Oct 31, 2010

Pesal Orang Muar Cakap Macam Cacat je??

Korang klik blog aku sebab apa? tajuk yang macam harem demi menyakitkan hati orang lepas tu gadoh-gadoh macam penyokong² Kelantan atau sebab nak tahu apa yang nak kutuliskan??

muwahahahahaha~  *evil laugh*

oh sebelum tu, tahniah la buat Kelantan sebab menang semalam...aku baca status fesbuk kawan², dorang komen pasal penyokong² Kelantan yang macam biasa dengan sikap yang takde sivik!! Still nak baling² mercun sume *walaupun dah menang..apakah?*  Tapi mercun terkena penyokong sendiri...KAH KAH KAH ~ Lepas tu seat diorang lebih SHELEKEH!  *banyak sampah*

Penyokong² negeri Sembilan adalah lebih beradat..cool jang cool...bahaha~  *nampak sangat ayat tu terlebih bias!* =P

Oke entry ni takde kena mengena dengan aku nak bergaduh dan membenci dengan orang² Kelantan..sebab bukan semuanya takde sivik dan kurang bermoral...dan aku cuma quote status kawan²ku di facebook...harap maklong! v(^_^)

Sambung balik.......

Semalam aku ke Johor...tengok uncle ku kawen...bini dia orang Serani..cantik kaooo~  ^_^   Congratz pacek Syafiq!! *umur dia baru 25, tapi pangkat pacek daaaa~ huhu~*

Masa kenduri tu, DJ yang handle PA sistem menemuramah setiap pengunjung...ada sekali tu dia interview orang Muar...Salah satu soalan dia yang buatkan aku tersenyum lebar ketika sedang mengambil nasi ialah


"kenapa orang Muar suka sebut 'ek' dalam setiap ayat dia??"


HAHAHAHAHAHA~


kalau tak caya dan nak tahu lebih lanjut, korang pi baca blog Along Tapa...cuba kira berapa banyak perkataan 'ek' dalam post dia....KAH KAH KAH~   sila jawab Along, kenapa ko suka cakap 'ek'?? =P

Weh Along, seyes lepas DJ tu cakap macam tu, aku terus teringat kat ko...sebab tu tak tahan nak ghelak...tapi kang orang kata aku gilo! so aku senyum je laaaaaa....hehehehehehe~  v(^_^)
Anggap je la ni proses mem-fofularkan blog ko....ek...KAH KAH KAH~

ye aku memang suka bergaduh dengan beliau sebab dia sukaaaaaaa nak rebut title comel dengan aku...lalalalalalala~



Kepada hencek Ayul, entry untuk ko juga akan menyusul..mamat ni sukaaaaaa nak menyengal dengan aku...dengki!









p/s:  Hari ni aku busy attend kenduri kawen daaaa...harap maaf ye kalau tak dapat buat lawatan balas ke blog korang and balas komen² korang..ada masa nanti aku try terjah k...love ya'll!  mmuuaxx mmuuaxxx~

Oct 30, 2010

Dugaan Alam PerTunanGan

Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin / terpaksa dilalui itu?

Selama ni kita ingat dugaan tu datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan, ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan seseorang tu.

Tapi hakikatnya, ujian dan dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan bukanlah berpunca daripada orang atau pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah bertunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham, ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan.

Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar , bercium - ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai.

Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka, "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?".

Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah..

Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan anda, bahawa, dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri.

Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut.

Ye lah.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?? kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu..

Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.




Sumber:: Maskahwin.com




Peringatan untuk aku juga  *wink*


Bakal abang ipar aku cakap, "prektis je gadoh sekarang..nanti dah kawen tau la camne nak handle bila gado gado..."  lebih kurang gitu la ayat dia...ngehehehe~  aku suka gado dengan dak encem...baru thrill beb!  Hari² nak romantik, bosan! lalalalala~   v(^_^)






Kalau nak tengok aku kawen cepat, sila tolong jana kewangan aku...klik SINI  

*walaweyyy dah pandai biznes sekarang..wewwiittt~ =P*




Oct 29, 2010

Anjang Aki dan Saya.....

Disebabkan ada di antara kawan-kawan aku yang masih tidak tahu latar belakang keluargaku, makanya TERpaksa buat entry yang berunsur riak dan menunjuk-nunjuk....muwakakaakakaka *lempang*  @_@



Ekceli aku takde la mengharap semua orang sibuk amek tahu hal keluarga aku...sekadar general knowledge...kalau dah rapat dengan orang tu, takkan taknak amek tahu siapa family members dia kan?? Masalahnya bila dorang dapat tahu perkara sebenar, mesti akan keluar statement macam ni,


"lorr ni atok ko ke?? ko tak pernah cerita pon..."



HAHAAHAHAHA....kang aku cerita korang cakap macam ni pulak,


"apa motif ko cerita siapa atok ko??"



"dia nak publisiti la tu sebab atok dia artis..."



AAaahhHHhh persetankan semua itu! Hari ni aku nak cerita jugakkkk pasal atok aku...TAK KIRA!!! lalalalalalalala~
 

eh kalau rasa menyampah sila klik butang pangkah 'x'  kat atas tu oke! tak perlu baca sampai habis, lepas tu rajin sangattttt nak taip komen...shuhhh shuhhhh~


oke sambung balik.....


Nama penuh atuk aku ialah Haji Baharuddin bin Haji Omar...korang pernah terfikir tak kenapa nickname aku yanaMIB?? bukan Men In Black oke..aku ni gadis sunti lagi ayu dan gojes, bukan laki woii...!! cis CIS cis  *tacing*


MIB tu stands for nama ayah aku + nama atok aku....Muhammad Imran bin Baharuddin = MIB...ngerti?? v(^_^)    Ini je lah satu-satunya atok yang aku ada...Nenek pun dah takde..nenek tiri je ada...huhu~  jadi tak salah kan aku nak ber-bangga-bangga dengan beliau?? *wink²* =)   Takkan nak tunggu dia dah takde baru nak buat entry ala-ala penghargaan (kunun)?? Di Mana Kanku Cari Ganti.....  *apakah?*>_<




Layannnnnnn.................~




 :: First time ikut atok pergi shooting (2009), kat Plaza Damas, Hartamas...first time dapat tahu cara pelakon-pelakon bekerja...first merasa pengalaman berlakon...hakhakhakhak~ =P   masa ni shooting drama apa tah...tak keluar tv pun...tak tahu la apa jadi dengan drama ni...ngee~
*aku tak pernah buat entry pasal ni kan? masa ni tak berapa nak addicted blogging macam sekarang..hehe~ *  ::





:: Sekitar majlis convocation-ku (2009)...thanks atok sudi datang..!!   ::





:: Sekitar majlis penganugerahan DIMP di Istana Pahang (2009)...congratz atok! ^_^   Entry penuh pasal ni boleh lihat DI SINI  ::






::  Sekitar majlis pertunanganku (2010)...sepatutnya atok jadi jurucakap, tapi dia kata dia sedih sebab aku cucu sulung...dan cucu pertama yang bertunang...ngehehehe~ *wink*  ::






::  Jamuan hari raya dan majlis santai bersama keluarga kat rumah macek aku kat PJ (2010)...1st time dengar atok karok...ngee~  ::




Birthday atok aku dah lepas...12 July...Umur atok pun tak ingat...hahahahampeh! yang pasti belum 80 lagi la..tapi almost...hehe~  Cucu² atok ada 18 orang tak silap...well I'm the first...hinsff hinssff~    and atok ramai cucu perempuan...yang laki ada 3 orang je kut...tak hengat daaaaaa...hohohohohoho~

Terus terang aku katakan, bukan seronok sangat pun jadi cucu artis...aku banGGa dengan atok aku...tapi seronok?? erm erm...macam kena kongsi² kasih sayang dengan ramaiiiiiii orang...ramai yang mengaku bersedara dengan atok aku....motif?? *sendirimauingat*   nak kena jaga hati dorang jugakkk...kang kena cop sombong...letih nak layan!

*whatever!*

Yang pasti, atok aku tau aku ni cucu yang paling degil gojes lagi meletoppppsss!! miahahahahaha~    *cousin yang lain sila jangan jeles..hinssff~*


I LOVE YOU ATOK!

Semoga atuk dikurniakan kesihatan yang maksimum dan terus berjaya dalam industri yang atok ceburi.. *atok tak bagi cucu-cucu dia berlakun...keje gila katanya...hihihi~*

mmuaaxxx!  \(^_^)/








p/s:  Patutnya entry ni aku nak publish esok...tapi tadi atok call aku, nak ajak minum...tak dapat nak join sebab dia kat Shah Alam...aku keje kat Puchong...=_=   tu yang terus teruja nak publish hari ni jugak! ngehehehe~  Malam ni aku pergi Johor...stay kat area Danga Bay...esok ada kenduri kahwin...Atok will be there too...later aku cerita pasal Johor pulak ye...peace!  v(^_^)


Oct 28, 2010

Pegang Kuat-Kuat ye....


Pada suatu hari, Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.


Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.



Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUMMMM!!!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.



Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."






hehehehehehe~   sayangilah nenek-nenek anda...aku ada nenek tiri je...huhu~



peace! peace!  v(^_^)



Oct 27, 2010

Checklist Sebelum Kahwin

ewah ewah...macam dah tak sabar sangat gayanya....hohoho~   checklist adalah wajib ye tuan-tuan dan puan-puan...takut la terlupa...tak pun untuk buat bajet-bajet...ngee~

Sila-sila tengok checklist yang saya dah buat...Ekceli aku rompak je dari fesbuk kawanku..ngehehe~





Something missing??

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Cuba baca elok-elok....satu-satu...

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

yang pergi scroll down buat apa?? scroll up balik la..!! baca balik apa yang tak kena...ish³

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

*

dah tau apa yang tak kena dengan checklist tu?? *wink*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



wallaweyyyy takde calon laki laghik ghopenye aku nih?!!! 

haiiyyoooo camno nak kawen?!! >_<





huakakakakaka  statement yang sangat ting tong *dush dush dush*  @_@








*Aku ada dak encem oke! harap maklong! *







p/s: Entry aku hari ni semua main-main je kan..huhu~  bosan la!! rasa nak main mekap-mekap, tapi takde mekap kat opis...hahahahaha~  *apakah?*  =P


Berbudi Bahasa atau Perasan??

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak.
Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda.
Seketika kemudian pemuda itu bangun.

Namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.

Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."

Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau ?!! Apa punya perasan lah dia ni!!!"







HAHAHAHAHAHAHAHA~ 


Moral of the story....jangan perasan cantik sangat...eh?! =P


*budak kecik yang comel itu adalah cousin aku..*









p/s:  Senior aku mc lak hari ni...jadi malas nak buat kerja...adeh la >_<    oh mambang rajin, silalah rasuk jiwa gua yang semakin tebal diselubungi mambang malas....ngeee~ 

Oct 26, 2010

Jenis Pakaian Ketika Panas

Salam readers...

Kalau korang tengok aku update lambat, dah petang/malam, means aku takde kat opis la tu...padahal boleh je nak buat auto publish...time weekend rajin lak aku set auto publish...takmo kacau waktu tido la kununnya..hakhakhak...abes waktu keje boleh lak kacau kan?? ngee~  *lempang..dush dush dush~*

Pagi tadi aku ke site, Giant Kemuning Utama lagi...last week inspection biasa-biasa je...hari ni wakil dari Bomba pun datang...nak make sure bangunan tu betul-betul safety...letih wooo berdiri lama²...isk T_T

Setiap kali pergi site mesti cuaca panas terik...sampai basah la ketiak...erk! =P    so kena pandai pilih baju yang kainnya menyerap peluh...means bila berpeluh takde la nampak ketara baju tu basah kan...buat malu jek...dah la ai ni anak dara gojes...kalau kontraktor² nampak ketiak ai basah...perghhhhh mana wa nak letak muka bapak wa?! >_<

Lagi satu baju yang dipakai mesti mempunyai sistem 'ventilation' yang mantop! means senang la angin nak keluar masuk dalam baju tu...ngehehehe~   Aku pernah pakai kemeja masuk site, balik tu badan berlengas wooo! melekit toksah cakap la...geli!! rasa nak terjun sungai Tekala...erm erm sungai lain pun oke..janji sungai la...sebab air sujukkkk! nyamannnn! ^_^




HAHAHAHAHAHA~  apa ko gilo nak suruh aku berspender je?? grrrr~




Inilah baju pilihan saya!! well memang mengikut kriteria lah supaya angin mudah keluar masuk dan tak kan nampak basah bila berpeluh *wink*



**

**

**

**

**

**

**

**

**



blouse je daaaaa...huhuhuhu~  seluar kena pakai yang cerah..kalau boleh sama kaler dengan debu lah...last week aku pakai seluar kaler hitam, memang nampak kotoran, debu-debu kat seluar tu...kalau tersandar kat dinding atau terduduk kat simen, habis bertepek la peta kelabu kat montot...kuang kuang kuang~  >_<

Kasut tu bukanlah safety boot ye...bangunan ni dah siap, so tak perlu nak ber-safety boot dengan helmet bagai...hehe~  tu but biasa yang aku beli kat Black Hammer, Serdang...ala area pasar malam tu..RM100 je oke (after diskaun). Kalau kat Alamanda, kedai biasa-biasa yang takde jenama pun dah RM200++...membazir! Aku beli kasut ni pun sebab convenience...bawak pi meeting pun sesuai, jalan² pun sesuai...tak payah beli banyak² kasut..aku lebih prefer pakai sandle je...sebab bila pakai kasut kakiku sukar bernafas...lemas!!@_@






Setiap kali masuk site, haruslah kasut, seluar semua kotor kan...seluar aku tu kotor kat bahagian bawah sekali...adeh...



Untuk mengetahui dengan lebih detail tentang inspection di site, boleh klik DI SINI...



Lepas habis inspection, dalam 1.15pm macam tu, kitorang lunch kat Pizza Hut!! yummieeee~  oke yang tu kena tunggu entry lain...ku prepare khas untuk contest sekali...lalalalalalala~









p/s:  Macam nak shopping blouse lagi la..nak cari yang kain cotton atau jenis nipis tu...sejuk sikit bila pakai masuk site =)


Oct 25, 2010

Gambang Resort

Last weekend aku ikut ayah aku pergi Pahang....biasanya aku tak suka ikut parents aku pergi sana...hehehe~  Tapi disebabkan insiden itu, aku terpaksa pergi..for safety gitu...

Kitorang stay kat Gambang Resort...First time jejak kaki kat tempat ni...Cantik! accomodation pun selesa...layan je la gambar yang aku amek guna BB je...belum mampu lagi beli camera..-__-






 :: Kitorang stay kat family suite...ni living room ye..ada dua bilik + 4 beds + 2 bathrooms...katil dia besarrrrr! nak sumbat 8 orang dalam suite ni pun boleh...*wink*  ::



oh before masuk bilik ni aku ada kesukaran untuk bukak pintu...bukan pintu tu yang bermasalah, tapi aku yang TAK gheti!! hakhakhak...biasanya kalau pergi hotel, untuk bukak pintu kita masukkan kad kan?? ada lobang kat pintu tu untuk masukkan kad...betul??

Tapi kat sini mana ada lobang²...puas aku cari lobang kat pintu...sekali kena touch je daaaa~  macam touch kad untuk bukak pintu opis tu..haaaa gitu lerrrr...ngehehehe~

Well masa sampai tu dah tengah malam...mata pun dah ngantuk...tak nampak instruction kat belakang kad...ngee~  very the kuno lah aku ni...teehee~  =P





 :: Ini adalah dapur...macam standard apartment, masuk² jumpa dapur dulu...then baru living room..  ::





 :: Ini bilik aku dan adek aku...besar kan katil dia...puas tidooo!! weeeeee~  \(^_^)/  ::






 :: view dari arah katil...toilet ada kat hujung belah kiri tu ye..aku lupa nak snap...huhu~  ada satu almari baju, 1 meja mekap...oke la tu kan...erm sila abaikan model tak bertauliah itu...adek aku tu (-_-") 
Bilek ni betul² opposite master bedroom...*sila lihat anak panah* wink* ::





::  Menerjah bilik parents aku...saiz katil adalah sama macam bilik aku...cuma saiz bilik beza sikit..master bedroom haruslah besar kan...pastu view pun cantik...tingkap tu mengadap kolam ikan + swimming pool...nice! ^_^ ::





 :: Toilet di master bedroom...basically design toilet di kedua² bilik adalah sama...takde bath tub ye..shower je....^_^  ::





 :: Our balcony...setiap bilik kat sini memang ada balcony...bolehlah bersantai² sambil usha pakwe sedang bermandi²an...opsss! =P  ::





:: View dari balcony suite kami ::




Since kitorang dapat suite for family of four yang berharga RM300++ per night, makanya kupon breakfast juga adalah untuk 4 orang...ada juga suite for famili yang berharga RM200++ per night tapi kupon breakfast untuk 2 orang je lah....

*penginapan kami ditaja oleh SEMSAS....thanks!*


Kawasan sekeliling resort ni aku lupaaaaaaaaa nak snap gambar...serius lupa! hehh~ (-_-")
So korang just KLIK SINI je untuk view kawasan resort oke...^_^

Resort kat sini menggunakan konsep apartment dan lebih kemelayuan...kebanyakan visitors yang datang pun dengan group yang ramaiiiiii...lepas tu kemudahan dewan pun ada disediakan untuk sesiapa yang nak anjurkan program apa²...


Komen aku selama stay kat sini selama satu malam, ada dua je *wink*::

1)  makanan tak sedap! hahaha well aku ni memang cerewet bab-bab makan ye...nasib lah free...time lunch kitorang pi kenduri kat Beserah..so save lagi duit lunch...cuma belanja minum petang je..program ayah aku habis lambat nau...so lepak kat cafe sampai pukul 6pm...tak boleh nak lepak kat bilik sebab check out time is 12.00 noon..itupun kitorang check out agak lambat..dah pukul 2pm baru keluar bilik...huhuhu~

2)  WiFi services ada kat lobby and cafe je...so kena turun pi cafe baru boleh main tenet...sebab tu aku tunggu dah check out baru online...selagi boleh stay dalam bilik, stay lah sampai lebam! muehehe~  Wi-Fi dorang pun takde password...maybe sebab tu dorang limitkan tempat untuk ber-tenet  =P



Overall tempat ni memang best lah! best kalau pergi ramai² sebab banyakkkkkk aktiviti outdoor yang disediakan...kalau buat family day pun menarik jugak...

Silalah plan cuti-cuti anda ye...akhir tahun ni mesti ramai plan nak pi holiday...cuti sekolah lagi...wow! ^_^









p/s:: Hari ni aku duk opis sorang²...bosan....sebab tu rajin update blog...lalalalala~  =P

Will.i.am Tubuhkan Tabung Perumahan Untuk Rakyat US...wowww!!



Kenal tak Will.i.am?? Nama betul is William lah kut...huhuhu~   ala penyanyi dalam group Black Eye Pease tu...manis gak senyuman mamat ni sebenarnya...teeheee~  =P

Semalam aku tengok Oprah Winfrey Show kat channel 702...topik yang menarik...dorang membincangkan macam mana keadaan sebenar yang terpaksa dihadapi oleh rakyat di USA since bermulanya kegawatan ekonomi pada tahun 2008...

Kalau kat Malaysia, bila kita beli rumah, itu sudah sangat menguntungkan bukan? sebab value rumah bukan makin turun macam kereta atau barangan elektronik...malah makin naik setiap tahun...especially bila ada supermarket atau hypermarket dinaikkan di kawasan perumahan tu, lagi lah bertambah² tinggi value rumah kat kawasan tu...betol??

Tapi di USA, maybe negaranya terlalu besar, harga rumah kat sana ada yang jatuh...mungkin juga tengok tempat...

Dalam rancangan semalam, ada 2 keluarga malang yang dipanggil Oprah untuk menceritakan kisah duka mereka yang terpaksa menggadaikan segala harta simpanan mereka demi membayar hutang perumahan kepada bank...sampai satu tahap, mereka tak mampu nak bayar hutang, sampai bank kena tarik rumah mereka...


Tapi nasib kedua² keluarga ni terbela setelah Will.i.am merelakan diri membayar semua hutang² mereka iaitu USD250,000 dan USD100,000.........total amount yang beliau tolong bayarkan is USD350,000..!!! perghhh...banyakkkkkkk oke!! keluarga yang malang tadi terus berubah jadi keluarga yang bernasib baik sebab terpilih oleh Oprah dan Will.i.am yan g sudi membayar segala hutang meraka...ffuhh!! pengsan jap bila tengok...@_@

Jadi pada sesiapa yang tidak menonton Oprah, sila tengok video di bawah...betapa terkejutnya semua orang dan tak sangka betapa baiknya hati Will.i.am.....














Dah tengok?? dah pitam??  muehehehe~


Mungkin aku juga akan menyimpan impian macam ni...bila dah kaya sangat², aku akan menderma...tolong seberapa banyak orang susah...duit yang banyak tu bukan boleh bawak masuk kubur...hanya pahala yang boleh membayar segala cukai dan tol untuk ke syurga...

Artis Malaysia juga ramai yang baik hati macam ni kan? cuma dorang tak kecoh...ikhlas itu kan lebih baik..  ^_^




Oct 23, 2010

Persembahan Cinta ISTERI Hasan Al-Banna

Salam readers....

Aku sekarang ada kat Gambang Resort...tengah bersantai menikmati banana split bersama keluarga...nyumm~   tak pergi theme park pun sebab tak sempat...tengah hari pergi kenduri kawen kat Beserah...sekarang tunggu ayah aku settlekan hal dia, then baru boleh balik KL...Sementara tunggu haruslah update blog...lalalalalala~







Semalam adik aku bagi hadiah salah satu buku kat atas ni....buku yang belah kanan tu, yang tajuknya sama macam entry ni *wink*

Well aku ni bakal menukar title daripada CIK ke PUAN...eh? huakakakakaka macam kelakar siottttt bila nama ku jadi "puan yanamib"  HAHAHAHAHAHAHA~  =P    Jadi adik aku dengan bangganya mahu melihat kakanya menjadi seorang isteri yang solehah....awww...masehhhh dikkkk!!!

First of all, korang kenal siapa Hasan Al-Banna?? oke meh sini saya terangkan..ehem ehem....



Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang tokoh Islam yang menyusun Ma'thurat...berasal dari Mesir....Beliau telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin (gerakan Islam, di Mesir) selepas keruntuhan Khilafah Uthmaniah pada 1924...Beliau meninggal kerana dibunuh oleh rejim Taghut (orang yang sesat- ekceli orang Islam jugak yang bunuh beliau...Subhanallah). Beliau meninggal pada usia yang agak muda....

Pernah terfikir bagaimana kehidupan harian seorang tokoh Islam?? Bagaimanakah ciri-ciri wanita pilihan mereka?? Bagaimana didikan terhadap anak-anak mereka...??  Biasanya kita lihat buku-buku sejarah hanya menceritakan kehebatan tokoh-tokoh Islam itu sendiri...jarang diceritakan di sebalik tabir kehebatan-kehebatan mereka....bak kata pepatah mat salih, "Behind a successfull man, there's a GREAT women.."


Atau dalam bahasa kebangsaan kita, "Wanita adalah sayap kiri perjuangan seorang lelaki..."



Ada juga kata-kata hikmah yang berbunyi begini,

"Perempuan tidak dijadikan daripada tulang kaki untuk dipijak,
Tidak juga dijadikan dari tulang kepala untuk dijunjung,
Tetapi dijadikan daripada tulang rusuk lelaki untuk dilindungi dan dibimbing..."


Jadi pada kaum wanita, silalah berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada bakal-bakal atau yang dah sah menjadi suami anda...jangan sibuk harapkan lelaki yang hebat kalau anda sendiri tidak cukup hebat di depan mata mereka....perghhh pedassss kaooo ayat aku tu...macam mengutuk diri sendiri pun ada....kikikikiki~  =P

oke since ada yang confuse, meh saya terangkan, wanita memang BUKAN dijadikan dari tulang rusuk lelaki..takde dalam quran dan hadith pun...itu cuma kata-kata atau dalam bahasa omputih,"the saying"....the saying dalam BM apa eh??huhuhu~  sila jangan salah faham atau terlebih berfikir ye kawan-kawan   ^_^


Aku baru baca sikit je buku tu, tapi aku rasa buku ni sangat bagus sebagai panduan pada kaum-kaum hawa supaya taat dan setia bersama suami tercinta...berikut merupakan sinopsis buku tersebut...

Hassan Al-Banna memanglah seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya, namun tugas dakwah yang dipikulnya jelas sangat memerlukan seorang isteri yang bukan hanya sekadar meneduhkan jiwanya, menenangkan perasaanya, membahagiakan hatinya tatkala dia di rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anaknya di rumah


Harga buku ini adalah RM12 (WM)...murah je kannnn...^_^

Untuk kaum lelaki pula, silalah baca buku yang satu lagi, yang bertajuk "Cinta di rumah Hasan Al-Banna".  Buku tersebut banyak mengisahkan betapa Hasan Al Banna seorang yang sibuk berdakwah, tapi masih tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya...juga rahsia kejayaan rumah tangga Hasan Al-Banna.....


Sekian sahaja dakwah dari yanamib...aku nak sambung makan french fries pulak....hehe~

Enjoy your weekend people!!










p/s:  Sekali sekala buat entry dakwah terasa sungguh hebat sekali...*wink*  v(^_^)

p/s:  Takziah buat sahabtku Nor Aidah Abdullah yang telah kehilangan ayahanda tercinta pada hari Khamis, malam Jumaat, 21 Oktober 2010 di kediaman nya di Sri Serdang...Semoga roh ayahanda nya di tempatkan bersama golongan orang² yang beriman...amin~

Oct 22, 2010

Lontaran Yang Mantap

Hari ni masa kerja aku banyak dihabiskan kat site...buat inspection...means kena make sure semua material yang ada kena mengena dengan M&E berfungsi dengan baik ketika kebakaran terjadi...well kitorang kena buat check up dulu before Bomba sendiri yang datang untuk check bangunan tu selamat ke tak...sebab Bomba yang nak keluarkan surat approval sume...

Site kali ni kat Giant Kemuning Utama...Alhamdulillah perjalanan kami dimudahkan...tak sesat pon...wewwiitttt~  ^_^   Kali ni memang lamaaaaaaaaaa stay kat site...sakit kaki berdiri lama²...terus terbayang massage kat Thai Odyssey..ffuhhh~  =_=  

Lepas habis inspection, pergi Kelang...member aku nak amek stock foot patch...okeh pada sesiapa yang ingin membeli foot patch yang murah sila lawati blog beliau...Diana2u  *woit takde komision untuk aku sket ke?lalalalala~  =P*

Sementara tunggu member dia, aku ternampak lah orang membaling² kertas ke setiap rumah kat kawasan tu...ingatkan baling newspaper ke...ghopenye fliers daaaaa...ala macam iklan² yang korang selalu jumpa terselit kat pagar rumah tu, tak pun kat wiper kereta, tak pun terselit kat pintu kereta....haaaa paham?? huhuhu~






Siap naik Toyota Hilux lagi kaoooo...biasanya aku tengok orang distribute fliers berjalan kaki...1st time lah jumpa yang naik Hilux, lepas tu main lontar² kertas...caya lah! aku ghase company dorang ni memang dah hebat lah...sebab tu boleh naik Hilux untuk edarkan fliers...ngee~

Hebat kan??


baik cakap hebat cepat...



cakap hebat sekarang!!



*lempang*  @_@



Rasa bertambah malas nak kerja...dah la hujan tadi..sampai opis kul 3pm...pukul 4.30pm nak balik dah...aku nak ikut ayah aku pergi Kuantan...yeayy~  oh bukan berjalan ponnnn...ayah aku nak jumpa kawan dia...then mak aku pun ikut sekali...well mak aku memang sukaaaaaaaaaaa follow ke mana sahaja yang ayah aku pergi...holiday katanya...ceh~

So dorang tak bagi aku tinggal rumah sorang-sorang selepas insiden itu...baca SINI....(-_-)


Maaf sangat kalau tak sempat nak jengah blog uols balik k..yang mana tinggal link tu...yang follow tapi lupa nak follow balik...ada masa saya terjah balik k...buat masa tak sempatttttttt!! tsk tsk~  teringin nak baca update dari korang...ish..sabo naaa...aku still akan terjah...cuma cepat atau lambat je bezanya...mmuuaaaaxxxx!  v(^_^)



Happy weekend to all!!  \(^_^)/

Oct 21, 2010

Alahai Bos...

Pada suatu pagi, di sebuah office.....


Bos::   Mana S.U saya ni??

Staff::  Puan F MC hari ni bos...dia demam...

Bos::  erm...demam je kan....? tangan dan kaki dia boleh bergerak lagi kan?? kenapa sampai cuti??

Staff::  ??? @%$#^





Takkan nak tunggu sampai badan tak boleh bergerak baru bagi MC?? kalau mc sebab demam pun baru sehari dua...kalau nak tunggu tangan dan kaki tak boleh bergerak, jangan kata sehari dua, seratus hari belum tentu cukup...huhu...entah apa la yang ada dalam otak bos tu kan...hehhh~ (-_-")



:: lebih kurang gini la gaya staff yang nyampah dengan bos yang terlalu strict..huhuhu~ =P ::



Bila bos berperangai macam ni, staff jadi takut walaupun mereka memang ada HAK untuk apply cuti...jadi bos tu sebenarnya adalah orang yang ditakuti...bukan DIHORMATI...ada beza ye...jadi kamu kamu pilih lah untuk jadi orang yang diTAKUTI, atau diHORMATI?? ^_^

Biar kita buat baik dengan orang walaupun kita di atas...buat baik bukan bermaksud bagi orang lain pijak kepala kita...hentam kita...cuma kita cuba jadi bos yang lembut, tapi tegas! eh kalau bos tu hebat buat kerja, faham selok belok kerja, cepat menyelesaikan masalah, siapa² pun akan hormat kat dia..kalau setakat hebat bercakap je....erm erm...lupikirlahsendiri! lalalalalala~  =P


Oh jangan risau kawan²...kisah ini takde kena mengena dengan bos saya...hehehe...bos aku sempoi...kalau nak cuti atas alasan pergi holiday pun dia tak kisah...janji kerja siap... I lap yu lah bos..mmuuaaxxx! *_*

Ada ke readers aku dalam golongan bos berhati kering macam ni???




larrriikkkkksssssss~









p/s:  Aku keletihan...dari pagi keluar jumpa orang...kira macam half day je duk opis hari ni...hukhukhuk~  kalau tak sempat blogwalking siang hari, aku sambung malam hari pulak ye..Sok pagi pun kena pergi site visit kat Giant Kota Kemuning...yang baru siap tu...lalalalalala~  ^_^

Oct 20, 2010

20.10.2010



Tarikh hari ni juga cantikkkk!! malam karang jadi lagiiii cantik...20.10.2010 jam 20.10 (8.10pm)....ramai orang sibuk memperkatakan tentang tarikh hari ni kat fesbuk...ngee~  aku ghase kalau tarikh ni jatuh on weekend, kompem ramai yang menikah..buat kenduri kawen ke...atau apa² event lah untuk dijadikan kenang-kenangan....betul tak? betul takkkk???

Ada lagi dua tahun untuk jumpa tarikh yang cantik macam ni...next year, 20.11.2011 dan a year after next, 20.12.2012....pada yang mahukan tarikh dalam sijil nikah tu cantik, korang check la tarikh² tu jatuh hari apa..lepas tu booked tok kadi awal²...bahahaha~

Aku tunggu putera raja Brunei datang minang baru boleh booked tok kadi...lalalalala~   v(^_^)

Tapi kat opis aku keadaan tak secantik tarikh daaaaaaa~   sampai² opis tengok salah satu lampu betul² atas meja aku tak menyala...tak tahu apa yang rosak...sama ada bulb atau fius...aku ni jurutera celup je...setakat petik² suis lampu tu reti laaa...kalau nak suruh tukar?? haremmm jadah! HAHAHAHA~ 






Buat kerja dalam keadaan malap...memang kuat lagi la alasan nak tidur, malas buat kerja...huhuhuhu~



Lepas tu air pulak takde....adeh la~   Sebab tadi membe aku tertumpahkan air kopi, lepas tu kena la lap kan..pergi sink nak basuh kain tengok air halusssssss je...makin lama air makin kecik...last²...shhhhhh setitik pon tak keluar kaoooo  -_______-'

Masuk toilet membe aku cakap keluar air kotor...yelah tangki dah berkarat...tak pernah cuci...yang keluar bukannya air, tapi macam rumpai².....yarkksssss~  >_<

So hari ni kitorang TAK BOLEH buang air kat opis oke!! tahan je lah kencing sampai pukul 5.30pm nanti....................Fine! T_T







So macam mana korang hari ni?? menarikkah? kira tarikh yang keramat ni layak diingatikah?? lalalalalala~











p/s:  Start kul 5pm kang tak boleh nak upload gambar eh kat blogspot...?? tiba² dapat notification macam tu...haishh...so much about the tarikh yang cantik  -_____-

Oct 19, 2010

Pencuri Yang Panjang Tangan

Kalau ikut peribahasa, 'panjang tangan' tu maksudnya suka mencuri lah kan...? huhu~

Pagi tadi bangun je tidur, on the way nak ke bilik air di tingkat bawah, ayah ku tegur...

"yana...."

"hurmm..."  well baru bangun tidur kan, haruslah malas nak layan...hahaha..ampun lah ayah =p

"nanti bila², akan datang, jangan charge henpon kat hujung katil tu k...atau kat iron board...kan mak selalu charge henpon kat situ?" jelas ayahku lembut

"erm...."   sambil angguk²...

"henpon mak kena curi pagi tadi...dalam pukul 5am ++ cemtu kut...tak sedar bila orang tu amek...sebab mak charge masa dia bangun tidur kul 5am...lepas mak mandi baru perasan..."

"erk! hurmmm...."   terkejut dalam mamai....huhuhu~




Terus aku usha tingkap bilik mak aku...takde tanda² kena pecah...mungkin tingkap memang terbuka sebelum ni...mak aku tidur kat bilik bawah...rumah aku kira end lot...means ada tanah sikit kat tepi rumah....dan mak aku memang sukaaaaaa charge henpon kat hujung katil yang berdekatan dengan tingkap...dah suis letrik ada kat situ...convinience gitu kan...lagipun kat tepi tu ada pokok pisang, kiranya orang luar memang tak boleh nampak dalam rumah kitorang tu unless dia berdiri betul² kat tepi tingkap...aaaaAA faham takk??

Tingkap rumah aku tu semua ada grill!! means orang tu mesti dah perhatikan lamaaaaa lokasi mak aku charge henpon dia...*budusss!*   kira agak susah dan agak jauh untuk orang tu capai henpon yang mak aku charge sebenarnya....hurmm hurmm....well mungkin dia tarik wayar charger tu sikit²...bagus jugak la pencuri tu bersusah payah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk curik henpon Sony Ericsson mak aku....!! cis cis cis~

heiiii aku tak suka oke!!! sebab henpon tu aku yang beli masa belajar dulu!! 1st time beli henpon guna duit sendiri!!! tsk~



Ini lah henpon yang hilang tu...comel kan?? memang sengal tau orang tu...!!grr grr~


Nasib baik barang² berharga lain memang takde langsung letak area tepi tingkap...Aku lak tidur kat bilik atas...memang hebat tahap superman lah kalau pencurik tu mampu curik barang² dalam bilek aku....haishhh~

Before ni pun pernah nampak orang cuba pecah masuk rumah tu...sebab bumbung rumah kitorang asek pecah, pehtu macam ditolak ke atas...macam orang nak panjat ikut bumbung...dapat tahu pun sebab atap bocor, panggil tukang soh check sume...tukang tu yang cakap bumbung tu kena usik....haisshhhh~

Tak faham manusia² durjana ni...kalau dia bangun subuh² tu untuk pergi solat kat masjid/surau logik lagi...ni dia singgah rumah aku, curik henpon?? apakah? *haktuih haktuih*

Dan area rumah aku tu pulak memang agak ramai warga Indon dan rumah bujang lah...pekerja² kilang, restoren etc etc...so korang paham² je lah perangai orang² macam ni kan...terdesak takyah cakap lah...ni lah masalah orang tak cukup akal...tangan panjang tapi akal pendek! *apakah*   (-_-) 

Ini doa saya wahai pencuri!!  sekarang aku tak jumpa kau! tapi aku akan cari kau kat padang mahsyar!! aku tuntut hak aku balik! eh silap, hak mak aku! faham??!! semoga hidup kau diselubungi misteriiii!!! miahahahaha~  *evil laugh*



CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly


:: klik gambarajah untuk melawat blog penganjur ^_^ ::



Contest anjuran Edy dan tag yang dianugerahkan oleh Nabilah...hehe terima kasih sudi tag saya...^_^

Contest ni juga merupakan contest yang paling mudah untuk disertai...just upload gambar yang kita rasa paling cun, unik dan meletoppss time convo...kalau belum convo atau takde gambar konvo, boleh buat ucapan ala ala menteri ke...terpulang pada kreativiti masing² hokayy...janji tuan penganjur suka baca ngomelan korang tu...huhuhu~

Aku ni dikira graduan yang dah basi sebab aku convo bulan 8, 2009...tapi gambar² yang ada aku anggap sangat macho la...wewiiitttt~ juling mata duk pileh mana yang terbaekkk untuk dipertandingkan @_@
Dan akhirnya gambar kat fesbuk jugak menjadi pilihan...weeeee~


**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**




Bear besar, pemberian dak encem yang tak berapa nak ikhlas kut..sebab tu dia ketuk pale aku..huk huk huk~
bear yang aku pegang adalah pemberian bakal mak mertua...erk! O_o'
Sampai sekarang bear tu masih dalam plastik..sayang nak bukak...takut berhabuk  ^_^



Dalam famili belah ayah aku, aku ni cucu pertama yang konvo *vangga  hinssfff~*  atok nenek aku sume datang lah time ni...suka suka suka!! ^_^

Dengan ini saya tag beberapa kawan² saya yang rasanya sudah konvo dan hebat memberi ucapan sebagai penutup entry...teehee~  =P

1.  Dayah

2.  Su

3.  Shitah

4.  Tieah 

5.  Meo



Oct 18, 2010

Aku Tak Suka Korang..Faham Tak??!!

Kata - Kata Hikmah Saidina Umar r.a : 
Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, 
maka curigailah ia mengenai agamanya, 
kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu....





Aku ada sebab untuk mencurigai kau...aku tak suka dengan cara pergaulan kau, dengan kawan² yang kau pilih...bodoh semuanya!!! benci!!  *bukan semua, tapi 'sekumpulan' itu*    Kau sangat taksub dengan dunia kau yang tah hape hape tu...yang takde pekdah langsung!! nak kata berilmu, hurm...merosak akhlak, merosak minda ada lah!!

Kau menipu hanya sebab kau nak berjumpa dengan kawan² bodoh kau tu....aku tak pernah anggap dorang kawan aku...juga kawan kau...yang aku tau, dorang tu (kumpulan itu) SEMUANYA perosak harga diri manusia!!! disebabkan dorang, hati kau kering, BUSUK, ego, berlagak!!! Ada sekali kau berubah macam bapak ayam gayanya...

Disebabkan dorang (kumpulan itu), kau lupa diri...kau lupa asal usul kau...kau lupa anugerah yang Allah beri pada kau!! kau lupa keluarga kau, lupa kawan² yang pernah rapat dengan kau, yang dah kenal hati budi kau!! Semua kau lupa!!! Tapi bila diberi pilihan, kau TAK RETI memilih!!! kau jadi tamak!! semua kau nak kaut!! aku....dia....mereka....semua kau nak!! Mana pergi entah akal kau.....grr grrr~

Aku tak suka dorang (kumpulan itu) add² aku kat facebook...aku delete semuanya, aku ignore semuanya...mungkin tak patut aku menghukum mereka begitu sebab bukan semuanya jahat...tapi anggap aja lah mereka² mangsa keadaan...keadaan di mana kau sendiri yang reka!! kau sendiri yang heret aku dan mereka dalam keadaan  yang penuh kebencian, sakit hati, menyampah, terseksa batin!!

Kadang² aku berdoa supaya tidak pernah berjumpa orang seperti kau! supaya semua ni mimpi semata!! tapi lagi aku nafikan, lagi kuat perasaan benci ni!!

"benarkah taraf pendidikan dan pengaruh sekeliling membuatkan cara pemikiran seseorang itu berbeza??"

quote dari facebook kawanku, cik Nurhidayah Latif...tee hee~  (dah boleh search kat Google nama ko =P )


Dan sekarang kau tengah sakit...tapi aku sikit pun takde perasaan kesian!! banyak kali hati aku ucap, "padan muka!" , geram dengan sikap kau yang terlalu taksub dengan geng geng kau tu, dan puas hati aku sebab kau dapat balasan begitu....

Astaghfirullahal'azim....ye memang berdosa aku berkata begitu...maafkan aku....


Ya Allah, kuatkanlah imanku...rasionalkan cara pemikiranku....amin~

"Don’t despair and never loose hope..
Cause Allah is always by your side.."


InsyaAllah~








p/s: sekadar meluahkan perasaan....hati rasa lega setelah menaip...sekarang nak gosip dengan BFF aku pulakkk...kat blog takleh cite detail...aku tak suka jatuhkan air muka orang...jadi kalau nak detail sila jadi BFF aku...kuang kuang kuang~  =P


Oct 17, 2010

Kitaran Hidup Mercedez Benz

Sebelum ni aku ada bercerita mengenai kitaran hidup seekor beruang panda, kali ni bercerita mengenai kitaran hidup kereta mewah Mercedez Benz daripada tahun kelahirannya pada 1886 sehingga lah kini, tahun 2010...wow!

Tabik spring lah pada sesiapa yang mampu beli kereta ni...tapi aku minat lagi BMW...nampak muda dan macho...merz ni nampak macam khas untuk warga korporat dan orang² tua...hahahaha~  eh tu cuma pendapat aku je *wink*


































Cantik kan?? oh dak encem, belikanlah sebijik kereta macam ni untuk ai...lalalalala *apa kau ingat laki kao tu cap duet??*  lalalalalalala~ =p