May 30, 2012

Wordless Wednesday #27


oh letihnya dia...ish³







p/s::  jum like gambar dak encem..klik >  http://on.fb.me/Kuiu2o 





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 28, 2012

Oh Mothercare


Siapa tak kenal Mothercare...jenama paling unggul untuk barangan keperluan baby dan kanak²....sejak dah ada anak ni selalu jugak la keluar masuk kedai Mothercare kat Alamanda tu...kalau tak beli, cuci mata pun jadi lah...haha~  seronok kot tengok barang² baby yang ada dalam tuh  ^__^




Aku suka tengok barang² besar macam baby carrier ke, carseat ke, stroller ke...sebab aku belum ada lagi benda² tu semua...muahahaha~  =P



aihh si bam bam ni geget tau la...grrr~


Tapi dalam banyak² product Mothercare ni aku teringin betul nak beli stroller dia...haha entah la...aku tengok selesaaaaaaa sangat stroller² Mothercare ni  *wink wink*




Hari tu saja la testing letak Zafirah dalam one of Mothercare's stroller...saja la nak tengok Zafirah selesa ke idak duk dalam tu....




Tak sampai seminit aku letak terus dia nak hisap jari...Zafirah ni kalau dah mula hisap jari maksudnya dia nak tido! waaa memang selesa betul lah stroller Mothercare ni kot...yang aku tau tayar dia siap ada suspension bagai...so bila langgar lobang ke, jalan tak rata ke, takda la rasa bergegar sangat otak anak aku tuh...! bahaha~   =P   *ai loike!*


err dak encem!! bila nak 'tapau' stroller Mothercare nihhh??   *sambil menari depan peti ais..EH!!*  -.-'








p/s::  jum like fanpage Mothercare untuk updates segala promosi mingguan/bulanan/tahunan!

p/s::  karnival Mothercare...klik SINI~

p/s::  p/s::  jum like gambar dak encem..klik >  http://on.fb.me/Kuiu2o 






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 24, 2012

Gambar Passport Baby


tu diaaaaa~! luas betul nganga mulut...bahaha~
bukan senang ye nak suruh baby posing untuk amek gambar...pffttt~
masa kat kaunter imegresen seronok akak tu duk tayang gambar Zafirah kat kawan² dia...haha~
vangga siot orang suka tengok anak kita...
cute miut macam mama dia....eh! lalalalala~  =P


Tapi passport baby tak dapat buat...
sebab mama kena blacklist...kahkahkah~


oke bai~!  



(-____-")










p/s::  takde mood siot tak dapat pi over-the-sea T___T

p/s:: bawak baby pi imegresen memang best! sebab dapat pi kaunter khas...so tak payah tunggu lama or beratur panjang²...asben pun dapat kaunter khas jugak beb! hoho~

p/s::  jum like gambar dak encem..klik >  http://on.fb.me/Kuiu2o 







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 23, 2012

Wordless Wednesday #26 | Bila Mama dah Takde Kerja Nak Buat Maka Terhasillah Idea yang Merepek ni =P

gila panjang tajuk kan...kalau boleh kat tajuk tu jugak nak taip entry...bahaha~  eh lupa...ni entry takde ayat! =P




barulah ustazah pilihan...gitewwww~  v(^__^)











p/s::  jum like gambar dak encem..klik >  http://on.fb.me/Kuiu2o 


p/s::  nak buat passport untuk baby...untuk aku and hubby sekali...nak jalan-jalan over-the-sea...huahuahua~ ^__^





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 22, 2012

Dialog Si Anak







* hehe seronok pulak buat dialog gini...masa ni baru amek Zafirah dari rumah pengasuh...apesal tah time ni dia buat muka ketat...tau la comel...geget pipi tu baru tau...haha~  =P







p/s::  jum like gambar dak encem..klik >  http://on.fb.me/Kuiu2o 






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 21, 2012

Baru la Semenggah Sikit Dinding tu


Wallpaper tu dah beli lama...
dari tahun lepas lagi...
tapi tak pernah nak tampal kat dinding sebab penyakit M *malas ler tuu*
sekarang ni dah ada orang nak sewa rumah...
nak taknak kena la jugak tampal wallpaper...haha~
dinding bilik ni berlumut...tak cantik...huduh!
bila nak bagi orang sewa rumah ni, biarlah semenggah sikit...
baru lah padan dengan harga sewa...gitewww~  ^__^


masing-masing tak pernah ada pengalaman pasang wallpaper...
so nak kata cantik tu oke je la...haha~
janji sedap mata memandang dinding tu...
wallpaper ni kitorang pasang kat bilik tingkat bawah...
bilik tu kitorang buat bilik tetamu...
kut la famili penyewa tu nak datang, idak la nanti dorang cakap,
"bayar mahal-mahal tapi rumah kotor..."
oh NO! no! NO! kami kemas cantik-cantik rumah ni  v(^___^)


Minggu ni last nak settlekan rumah...
penyewa pun dah start loading masuk barang-barang dorang...
akhir bulan ni kut dorang nak officially stay kat rumah ni...
haihhh moga dipermudahkan lah urusan kami mengemas rumah..gambate! =)






p/s::  hari ni meeting dari pagi sampai petang...letih woooo  T___T





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 20, 2012

Nak Buat Apa Hadiah Banyak-banyak ni eh?? =.=

yes...seperti yang disebut-sebut dalam entry semalam, aku memang dah sewakan pun rumah yang kami beli kat orang lain...sebab?? babysitter Zafirah duduk Sungai Ramal Dalam...sangat dekat dengan rumah mak aku...aku tak yakin nak hantar Zafirah kat taska lagi...babysitter kat sg. Ramal tu orang dah kenal...and dia jaga anak aku sorang je...makcik tu pun ada anak...tapi semua dah besar-besar...so anak-anak dia pun boleh tolong jaga Zafirah sementara mak dia masak ke, sidai kain ke hape...=)


Lagipun mak aku suruh tunggu Zafirah dah setahun ke, tak pun dia dah pandai bercakap sikit baru hantar taska...at least bila dia dah pandai cakap, dia boleh la nak ngadu kut kena pukul ke, cubit ke dengan cikgu taska...kannn?? lain woo perasaan jadi mak ni...memang risau tahap dewa bila terkenang anak kita dalam jagaan orang lain  =.=


So sepanjang weekend ni memang kitorang laki bini pulun la angkut barang-barang keluar rumah...ekceli kitorang sewa kan rumah ni FULLY FURNISHED...siap UNIFI bagai...haha~



sofa, karpet segala memang tinggal....cuma ada beberapa perabot yang penyewa kitorang suruh angkut keluar sebab dorang dah ada....macam washing machine and peti ais...oh penyewa kitorang ni pun pasangan yang baru berkahwin....memang terdesak betul nak rumah sewa...lajuuuuu je dia bayar duit deposit lepas tengok-tengok rumah kitorang ni...haha Alhamdulillah...rezeki anak...and dorang pun memang nak sewa dalam setahun je...sementara cari rumah untuk dibeli  ^___^


So far peti ais and washing machine memang takde masalah...peti ais tu aku bagi kazen aku pinjam...diulangi, bagi pinjam je ye...hahaha~  dia duk bujang area Seri Kembangan jugak...so senang la nak angkut...washing machine letak je rumah mak aku...kira ada 2 washing machine lah nanti...tak payah berebut or tunggu turn nak basuh kain...hoho~  cuma masalah sekarang nak angkut hadiah-hadiah kahwin...memang belum guna pun lagi sebab banyak nau...hahaha~  sebelum ni letak hadiah-hadiah kahwin kat stor...tapi penyewa kitorang nak guna bilik tu...so kena lah angkut keluar...



haaa kaoo..banyak okeh! kena guna 2 kereta baru boleh settle angkut hadiah-hadiah ni...kitorang campak rumah mak dak encem je...well rumah mak mertua dengan rumah mak sendiri adalah sangat dekat..tak sampai 5 minit perjalanan pun *kalau naik kereta...muahaha~ =P*



 Tak sampai separuh pun hadiah-hadiah yang aku dah guna...ada yang aku bagi je penyewa aku guna sebab malas nak angkut bawak balik...hihi~  Korang rasa kan, apa aku patut buat dengan hadiah-hadiah kahwin ni eh?? (^^,)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 19, 2012

Alahai Papa~















p/s::  Sesi mengemas rumah sendiri...Alhamdulillah ada jugak orang nak menyewa rumah kami nih...dia nak masuk cepat pulak tuh...pulun laaa nak angkut barang-barang keluar...huhu kalau Zafirah dah besar boleh gak tolong..err  =.=





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 18, 2012

Bolehkah Suami Minum Susu Isteri??



Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.



Sumber::  HomeFamilySite




p/s::  jum tolong kitorang nak pi London..LIKE > http://on.fb.me/LfxC6P





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 16, 2012

Sedapnya Nyonyot Jari Papa~! =.=


Standard la perangai baby, kita sua lah apa pun masuk mulut dia semua dia nak hisap...kalau dia rasa pelik baru dia keluarkan balik benda tu...kann?? haha anak aku gitu la perangainya...hari tu saja lak dak encem sua jari dia nak check baby nak nyusu ke idak...sekali bukan main sedap dia nyonyot jari papa dia...ye sepatutnya bukan hulur jari tu cenggitu...time ni dak encem memang sengaja nak bagi baby nyonyot jari dia...tak sangka pulak baby nyonyot kuat²! takmo lepas tau...hahaha~



video

feel abes ah! macam ada susu pulak kat jari papa tu...
arghh comel~!
rasa nak lempang baby laju²...kah³~  =P




okbai~!




p/s::  jum tolong kitorang nak pi London..LIKE > http://on.fb.me/LfxC6P





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dulu Berdua...Sekarang Bertiga (^^,)



Perasan tak aku dah tukar header baru?? hehe *tu pun nak kecoh kan..lalala~*  aku upah cik Bulat buatkan header...mak tak reti nak design² header ni noks! *gaya Lya berkata²..kah³*  upah RM10 je...mahal?? kalau nak dibandingkan dengan tahap kemalasan dan kebutaan IT aku idak la mahal pun seploh hengget tu...hoho~ Gambar my beloved princess, Aimy Zafirah wajib ada dalam header...menunjukkan blog ni ialah blog personal, blog kekeluargaan, blog mak-mak, blog nasihat-nasihat, blog bebel² macam makcik² *errr*





Header lama ni kita simpan as kenangan lah ye...puan Su yang buatkan header ni....header yang pernah jadi kontroversi suatu ketika dahulu...idak la dahulu mana pon! tahun lepas je...time aku buat entry 'Yang Haram Jugak Sedap' tuuuu....so to my haters, harap anda² puas hati lah ye saya dah tukar header baru...letak gambar anak saya hasil perkahwinan yang sah! bukan dari perbuatan maksiat dan zina!! *ayat bakar line...lalalala*


Akan datang kalau ada pertambahan anak, kita tukar lagi header baru...kehkehkeh~  InsyaAllah lagi 3 tahun kut nak ada anak lagi...aku ni kategori WAJIB merancang...yelah masa bersalin Zafirah tu kena buat c-zer...so merancang demi kesihatan *wink wink*  =)


okbai~!












p/s::  selamat hari cikgu untuk semua kawan² yang bergelar 'cikgu'! dan semua cikgu² yang terlajak masuk ke blog saya ni...teruskan mendidik pewaris² negara..u are ze bezz!! (^__^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 15, 2012

Punca dan Cara Mengatasi Bengkak Susu



Semalam buat pertama kalinya aku kena bengkak susu di PEJABAT! sebelum ni pernah jugak kena...tapi waktu cuti...so aku bagi je direct feed (df) kat baby, dengan senang bengkak susu tu hilang...bila jadi bengkak susu ni ko pam lah macam mana pun memang susu takkan keluar...macam tersumbat je saluran susu tu...sakit tu toksah cakap lah...hanya mereka yang pernah mengalaminya je akan paham perit bengkak susu tu...dan hanya sedutan baby je dapat menghilangkan bengkak susu...tu pengalaman aku lah...lain orang lain lah kot...kannn?   =)





Menurut pembacaan aku bengkak susu ni terjadi bila si ibu lambat pam susu...kalau ikut pengalaman aku kena bengkak susu sebanyak dua kali ni *baru 2 kali derr..kah³*  bila waktu malam sebelum tidur tu memang aku rajin gilerrrrrr ngepam susu..setiap jam duk ngepam je kerja aku...then bila dah tidur, aku tak pam...and baby pun syok bantai tidur sampai ke subuh, idak pulak dia bangun setiap 2 jam nak menyusu...haaaa time tu memang gasak lahh tahan sakit akibat bengkak susu...adeyy~


Menurut pembacaan aku lagi, hormon lacta (hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh...sebab tu disarankan kepada ibu² untuk rajin mengepam pada waktu² macam ni....err letih kot nak berjaga malam selalu....kalau menyusukan baby gigih la lagi nak bangun...tapi kalau nak bangun semata² untuk mengepam susu memang aku malas! hahaha~





Masa kat opis semalam aku macam nak pasrah je...nak tunggu je sampai balik kerja, baru bagi df kat baby...macam biasa aku akan post masalah aku kat group KIM di FB...dan macam biasa aku sangat berpuas hati dengan respon kawan² di sana...macam² petua aku dapat untuk hilangkan bengkak susu...kalau dah kena bengkak susu tu cepat² la settlekan...kalau tunggu lama² takut lagi mudarat...ada cakap nanti breast jadi lebih keras dan berketul²....ada yang sampai demam...wallaaaa tak sangka aku bengkak susu pun boleh jadi punca demam  =.=


So here are the petua²::

1)  Menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)

2)  Tuam dengan tuala panas (aku buat gini tak pernah menjadi...susu still tak keluar..)

3)  Tekapkan daun kobis pada payudara (buat sesekali. Jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering)

4)  Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!). Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.

5)  Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

6) Urut sikit sebelum pam...buat urutan membulat macam pemeriksaan payudara tu kat area yang rasa berketul-ketul tu...kemudian pump..masa pump pun buat juga urutan tu...

7)  Marmet



Aku guna petua ke 6 dan ke 7 tu je...sebab dua tu je yang aku mampu buat kat opis dan sangat berkesan...ekceli agak sakit lah kan masa urut bahagian bengkak tu...tapi once susu dah keluar, pehhhh lega tak terkata! so lepas ni jangan takut sakit...sebab hasilnya memang memuaskan...hohoho~


Apa pun petuanya, pastikan anda kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding) dan mengepam susu apabila berjauhan dari bayi bagi mengelakkan masalah bengkak susu ini berulang.


Wokeh...lepas ni kena jugak gigih jaga malam semata² untuk ngepam susu...gambate! ^__^





p/s::  aku tak ambil mana² produk milkbooster...cukup sekadar jaga pemakanan, makan makanan seimbang dan pastikan hati sentiasa gembira...time pam tu baca zikir dan selawat...tak pun tengok je gambar/video baby kompem banyak susu yang keluar...hihi~ selamat mengepam mommies!! ^__^




Iklan:


Emel me at ctliyanadmib@gmail.com
atau
sms/whatsapp: 0133618800

Harga kasih sayang uols! (^^,)








Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 14, 2012

Jom Sambung Belajar di KLMU

Siapa tak pernah dengar pasal KLMU?? merata-rata kita boleh dengar lagu tema dorang bertajuk, "I've got the whole world, in my hands"...Sebab dah selalu sangat dengar aku pun jadi TERhafal lirik lagu tu...hoho~


Kepada yang masih tak tahu nak further study kat mana, meh aku suggest korang further study kat KLMU je...huhu banyak kot kursus yang ditawarkan...senang cerita, korang cakap je nak kerja apa nanti, KLMU ada tawarkan kursus yang korang minati tu...haaa best kan?? Next intake dorang pada bulan March/April...tak lama lagi...korang boleh layari http://www.discoveru.com.my/ untuk keterangan lanjut pasal kemasukan terbaru student KLMU =)




KLMU ada juga buat game online...serius! aku pun teruja bila dapat tahu ada game online untuk university..haha~  korang boleh main game "Life's A Trip" di http://www.discoveru.com.my/game/game.html




Ni bukan calang-calang game okeh...daripada game ni korang boleh pilih kerjaya yang korang minat...selain tu korang boleh asah pengetahuan korang dalam bidang yang korang minat tu...contoh macam gambar atas...aku pilih built environment sebab memang bidang aku...



game ni macam game ular...pernah main kan game ular?? hihi~  *menuju puncak!*



ada soalan-soalan berkaitan bidang yang kita pilih sepanjang kita main game ni...nice kan? kalau rasa-rasa tak boleh jawab search la kat Google laju-laju...muahahaha *cheating!*  v(^__^)"



ni result aku..*boooo~ sila cuba lagi...huhu*



Menarik bukan?? dan ini ialah pemenang bagi 'Discover U' musim ke-2::

Muhamad Hadi Borhanuddin (930114-11-5043) yang memenangi kuiz untuk slogan;
"Capai impian saya. Anda tidak mampu berbuat apa-apa jika anda tidak bermimpi untuk menyentuh langit. Walau bagaimanapun, tiada ada apa yang mustahil jika anda boleh memegang pelangi."


wahh aku pun tak reti buat slogan gitu...kehkehkeh~  Apa lagi, jum layari http://www.discoveru.com.my/ sekarang! All the best kepada yang memohon! (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 12, 2012

Power Pumping Susu Ibu

double pumping guna spectra 3 (letrik) memang terbaik! jimat masa...hihi~


Apa itu Power Pumping? 

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu.
Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik.
Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping? 

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat
– teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu
– akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.


Macam mana nak buat Power Pumping? 

Untuk Single pump
– pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pulak 10 minit...tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump
– Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.


Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya? 

Mommies!! Jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata², teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkan olehNYA…amin.



Good luck to all BF mommies!! semoga kita dapat fully bf anak-anak kita sehingga umur mereka 2 tahun! ^__^


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 11, 2012

Kemasukan ke Akademi Laut Malaysia



Akademi Laut Malaysia sedang menjemput pelajar seluruh negara untuk mengikuti pengajian Diploma in Nautical Studies (untuk jadi Kapten kapal dagang) dan Diploma in Marine Engineering (untuk jadi Marine Engineer di kapal dagang). Ada tambahan panggilan temuduga yang tidak dikeluarkan dalam akhbar, jadi saya perpanjangkan kepada tuan/puan/kawan-kawan semua, mana tau ada anak buah/murid/calon yang teringin dan berhajat:

Tarikh : 29 - 31 Mei 2012 (Selasa - Rabu)
Tempat : Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia, Masjid Tanah Melaka.

Sila semak website ini untuk maklumat lanjut : http://www.alam.edu.my

* Application is based on actual SPM Result 2011

* Single, Male or Female, not more than 25 years of age on 31 July 2012

* SPM Result with minimum ‘C’ or with strong credits in 5 subjects which include Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Additional Mathematics and Physics. (Additional Mathematics is compulsory for Marine Engineer Officer Cadet and an advantage for Navigating Officer Cadet)

* Mentally, physically and medically fit

* Minimum height of 158cm and weight of 48kg for male applicants (BMI: 18.5 -24.9)

* Minimum height of 155cm and weight of 42kg for female applicants (BMI: 18.5-24.9)

* Not colour blind

* Good eyesight without visual aid for Navigating Officer Cadet

* Visual aid with a limitation of 200 for Marine Engineer Officer Cadet


ALAM memerlukan 100 orang calon lagi, sebaiknya lelaki. Sila daftar ke ALAM untuk temuduga. Just mention nama saya bila mereka membuat pertanyaan ke ALAM untuk memudahkan pengurusan.

Mohon tuan/puan perpanjangkan maklumat ini kepada rakan2 di JPN, kaunselor sekolah atau rakan dan jiran. TQVM.

Salam dari ALAM,

Raja Mazlan Raja Shahdan
Kaunselor Akademi Laut Malaysia
0193498011










Sumber:: emel dari mak


All the best kepada yang memohon  (^^,)


p/s::  helloowww...ai BUKAN staff ALAM ye!! sebarang pertanyaan sila lah call alam sendiri!! tanya aku buat apa?? nampak tak dalam entry tu aku tulis sumber daripada emel??grrr~
 sekian terima kasih~!!



**********************************************************************************************

IKLAN:



CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! ♥ ♥ ♥








Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015