Apr 28, 2010

Jangan Percaya Pada Gosip

Macam dah jadi trend pulak update blog 3-4 kali seminggu..
Tak tahu kenapa internet lembab tahap siput sedut..hehh..
Aku ni dah la buta rabun IT...
Tak tahu la kalau bukan masalah broadband tapi masalah pc ke...
menternak virus la katakann...agagaga~


oke oke...back to the topik hari ini...
rasanya semua orang tahu apa itu gosip..
biasanya orang perempuan yang akan dilabel 'kaki gosip'...erk yeke??ish3~
dak encemku juga pernah berkata,

"orang perempuan ni kalau dah berjumpa mesti mengumpat punyerrr..mesti wat dosa..kompem!"

HAHAHAHA...sabo je lerrr...
laki tak mengumpat ke??lalala~


























*thanks gugel*




 Situasi 1

Hari pertama cik Yana datang ke tempat kerja...
Masa lunch time dia dapati ada seorang staff ni tidak diajak lunch sekali..
Begitu juga masa² lain, akak tu seperti terpinggir...

"mungkin sebab dia manager" bisiknya di dalam hati...

Tak lama kemudian dia mendengar rakan² yang lain bercerita...

"kitorang memang tak suka dengan kak Z tu sebab perangai dia..."
"dia suka nak marah² orang tak tentu pasal..."
"salah print pun dia nak tengking²..."
"pehtu berlagak cam dia bos..."

"bla bla bla..."


tapi, setelah 6 bulan cik Yana bekerja, belum sekali pun dia melihat kak Z bersikap seperti yang diceritakan oleh rakan²nya...
bahkan dia melihat kak Z seorang staff yang amat berdedikasi dan seorang rakan yang baik...

"ala sejak² dah kawen ni baru dia ok"

kedengaran kata² staff lain...


Baguslah kalau dia dah berubah kepada kebaikan...
Kalau dulu dia memang buruk perangai tapi tak mustahil dia boleh berubah jadi seorang yang baik..
kenapa tak beri dia peluang dan terima dia seadanya...
people CAN change!
dan tak perlu lah nak ungkit² perkara yang dah lepas..
berfikir ke depan, bukan ke belakang!





Situasi 2

Cik Yana pertama kali berjauhan dengan keluarga...
di tempat baru memerlukan dia untuk mencari rumah sewa...
tapi tiada housemate...
dia bercadang untuk mengajak kerani di sana sebagai housematenya..
tapi dilarang oleh rakannya...


"akak tak percaya la dengan si E tu.."
"ajak orang lain la...si E tu macam tak betul je...kang dia curi barang Yana macam mana"
"dia tu orang susah.."

*buntu*


Apa yang peliknya tentang si E tu cik Yana pun tak tahu...
maka dia mengambil keputusan untuk tinggal seorang diri...
tapi dalam masa yang sama dia berkenalan dengan lebih rapat dengan si E tu...
Ternyata si E tu bukan lah seperti yang rakannya sangkakan...
Baik orangnya...
Keluarga pun baik²...
orang susah?? tak langsung! hahahaha~
Rakannya tu bukan pernah jumpa pun si E tapi dah boleh wat kesimpulan macam tu..hehh..
dia yang pelik sebenarnya...huhuhu~






Moral of The Story??

Seperti yang dinyatakan pada tajuk entry..
Jangan mudah percaya kata² orang lain sebelum kita kenal dulu dengan orang yang diperkatakan...
Especially untuk orang yang bekerja...
Office politics ada di mana²...lalalalala~

Nasihat aku...
kenal dulu kawan² kita...
jangan cepat sangat buat kesimpulan hanya dengan cerita orang atau sikapnya yang sementara itu..
jangan lah kenal 2 minggu terus buat kesimpulan apa² kannn...
tunggu la 2-3 bulan ke, then baru boleh nak buat kesimpulan apa²...

Sentiasalah memaafkan rakan² kita jika dia ada buat silap...
kalau dia tak reti nak minta maaf, tegurlah dia dengan cara yang rasional..
tak pun guna orang ketiga...

Kita ni kan orang² dewasa yang ada akal yang matang...
Bukan kanak² sekolah lagi..zaman tu dah lama berlalu oke!
Pandai² la fikir macam mana nak nasihat orang dan
terima nasihat orang....



Work in peace people!! \/(^_~)





Apr 26, 2010

Pengalaman Mencari Barang Hantaran

Whhooppssss!

surprise..surprise...surprise...

Susah oke preparation untuk kawen ni...
jangan kata nikah,
nak tunang pun kena ada preparation maaaa...
Rasa nak tercabut dah tapak kaki
berjalan tengah² ibu kota,
dengan cuaca terik bagai nak buat tinted je muka ni kannnnnn....
























Serbu SSF kat area Sogo tu..
park kereta punye la jaohhhhhhh...kat belakang bangunan MARA tu..
then jalan kaki sampai ke SSF yang letaknya dalam 20 minit perjalanan (guna kaki)
nasib tempat dia memang menarik...
banyak benda boleh tengok...
siap amek gambar lagi dalam kedai...huhuhu~











:: Shitah and Padi ::

















 :: Shitah, Padi,Aku and Elly ::
















 :: Aku, Shitah, Padi and Dian ::












 :: Rasanya tak perlu kut kasi hantaran buku... lalalala~ ::














Bila dah letih glerrrr berjalan haruslah singgah food court kat dalam Sogo tu
rehatkan kaki dan basahkan tekak...aahhhhhh~










 :: Padi, Elly and Shitah ::
















 :: ex GKSB siottt.. Shitah, Dian dan Saya ::













err sebenarnya aku ni tak lebih dari pelakon tambahan atau
sesiapa yang bekerja di belakang tabir
bagi pembikinan sesuatu filem...
wah begitu sekali metafora kisah aku..
siapa yang lahir tahun 86 dan ke atas memang ada belajar sastera
dalam subjek BM masa form 4 and form 5...*tiba²*



The truth.....


Aku ni duk teman ex-officemate aku ni laaaaaaaa si Elly tu..
dia nak tunang bulan 7 ni...
pehtu dia ni rajen nau la nak deco hantaran sendiri...
so kena la beli barang² untuk deco² hantaran ni kan...hehhh~
orang² rajin je mampu deco² ni...
aku sok cari sponsor je...
tak kose oke nak mengadap segala macam ribbon², manik², polisterin, dulang² and
sume jadah hiasan la untuk jadikan hantaran tu...hehehe~


Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
aku enjoy hari ni...
walaupun tapak kaki aku memang dah menjerit² mintak reflexology,
hati aku puas!
sebab??
dapat jumpa membe²..
my lovely lovely ex-officemates!! weeeee~ \(^_^)/
Except for Dian...
aku baru berkenalan dengan dia semalam,
so nice to meet you dear ^_^


Terima kasih bawa saya jalan² dihujung minggu,
saya memang sangat bosan duk rumah pon..huhuhu~
and terima kasih juga invite saya untuk celebrate besday Dian..
kek chocolate indulgence from secret recipe memang mabelessssss~



Tak sabar tunggu next event dengan korang... ^_^









P/S:   Tak payah la korang excited nau ingat aku nak kawen..lambat lagi oke...tengah tunggu anak raja yang hensem masuk minang macam dalam cerita cinderella tu *itu macam doa..Amin~*  =p

P/S:    Pada yang tengah nak cari barangan hantaran tu aku suggest korang pi je la Nilai 3 instead of pi SSF ni..mahal oke..tak pun pi je Semua house, banyak choice and reasonable price...
Selamat menghabiskan duit! lalalala~

Apr 23, 2010

Followers Mollowers

Followers......~

Kebanyakan blog ada apps 'followers' ni *termasuk la blog aku nih*
Apa pendapat uols mengenai followers ni??
Mesti lain orang lain pendapat...kan kan kan kannnnnnn....??

Apa pula tujuan mollowers??lalalalala..wek²!


Terus terang la aku cakap,
masa mula² berjinak dengan dunia blogging ni kan...
keje aku asek nak follow blog orang
dengan harapan orang tu akan follow balik blog aku...
masa tu kanak² ribena lagi kan,
jadi ada perasaan macam,
"lagi ramai followers lagi cool"

*padahal sekarang pun ada gak perasaan tu*

HAHAHAHAHAHAHA~ aku tau kelakar..meh gelak guling² meh..lalalala~


Tapi bila dah banyak baca blog² otai² ni kan *sapa tu??hek3*
baru aku faham fungsi apps followers ni...
memang ada blog yang menceritakan fungsi follow mollow ni..
aku tak ingat blog mana daaaa sebab dah lama aku baca..huhuhu~
apa dorang tulis pun macam tak ingat dah so korang cari sendiri la yeh..
MIAHAHAHAHAHA~ *kejam siotttt*


oke pada aku lah kan,
aku follow blog orang sebab aku sangat suka baca blog orang tu..
atau sebab blog tu ada info² yang best walaupun jarang baca tapi
at least anytime aku memerlukan info tu aku boleh tengok je
list² blog yang aku dah follow kat dashboard aku tuh..
sebagai contoh blog yang menjual cupcakes atau baju ke atau tudung ke atau pasal IT ke...haaa
blog yang macam tu..oke??


Aku suka baca personal blog....
ai kan mami jarum...memang busy body punyer orang...BWAHAHAHA~
jadi bila aku follow blog orang,
mudah untuk aku tengok setiap update mereka di dashboard aku tuh...
bukan semua blog aku tepek kat sidebar...
jadi yang mana tak tersenarai kat sidebar,
aku check je kat dashboard update² mereka....
*lihat gambar*
























Baru² ni aku sangat lah rajin,
misi blogwalking kat semua blog yang aku follow...
pehhh daripada 200+ blog yang aku follow,
ada 96 je yang betul² aku suka...sabo je lerrr... (-_-)
Ada yang dah delete blog,
yang tiba² buat private so aku tak boleh access...
yang last update adalah tahun lepas...??!! hehh~
jadi terpaksa la aku unfollow mereka² yang dah expired nih...hahahahaha~
*oke tak tahu perkataan apa lebih sesuai selain expired...huhuhu~*
























Followers kat blog aku ni satu hal lagi...
ramai gak yang takde link...
abeh camno aku nak ziarah balik??ish3~



Korang lak macam mana??
kenapa korang follow blog orang??
meh la share2 story.... \/(^_^)








Apr 21, 2010

Lokasi Membuang 'Puaka'

Entry ni dibuat atas permintaan rakan bekas seperjuangan..huhuhuhu~













Kompem semua tak paham ape kejadahnya la yang si driver ni request..hehehe~
Sebenarnya dia windu kat aku..
laki kan ada ego, so dia berkias la tu...
tapi aku paham apa yang dia maksudkan.............MUAHAHAHAHA~ *waklu*







oke jangan caya ayat kat atas tu...HAHAHAHA~


Korang suka travel tak??
Biasanya bila travel, apa benda pertama yang korang akan fikirkan??
Apa priority korang bila tiba di destinasi korang nak travel tu??


Kalau tanya aku, priority aku ialah TOILET!
yaaa toilet....
aku sangat sangat sangat sangatlahhhhh F.U.S.S.Y when comes to toilet...
Kalau aku keluar jalan² di KL sekali pun,
aku sanggup tak pergi toilet sampai lah balik rumah..
unless kalau dah tak tahannnn sangat², baru pergi public toilet...huhuhu..
selekah??
itu hygiene namanya...^_^


Kalau aku travel ke mana²,
bila masuk je hotel atau apa² tempat penginapan even rumah orang sekalipun,
benda pertama yang aku akan check ialah TOILET...
Benda lain aku tak kisah...
tilam tak empuk ke, bantal tak cukup ke, selimut nipis ke...aku tak kesah!!
yang penting toilet mesti super comfort!! \(^_^)/

















Agak² mana aku boleh dapat design toilet macam ni??ngee~



Tapi ramai yang pertikaikan orang macam aku boleh travel jauh²...
Pehtu stay kat tempat tu sampai 2 bulan...?? wow!
Walau macam mana fussy sekali pun,
tu bukan masalah untuk aku cari pengalaman dan
meng'adventure'kan diri....lalalalala..wek²(nada riak..ehem²)



















































































Korang ada nampak public toilet ke dalam piccas² kat atas ni??
perjalanan untuk satu site makan masa dalam 2-3 jam (minimum), sehala...
Agak² kat mana aku pergi membuang sisa² toksin dalam badan atau
lebih dikenali sebagai membuang 'puaka'........?? HAHAHAHAHA~


Ofkos la aku tunggu sampai site sebab site aku ialah sekolah² pedalaman...
dalam sekolah mesti la ada toilet...
korang jangan ingat sekolah² pedalaman ni kuno sangat oke..
zaman dah maju sekarang...
Sekolah pedalaman ke bandar ke sama je design toiletnya...


Tak pun on the way nak balik tu singgah la petronas ke...ish3~
gilo apa nak soh aku buang air tengah² hutan tu..
kalau orang laki oke la jugak...
Sepanjang perjalanan tu dikira 'toilet' mereka...
tak perlu la aku elaborate dengan lebih panjang kenapa
lelaki lebih senang membuang 'puaka'
di kawasan macam ni berbanding dengan perempuan....hehh~ (-_-")


Kalau dah terdesak sangat macam mana??
buatnya kereta sangkut tengah² hutan....AAAAAAAAAA~
TIDAAAAKKKKKKK!!  T___T
























Terpaksa la cari sungai berdekatan untuk melepaskan 'puaka'
yang sudah penuh di dalam badan....lalalalala~

*kasut Adidas aku tu dalam kenangan..aku sedekah kat kerani opis kat sana..huhuhu~*


Agak² korang nak try tak membuang 'puaka' begitu...
ada BRAN??muehehehehe~ \/(^_^)


kalau dah emergency tu apa pun boleh jadi bah!
tepuk kepala tanya minda! *erk*










P/S:  Tips untuk elak selalu pergi toilet ialah kurangkan minum air semasa dalam perjalanan...it works!! \(^_^)/

Apr 19, 2010

Aku yang Ketagih......

Macam biasa hari² aku akan menziarah, membaca, komen² semua
update² dari blog rakan²...
atau mana² blog yang aku rasa menarik...


Sampai je kat blog LUMUT
aku nampak sesuatu yang best! hihihi~





75%How Addicted to Blogging Are You?


Aku main jawab je soklan² yang diberi...
Last² keluar result macam ni...hahaha..
tak bajet pun result macam ni sebab blog aku ni
takdela femes macam LUMUT
Tapi dia cuma dapat 71% je....???
hehhh tipu ni...huhuhu~


Addicted sangat ke aku dengan blogging??ish3~  \/(^_^)








P/S:   Tiba² rasa nervous lak nak interview esok..hehh...walaupun dah study pasal solar sistem tapi still risau. Takut aku tak dapat bagi jawapan yang menarik bila interviewer tu tanya soalan cepumas..contoh, "kenapa kami kena ambil kamu bekerja dengan kami??"
huuwaaaa!! eellpppp~ T__T


Apr 17, 2010

Menipu yang Berskill...Rasionalkah??

Kelajuan internet hari ni sangat memberangsangkan..
banding dengan 2-3 hari lepas...
lembabnyeeeee...aduyaiii..
sampai hilang mood nak online...hehh~ (tapi update blog tu wajib..huhu~)


Hari ni aku nak story pasal wayang...
ada apa dengan wayang??huhuhu~


Kalau di Mines, kat Seri Kembangan tu kan,
harga bagi tiket wayang akan dapat murah jika
kita seorang student...
oh bukan kanak-kanak sekolah,
tapi pelajar Universiti atau kolej...
*aku tak tau la wayang tempat lain ada ke tak offer macam ni*


Caranya dengan menunjukkan student kad atau
lebih dikenali dikalangan pelajar sebagai
matrik kad....
Untuk main bowling pun ada diskaun yang macam tu...
tunjuk matrik kad boleh dapat harga murah...
pehh memang syok jadi student ni....
semua nak murah je...
bajet la katakan...huhuhu~


Korang rasa dorang ni check tak matrik kad tu??
maksudnya dorang dapat sahkan ke budak-budak tu
memang confirm student??? tettttttttttt~

Contoh macam ni...............


























Korang tengok budak ni...
tarikh kat matrik kad terang-terang dah tulis
Jun 2005 - Jun 2009
So maknanya budak ni start belajar dari bulan Jun 2005
dan graduate pada bulan Jun 2009


Tapi masih nak gunakan kad matrik ni untuk
dapatkan harga rendah untuk menonton wayang...ish3~
apa nak jadi la remaja zaman sekarang ni...


MIAHAHAHAHAHAHAHAHAHA~



korang kenal ke sapa dak tu??
HAHAHAHAHAHAHA......hakkkkkttuihhhh... @_@



kasi can la kat budak tu...
baru sekali je pun dia menipu...
banyak kut beza kalau non-student price RM10,
student price RM6
HAH??!! RM4 tu boleh guna untuk karoke pulak...weeeeee~ \(^_^)/


oke dah dah...
jangan ko nak ngajar orang menipu ye cik yanamib oiiii~
ketuk pale kangggg...haaaaa...biol sebulan!!hehh~

Sila jangan contohi budak tu oke!
Kalau sekali sekala nak try skill oke lerrr...MUEHEHEHE~
tapi jangan cakap kat orang aku yang ajar...haaaa..
tepuk kepala tanya akal!! bla bla bla...

papai~ (-_-")










P/S:   Hari ni ramai bloggers pergi Times Square..ada Gatsby Deodorant Street Fair...err korang tak pergi ke??hehe...aku takde geng nak pi...Tsk...takpe, duk rumah pun oke..lalalalala~


Apr 16, 2010

Tag untuk Orang yang Berfikiran Matang sahaja

Thanks to sis Posh sebab menge-'tag' saya..huhu~
panjang hokayyy..
pergh jenuh aku meng-edit...(-_-)
Tapi oke jugak sebab hari ni macam takde cerita nak
di'publish'kan....lalalala~

Yang penting...............
hari-hari mesti mau update!! weeeee~ \(^_^)/






DIRECTION::

- BOLD the statements that ARE true to you
- ITALICIZE
the statements that you WISH were true.
- Leave the fibs alone.
- Then, tag 6 people to do the same test
  sila lah jawab ye kawan-kawan sekalian....jasamu dikenang ^_^
:: Suhaida
:: Mcd
:: Dayah
:: Lionteen
:: Cik Ribena
:: Meo188


  170cm tall

•  I don’t know what I want at the moment.

•  I’m not happy.

•  I hate my friends.

•  I hate my life.

•  I hate my grades.

•  I can drive

•  I’m bored of driving

  I love dancing

•  I go clubbing every week

•  Shopping is bullshit

•  I have a tattoo of a star.

•  I got my navel pierced.

•  I have friends that take drugs.

•  90% of my friends smoke.

•  I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty

  I’m studying Fashion

  I have a business running

•  I hate cartoons.

  I hate someone

•  I have 10 Lollipops handbags

  I buy CLEO every month

•  My parents don’t know about my blog

  I have an iPod

•  I don’t have faith in the current “one”.

  My school mates know about my FB

  I wanted to be a fashion designer

•  I love rock emo bands.

  I hate it when people cancel last minute meet ups

  My parents have faith in me

  I’ve bought shoes this month

•  A blogger bitched about me before

•  I hate sports

•  I hate Italian food

•  I hate meeting new people

•  I hate nail polish

•  The mother bear gives me hugs.

•  People should start appreciating me

•  High school was the worst time of my life

•  I have red hair

•  I’m a guy.

•  I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday
tomorrow.

•  I hate vacations

•  We’ll last

  I believe in long distance relationships

•  I’m going to get high and smoke weed one day soon.

•  I’ve robbed an old lady.

  I’m starting to like applying make-up

•  I was a tomboy

•  At times I think I still am a tomboy.

•  I love bitching about people behind their backs

  I still have a best friend

•  I have a cat

•  I hate surprise parties.

•  I hate planning parties.

  I’m hot

•  I’m a sinner.

•  I’ve got a DS light

•  I have a Wii

  I cant live without music

•  Video games are a waste of time

•  I miss the father bear.

  I love being in love

  I know how to cook

•  Boys are assholes.

•  I hate Math

  I’m happy with what I have

  I love horror films

•  I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid

  My old friends keep in touch with me

•  I don’t read newspapers

•  The news is such a waste of time

•  Blogging is a waste of time

•  I hate animals

•  I can't live without make-up

  I curse like a pirate.

•  I’m happy with my 11 year old car

•  I hate people that are smart

  I love Orange juice

•  I can’t drink for nuts.

•  I believe that everyone in their teens have lost their virginity

•  I’ve got a new phone

  I’m going to get a new pair of shoes by the
end of this month


  I love swimming

•  I haven’t worked out since March

•  I think I’m fat

  I love my friends and family






HAPPY TAGGING AND HAPPY WEEKEND TO ALL!! mmuaaxxx! (*.*)



-END-


Apr 15, 2010

Memang Best Dapat Kawan-kawan yang Sporting dan Hensem...!

HAHAHAHAHAHAHA~

Sangat teruja bila pembuka bicara didahulukan dengan gelak ketawa...
kenapa???

sebab tajuk tu memang tak menahannnnnn...HOHOHOHO~


Dalam entry aku yang INI
dan yang INI
aku ada menceritakan bagaimana kawan menjadi 'lawan'...??erk~


WALAUPUNNNNN ada sorang je perempuan,
mesti korang ingat kawan-kawan aku yang semuanya hensem-hensem tu
asek kenakan aku je kan....??


ouh tidak tidak...no no no no...and a big NO!!
aku juga bisa menjadi papparazi berjaya walaupun
hanya bergerak secara solo...MIAHAHAHAHA~ *evil lough*


Aku tidak memerlukan DSLR untuk menjadi papparazi yang hebat,
camera BB pun dah memadai...
Jum kita lihat siapa yang KENAAAAAA....lalalalalalalala~








:: Contestant pertama dipegang oleh en. An, selaku ex-PA aku...kuang3~ ::


dia ni nampak je alim, pendiam...
topeng je tu...huahuahua~
suka nau nyakat aku..hehh~
saya report kat tunang hang tau laaa...
haaaa...takuttttt!

lalalalalalalala~































:: Contestant kedua dipegang oleh en. Zam, selaku ex-driver aku...kuang3~ ::


Juga dikenali sebagai mistery man...
misteri lah sangat kannn...MIAHAHAHAHA~
dia hutang 28 lagu sempena besday dia bulan 2 hari tu,
tapi sebab aku mintak izin nak publish gambar dia tido kat sini,
terus dia claim hutang tu dah expired...hehhh~

takpe2...akan saya cari hutang lain untuk anda langsaikan...muehehehe~






















pandai dia tido tutup muka dengan topi..hek3~

Memang susah oke nak snap pics driver nih...
Sebab tugas dia ialah sebagai driver,
so kalau tengah drive dia tido,
confirm la semua orang dalam kereta akan turut 'tido' sama...
mungkin tak bangun-bangun dah kut...ish3~ (-_-")









:: Contestant ketiga dipegang oleh en. Adilin, selaku ex-co-pilot aku...weeeeee~ ::


oke sedikit pengenalan mengenai jejaka paling hensem nih...HAHAHAHAHA~

orangnya kecil (kurus), comel je (tapi umo dah tua..wek2!),
merupakan JUARA tidur di kalangan kami...WOW!!
memang hebat! ^_^

aweknya bernama Syikin (err betol ke eja??),
dia sangat sayang awek dia sebab
hari2 aku nampak dia gayut dengan awek dia...
*tak panas ke telinga bang??hehh*

Jadi gambar ni saya pileh yang paling sempoi,
ada banyak gambar sebenarnya,
saya malas nak edit tutop2 mata semua,
jadi pilih gambar yang memang tak nampak mata (saja dengki sebenarnya..huhuhu~).





















TERBAEKKKKKKK!!!~  \(^_^)/







motif??
saja suka-suka...
mengimbau nostalgia lalu..ewah! =p
tiada niat nak malukan sesiapa...
lagipun piccas2 ni ada permission oke..
bukan main redah je nak publish muka orang..lalalala~


Sekarang aku dah tidak bekerja dengan mereka,
sebab tu setiap title ada 'ex'....
kadang2 ada juga sms tanya kabar,
gosip2....?? apakah?? huhuhuhuhu~


Hopefully akan datang aku akan jumpa rakan2 seperti mereka lagi....
*tiba2 macam agak sentimental...Tsk Y__Y* apakah?







Apr 14, 2010

Urusan Seri Paduka Baginda

Selalunya urusan sebegitu ditulis pada sampul surat...
selalunya surat-surat kerajaan yang ada ayat macam tu...
kenapa??
aku pun tak tahu...hahaha
ada sesiapa boleh tolong jawab??
jasamu dikenang....lalalalala~






yaaaaa..memang suatu perkara yang amat suspended bila menerima surat begini...
teruja pun ada...
since sekarang aku tengah mencari peluang kerja baru,
jadi perasaan gumbira memang ada bila nampak surat begini...

"eh ni mesti offer letter dari mana2 ni.."


"tapi macam gomen je..."


"huish kementerian mana lak bagi aku surat gini...??"


*gila banyak dialog aku bermonolog sendiri...tu baru tengok sampul...HUAHUAHUA~* (-_-")



aku pusing pula sampul tu ke belakang...






ouh dari JKR rupanya....huhuhu...
best!
apa isinya??
lalalalalalalalala~









wow!! aku dipanggil interview!!

oke teruja yang sangat fake...agagaga~
aku memang dah agak surat dari JKR sebab
aku memang ada send resume kat dorang last week...
thanks a lot to my friend Atikah sebab tolong uruskan
resume aku tu...hehe..
walaupun agak lambat aku send...ish3~


Aku juga tahu skop kerja aku..
kena jadi SO untuk projek solar hibrid di Sabah...
erk..SABAH??!!
Nampaknya kena bersedia untuk di'campak' ke Sabah.......lagi..... T__T
cuma tak tahu ceruk mana je...adeh..
risau~


Preparation untuk interview pula aku kena study pasal
sistem solar dan elektrik...
dah nama pun JKR cawangan elektrik...erk!
4 tahun di kolej belajar civil,
tiba-tiba kena study letrik....???hehh...@_@


oke oke releks...
kena usaha lebih!!
gambaateee!!
chaiyookk2!!
success....success!! \(^_^)/









P/S:  Ayah aku tak berapa galakkan aku apply JKR ni..risau aku kena ke Sabah..ai kan anak bapak...hohoho...mungkin sebab aku pernah eksiden di Sabah before ni..tu yang dia duk risau...erm...kalau ada better offer memang aku akan reject JKR..tapi buat masa ni tiada offer lain, so cuba saja...belum tentu dapat pun...hehe...wish me luck oke! ^_^


Apr 13, 2010

Control Cun atau Pemalu

Dua statement yang berbeza...
Selalunya golongan wanita yang ada sifat begini..
Kalau lelaki??

Itu boleh dikategorikan sebagai POYO!! hehh~



Bila pertama kali memulakan kerjaya yang memerlukan aku
bergaul dengan kaum lelaki,
dan yang paling hebat apabila aku sorang je
manusia yang bergelar 'perempuan',
ofkos la perasaan nak control2 tu keluar kan...
dah la ai ni pemalu orangnya...WAHAHAHAHAHA~ *apakah?*


Bukti yang ai pemalu bila time bercakap dengan
orang lelaki ai akan pandang bawah...
takut ouh nak bertentangan mata dengan mereka,
nanti jatuh ke hati....
marah lak awek-awek mereka....lalalalalala~

Kalau berjalan depan mereka juga aku akan tunduk...
ala ala wanita melayu terakhir gitu....
sambil tangan dihayun dengan penuh gemalai...
bagai penari2 asmaradana.... *tiba*

Bila time makan lagi ketara,
ai akan makan macam ala ala pengantin gitu...
slow motion je..kunyah pun lapanpuluh kali...nyum nyum~

lepastu jenuh la kawan2 ai tu tunggu ai abes makan..
sampai terpaksa bagi mereka soalan teka teki
supaya mereka tidak bosan tunggu ai makan....

HAHAHAHAHAHAHA~




Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
itu semua hanyalah sementara...
bila sudah mula kenal antara satu sama lain,
sudah beramah mesra,
sudah kenal suara siapa paling sedap bila
berkaraoke di dalam kereta (erk!)
dan paling penting,
sudah faham lokasi2 'puaka' yang ditinggalkan semasa
dalam perjalanan merentasi hutan belantara,
maka takde dah rasa malu ke, nak control2 cun ke...hek3....
*betul kan en driver kannnnnn~* ^_^


Sebagai bukti,
kalau aku ni jenis yang control2 ni kan,
takkan boleh beri posing2 maut gini....HUH!!















atau ini............








:: aku tau mamat ni aim jerawat aku tu sebenarnya...hahahaha...siot je..hehh~ ::





:: gambar kaki time tengah drive pun nak amek gak...ish3~ nak belajar skill la tu...lalalala~ ::





:: tidur lagi..time ni aku sakit prot, period pain..tapi masih boleh travel masuk site...sangat hebat aku ni (agak riak di situ ye) ::






:: kalau ai ni control cun takkan sanggup wat muka gini..dah la flash DSLR kalau dalam keadaan yang gelap gelita cahayanya sangat kuat...sakit oke mata!! adeh~ @_@ ::








Mungkin mereka harapkan aku dapat beri senyuman paling control
seperti ini................




...........................

...............................

.......................................

..............................................

...........................................................

.....................................................................

.................................................................................

..............................................................................................

.........................................................................................................






:: HUAKAKAKAKA...xde maknenye oke nak control2 gini..ish3...time ni ai tengah ketawa oke..ntah bila si Zam tu snap tah..hish..memang papparazi berjaya lah 'driver' ai tu...ngee~ ::






Jadi rasanya tak perlu kut nak kontrol2 walaupun kita ni ramai kawan lelaki...
sebab yang aku tau orang laki memang tak suka dengan
awek yang kontrol2 ni kan...kan..kan ....??
hehehehe...
just be yourself...tapi tak perlu la jadi terlalu selekeh
macam sendawa kuat-kuat ke,
kentut sampai keluar asap ke,
ketawa sampai nak tercabut anak tekak...ish3...
itu semua adab beb...adab!


Asalkan kita ikhlas berkawan,
orang sekeliling kita juga akan ikhlas menerima kita seadanya...

peace! \/(^_^)










Apr 12, 2010

Harap-harap Tulisan Makin Jelas




Before ni memang aku ada komplen tulisan kat blog kecik sangat...
Biasanya visitors yang akan komplen...hahaha...
Tak kesah la as long as aku bahagia dengan blog aku...




Kalau takat nak edit font je memang aku tak reti...sumpah tak reti!
Sebab aku bukan la celik IT sangat...
takat edit coding sikit2 tu boleh laaaaa....
Lagipun takde masa la pulak nak mengadap PC sepanjang hari...adeh~
so untuk memudahkan kerja dan tidak serabutkan kepala, 
tukar je template terosssss...yeeehhaaa~



Biasanya bila dah bosan dengan template lama baru tukar...
aku suka je dengan template lama...
tak bosan...suka sangat!! ^_^
cuma tang tulisan tu aku frust sket...hehhh~
bikin panasssss je (baca ikut nada cite rempit...lalalala~)




Cara penulisan pun mungkin akan diubah...
before ni tulis macam nak buat karangan SPM...
maybe bila semua ayat dimulakan dari tepi pun oke...
lagi mudah baca dan faham....






mungkin...







JANJI AKU SUKA!!wahahahahaha~ *waklu*






oke nak pergi goreng ayam crispy and nugget...papai~












P/S:    tadi one of my subcon call..tanya kabar..lama tak ketemu katanya...windu kat aku la tu..hek3 *pasan!*  aku juga windu dgn korang weyyy..nnt aku akan usaha adakan satu trip melawat korang kat Sabah k...tapi kena tunggu projek siap, make sure sume ada kat KK..senang nak gi jalan2 ramai2...lalalalalala~


Apr 11, 2010

Pizza Teksi Kuning



Atau dalam bahasa BUKAN kebangsaan disebut, Yellow Cab Pizza.....lalalalalala~


















Baru pertama kali merasa pizza Yellow Cab ni..Marvelous bebeh!! dan sangat sangat sangat mengenyangkan....fuuhhhh...





Outlet yang aku tau ada di KL (area Sogo tapi tak ingat belah mana..ish3~) dan Ampang (Ampang Point). 


Aku tak pernah sampai lagi outletnya sebab cousin aku lebih suka delivery, makan kat rumah je..Selesa sikit...eh bukan sikit, banyak kut selesanya.. Boleh makan sambil duduk dengan kaki dua-dua melunjur ke depan atau sambil baring tengok tv atau berborak-borak dengan sangat kuat..hohoho~






:: Cute kan motor for delivery ni...I loike!! wweewwiitt~ err kazen aku ni memang pantang nampak camera..hehh (-_-") ::






:: Packaging for pizza...semua nak tema yellow juga, dah nama pun Yellow Cab...huhu~ ::








:: Pizza Pepperoni..ada banyak lagi jenis pizza yang kitorang beli time ni, tapi aku malas nak snap pics..huhu..kalau korang rasa nak order amek je la no fon kat gambar motor tu kan...call sendiri..haha...tapi make sure korang duk dekat dengan outlet yang ada la...lalalalala~ ::












Apr 10, 2010

Red Wok Restaurant





Cawangan yang aku pergi :: Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Masa :: 8.30pm (gambar tu cilok dari gugel tu pasal cerah je..huhu~)

Menu :: Steamboat (yummiieeeee~)



:: Harga untuk steamboat depends on ketinggian seseorang tu...haha..
memang sangat unik sebab tak pernah jumpa menu macam ni kat mana-mana restoren sebelum ni...
Dorang siap ada pengukur ketinggian lagi..
for kids I think..
alaaa ghope dia macam yang dekat dalam klinik kanak-kanak tu..
yang comel siap ada gambar kartun bagai tu...huhuhu~ ::






:: Ni baru makanan mentah untuk di-steam-boat-kan...
ada juga makanan yang dah siap goreng/masak..
as long as uols choose untuk amek menu buffet, 
then you can eat sampai muntah oke...hakss! ^_^
As for dessert, dorang sediakan ais krim pelbagai flavor...nyum nyum~ ::






:: Tempat yang menarik. Ada seats khas untuk steamboat je, kalau takmo stemboat dorang prepare other seats (the non-steamboat seats..hahaha), very inconvenience (-_-) ::






:: Mari ber-steamboat!! oyeahh...oyeah..!!Untuk steamboat boleh pilih dua sup. Weols pilih tomyam and sup ayam...mmmmm~ ::






:: Me and Mcd ...macam fake giless aku senyum kan...huahuahua~ ::






:: Mr. Naiem..pakwe eh silap, tunang si Mcd, lalalalala~ ::





:: Aku tak paham napa ko mesti nak control2 time aku snap gambar ko azly oiii. Tengok, kan lagi nampak jambu muka ko..hehhh~ (-_-") ::





Kalau piccas2 tu sume nampak blurr korang sila lah paham. Aku guna BB (Blackberry) je. Belum mampu beli DSLR..tapi akan kuusahakan...wahahahaha.. *apakah?*




Komen aku untuk restoren ni is services. Waiter and waitress yang ada sangat lah tak mesra alam!! Nak amek order pun macam ala ala kerek gitu..nyampass I tau...Tempat ni dah sangat menarik, food pun sedap..slack kat situ je...adeh~ -(@_@)





Yang paling best bila time dorang nak bukak api untuk buat steamboat tu, entah macam mana si macha (sebab dia Indians) tu cuba2 bukak api tu, pusing banyak2 kali (pemusing untuk bukak gas tu), tiba tiba ppuuffff!! Meletup kaooo, macam dapur tu dah tersumbat, gas dia tak boleh mengalir dengan lancar gitu..dah la kitorang agak dekat dengan dapur. Nasib takde apa apa...pehtu boleh plak macha tu wat muka dekkk je kann. Takde nak minta maaf ke hape...hehhhh...sabo je lerrr nyah oiii~















p/s: Hari ni ramai yang pergi exam PTD, so good luck to all candidates!
Aku ni baru je update borang SPA online tu..huhuhu..
tunggu je la lagi, maybe belum rezeki aku lagi kut...\/(^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015