Nov 30, 2010

Orang Tinggi Selalu Gayat....yeke??


Oke untuk entry aduan rakyat yang lepas tu, sebenarnya kisah tu dah lama...weekend lepas...kira dah lama jugak la berlalu...saje je aku story hari ni...nak tengok pendapat orang ramai pasal isu park kereta depan rumah orang...tu je...oh by the way, bukan aku yang bawak kereta masa tu..aku tumpang kereta cik yam...tapi aku gadaikan nombor henponku untuk berhubung dengan akak malang itu...ngee~


Anyway, pendapat-pendapat anda amat saya hargai sebagai panduan di masa hadapan...diharap kamu-kamu baca kisah itu sampai habis...baru bagi komen...jangan main hentam je ye...terima kasih~  v(^_^)




oke berbalik pada tajuk...betul ke orang yang tinggi selalunya akan merasa gayat bila di tempat tinggi??
Well aku dengar ayat tu dari mulut seorang kawanku...tak ingat siapa daaa...huhu~



Aku ni takde lah tinggi sangat...160cm je...ketinggian normal bagi wanita comel di Malaysia....tapi perasaan gayat tu memang ada lah...especially bila naik cabel car.....





atau main flying fox....



weeeeeeeeeeee~  \(^_^)/




Seronok! tapi gayat!! ngehehe~ =P


Kalau tempat lain macam shopping complex ke, time naik escalator tu idak lerr nak merasa gayat...tu dah tahap cacat namanya...kah kah kah~  *seseorang pasti terasa...* lalalalala~  =P


Masa aku kerja kat Sabah dulu, ada satu tempat yang bagiku agak tinggi dan aku sepatutnya merasa gayat....cuma masa kat atas jambatan tu tak terasa sangat tingginya...erm mungkin juga agak ego since ramai pakwe di tempat kejadian...kah kah kah~  =P



 ni lah jambatan yang tinggi tu...nampak biasa-biasa je kan dari atas...bawah tu memang sungai yang tidak diketahui tahap kedalamannya...orang² kampung semua naik bot je untuk bergerak ke kawasan kampung² lain  =)





 ini pandangan tepi...perhatikan betul-betul tahap ketinggian jambatan itu...WAH WAH WESS! *bak kata bena*   struktur jambatan ni menggunakan besi (steel structure), sebab tu kereta boleh lalu...tapiiiii ini adalah kawasan hutan, pedalaman.... kau yakin ke dengan pembinaan jambatan tu?? hohoho~
sebab tak berapa nak yakin sangat lah jadi gayat!! ngeee~




Ini pula aksi seorang jejaka macho yang hilang kemachoannya apabila simptom 'gayat' menguasai diri dan minda....


**

**

**

**

**

**


**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**
olololo cutenyeee...anak sapa la ni haiiiii~  kui kui kui~  kenal tak lokasi ini?? ofkos la kat langkawi...jambatan gantung tu...apa tah nama tempat tu...ngee~  *terasa macam dah lama tak mendengan kabar berita dak encem...huuu~*   ^_^



Salah ke Park Kereta Depan Rumah Orang????


Aku ni sebenarnya nak ngadu la kat korang-korang ni taw....sob sob~  

Sila lah hayati dialog di bawah...tacing ni~  T__T



*Perbualan di henpon*


Tuan rumah::  hello, awak ni yang park kereta depan rumah saya tu ke??!

aku::  ye saya kak...oh sori kak...akak nak masuk rumah eh? oke oke kitorang dah otw nak ke sana sekarang...


Tuan rumah::  awak tahu tak saya dah call banyak kali?!!!  yang awak suka-suka hati nak park depan rumah orang lain ni kenapa hah???!!! *memang ada 15 miscall kat henpon aku..kikiki~ =P *


aku::   errr sori kak...sori sangat kitorang dah otw nak pergi kereta dah ni....


Tuan rumah::  APA SORI SORI??!!!!  yang suka-suka park depan rumah orang tu kenapa??!!! baik takyah tinggal nombor fon kalau tak reti nak angkat!!!!!!  


aku:: *sentap!!*  






Sampai je kat kereta...nampak muka seorang awek gemok gedempol buat muka bengis sambil bagi jelingan maut macam nak telan orang...*hoi prot kau tu tak cukup besar lagi ke nak telan orang??* kah kah kah~ 




aku dan cik yam::  kak kitorang mintak maaf kak...ingatkan park sekejap je kat sini...kitorang pergi kenduri kat belakang tu je...




tuan rumah::  *teruskan menjeling*   hei awak tak boleh tau tak nak parking² depan rumah orang macam ni..nak pergi kenduri pergi je lah...saya tak kisah la awak nak pergi makan kat kenduri ke apa!! pergi cari parking kat tempat lain lah!!! 




tuan rumah::  lepas tu tinggal nombor fon tapi tak reti nak angkat!! buat apa!!!! dah tau rumah kosong dah tentu la kereta nak masuk nanti!! tengok saya terpaksa park kat tepi jalan je!!! (depan rumah dia je pun).  Kalau bercalar kereta saya nanti macam mana?!!! suukaa sukaaaaaa je nak letak kereta kat sini!! *sambil tarik muka taik lagiiiii*


aku dan cik yam::  minta maaf kak....


tuan rumah:: bla bla bla bla bla~  *teruskan membebel...time ni kitorang malas dah nak layan..terus masuk kereta...hahahaha~ *




FINE!!  memang salah aku lah tak perasan henpon berbunyi...well kat kenduri kawen haruslah bising...serius tak sedar bunyi henpon apa lagi merasa vibrato...kikiki~



Tapi perlu ke nak menjerit-jerit macam tu....kitorang dah mintak maaf ponnnn...bukannya buat bodoooo je....lagipun tak sampai sejam oke kitorang tinggalkan kereta...tapi dia nak marah macam kereta dia kena langgar je...hadoiii la~   kira bagus la aku letak nombor fon...kalau buat dekkk je?? hehh~ =_=




cik yam kata akak tu senior sekolah kitorang dulu....SENIOR???!!  hoh!! kalau perangai bengis mengalahkan mak tiri cinderella tak sanggup aku ngaku dia tu satu sekolah dengan aku! cis cis cis~   kenduri yang kitorang pergi pun kat belakang rumah dia je...tak jaoh ponnnnn~




Kalau ada jiran buat kenduri, tolonglah consider...tak perlu nak hangin satu badan bila ada orang lain park kereta mereka depan rumah kita...aku takkan marah kalau masa tu kereta aku memang dah ada kat luar pagar...yang jadi kemarahan orang bila kereta di blocked! tak boleh nak keluar rumah....!! masa kitorang sampai, kereta dia TAKDE dalam pagar!! faham takkkk?!! ngehh~ >_<




Kalau setakat lepas balik kerja/jalan², tiba² ada kereta tak dikenali park depan rumah, apa lah salahnya parking tempat lain dulu...takkan la orang tu nak letak kereta dia kat depan rumah kita sampai 24 jam kan?? mungkin masa dia sampai memang dah takde parking sangat...mungkin juga dia takkan lama singgah ke rumah sedara dia....tak salah pun nak consider dan berfikiran positif!!




 akak tu baru pakai nissan Grand Livina...kitorang bawak Myvi je....berlagakkkkkkkk!!! bapak aku pakai kereta lagi mahal tak pernah bising pun terpaksa park jauhhhhh dari rumah...kadang² jiran aku buat kenduri ayah aku terpaksa park kereta kat kedai depan rumah...kawasan kedai oke!! lagi bahaya kut....ni setakat park luar rumah sendiri pun nak kecohhhh!!!! grrr~




Kitorang memang rasa bersalah dengan akak tu...tapi bila dah mintak maaf banyak kali...BANYAK KALI OKE!! tapi dia still nak membebel, tengking² sume....hoiii jangan haraplah aku nak simpati...*haktuih!*






Bagi aku, cik yam and dodo, kitorang memang tak kisah kalau ada orang lain park kereta depan rumah...well kitorang pun pernah jugak buat kenduri...jasa baik jiran² amat diperlukan oke! ingat lagi masa aku bertunang...aku tengok sedara mara, kawan² ayah aku park kereta memang bersepah la kan depan rumah jiran²..tapi jiran-jiran aku semua faham...since kitorang memang dah bagitahu awal-awal nak buat kenduri....



Lain la kalau takde apa-apa hal, tiba² kau nak park depan rumah orang memang nak kena sembelih la kan....oh by the way rumah akak tu kat Sri Andalas, Serdang...rumah corner lot lagi...so pagarnya agak besar...kitorang blocked separuh je pun....jalan kat kawasan perumahan situ pulak memang agak sempit!!



Hipotesis kami::  
Mesti akak tu belum kawen lagi dan tak pernah buat kenduri atau tak berapa nak bermasyarakat dengan jiran-jiran...sebab tu dia tak faham sikap tolak ansur bila ada jiran yang buat kenduri...




Seriously aku nak tanya pendapat korang...teruk sangat ke perasaan menyampah korang bila ada orang lain park kereta kat depan rumah korang??  walaupun korang tahu time tu memang ada jiran korang buat kenduri???  =_=






p/s: sukati aku la buat entry gini....dah kau kenapa tak suka tapi sebok nak komen?? dah la tak tahu hujung pangkal cerita...mampos lah kau sensorang!! choii~! 

 

Nov 29, 2010

Sepagi Di Taman Botani~

Salam readers...
seperti yang dijanjikan semalam, berjumpa lah kita di pagi Isnin yang nyaman dan bahagia....haruslah bahagia, dah dapat update blog...internet laju wooo..kalah arnab *cisss setakat kerja curik tulang, kau kata bahagia??*   kah kah kah~  Welllllllll......kerjaku tak berapa nak banyak sangat hari ni...lalalalala~  =P


Sambungan dari entry lepas, since berukband di rumah adalah di tahap slow yang menguji kesabaran sebab tak boleh upload gambar (boleh tekan sini), makanya hari ni aku upload banyakkkkkk gambar-gambarku dan skandal-skandalku bersuka ria di Taman Botani sehinggakan pihak JAIS pun tak berani nak ganggu keghairahan kami bersama...wallaweyyy~  =P




Arrival jam 8am+...semangat tau bangun pagi di hari Ahad...phewww~
*aku malas nak rotate gambar...huhuhu~*




Niat di hati nak cari kat mana tempat nak sewa basikal...disebabkan tak jumpa dan tak tahu, makanya kami berjalan mengelilingi Taman Botani sambil bermesra-mesraan dan melihat bunga-bunga...oh indahnya suasana pagi di sana......posing pun haruslah macam nak buat video klip lagu cinta...auwww~  ^_^




Sungguh mesra kan?? siap berpegangan tangan...lalalala~  =P




Berjalan lah kami sampai ketiak jadi basah, kaki jadi lenguh (dah la tak breakfast lagi)....Pukul 10am baru tahu kat mana lokasi sebenar untuk menyewa basikal...adeh la~  (-_-")




OH sangat teruja mendapat basikal...akhirnya!! \(^_^)/    well ini kali kedua aku kayuh basikal dalam tahun ni...itu pun setelah beberapa tahun tak kayuh basikal...kesian kan?? huhuhu~  




 Dua jenis basikal disewa...satu single seat, satu lagi 2 seater (tandem)....bergilir-gilir naik...tapi aku conquer yang single seat je since montot aku macam sakit bila naik basikal jenis tandem ni...maklong lah takde lemak...tulang semata! tsk~  T_T


 

Check point yang ke berapa tah...letih weiiii kayuh basikal turun naik bukit...tinggi rupanya bukit-bukit dalam taman botani ni...=__=    




Muka ketat....memang rasa nak tercabut dah urat sarapku...ngehhh~  T__T
tapi pemandangan sangat cantik...whheww~  ^_^




Sewa basikal sejam je...RM4/hour (single seat) dan RM8/hour (tandem)....oke kan price tu?? ^_^
Dah la tak bawak bekal air...DAHAGA!!!  
habis je kayuh basikal, cepat-cepat jalan pergi kereta, cari kedai makan...lapar+dahaga = gila!!  hohoho~
Restoren kat taman botani mahal...tahap kesedapan pulak tak dapat dipastikan...so better pergi tempat lain... =)






weols makan kat Anis Sup Utara yang dekat dengan Mydin tu...precint berapa tah...aku rasa ada satu je cawangan Anis Sup Utara kat Putrajaya nih  ^_^    nikmat kaooo pekena orange jus...mMMmmM~





Kesimpulan dari kisah ini ialah, daku tersangat lah enjoy ber-exercise di taman botani...future plan mahu adakan aktiviti berbasikal at least sebulan sekali...hehe~   nak kasi fit maaaa...ada sesiapa mahu join??? mari mari kita sihatkan badan! *wink wink*


Bajet hari ni bakal sakit-sakit badan, jalan kengkang-kengkang, since aku ni pun dah lamaaaaa tak exercise..... But, surprisingly, sikit pun tak rasa sakit yu!! WOW!~   oh cuma montot aku je still sakit macam lebam...aku salahkan seat basikal yang keras dan berlekuk itu! tsk tsk~  T___T




Next time apa pula aktiviti kita wahai sayang-sayangku?? =P






psst::  Jangan lupa vote blog LIFE 101 k...klik SINI    ^_^


Nov 28, 2010

Lebih Baik Update Blog Di Office =_=

Sebab??

1)  kat rumah cuma guna berukband...lembab ya ampunnnnn~ grrr~ =_=

2)  bila dah lembab macam mana nak hasilkan entry yang menarik?? nak upload gambar pun TAK DAPAT oke!! grr grr~ >_<


3)  erm erm...oh ada dua je sebab yang aku dapat fikirkan buat masa ni...kui³~





Daku letih gilerrrr sekarang! pagi-pagi buta dah keluar dengan skandal-skandal pergi taman botani, Putrajaya...berjalan satu round sampai lenguh kaki, lepas tu sewa basikal.....disebabkan dah lama gilaaaaaa aku tak ber-exercise, haruslah terkezut segala urat sarap aku nih! montot pun sakit..seat basikal tu keras sangat kut...adeh la~ *salahkan basikal!*  sok pagi pergi kerja kompem jalan kengkang-kengkang....solat pun kena duduk je...dah macam orang tua!! tsk~ T__T



Takde mood nak update entry...apa lagi blogwalking...sob sob...harap maaf...akan ku langsaikan segala hutang blogwalking kamu-kamu itu esok ye...cerita pasal taman botani pun aku update esok....kat opis tenet lajuuuuuu....keh keh keh~  =P



Jumpa esok ye...ku mahu tidur! zzzzZZzzZZzzzZzzzzz~







psst::  Jangan lupa vote blog LIFE 101 k...klik SINI    ^_^


Nov 27, 2010

yoys.net Domain Giveaway









Kali kedua join contest yang hadiahnya merupakan sebuah domain...DOMAIN oke...bukan lagi dot blogspot dot com....tapi cuma dot com...atau dot net...auwwww~ =P


1st contest di entry INI....tak tahu la boleh menang ke tak....join aja...menang-kalah tu belakang kira! yang penting kita tunjukkan kepada pihak penganjur yang kita memang bersungguh-sungguh mahu menang! *wink wink*  \(^_^)/"  


Contest kali ni dianjurkan oleh encik Yoy...terima kasih atas undangan untuk join contest kamu...dah diundang baru reti nak join??  lalala~ =P



Syarat²nya begitu mudah...umpama 'kacang putih! '


1. buat entry pendek bertajuk  ”yoys.net Domain Giveaway”.  Di akhir entry letak ayat ni
domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network


2. like page aku, atau kalau taknak, add friend untuk memudahkan tau pengumuman pemenang.

3. komen entry ni berserta link penyertaan.






 3 SAHAJA??! wow memang kacang putih...huhuhu~


mari mari join...yang dah ada domain, tengok sahaja...lebih afdal jika kamu wish gud luck kepada saya...muehehe~  =P



Khidmat pesanan masyarakat.....


domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network


\(^_^)/







Peringatan::  Undian untuk blog pilihan malaysia 2010 masih berjalan...sila rujuk di link ini->  http://bpm-undi.blogspot.com/     tengok kat kategori Blog Personal Wanita Pilihan... lepas tu klik pada nama LIFE 101 OKE!! diulangi LIFE 101....rasanya dah cukup besar tulisan tu..lalalala~ =P



Nov 26, 2010

Mihun Goreng Beku

Mihun atau meehoon atau bihun??


Aku sendiri konpius dengan ejaan² bagi mihun...oke aku pilih 'mihun' sebab sangat mudah dieja dan tepat dengan pronunciation (sebutan)  ^_^


Pernah makan mihun goreng beku?? tak pernah dengar?? gila kampung korang ni...kah kah kah~ *lempangggg*


oke oke  kepada yang TERlepas cerita sensasi ini, boleh tekan SINI....


Perhatikan gambar² di bawah...sebelum tu, pastikan mata anda sudah dicuci bersih dan dapat melihat dengan jelas!




Ini ialah mihun......sila tatap betul-betul, dengan penuh teliti dan kasih sayang...=P


nampak sedap bukan?? *wink*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ini pula ialah ice cream coklat + Oreo!!!





Kalau masih tak pasti tentang perbezaan gambar² di atas, sila jangan malu, jangan segan, scroll ke bawah dan ke atas banyak² kali....nak bagi sampai tercabut bebuli tetikus pun takpe...ngerti?!


Aku tak terfikir langsung ghope ice cream boleh bertukar jadi mihun...?? hahahaha...gila kreatip imaginasi korangggggg...auwww~



oke fine! sekarang aku redha....aku akui memang ada la sedikit persamaan gambar mihun dan ice cream itu...itupun setelah menatap gambar ice cream-mihun itu selama lapanjam! lama kan??? (-_-")


Lain kali aku beli ice cream lain...aku cuba snap...tengok apa pulak yang korang komen...ngee~  =P






Peringatan::  Blog daku telah tercalon bagi Blog Pilihan Malaysia 2010...start jam 10pm dah boleh mula undi...meh meh undi blog aku ye...jasamu dikenang...shayangg kamu ketat-ketat! KLIK SINI untuk mengundi....*wink*  \(^_^)/   *thanks kak Diana calonkan blog saya  =) *










p/s:  Aku sedang bergomol dengan skandal²ku di Apartment Ilham, Shah Alam...tolong jangan report JAIS, JAWI dan yang paling penting, tunangku, dak encem...aku mahukan privacy...lalalala~  *lempanggggggg*


Bukan Stokin, Bukan Kasut...Tapi Sama Spesis Dengan Stokin dan Kasut....


Sekarang ni cuaca tak menentu kan...kadang² panas terik sampai sakit kepala...
Kadang-kadang hujan selebat-lebatnya dengan angin kuat sampai terpaksa membungkus diri di dalam selimut sewaktu tidur...






Itu kalau kat rumah oke lagi ada selimut...kalau kat opis?? dengan air cond lagi...brrrrrr~ >_<


Sesetengah orang lebih suka balut badan mereka dengan selendang pashmina since kain pashmina pun agak tebal dan nampak lebih stylo...*kau nak pergi kerja ke buat fashion show?*  lalalalalalala~  =P





Takpe, imej itu penting especially yang pangkat pegawai tu kan...huhu~   Tapi kalau orang yang takde lemak dalam badan macam aku ni, jangan harap la boleh panaskan badan dengan kain sehelai macam ni...mesti nak sweater yang tebalnya seinci baru boleh jalan proses pemanasan badan (-_-")


Tapi selalunya kalau sejuk, bahagian paling sensitif ialah kaki...bahagian badan kureng sikit nak terasa sejuk...mungkin lemak di bahagian perut sudah cukup banyak untuk menyerap segala kesejukan  =P


Jadi aku cuma pakai 'kasut sejuk' sekiranya kesejukan di opis...berjaya dipraktikkan masa kerja kat Putrajaya dulu...memang berkesan! weehhuuu~  \(^_^)/







Comel kan? teehee...makcik aku belikan masa dia ke Mekah tahun lepas...ye sudah lama 'kasut' ini berkhidmat untuk aku...terima kasih kasut kerana berjaya memanaskan kakiku ketika sejuk...mmuuaaxx!
Aku tak tahu kat mana lagi ada jual 'kasut' ni...sebab aku tak pernah cari...ngeeee~




Motif entry::  Kakiku tengah sejuk sekarang! T_T









p/s:  hari ni lunch mekdi!! senior lanje...wehuuu~  setelah sebulan tak makan mekdi...nyummm~  ^_^

Nov 25, 2010

Kimtal B Ada Menu Baru!! yeehaaaa~

 gambar takde kena mengena...aku saje nak tunjuk yang aku dah pandai pakai shawl yaww...kah kah kah~  cepat cakap comel sekarang!! 
lalalalalala~  v(^_^)




Oke memandangkan aku ni dah jadi regular customer kat Kimtal B, haruslah update perkembangan terbaru kat restoren ni...walaupun tak dapat royalty....ikhlas itu lebih baik..ecewahh~  =P



Dari minggu lepas member aku ni duk mengidam ice cream...kat Kimtal B ada la menu roti bakar pehtu letak ice cream atas roti tu...serius sedap! Tapi bila kitorang order, dorang jawab, "ice cream takde sekarang...."  memang kecewa lah kitorang kan...ish ish ish~  sampai hati dorang...



Then semalam, kitorang perasan menu ice cream dah takde pun dalam buku menu....lagipun ice cream kat sini tak variety...even banana split pun nan ado...ish~  --'    So kitorang pun macam redha je lah kan, "mungkin kena pergi 7 eleven je untuk beli ice cream.."  bisikku dalam hati...ecece~  =P



Tiba² ada seorang jejaka, chinese man lah datang kat kitorang mempromosi product terbaru....


ICE CREAM lah!! apa laghikkkkk! yeahhuuu~   Dan disebabkan begitu teruja melihat ice cream nya yang ala ala ice cream di ice room, kami pun terus order semangkuk ice cream coklat...mMmMmmm...*cuba bilang berapa banyak perkataan 'ice cream' dalam ayat tu?*  (-_-")





 "serius ke macam ni ice cream dia yana??"

HAHAHAHAHA~

weiii aku tau la aku guna camera henpon je...jangan la bersikap terlalu sarkastik...grrr~

bak kata pepatah kesultanan melayu Melaka, "don't judge a book by its cover"  ^_^

 Sedap ice cream ni...buatan sendiri...nyum! nyum!






oke ini gambar close-up...nampak tak biji-biji hitam yang macam tahi lalat itu?? oh bukan tahi lalat...itu ialah biskut Oreo derrr~   kotor siott otak korang....lalalalalalalala~  =P


Harga semangkuk RM7.90....semalam adalah sesi test market makanya product ini belum diletakkan secara rasminya di dalam menu Kimtal B....nak bayar pun kena asing-asing...well agak berbangga sebab jadi orang terawal merasa menu baru Kimtal B...weeee~ \(^_^)/


Ada banyak jugak perisa sebenarnya...tapi aku tak ingat daaa...sila lah melangkahkan kaki anda sendiri ke tempat ini...


sekian! ^_^









p/s:  Sekarang dah macam gila mekap/shawl...sejak bila tah aku ni mengikut arus perkembangan fashion...hahahaha~   semalam je aku dah borong mekap e.l.f, beli direct from US...kena tunggu dalam masa sebulan kut baru sampai....dah sampai nanti aku story wokeh! cheers!  ^_^


Nov 24, 2010

Lagi Sebab Kenapa Wanita Perlu Mengahwini Seorang Jurutera

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, "adakah anda sudah berkahwin?"


Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.


Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin


Rizal : Sekali sahaja.,


Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,


Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, "Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?"



Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan


Peguam : Erkk..



KAH KAH KAH KAH KAH~


 Dah dua kali rasanya aku buat entry mengutuk ala ala mempersendakan lawyer...baca sini...hihihi~

ops ops...aku bukanlah anti lawyer hokay! ada je sedara mara dan kawan²ku bekerja sebagai lawyer....saja suka-suka share jokes....rasa tak bermakna hidup ni tanpa gurau senda...ecewahhh~

Aku tak jumpa lagi jokes untuk engineer...kau ada?? miahahaha~    well kalau ada meh lerr share dengan aku...nak jugak tengok apa kritikan dan hinaan  gurauan yang diberi kepada para jurutera....lalalalala~  =P









p/s:  Biasa baca komen orang...tapiiiii hari ni aku pulakkkk yang dapat masalah tu...KENAPA TAK BOLEH UPLOAD GAMBAR??!! grrr grrrr~  >_<


Nov 23, 2010

WHY GIRLS SHOULD MARRY AN ENGINEER

Dipetik dari Facebook tapi telah diubahsuai kepada versi yanamib...sekian!





Meh aku inform sket kenapa para gadis-gadis sunti yang comel dan gojes macam aku harus berkahwin dengan seorang jurutera instead of lawyer, businessman, orang seni (artist) atau perubatan (doktor lah)...Terdapat 3 kelebihan yang akanku jelaskan pada kamu-kamu sekalian oke...ehemmm!




Advantage 1: Secure lifestyle



An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.



Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan.

The arts graduate is still looking for a job.

And the medical school graduate is still living in a hospital.





Advantage 2: Unmatchable industriousness



An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. 
You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. 
So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. 
Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy 
(e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) 
And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.



Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending.

The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you.


And you know what, it's really so easy to make engineers believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.





Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.


Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - 

The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, 

and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.


Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs and too dumb to lie to you... Plus, they are cooler than the others.







just joking oke! sila jangan sentap-sentap...walaupun hakikatnya aku agak setuju dengan pendapat orang yang buat research ni...especially yang nombor 3 tu....KAH KAH KAH~  =P




I lap yu too laling!! auwww~  v(^_^)

sangat hot dan cool dak encem saya....


Nampak sangat entry ni bias kan...kerana bukan sahaja dak encem, tapi ayah daku juga seorang engineer...lalalalala~










p/s:  Hari ni tak payah attend meeting....horaayyy! hoorrayyy! \(^_^)/

Nov 22, 2010

Tak Habis-habis Kisah Dr. Rozmey

Terus terang aku katakan....aku BUKAN lah peminat dr Rozmey...jadi kepada peminat-peminat beliau serta filem terbaru beliau, 2 Alam, sila jangan baca entry daku ini....walaupun aku takde nak mengkritik beliau, cuma takut la ada yang TERsalah faham  *nampak tak nada fobia di situ?? =_=*


Well siapalah aku nak mengkritik seorang Dr??  dia dah cukup hebat...aku ni kerja pun jadi kuli je...ada hati nak kritik orang...poorraahhh!   gitu kannNnnn~  =P





gambar takde kena mengena...tolonglah jangan percaya background tu...masa ni aku terjah sarang burung layang-layang kat Sabah..lokasi memang di dalam hutan dan keadaan masa ni memang dah maghrib...weehuuu~  >_<





Ada sesiapa yang dah tengok 2 Alam...care to share?? *wink wink*
tengok trailer macam menarik....tapi kat beautifulnara lain pulak kisahnya...jadi kesimpulan yang aku boleh buat, tunggu je lah filem ni keluar tv raya cina nanti, tak pun raya aidilfitri tahun depan, takpun download aja...aci tak?? ngee~ =P    eh korang jangan la ikut style aku...kalau rasa-rasa nak tengok kat wayang pergi je la derrr...ish ish ish~  >_<


Sebenarnya kan, aku nak share video lawak ni dengan korang...dah dua orang blogger upload video ni...aku pun taknak melepas jugakkk! lalalalala~


serius weiii lepas tengok video ni terus tak ingat yang hari ni adalah hari Isnin...ngerti?! =P






Dah tengok??  masih terasa monday blues??
well kalau masih terasa silalah berjumpa dr. Rozmey physiology dengan kadar segera!  EHH?!!  



peace! peace!  v(^_^)



Apa-apa pun aku nak ucapkan good luck to dr. Rozmey dalam mencapai impian beliau itu...confident level macam tu lah yang patut kita contohi...walaupun dak encem sendiri menyampah gilerrrr dengan confident level yang aku ada sekarang ni...bahahaha~   Benda-benda macam ni kita kena fikir positif beb! positif! suka baca komen yang juga positif dari artis lain...klik SINI~ *wink*  ^_^


hei ini TAK bermakna aku minat dengan dr. Rozmey oke!! sekadar berfikiran positif! jauh sekali nak jadi peminat beliau...harap maklong!!



Nov 21, 2010

Masih Ada yang Ingat Kat Aku...huhu~


Macam dah lama gilerrr tak main pass-pass award...mujurlah ada lagi yang ingat nak sedekah award kat aku kan...hehehe~   tenkiu beri beri much to mizz Rima kerana sudi passed kan award ni kepada saya...mmuaaxx! ♥



Ingatkan selama ni aku syok sendiri je....kalau dah dapat award yang terang-terang memuji blogku ini santekkkk...maka bertambah laju degup jantung berdenyut sambil hidung dikembang-kempiskan tanpa rasa malu..hinssfff hinssffff~  =P



Lepas dah tepek award dan berbangga-bangga diri, haruslah menjawab beberapa soalan yang tak berapa nak mencabar macam amek exam kat kolej...ngehh~  ^_^



1) berikan satu nickname untuk saya

yanamib

tu kira nickname untuk alam maya lah...selamat berkenalan semua! hihi~  =)




2) ucapan untuk pemberi award ini

aku baru je berkenalan dengan awek ni...ecece...jadi aku cuma mampu mengucapkan terima kasih kerana memberi award ni kepada saya....arigato gozaimasu!! ^_^




3) berikan 6 fav artis/singer/group yang korang minat

- Anjang Aki *haruske? =P*
- Faizal Tahir
- Tokyo Hotel
- Taylor Swift
- Paramore
- Eminem  *dia sangat hensem!*





4) tag award ini kepada 10 orang blogger / follower

ishhh~
aku ni lemah la bab tag-tag ni...huhu~
kalau taknak pun boleh kan??ngee~
Jadi pada sesiapa nak buat tu silalah buat dengan seikhlas hati...mana tau takde idea nak update apa...layan je la tag ni kan...teehee~  =P




*********************************************


Award kedua datangnya dari hincek Mata Hati...

Beliau memberi award kepada semua orang yang singgah blog beliau lah..huhu~

Terima kasih bro!









Sekian...itu sahaja!

peace! v(^_^)









p/s:  masih dalam mood holiday...  ^_^


Nov 20, 2010

Review: Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1


Entry auto publish since aku di Segamat sekarang...bercuti sakan! weehuuu~





Korang dah tengok Harry Potter?? huish kalo tak tengok lagi, sila lah ke panggung wayang dengan kadar segera...hihi~   movie ni memang favvy aku...dari Harry Potter kecik comel-comel sampai dah macam bapak orang gayanya, aku still minat movie ni...aku tak baca novel sebab femalas kan....ngee~ =P



Aku tengok movie ni hari Rabu lepas...1st day movie ni keluar dah semangat sergah TGV kat Mines...nampak tak betapa minatnya aku dengan Harry Potter?? ^_^
Aku tak booked awal pun tiket...walk-in je...memang nasib kami (aku dan dak encem) adalah sangat baik malam tu....



Bayangkan lah, sampai Mines dah pukul 8.30pm...wayang pun start 8.30pm...mula-mula fikir kalau tiket dah habis atau takde seat kosong/best, nak beli je la tiket untuk tengok keesokan harinya.... sekali bila staff tu tunjuk kat skrin monitor, elokkkkk je ada 2 seat kosong...dan yang pasti bukan baris depan oke! so apa laghikkk?! teruslah kebasssss tiket malam tu jugakkkk! weeeeeeeee~  \(^_^)/



Kitorang terlewat beberapa minitlah sebab beli makanan lagi...dak encem lapo...sian dia...nak tunggu habis wayang baru makan memang tak dan lah..kang prot masuk angin lagi haru...huhuhu~   Cerita dah start masa kitorang masuk panggung...eh tak kisah lah nyah!  



Takkan nak soh aku cerita kenapa aku kata movie ni best?? tak suspen yu! yang aku boleh cakap, movie kali ni banyak scene yang kelakar...memang enjoy gilerrrrr lah tengok...err pernah ke cite Harry Potter tak enjoy?? agagagga~  =P    meh meh aku tunjuk antara scene-scene yang ada dalam movie kali ni...mengikut kronologi lagi tau....aku takkan letak caption sangat sebab nanti tak surprise daaaa...huhu...





ada simbol Illuminati la dalam movie ni...ngehh~  @_@




Semua orang jadi Harry Potter?? kenapa? kenapa?



 

 ehem ehem..yang belum kahwin sila jangan tiru aksi macam ni...nak kena babap!! haiippp! >_<





 Hermoine Gringer atau nama sebenarnya Emma Watson yang semakin cantik dan hot...suka lah tengok muka dia...sweet! ^_^






EHHH?!!!   hehehe~
oh aksi ni tiada dalam movie oke!  aku amek kat web mana tah...terjumpa masa search gambar² lain kat Google lah...*wink*   sian Emma, letih kut nak tunggu habis satu scene...ngehehehe~  =)




dah la tu kan...nak tahu lebih lanjut sila tengok sendiri! lalalalalala~   v(^_^)


overall cite ni aku bagi 120/100 stars!! auuwww~  ♥♥♥♥♥





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015