tak betapa luasnya kawasan zoo ni??? pffttt


next stop muzium lebah...time ni after lunch...muzium lebah ni bebetul sebelah restoren...kat sini kita boleh mintak sample madu fresh daripada sarang...rasa dia masam-masam manis...memang pure gilerrr... :)




next tengok monyet pulak


:p 


Acara yang ditunggu-tunggu...!! muzium PANDA!!! wohoa! RM20 ye per sesssion..setiap session dorang peruntukan 20 minit sahaja...fair la kan...ramai kot orang nak masuk tengok panda...aku suggest kalau korang nak tengok panda better datang pukul 2.30-2.45pm gitu...sebab tu feeding time dia...kalau time lain takut panda tidur....rugi je bayar tapi tak dapat tengok panda...paham?  :) 


"baikkkk cikguu!!!"   :p


FYI


tu diaaaaa encik panda yang ensemmm!! encik Fu Wa...bini eh namo Feng Yi...alolo monyok pulak...sunyi ehh binik takde?? bahaha~   bini dia kat sepital dengan anak yang baru lahir...kena kuarantin atau orang melayu panggil 'berpantang'....kehkeh cute je panda! rasa nak peluk-peluk... ^_^


Kebetulan hari tu birthday Fu Wa....staff-staff busy siapkan besday kek bagai...kelass panda ado besday kek okeh! pfftt!  ouh jangan risau, sambutan birthday panda tidak memakan kos berjuta² ringgit pun...simple and fun to watch....hihi~


seronok tengok panda makan kek besday...hahaha  nampak tak betapa simple nya kek besday dia???  :p


gitu je pun hiasan untuk birthday party Fu Wa...kek birthday lak guna ais batu yang diwarnakan oren gitu...rakus betul Fu Wa makan....nasib baik comel  :p


ouh bila masuk dalam muzium panda kita kena DIAM! tak boleh buat bising...henpon kena silent! and tak boleh guna FLASH! dikhuatiri menakutkan the Giant Panda...nama je giant panda...tapi jiwa dia gebu....kuikui  dalam muzium ni pulak ada ekon...sejuk, nyaman je....maybe untuk sama kan suhu kat habitat asal panda which is China... :)


dari pagi berzikir nak tengok panda...bila dah dapat tengok, terus tewas tak dapat tahan mata dah...mimpi panda yang cute² ye nakk! :p


wajah kepuasan dapat tengok panda...hehe


Antara ahli KBBA yang sempat selfie bersama...eh ramai oke nak selfie dengan 50 orang! pfftt! :p


kami pun puas hati dapat tengok Giant Panda! celebrate birthday sama²....aww!


Thank you buat semua penaja yang menjayakan Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Zoo Negara!! Zoo Negara Malaysia, Cosmoderm dan Food Panda ....


Lain kali invite lagi ehh!  v(^_^)"


Korang apa tunggu lagi?? jom lah terjah Zoo Negara jugak!! kompem tak menyesal! boleh beli tiket thru online je...visit http://www.zoonegaramalaysia.my/


Enjoice! (^_^)






Terima kasih sudi membaca!

8 comments:

bicara mak dara said...

wowww bestttnyaaa.. dah lama akk tak gi zoo huhu

PeRdU cINta said...

Lena zafirah tidur...mesti keletihan ni..

eima said...

wahhhh beshnye aktiviti cam ni...nk tanya ni sape sponsor ????hehehe

mrs kayrul said...

Aku la tu yg x dapat tengok panda makan...stress tau bayar mahal sekali panda tido

Hunny Kitty said...

i can see my brotha ngah setup kek untuk fu wa..hehehe

Unknown said...

nyenyak betul kaklong tido..letih kejar panda ke apa??heheh

adianiez AIDA said...

wow. seronok nyer baca entry kbba di zoo negara ni.
memang best!
aida lom lg sempat bwh anak-anak gi zoo negara.

Nyamuk Terbang said...

dh lama teringin nak tgk si panda ni dari dekat...ntah bila la boleh nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015