Jan 31, 2011

Giveaway:: Saya Nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB


Entry melekat...entry baru sila scroll ke bawah~



Pada entry lepas aku ada sebut nak bagi hadiah untuk yang lahir 8 Januari kan?? well since takde sorang pun yang mengaku lahir 8 Januari, makanya aku akan buat satu Giveaway untuk semua orang lah kan...hehe~


Caranya mudah sahaja....just ikut je syarat-syarat yang dah ditetapkan oke! ^_^



Syarat-Syarat Penyertaan



1) Terbuka kepada bloggers Malaysia sahaja...yang takde blog boleh baca je..hehu~  (tak kisah la lahir bulan berapa pun)

2) Follow blog yanamib dengan seikhlas hati~

3) Buat satu entri  bertajuk "Saya nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB"...Letak banner atas ini dan link kan ke entri ini...copy code di bawah k...

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXSWMIKwCyNLxfb38Gc2_WM1mz6_lJDIUcaZd1eHB4Bqr8nBgEcM4D-vlnov_BhjY1nqu0x8EV-NIp5s0q6zpFAfAGz6hBSguM3blkEvuAMLU_3YBcyYiAMcyuBH5qVzMSm_CMqbDnTiY/s1600/402606Banner.jpg'/>

4) Tag 2 orang rakan anda (pastikan mereka tahu mereka di tag)

5) Tinggalkan link penyertaan di komen entri ini





Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Januari 2011....Hadiah akan diberi kepada 5 orang yang bertuah menggunakan random.org dan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Februari...hadiah apa?? oke part ni aku tak fikir lagi...hahaha...yang pasti bukan pemadam! eh~  =P




Jum Buat Duit Dengan Churp Churp

~picit gambar~



Majoriti dah kenal dengan Nuffnang kan?? oke hari ni aku nak introduce dengan satu lagi syarikat pengiklanan macam Nuffnang jugak, yang diberi nama Churp Churp...


Ramai dah tahu pasal Churp Churp nih...tapi aku buat jugak la entry sebab aku rasa ramai lagi yang tak tahu kewujudan Churp Churp...kan kannnaNNnn~  ^_^


Mula-mula sekali uols kena lah register dulu account Churp Churp oke...kalau tak register tapi dah sibuk² nak tahu cara dapatkan duit memang aku malas nak layan...hahaha~  kejam tak?kejam tak? =P   untuk register sila klik pada url bawah ni, atau klik je pada mana² tulisan yang aku dah highlight kan dengan warna biru...oke? (^^,)







Lepas dah register, uols klik kat ikon 'dashboard', uols akan nampak senarai iklan yang uols kena iklan kan mengikut citarasa uols lah...nak share iklan kat facebook ke, twitter ke, blog ke...janji orang lain dapat lihat iklan uols tu dan uols akan dapat RM0.20 per click...harga tu depends pada iklan...ada setengah iklan dia bagi RM0.40 per click...so kena rajin² wusha account Churp Churp dan share iklan² yang ada ye kawan²...*wink wink*


Yang bestnya pasal Churp Churp ni, duit cepat masuk...hamboih bila sebut duit semua mata bling bling! cis CIS cis~   there are no such thing as easy money ye kawan²ku sayang...kamu kamu kena berusaha untuk dapatkan duit...kalau takde idea nak update blog, update je pasal iklan Churp Churp...at least dalam 100 orang yang datang blog korang tu, ada la 2-3 kerat orang yang akan klik iklan korang tu kan...dapat jugak duit....betul tak?? jadi, jangan malas malas ye...babap kang! v(^_^)



"kalau share iklan churp churp tak ganggu ke iklan Nuffnang dan status Glitterati kat Nuffnang??"


aku pernah send emel kat Mr. Robb Chew pasal ni dan beliau cakap memang takde effect apa² pun...sebab Churp Churp ni kira syarikat di bawah Nuffnang lah..lain lah korang share Google adsense ke atau iklan² selain dari Nuffnang, mungkin akan effect status Glitterati Nuffnang tuh...oke?






Actually, aku pun tak berapa arif sangat pasal Churp Churp..masih dalam proses pembelajaran...jadi yang mana aku tahu aku akan share...selebihnya silalah bertanya pada yang lebih mahir...sekian~


wassalam~  (^^,)


















p/s::  tak dapat update pasal Taiping lagi...member aku tak habis lagi upload gambar...saiz besar sangat katanya....berat! maybe esok kut baru boleh story kat uols...heee...^_^


Tutorial:: Entry Autopublish


Pertanyaan dari encik bukan photographer...nama betul beliau ialah Din...eh! yeke? hahaha  =P


Kacang putih je soalan beliau tu...jadi sambil menutup mata aku taip entry ni  *nada riak di situ* lalalalala~  v(^_^)




Lepas dah habis buat new entry kan, klik kat 'post option'...macam dalam gambar atas nih~




Then tandakan column 'scheduled at', edit je tarikh dan masa dalam kotak yang dalam bulatan merah tu...contoh korang taip entry hari ni, tapi nak publish esok, so tukar je la tarikh tu kepada 1/2/11, masa 9.00 AM....so esok pukul 9 pagi automatik la entry tu di publish...ngerti?? ^_^




Hope kamu faham la ye explanation aku nih...huhu~   sekarang giliran aku pulak nak tanya ko...ehem....macam mana nak setting gambar dalam entry yang boleh zoom macam yang ko buat tu?? aaa faham tak soalan tu?? ngee~  sila sila buat tutorial  ^_^


Later aku story pasal my weekend at Taiping...tunggu membe aku upload gambar kat facebook dulu k...hehe~  (^^,)


Jan 30, 2011

Nak Marah ke Nak Gelak???


kah kah kah~

 
Macam nak bagi pelempang pun ada... =P


Bukan dak encem yang anto lerrrr...kitorang jarang gilerrr kut ber-sms....kalau hal penting baru sms...tak pun call je..bazir kredit katanya...hahaha...mentang² nak kawen alasan bazir kredit tu macam sangat stereotaip! pffftttt~










buang tebiat kalau tetibe dak encem bagi bunga...erk~ O_o'






















P/S::  Entry autopublish je...aku kat Taiping lagi...bersiar² di Bukit Larut...blogwalking juga terbantut buat masa ni...weehuu~  ^_^


Jan 29, 2011

Macam Mana Nak Menang Tiket Wayang Dari Nuffnang??

Ada beberapa orang yang tanya aku soalan ni...maaf la ye baru sekarang nak jawab...hehe...^_^




Untuk masuk contest Nuffnang, korang mesti la kena ada account Nuffnang...betul?? kalau takde pi la create sekarang!! grrr~   kalau dah ada, pi log in....then klik kat ikon 'home'...macam dalam gambar kat atas ni...





Then korang scroll ke bawah dan lihat di sidebar belah kanan...kan ada banyak senarai² iklan [rujuk gambar di atas]. Buat masa ni, takde dah iklan movie terbaru...hihi...





Iklan kat sidebar tu sentiasa di update ye..jadi untuk lihat iklan² lain atau yang dah lama, klik pada ikon 'blog' yang terletak pada header website Nuffnang tu....then scroll lah ke bawah sampai jumpa iklan "Nuffnang Premiere Screening"  ^_^





oke aku bagi satu contoh la movie terbaru dari Nuffnang kan, cerita Burlesque lakonan Christina Aguilera dan Cher...aku tak join contest ni jadi aku tak dapat tiket free kan...due date untuk join contest juga sudah habis...kui³ melepas!


oke lagi satu tips, kalau nak join contest tu sila lah baca betul² apa yang diterangkan oleh pihak Nuffnang...kadang² dorang suruh kita buat entry then hantar permalink pada form yang dah disediakan...kadang² dorang suruh send permalink kat komen entry dorang je...


Ataupun dorang tak suruh pun buat entry kat blog, just bagi komen je di bawah post iklan dorang tu...macam masa aku tengok movie Skyline tahun lepas, aku tak buat entry pun, just bagi komen se-kreatif yang mungkin...15 patah perkataan je komen...aa cemtu la...setakat ni faham adik-adik?? ^_^


Aku kini bercuti di Taiping...err attend kenduri kawen daa...huhu~  sebarang kemusykilan akan ku jawab bila aku dah balik KL nanti ye...enjoy you weekend...!! papai~  \(^_^)/


Jan 28, 2011

Kilang Baru Coca-Cola Bakal Dibuka~

Hari Selasa lepas aku kena attend site inspection kat kilang Coca-Cola...dari situ la bermulanya saat kesibukan aku yang mengalahkan CEO tu...grrr~  =_=




Kilang ni terletak di Bandar Enstek, Sepang...err ke Nilai...?? hahaha aku tak ingat...lalalala~  dorang claim kilang ni yang terbesar di Malaysia...aku yakin dengan kata² dorang, sebab aku sendiri dah masuk oke! sakit kaki weyyy round² dalam kilang...malam tadi dah pi berurut tapi still sakit lagi kaki aku ni...tsk~ T__T




 Setiap orang yang masuk mesti pakai pass + safety boots + safety helmets...




Seriously, aku pakai but biasa je...kah kah kah~  safety helmet disediakan oleh pihak kontraktor...jadi tak perlu bersusah payah bawa helmet sendiri...dah berhabuk dah pun helmet kat rumah tu...ngee~  =P




 Sebelum mulakan inspection, ada small briefing dari semua pihak yang terlibat termasuk Bomba...dah nama pun kilang minuman Coca-Cola, haruslah dorang hidangkan air keluaran Coca-Cola...pheww~



Aku baru tau Coca-Cola ada banyak produk...air Pulpy tu sedap I tell you! taste dia not so sweet...just nice...slluurrrrppp~   pihak bomba dapat 2 katon air tin Coca-Cola...haish...ai nak mintak jugak...tapi al-femalu lah....huhu~  v(^_^)





 
 Macam biasa kerja aku kalau masuk site mesti main sembur² asap...hehe...untuk tengok sistem penggeraan kebakaran berfungsi dengan baik atau tidak...




 juga pastikan kipas kat atas bumbung tu berfungsi bila siren kebakaran berbunyi...fungsi kipas tu ialah untuk sedut asap keluar ye  ^_^



Serta memastikan setiap fire roller shutter [pintu yang macam kat hypermarket tu...] dibuka dengan automatik bila alarm berbunyi...very efficient kan? ngee~



 Selain itu juga, kitorang kena pastikan fire hydrant ada air dan berfungsi dengan baik....fire hydrant tu bahasa melayunya pili bomba ye kawan-kawan...yang kaler kuning tu...^_^




 Hose reel juga perlu diperiksa untuk pastikan air sampai ke setiap ruang bangunan...yelah kalau dah jadi kebakaran tak ke menyusahkan pihak bomba nak cari sumber air...so dari sekarang kena pastikan air memang dah sedia disalurkan ke setiap penjuru bangunan....^_^




 begitu juga dengan genset untuk pastikan ia berfungsi di kala kecemasan walaupun tidak dicharge~




 kalau dah perempuan tu tak boleh buat apa...asal nampak cermin berhenti amek gambar...weehuu~ (^^,)




Last sekali, check sprinkler...ekceli banyak la lagi yang kitorang check...tapi tak kose la pulak nak cerita semua...macam buat company profile lak aiiihh...ada ke pengusaha² kilang/hypermarket nak berurusan dengan company aku untuk PBA issues? meh contact ai meh....kilang arak kami tak layan...hohoho~  ^_^




pemandangan dari dalam kilang....cantik tempat ni...memang jauh dari town dan segala pembangunan...dari LCCT dalam 20 minit cemtu...




Kesimpulannya, bangunan kilang ini selamat!! ada sesiapa nak apply kerja kat kilang ni?? hahaha...tak yah risau...memang dah approved selamat...kalau tiba² bumbung runtuh tu bukan kerja aku...sila cari civil consultant hokay! sekian~


proses voting masih berjalan [klik sini].... dan klik like pada nombor 125 ye...*wink*



papai~  ^_^



Tazkirah Hari Ini (Part 4)

~tukar gambar lain pulak..hehe~



Salam Jumaat readers..lambat lak aku update hari ni...terlupa! hahahaha~  =P    oke hari ni aku nak share lagi satu tazkirah yang aku dapat dari encek pejol...kalau nak copy dipersilakan...benda baik eloklah disebar²kan...kannnnnnNnn~  ^_^



Salah seorang ulama salaf berkata kepada anaknya,
"Apabila nafsumu mengajak untuk melakukan maksiat,
maka lihatlah ke atas dan malulah kepada penghuni langit.
Apabila tidak, maka lihatlah ke bawah
dan malulah kepada penghuni bumi.
Apabila kamu tidak merasa malu kepada
penghuni langit dan penghuni bumi,
maka anggaplah dirimu termasuk binatang
yang tidak mempunyai rasa malu".



wallahualam...selamat beramal~  ^_^



Jan 27, 2011

BE Sempena Chinese New Year?? yeyy!


MUCHAS GRACIAS MR NUFFNANG!!


Walaupun dah dua hari aku tak aktif blogging, tapi yu bagi jugak BE kat ai kan...ngee~   walaupun ai tak aktif tapi ai make sure UV cecah 100 ye...tu je tips untuk selalu dapat BE...maintain UV ye kawan²  ^_^


Iklan terbaru ialah PTV LR...aku pun tak tahu iklan apa tu...belum pernah nampak lagi keluar kat blog...huhu~


Aku cuba blogwalking pelan pelan ye since aku still busy...phewww...dah rasa macam CEO busynya...kah kah kah~  *amin kan weh*~


oh jangan lupa vote untuk entry saya di web cst production [klik sini]....
nombor 125 ye...*wink*



Jan 26, 2011

Proses Voting Sudah Bermula!!!

Voting untuk apa?? ofkos la untuk contest My Dream Wedding tu...! yeehhaaaa~   \(^_^)/
Aku takde la yakin gilak boleh kalahkan Irine Nadia Marcello....tapi aku akan cuba jugak pancing undi kawan² blogger, kawan² facebook dan semua orang yang reti gunakan internet lah kan...walaupun undian Irine dah cecah 300 lebih!! HAH! (-_-")


Aku dapat tau dah boleh vote pun dari blog Irine...hahaha...well ai kan busy semalam...hari ni pun sama....ni pun auto publish oke!! sanggup tido lambat semalam untuk update entry nih...huhu~


wokeh takmo bebel panjang, kepada semua pembaca² dan pengunjung² Life 101, silalah vote untuk saya di laman web cst production [KLIK SINI]



Caranya::

korang kena klik 'LIKE' pada link entry aku yang bernombor 125....diulangi,

125!!!


Scroll lah ke bawah sampai nombor 125 baru tekan like...ngerti?? paksaan nih...bahahahahaha~  =P


Undian dibuka sehingga 31 Januari, jam 11.59pm....kejap je!!!!! dem! dem!  dem! meh cepat² vote...pi ajak kawan² uols tolong votekan sekali ye...hahaha...nampak tak semangat perjuangan aku sangat kuat?? lalalalalala~   oh terima kasih kepada yang sudi vote saya...*tacing*  v(^_^)


Good luck kepada semua peserta yang tercalon!! yang menang tu, sila sila lah invite semua kawan² blogger yeh...ngee~  ^_^



Jan 25, 2011

Nuffnang Premier Screening:: The Green Hornet


Seharian attend meeting...dah malam baru boleh jenguk belog kesayangan...isk isk~  =__=


Semalam pi tengok wayang kat Mid Valley...The Green Hornet...sekarang ni tengok wayang free je...bajet bajet...hahaha~  kena rajin tulis entry bila Nuffnang keluarkan iklan movie terbaru...ni kali ketiga dapat tiket free dari Nuffnang....muchas gracias bebeh! \(^_^)/




2 tiket dari entry aku, 2 tiket lagi dari entry dak encem...yehaaa~  


Kitorang saja buat 2 entry so lagi 2 tiket tu boleh bagi kawan²...hehe...kawan yang bertuah tu ialah si pembawa wacana...opismate dak encem...dia tak dapat tiket sebab dia letak alamat rumah kat account Nuffnang alamat kampung dia kat Kelantan...takkan pihak Nuff nak bagi orang yang duk Kelantan kan...bila masa pulak dorang nak datang KL semata² untuk tengok wayang...betul tak?  weh ko boleh tukar alamat tu anytime...(^^,)


Tak silap aku movie ni keluar panggung Khamis ni...serius best weh...tak rugi pun tengok....part kelakar paling banyak ah! bingit panggung dengar orang ketawa...bongok gilerrr si Seth Rogen berlakon...bahahahaha~   meh layan gambar yang di emel dari Nuffnang ^_^



Cameron Diaz yang masih cantik dan seksi...walaupunnnnnnnnnnn~  =P




Seth Rogen dengan taktik bongok dia nak mengorat Cameron Diaz yang jadi secretary beliau..^_^






oh Jay Chou sangat comel dan macho dan cool dalam cerita ni...me love♥~




orang jahat yang tak suka dikritik sebagai "orang tua yang tak menakutkan...." hahahaha watak pakcik ni pun lawak gak...macam budak²...adeh la~  =P




gadget yang gilaaaaaaaaaaaaaaaaa cool!!! Aku harap satu hari nanti dapat upah orang cipta mesin² canggih macam ni untuk rumah aku....pffftttt~




Untuk tahu sinopsis movie ni uols boleh klik SINI ye...aku malas nak copy...lalalala~  Aku bagi rate 9.5/10 untuk movie ni....boleh jugak nak tengok 3D tak silap tapi aku rasa better tengok yang biasa je...sebab action untuk 3D macam tak banyak sangat...so macam tak berbaloi tengok 3D...eh ni pendapat aku je tau...sebab aku dah tengok!! grrr~


oke aku dah ngantuk...gilak memalam buta baru nak update belog...mana taknya, aku tersalah letak masa untuk entry auto publish pagi tadi...patut nak update pagi (AM) tapi aku pi letak PM...dem! >_<    So aku postponed sok pagi je lah since malam ni dah ada story lain  ^_^


Sok pagi aku ada site inspection kat kilang Coca Cola, Sepang...jadi harap maaf ye kalau aku balas kunjungan² uols agak lambat...jangan mara aaa~  *wink wink*  Nite nite!! zzzzzzzzzzzzzz~


Jan 24, 2011

Kau Yakin ke Boleh Kalahkan Irine Nadia Marcello???


Aku ghase majoriti bakal² pengantin untuk tahun 2011 memang dah aware dengan contest anjuran CST Production dan Lynda Rahim KL...ada 100++ penyertaan...Masa aku baca entry peserta² lain aku rasa oke lagi la...takde rasa tergugat sangat *ecece konfiden gilak!*...kalau ada yang aku rasa best aku akan tiru la idea dorang sikit kan...sikit je tak banyak [baca entry aku kat sini]...


Pemarkahan dibahagikan kepada dua::

30% daripada juri (pihak penganjur)


70% daripada undian orang ramai



70% oke!!  banyak tu~   mula² aku fikir, "boleh usaha pancing undi, mintak tolong dak encem ke, kawan² blogger lain tolong promote ke...".   So perasaan masa tu masih relax lagi.....


Sekali aku TERnampak pulak si Irine post entry dia kat wall cst production...aku dah macam, "apakah minah ni join jugakkk????!!"  dem! terus moral down kaoooo~  =___='




 ~tipu la korang tak kenal Irine Nadia Marcello~
[klik SINI untuk melihat entry Irine].



Ini bermaksud Irine akan berkahwin tahun ni jugakkkk! sebab hadiah untuk pemenang valid sampai 1 Januari 2012 je...wow! Tahniah buat kamu dik...laki beliau pun hensem...memang merpati sejoli sungguh...haha~


oke poin aku sebenarnya ialah kalau Irine dah join, MAMTIK lah aku!!! grrr~   hey korang sedar tak, masa contest blog pilihan Malaysia tu, Irine menang kan..? kalahkan Hanis Zalikha oke! gilerr kentang kaooo...kalau Hanis Zalikha pun boleh kalah, aku ni apa ada hal...dia hembus dengan hidung je memang ketinggalan lah aku ni kannnnnNnNNNnnnn~  tsk~  T___T


Bila cerita kat dak encem, dia pun macam dah malas nak beriya sangat update pasal contest...sebab macam dah tau je siapa pemenangnya....hohoho sadis sungguh....nampak tak betapa hebatnya pengaruh si comel Irine nih...? ish ish ish~ 


Fine! Macam ni je lah....aku still akan usaha memancing undi...well bak kata pahlawan² melayu, "jangan mengalah sebelum berjuang!"  erk~  Cuma takde la serius nak menang...sekadar menambah pengalaman...^_^



kalau lah dak encem betul² keluarkan ayat tu *pitam!*



Esok baru pihak cst production bagitahu cara-cara untuk voting...sok pagi lak aku ada meeting kat Bomba Cyberjaya...tak tahu habis pukul berapa...kena mintak dak encem tolong ushakan page cst Production kat facebook...^_^


ALL THE BEST TO ALL CONTESTANTS!!! 

aja aja fighting!!
\(^_^)/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015